The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1156-3-aimie, 2022-09-20 03:24:53

EDUP3093 KESAN LAPORAN RAZAK 1956 TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

TUGASAN 2 EDUP3093
11Z KUMPULAN 6

DR MAHAYA BINTI SALLEH EDUP3093 TUGASAN 2
KUMPULAN 6 IIZ

KESAN LAPORAN RAZAK 1956
TERHADAP

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

DISEDIAKAN OLEH : NUR AIMIE HAFIZA BINTI MOHAMAD ASRI
NUR SYAFIQAH ATHIRAH BINTI IBRAHIM
SUMHAYLIN A/P LYE SENG

AHLI KUMPULAN

BINNUTRI2M0A2IO1M2H5IA2E
3MH40AA7DF7I6AZSARI NUR SBYI2NA0FT21II2QI5BA2
RH34AA0H7T8IHM3IRAH SUMHA2Y0L2I1N25A2
3/P40L7Y8E8 SENG

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SEBELUM MERDEKA SELEPAS MERDEKA

Sistem Pendidikan Pondok Laporan Rahman Talib 1960
Sistem Pendidikan Vernakular Akta Pendidikan 1961
Laporan Cheeseman 1946 Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Barnes 1950 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Laporan Fenn-Wu 1951 Akta Pendidikan 1996
Ordinan Pelajaran 1952
Laporan Razak 1956 SEKARANG

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

LAPORAN RAZAK 1956

1955 - Penubuhan Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran oleh kerajaan British.

Tujuan penubuhan :
Meneliti dasar pendidikan Tanah Melayu ketika itu serta kandungan Ordinan Pelajaran 1952.
Mewujudkan perubahan pendidikan yang sesuai dan relevan.

Dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein

(Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu).

6 Mei 1956 - Laporan Razak dikemukakan.

LAPORAN RAZAK 1956

Mempunyai hala tuju ke arah pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan yang memiliki ciri-ciri

berikut :

BAHASA KURIKULUM SUKATAN
MELAYU PELAJARAN

Diangkat sebagai bahasa
Berorientasikan alam
Kandungan yang sama di

kebangsaan serta dijadikan
sekeliling dan persekitaran
setiap sekolah.
bahasa pengantar utama.
Tanah Melayu.

2 penekanan utama Laporan Razak 1956:