Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengansusuibusahaja dari lahir sehingga berumur 6bulandanmeneruskannya sehingga mencapai umur 2tahun.Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6bulan:üdiberi susu ibu sahaja ütidak perlu air atau susu tambahanütidak perlu makanan pelengkap
BAGAIMANA SUSU IBUDIHASILKANFungsi tisu -tisu yang membentuk payudara 1. Puting dan bahagian yang berwarna hitam/gelap di sekeliling puting yang dikenali sebagai Areola. Terdapat kelenjar yang dikenali sebagai “kelenjar Montgomery” yang akan menghasillkan cecair berminyak untuk mengekalkan kesihatan kulit. 2. Alveoli : untuk menghasilkan susu . ( berjuta-juta ) alveoli didalam payudara . 3. Hormon prolaktin menyebabkan sel susu dalam alveoli menghasilkan susu. 4. Disekeliling setiap alveoli terdapat sel otot, membantu mengecut dan merembeskan air susu. Hormon yang di kenali oksitosin menyebabkan sel otot mengecut. 5. Saluran Kelenjar Susu berfungsi untuk mengalirkan susu dari alveoli ke saluran susu utama. 6. Saluran susu utama akan mengembang dan menampung susu ibu semasa penyusuan berlaku. 7. Saluran susu dan alveoli di selaputi oleh tisu-tisu penyokong dan lemak. Terdapat 2 hormon yang penting dalam penghasilan susu ibu iaitu: I. Hormon Prolaktin yang merangsang penghasilan susu II. Hormon Oksitosin yang merangsang reflek pancutan (“ Milk ejection reflex”)
• Apabila bayi menghisap payudara ibu, saraf di puting dan areola akan menghantar rangsangankekelenjar pituitari, dan prolaktin di rembeskan. • Prolaktin bertindak di kelenjar susu dan merangsang penghasilan susu. • Penghisapan bayi juga merangsang rembesan hormon oksitosin dari kelenjar pituitari danmerangsang refleks pancutan untuk mengeluarkan susu. • Reflek oksitosin boleh di rangsang dengan mudah oleh perasaan dan pemikiran ibuseperti : Ø Perassan gembira dengan kehadiran bayi, atau Ø fikirkan tentang kasih sayang serta berkeyakinan susu ibu adalah yang terbaik untuk anakØ melihat, mendengar , menyentuh dan memikirkan bayi dengan perasaan kasih sayang. • Pengeluaran oksitosin boleh terganggu buat sementara dalam keadaan berikut: Ø kesakitan akibat puting merekah atau jangkitan kelahiran caesarean atau episiotomi Ø perasaan bimbang tidak cukup susu
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI vPerkembangan psikomotor, emosi dan sosial yang lebihbaik. vPerkembangan daya intelek yang lebih baik( IQtinggi) vKurang risiko diabetik, kanser, jangkitan telinga danpneumonia.vAntibodi tinggi untuk melawan penyakit. vKurang risiko insiden sindrom kematian mengejut ( Sudden infant death syndrome) vPenghadaman yang mudah. vMengalakkan tumbesaran . vMengurangkan risiko kepada alahan. vMengelakkan dari kurang zat makanan, cirit birit danpenyakitsaluranpenafasan vMempunyai komposisi nutrien yang mengcukupi dansuhuyangsesuai
BAHAYA/ RISIKO KEPADA BAYI YANG TIDAK DI BERIKAN SUSU IBUvMasalah jangkitan seperti usus, cirit-birit , jangkitan sistempenafasan , jangkitan telinga, jankitan salur kencing. Eczema dan lain -lain keadaan alahan . vKerandangan usus besar yang serius ( Necrotising entercolitis) bagi bayi pramatang. vPerkembangan IQ yang lebih rendah. vDiabetes dari peringkat kanak-kanak lagi( juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukkan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. vkekurangan zat makanan,jika susu di cairkan. vKematian bayi dan kanak-kanak diperingkat awal usia .
KEPENTINGAN PENYUSUANSUSUIBU UNTUK IBUvKurang risiko mendapat kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. vKurang risiko kerapuhan tulang pinggul di kemudian hari . vKurang tekanan perasaan selepas bersalin vMenpercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai senaman. vJalinan emosi yang erat”Bonding” antara ibu dan anak. vPenyusuan di waktu malam dan semasa perjalanan yang lebih mudah. vPengecutan rahim dan kurang risiko perdarahan. vPenyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran. vMenjimatkan masa dan wang. vMudah dan tidak perlu di persediaan.
KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULITSEBAIKSAHAJA BAYI DILAHIRKAN(SKIN TO SKIN) v Menjadikan bayi dan ibu lebih selesa dan membantu meningkatkan suhu badan bayi. v Menggalakkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi (bonding), seterusnya membantu memulakan penyusuan. v Membantubayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat. v Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi. v Menenangkan ibu dan bayi. v menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi. v membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan gula didalam darah bayi. v Bayi kurang menangis - mengurangkan tekanan dan penggunaan tenaga bayi.
TANDA-TANDA MENUNJUKKANBAYIINGIN DISUSUKAN(FEEDING CUE) vMenggerakkan mata. vMembuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara ibu (roofting reflex) vBayi mengeluarkan bunyi (soft whimper sound) vMenghisap jari, tangan, selimut atau kain, atau sabarang objek yang menyentuh bibirnya. vSusukan bayi anda segera bila tanda- tanda ini ditunjukkan.Jangan tunggu sehingga bayi menunjukkan tanda- tdkhiii(i)
KEPENTINGAN PERMULAANPENYUSUANAWALDALAM MASA SETENGAH JAMSELEPASBERSALINv Penting untuk meransang proses penghasilan & pengaliran susu yang cepat dan berterusan untuk :- • Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. • Memastikan bayi mendapat kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex) v Kolostrum sudah tersedia dalam payudara semasa bayi dilahirkan dan mengandungi :- • Kaya antibodi - melindungi terhadap alergi dan alahan. • Banyak sel darah putih - melindungi terhadap jangkitan. • Sebagai imunisasi pertama - membantu mencegah jangkitan bakteria yang merbahaya. • Mempunyai kesan laksatif ringan - menyingkirkan mekonium membantu mencegah jaundis. • Banyak faktor tumbesaran - membantu mematangkan usu, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain. • Kaya dengan vitamin A - mengurangkan keterukan jangkitan.
KEPENTINGAN IBU DAN ANAK BERSAMASEPANJANGMASA 24 JAM(ROOMING IN) vBayi dapat belajar mengenali ibunya. vIbu dapat memberi penyusuan awal. vIbu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cue) vIbu dapat belajar bagaimana menjaga bayi dan lebih selesa. vDapat disusukan mengikut kehendak bayi. vMengeratkan kasih sayang ibu dan anak. vMudah menerkan penyusuan susu ibu seterusnya vMeransang pengaliran dan pengeluaran susu. vMengelakkan bengkak payudara. vMengurangkan jangkitan.
vMemudahkan ibu menyusukan bayi. vMengekalkan penghasilan susu. vMeransang pengeluaran susu dengan cepat. vMengurangkan bengkak payudara. ü Penyusuan eksklusif diberikan kepada bayi pada bila-bilamasamengikut keperluan bayi atau bila bayi lapar. ü Susukan bayi mengikut selama mana yang bayi mahusehinggadiamendapat susu akhir (hindmilk) dan melepaskan sendiri payudara(bayi kenyang) ü Susukan bayi sekiranya payudara ibu terasa penuh. ü Kejutkan bayi yang tidur lama untuk disusukan. MAKSUD ON DEMAND (ON CUE) KEPENTINGAN PENYUSUANMENGIKUT KEHENDAK BAYI (ON DEMAND /ON CUE)
vPada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisapdengan baik, tubuh bayi akan beransur relaks. vKebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur. vUntuk mengeluarkan payudara daripada mulut bayi, masukkan jari kelingking di clah bibir bayi, tekan sedikit untuk mengeluarkan puting payudara dari mulu bayi. vIbu perlu membiarkan byi anda menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberi payudara yang lain bagi membolehkan bayi mendapat hindmilk serta meningkatkan penghasilan susu. TANDA-TANDA MENUNJUKKANBAYI TELAH KENYANG
Bagi memastikan bayi mendapat susu yng mencukupi walaupun ibu terpaksa berpisah dengan bayi ataupun ibu bekerja ; v Susukan bayi mengikut kehendak bayi, bukan mengikut waktu tertentu. v Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa bersama bayi termasuk diwaktu malam (prolaktin tinggi waktu malam) . v Jangan gunakan puting kosong/puting tiruan. v Perah susu selepas susukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu. v Dapatkan rehat, makanan berzat dan minuman yang secukupnya. v Bagi ibu bekerja - Perah susu sejurus sebelum pergi bekerja dan 2-3 kali di tempat kerja. Menyusukan secara terus sebaik pulang bekerjadan sepanjang masa semasa di rumah dan pada hari cuti. MAKSUD PENYUSUAN DENGAN KERAP : Bayi perlu disusukan mengikut kemahuannya(on demand)/ apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues) atau bayi lapar dengan secara kerap dan pada bila- bila masa bayi diperlukan.
BAGAIMANA MEMASTIKANBAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP q Bayi kerap membuang air kecil - Bayi membuang air kecil yang berwarna kuning jernih lebih daripada 6 kali sehari. q Bayi buang air besar 3-8 kali sehari (kekerapan akan berkurang apabila berumur lebih di 1 bulan) q Bayi kelihatan sihat dan tidur nyenyak. -Tidur nyenyak dan kelihatan sihat serta cergas apabila terjaga. - Mempunyai tona otot yang baik dan kulit yang sihat. q Ada peningkatan berat badan bayi yang amat normal - Berat badan bayi selalunya meningkat 100-200g seminggu untuk bulan pertama dan meningkat 85-104g seminggu pada bulan seterusnya hingga berumur 1 tahun. q Berat badan bayi meningkat 2 kali ganda daripada berat lahir apabila bayi berumur 5-6 bulan & meningkat 3kali ganda apabila bumur 1 tahun. TIP PENYUSUAN DALAMSITUASI TERTENTU§ Jika bayi mengantuk disebabkanbayipramatang,kuning(jaundice) ataukesanpengunaan ubat semasa proses kelahiranataupayudara ibu terlalu penuhdaniburasatidakselesa, ibu perlu mengejutkanbayi untukdisusukan dengan lebihkerap
MENGEKALKAN PENYUSUAN SUSU IBU WALAUPUN TERPISAH DARIPADA BAYI a) Susukan bayi dengan poisisi dan pelekapan yang betul semasa berada bersama bayi. b) Perah susu ibu mengunakan tangan jika ibu terpisah daripada bayi atau c) Jika bayi ditempatkan di Unit Rawatan Khas: I. Dapatkan bantuan anggota kesihatan terlatih untuk memulakan penyusuan awal, merangsang pengeluaran susu dan mengekalkan bekalan susu ibu dalam masa 6 jam selepas kelahiran. II. Belajar cara memerah susu ibu menggunakn tangan. III. Berikan bayi susu ibu sekerap yang mungkin atau perah susu sekurang-kurangnya 6-8kali sehari untuk memastikan bekalan susu berterusan.
KEPENTINGAN PEMERAHAN SUSU IBU Pemerahan susu ibu perlu dilakukan supaya dapat membantu ibu untuk: q Keselesaan payudara seperti melegakan bengkak payudara, saluran susu tersumbat pada punting bagi melegakan luka /sakit punting. q Menggalakkan bayi menghisap susu ibu. Susu perahan boleh: - Diletakkan pada puting untuk membolehkan bayi menghidu dan merasa susu ibu. -Diberi terus ke mulut bayi jika bayi lemah /kurang mampu menghisap. q Untuk melembutkan kawasan areola sekiranya payudara penuh untuk memudahkan pelekapan dan mendapatkan susu , juga mengekalkan penghasilan susu ibu. q Mendapatkan kolostrum iaitu jika bayi baru lahir tidak boleh menyusu pada payudara, bayi kecil yang lemah atau ibu dan bayi terpisah.
CARA MEMERAH SUSU IBU DENGANTANGANi. Rangsangan pengaliran susu ibu boleh merangsang refleks oksitosin sepert cara berikut: § Duduk dalam keadaan selesa dan tenang § Fikirkan tentang bayi . Pandang wajah bayi atau gambar bayi. § Tuam panas payudara. § Melakukan urutan § Gentel puting payudara mengunakan jari dan ibu jari.
ii. Keluarkan susu pada keseluruhan saluran susu. v Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara , bahagian tepi luar tampak gelap (areola) atau padabahagian yang di rasa seperti berbiji( saluran susu). v Tekan payudara ke belakang ke arah dada dengan ibu jari dan jari telunjuk serentak bagi membantupengeluaran susu melalui puting. - Ibu perlu menekan pada saluran susu. - Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis di keluarkan. - Ia akan mengambil masa beberapa minit. - Pada permulaan, sedikit susu akan di keluar, kemudian diikuti dengan pancutan susu apabila refleks oksitosin mula berlaku. iii. Ulangi kesemua bahagian payudara untuk mengeluarkan susu § Apabila susu telah habis dikeluarkan pada tempat tesebut, gerakkan ibu jari dan jari -jari yang lain mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susupada semua saluran susu pada payudara.
SEKIRANYA IBU MEMILIH UNTUK MEMERAH SUSU IBU DENGAN MENGGUNAKAN PAM ü Pilih pam yang efektif, belajar bagaimana menggunakan pam dan ikut arahan daripada pengilangnya. ü Rangsang refleks oksitosin sebelum mengepam - Duduk selesa dengan sokongan pada punggung dan tangan memegang pam. - Santai , urut dan menggunakan teknik lain seperti memerah susu dengan tangan. ü Jika perlu gunakan pam elektrik / bateri untuk mengepam kedua belah payudara sekaligus - Mengepam kedua- dua belah payudara boleh meningkatkan tahap prolaktin ibu. - Kaedah ini boleh menbantu ibu yang memerlukan jumlah susu yang banyak atau ibu hanya mempunyai masa yang singkat untuk mengepam. ü Gunakan hanya pada tahap sedutan yang selesa untuk semua jenis pam. - Sedutan yang kuat tidak boleh mengeluarkan susu ibu dengan lebih banyak malah boleh merosakkan payudara.
ü Pilih pam yang berkesan dan berkualiti: - Meniru gaya hisapan bayi- sedutan awal yang pendek dan cepat, diikuti dengan hisapan yang dalm dan pelahan. -Anda juga boleh menggunakan pam susu berganda (double pump) untuk menjimatkan masa dan menggalakkan pengaliran susu dengan lebih berkesan -Jika susu ibu semakin sedikit atau tidak ada susu yang keluar daripada payudara, periksa samaada pam masih berfungsi dan semak teknik mengepam (termasuk merangsang reflek oksitos). Jangan membuat kesimpulan bahawa payudara anda “tidak memiliki susu”. ü Pastikan ibu mampu menyahkuman pam jika tujuan mengepam adalah untuk mendapatkan susu ibu untuk di beri kepada bayinya.
CARA MENYAHKUMAN PERALATANPENYUSUAN Merebus: - Mudah dan murah. - Letakkan sahaja peralatan anda dalam periuk. - Isikan air ( pastikan semua peralatan tenggelam dan tiada gelembung udara di dalam botol atau peralatan tersebut) - Tutup dan pasangkan api. - Biarkan mendidih selama 3-5 minit. - Keluarkan peralatan bila diperlukan sahaja dengan pengepit yang dinyahkuman. Alat Penyahkuman Komersial (Strilliser); Kaedah yang mudah menyahkuman peralatan penyusuan . Terdapat beberapa jenis alat penyahkuman di pasaran. Ikut arahan pengilang
CARA MENYIMPAN SUSU PERAHANv Anda boleh memerah dan membuat simpanan stok susu 4 minggu selepas bersalin. v Perah susu anda pada bila-bila masa sekiranya payudara masih terasa penuh atau jika susu andaberlebihanwalaupun bayi telah cukup menyusu. v Jika bayi telah menyusu di sebelah payudara sahaja, perahlah susu anda di sebelah payudara lagi. v Pilih bekas yang sesuai - bekas plastik / kaca / botol tanpa puting yang bebas BPA (Free BPA) ü Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup. ü Simpan kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan (2oz - 5oz) ü Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu perahan. ü Pastikan susu yang disimpan di dalam bekas hanya 3/4 penuh supaya susu tidak melimpahkeluarketikaproses pembekuan.
Suhu bilik (25-37C) 4 Jam 4JamBilik berhawa dingin (15-25C) 8 Jam - Bilik berhawa dingin (<15C) 24 Jam - Peti sejuk (Tempat pendingin 2-4C) <8 hari 48jam-*pastikan suhu peti sejuk sentiasa kekal sejuk pada suhu sepatutnya. -jika tidak, digalakkan menyimpan perahan susu ibu di bahagian dingin peti sejuk 2 pintu selama3- 5hari sahaja.Susu Ibu Yang Dibeku (Frozen Milk) Tempat pembeku (peti sejuk 1 pintu) 2 Minggu 2MingguTempat pembeku (peti sejuk 2 pintu) 3 Bulan 3BulanPeti sejuk beku (Deep Freezer) 6 Bulan 3BulanNyahbeku dalam Peti sejuk (defrost) 24 Jam (Tidak boleh dibekukan semula) 12jam( Tidak bolehdibekukansemula)
CARA MENCAIRKAN SUSU IBU PERAHAN YANG DIBEKUKANv Letakkan di bahagian sejuk dingin peti sejuk semalaman atau v Cairkan susu yang dibekukan perlahan-lahan di bawah air yang mengalir. v Bila sudah dicairkan, susu mesti digunakan dalam masa 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula. v Susu ibu perahan yang beku,boleh dicairkan dengan cara merendam bekas menyimpan susu di dalam mangkuk yang mengandungi air panas suam atau warmer. v Susu ibu yang disejukkan pada ruang pendingin peti sejuk, boleh dipanaskan dengan meletakkan bekas menyimpan susu di dalam mangkuk air panas atau warmer. v Jangan panaskan susu pada alat gelombang mikro (microwave) atau diatas api/dapur. v Panaskan amaun susu yang diperlukan bayi sahaja (2oz - 5 oz) v Susu ibu yang dibekukan akan menampakkan 2 lapisan yang terpisah. Semasa susu disuamkan, goyang bekas perlahan-lahan untuk menggabungkan lemak yang terpisah itu. v Susu ibu yang dipanaskan tidak boleh disimpan atau disejukkan semula. (Susu ibu tidak boleh disimpan pada suhu bilik melebihi 37C).
CARA MEMBERI BAYI MINUMSUSU IBUPERAHANv Anda boleh melatih bayi minum susu perahan seawal usia bayi anda 4minggu. v Memulakan latihan sebelum usia bayi 3 minggu boleh menyebabkan bayi keliru puting dan mengurangkan penghasilan susu anda. v Dapatkan seorang pembantu untuk melatih bayi anda minum perahan v Pemberian susu perahan melalui cawan perlulah diperkenalkan satu jam awal daripada waktu penyusuan biasa agar bayi anda tidak terlalu lapar dan marah. v 1 cawan (250-300ml) susu perahan boleh diberikan kepada bayi ( berumur 2-4 bulan) sebanyak 2 kali penyusuan (100- 120ml setiap kali pemberian) v Bayi berumur < 2 bulan mungkin perlu 60-90 ml untuk sekali penyusuan. Anggaran jumlah susu yang di perlukan oleh bayi dalam sehari adalah 150ml/kg berat badannya.
CARA MEMBERI BAYI MINUM SUSU IBU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN ü Posisikan bayi duduk dalam keadaan menegak (upright - ≈90°)/ condongkan sedikit (semi- upright - ≈45°) di atas ribaan ibu; ampu belakang bayi, kepala,leher dan punggungnya ü Pegang cawan yang mengandungi susu, sentuhkan cawan di bahagian bibir bawah bayi dan hujung permukaan cawan menyentuh bibir atas bayi. ü Apabila bayi tersedar ,dia akan membuka mulut dan matanya , condongkan sedikit cawan sehingga susu mencecah lidah bayi dan biarkan bayi menjilat, mengecap dan menelan sendiri. * Bayi pramatang mula menjilat susu menguna lidahnya. * Bayi yang matang akam menjilat dan mengecap perlahan-lahan dan menelan susu. ü Pada permulaannya susu akan tumpah sedikit, lama kelamaan apabila pemberian stabil, susu akan lebih banyak masuk ke mulut bayi. ü Apabila kenyang bayi akan berhenti menjilat, mengecap dan menelan dengan sendiri. ü Jangan tuang terus susu terus kedalam mulut bayi.
POSISI DAN MELEKAPAN YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN Kepentingan memposisikan dan melekapkan bayi dngan betul semasa penyusuan : q Bayi dapat menyusu dengan berkesan ( susu ibu dapat di keluarkan daripada payudara ibu dengan lebih berkesan.) q Menbantu menstabilkan penghasila dan pengeluaran susu. q Mengelakkan masalahsakit puting payudara (puting luka/puting merekah) q mengelakkan masalah bengkak payudara.
q Kedudukan badan bayi selari. q Badan bayi rapat dengan badan ibu( bayi dibawa kepada payudara ibu, bukan ibu memasukkan payudara ke dalam mulut bayi) q Kepala, bahu dan punggung bayi diampu. Sekiranya bayi baru lahir keseluruhan badan bayi perlulah diampu. q Bayi menghadap payudara dengan kedudukan hidung bayi dihadapan puting payudara ibu. MUKA BAYI MENGHADAP PAYUDARA KEPALA, BADAN DAN PUNGGUNG BAYI DIAMPU KEPALA DAN BADAN BAYI LURUS/SELARI BAYI RAPAT KEPADA IBU
POSISI IBUqBerada dalam keadaan selesa qBahagian belakang , kaki dan payudara diampu( jika perlu) qJika perlu, pegang di ampu sedikit payudara ibu jauh daripada areola dengan cara pegangan ‘C’
CARA MEMEGANGBAYI Berbaring(Lyingposition)Mendukung(CradleHold)Mendukung bersilang (Cross cradle hold) Mendakap ( Football hold)
CARA MELEKAPKAN BAYI DI PAYUDARABawa bayi kepada ibu untuk dilekapkan dengan betul: v Sentuh mulut bayi dengan puting ibu agar bayi akan membuka mulutnya’ v Tunggu sehingga bayi membuka mulut paling luas dan gerakkan bayi kepada payudara ibu v Mulut bayi perlu terbuka dengan luas untuk memastikan bayi mencakupi keseluruhan atau sebahagianbesarareolake dalam mulutnya. v Sasarkan bibir bawah bayi ke arah bahagian bawah puting agar dagu bayi dan bibir bawahnya dapat menyentuhpayudara dahulu sebelum bibir atas bayi meyentuhnya. v Bawa bayi kepada payudara dan pastikan badan bayi rapat dengan badan ibu. v Setelah bayi melekap pada payudara dengan betul, ibu jangan mengerakkan badannya atau payudaranyalagi daripada bayinya. v Pastikan bayi melekapdengan betul dan dapat menghisap dengan berkesan iaitu pipi bayi kelihatancembungdankedengaran nada hisapan: hisap-telan,hisap-telan.
ØMulut bayi terbuka luas ØBibir bawah bayi melengkup keluar ØDagu bayi menyentuh payudara ibu. ØSebahagian besar areola ibu berada di dalam mulut bayi. ØLebih banyak areola kelihatan di bahagian atas ØMulut bayi tidak terbukaluasØBibir bawah tidak tertarikkedalamØDagu bayi jauh dari payudaraØLebih banyak areola kelihatandi dalammulut bayi( atau samabahagianatasdanbawah) Tanda- tanda Pelekapan Yang Betul Tanda-tandaPelekapanYangSalah
*Sebahagian besar areola dimana saluran susu yang berada dibawahnya akan berada didalam mulut bayi. *Bayi akan menghisap payudara bukannya puting. *Mulut dan lidahnya tidak menggesel kulit payudaraatau puting tidakmerasa sakit. *Bayi perlu melekap dengan betul supaya susu boleh keluar denganmudah dan bayi dapat menghisap dengan berkesan, TANDA-TANDA PENGHISAPAN YANG BERKESAN: ü Menghisap perlahan dan dalam , kadangkala berhenti sebentar. üKedengaran nada hisapan: Hisap-telan, Hisap-telan üPipi bayi kelihatan & cembung. üBayi akan melepaskan sendiri payudara, kelihatan kenyang &tenang
KEPENTINGAN PENYUSUANSEPENUHNYA( EKSKLUSIF) Mengapa penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan? qKandungan nutrient dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6bulan. qPenyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makananlaintidakmenjejaskan kadar pertumbuhan bayi. qPenyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan jugadapat memastikan penyerapan zat besi yang optimumdari susuibu. qPengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapannutriendidalam susu ibu seperti zat besi.
qSistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada6bulan masih belum matang untuk memproses makananselaindari susu ibu. qPemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur < dari 6 bulan adalahtidakdi galakkan. qEnzim-enzim penghadaman yang terlibat belumbersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit (diarrhea). qAir atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan olehsusu ibu terhadap sistem pencernaan. qIni akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.
Bahaya pemberian makanan lain selain dari susu ibu kepada bayi <6 bulan. Kekurangan zat makanan Risiko penyakit dan jangkitan Air menghakissaluranpelindunganyangdihasilkanolehsusuibu.Air sebagai vector pembawa kuman sekiranya tidak bersih Risiko Kegagalan penyusuan Mencairkangaramdidalamdarah, menyebabkansuhubadanrendah-bayikembung
KEBURUKAN MEMBERI MAKANAN DAN MINUMAN LAIN ( SUPPLEMENT FEEDING ) KEPADA BAYI BERUMUR <6 BULAN Bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu diberi makanan atau minuman lain selain ( supplement) kerana ianya akan: § mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu dan seterusnya boleh mengurangkan penghasilan susu. § meningkatkan risiko jangkitan § Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu. § Meningkatkan risiko kegemukan( obesiti) § jika bayi di beri suplement mengunakan botol susu, bayi mungkin tidak dapat menghisap dengan baik pada payudara semasa penyusuan kerana keliru puting.
MENERUSKAN PENYUSUANSUSU IBU SELEPAS 6 BULANüSelepas 6 bulan bayi memerlukan makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu. ü Meneruskan penyusuan susu ibu adalah penting kerana dapat membekalkan 1/2 daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan dan perlu di teruskan sehingga berumur 2 tahun atau lebih. ü Susu ibu amat sesuai untuk bayi dan sentiasaberubahdarihari ke hari, bulan ke bulan mengikut perkembangandankeperluan bayi. ü Bayi dapat mempelajari rasa makanankeluargamelaluisusuibu. ü Susu ibu adalah unik dan amat istimewa, mengandungicecair yang hidup secara aktif dalammelindungi bayidarijangkitan, ü Susu formula tidak dapat melindungi bayi dari jangkitan
MEMASTIKAN PENYUSUAN DAPAT BERMULA DENGAN BAIK Amalan- amalan yang memastikan penyusuan susu ibuberjalan lancar: v Antara amalan-amalan di hospital yang dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan dengan baik seperti: 1. Mempunyai peneman semasa proses kelahiran - dapat membantu ibu merasa lebih selesa dan terkawal. 2. Elakkan mengunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk. 3. Memastikan proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan sejurus selepas kelahiran - dapat mengekalkan kehangatan badan bayi dan juga memberinya permulaan yang baik ke arah penyusuan susu ibu. 4. pastikan bayi bersama ibu setiap masa (Rooming in or bedding -in) supaya bayi mudah disusukan di samping memastikan bayi selamat. 5. Mengenali tanda -tanda bayi ingin menyusu - supaya penyusuan mengikut kehendak bayi dan bukan mengikut jadual waktutertentu.6. Memberi penyusuan dengan kerap bagi memastikan bekalan susu yang baik danberterusan.7. Memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif tanpaperlumemberi makanan atau minuman tambahanatauputingtiruan. 8. Ibu perlu belajar tentang posisi dan pelekapanyangbetuluntuk penyusuan dan anggota kesihatanakanmembantuselepas bayi di lahirkan.
Penjagaan Mesra Ibu ( Mother Friendly Care) nadalah amalan -amalan yang dapat membantu seorang ibu untuk merasa berkebolehan , berkeyakinan , berkeupayan menguasai diri, disokong dan bersedia untuk berinteraksi dengan bayi yang cergas seperti: Ø Ibu digalakkan mempunyai peneman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. Ø Ibu di benarkan mengambil minuman atau makanan yang ringan (bagi ibu yang berisiko rendah) Ø Mengalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. Ø Mengalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan mengalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan, kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi. Ø Tidak mengunakan sebarang prosedur invasive seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy , perangsang mempercepatkan kelahiran ( induction of labour) . pmbedahan caesarean atau kelahiran secara bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya di terangkan dengan jelas kepada ibu.
Sokongan semasa proses kelahiran ( peneman) 1) Peneman semasa proses kelahiran dan bersalin boleh terdiri daripada suami, ibu adik/kakak ,kawan , lain-lain ahli keluarga atau juga kakitangan kemudahan kesihatan 2) Peneman perlu terus berada bersama ibu sepanjang proses kelahiran sehingga melahirkan. 3) Peneman dapat memberi sokongan bukan perubatan dalam bentuk : § memberi galakkan untuk berjalan dan bergerak. § Membantu memberi minuman dan makanan yang ringan. § Membantu membina keyakinan ibu. § Memberi cadangan tentang cara-cara untuk mengurangkan kesakitan dan kerisauan . § membantu mengurut , memegang tangan dan mengelap dahi/badan dengan tuala sejuk. § Mengunakan kata-kata positif( atau apa-apa yang sesuai mengikut adat resam/ agama masing-masing. )
Mengurangkan kesakitan bersalin melalui kaedah tanpa ubat-ubatan , ibu- ibu di galakkan untuk mengurangkan kesakitan bersalin melalui kaedah tanpa ubat-ubatan terlebih dahulu sebelum ditawarkan pengunaan ubat-ubatan, di antaranya: ØSokongan semasa proses kelahiran ØGalakkan ibu berjalan dan bergerak ØUrutan badan. Ø Menenangkan dan meyakinkan ibu secara fizikal dan lisan. Ø Menyediakan persekitaran yang tenang tanpa cahaya lampu yang terlalu terang atau gangguan oleh orang yang terlalu ramai. Ø Membenarkan posisi melahirkan mengikut pilihan ibu.
PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BEKERJAYAPERSEDIAN UNTUK LATIHAN MEMERAH SUSUIBUØBerlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran ØPastikan peralatan penyusuan telah di bersihkan dan dinyahkuman. ØSebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih . ØJumlah susu akan meningkat selepas beberapa kali percubaan. ØPerah susu dalam bekas bersih dan mempunyai penutup. ØBiarkan sebentar susu yang baru di perah di dalam suhu bilik, sebelum di simpan di dalam peti sejuk.
JADUAL LATIHAN MEMERAH /MENGUMPUL STOK SUSU SECARA INTENSIF( SEKURANG-KURANGNYA 1 BULAN SELEPAS KELAHIRAN WAKTU PENYUSUAN HARI KE 31-33 HARI KE 34-36 HARI KE 37-40 HARI KE 41-44. SEHINGGABAYIMEMERLUKANKEDUA-DUASarapan 7.00- 9.30pagi MSI (bayi hisap sebelah, perah sebelah lagi) MSI (bayi hisap sebelah, perah sebelah lagi) Perah susu untuk simpanan(bayi hisap sebelah, perah sebelah lagi) Perah susu untuksimpanan(bayihisap sebelah, perahsebelahlagi)Pertengahan pagi 10.30- 11.30pagi Penyusuan Ibu Perah susu untuk simpanan(bayi hisap sebelah, perah sebelah lagi) Perah susu untuk simpanan(bayi hisap sebelah, perah sebelah lagi) Perah susu untuksimpanan(bayihisap sebelah, perahsebelahlagi)Makan tengahari 1.30-2.30ptg Penyusuan Ibu Penyusuan Ibu Perah susu untuk simpanan(bayi hisap sebelah, perah sebelah lagi) Perah susu untuksimpanan(bayihisap sebelah, perahsebelahlagi)Makan petang 4.30-6.30ptg Penyusuan Ibu Penyusuan Ibu Penyusuan Ibu Perah susu untuksimpanan(bayihisap sebelah, perahsebelahlagi)
CATATAN: 1. MSI : Memerah susu ibu/ibu boleh mula memerah susu 2 minggu selepas bersalin dan secara intensif 1 bulan selepas bersalin ( untuk stok) 2 .Memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup meghisap di sebelah payudara satu lagi - payudara bengkak - susu berlebihan pada bila-bila masa selepas bersalin 3. Penyusuan ibu: Disusui terus dari ibu. *Note: Perah dan simpan susu anda pada bila-bila masa selagi masih ada susu yang berlebihan.
LATIHAN BAYI UNTUK MINUMSUSU IBU PERAHAN § Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan sekurang-kurangnya 1 bulan selepas bersalin dan secara intensif 2 minggu sebelum bekerja. § Untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 7.30pagi hingga 6.30ptg § Bayi yang bekrja shif , boleh di ubahsuai mengikut masa bekerja,
WAKTU PENYUSUAN HARI KE 77-79 HARI KE 80-82 HARI KE 83-86 HARI KE87-90Sarapan 7.30- 9.30 pagi 1. Beri SIP 2. Perah & simpan susu 1. Beri SIP 2. Perah & simpan susu 1. Beri SIP 2. Perah & simpan susu 1. Beri SIP2. Perah&simpansusuPertengahan pagi 10.30-11.30 pagi Penyusuan ibu 1. Beri SIP 2. Perah & simpan susu 1. Beri SIP 2. Perah & simpan susu 1. Beri SIP2. Perah&simpansusuMakan tengahari 1.30-2.30 ptg Penyusuan ibu Penyusuan ibu 1. Beri SIP 2. Perah & simpan susu 1. Beri SIP2. Perah&simpansusuMakan petang 4.30-6.30 ptg Penyusuan ibu Penyusuan ibu Penyusuan ibu 1. Beri SIP2. Perah&simpansusu
Catatan: I. SIP (Susu ibu perahan)- susu yang diperah diberi dengan sudu ataucawanII. Penyusuan ibu- Disusui terus daripada payudara ibu *Nota- Latihan pemberian SIP boleh dimulakan semasa bayi berumur 1bulan. Pastikan ibu meyusui bayi terus daripada payudara sepanjang malam. Deliver 11feb Start practice express milk 22feb Introducing cup &EBM 11Mac Start training EBM 28 April Start working12Mei
Senarai Semak Untuk Ibu Bekerja1. Sediakan stok susu ibu: Sediakan seberapa banyak stok susu ibu yang anda mampu seawal sebulan selepas kelahiran. 2. Sediakan pengasuh / penjaga bayi: Ajar pengasuh cara-cara mengendalikan susu ibu perahan(simpan,cairkan dan cara berikan susupadabayi mengunakan sudu/cawan). 3 Sediakan bayi: Ajar bayi anda minum susu perahan(selepas bayi berumur 1 bulan)mengunakan sudu/cawan dansecaraintensif 2 minggu sebelum mula bekerja. Biarkan pengasuh memberi susu perahan kepada bayi anda.Anda perlu berada jauh daripada bayi anda. 4. Pilih pakaian yang selesa untuk penyusuan Baju yang mudah untuk memerah susu dan menyusukan bayi. Coli penyusuan. 5. Siapkan peralatan : Beberapa pelapik coli Pek ais Bekas penyejuk “cooler box” Beberapa bekas menyimpan susu/botol bertutup Pam susu ( jika perlu)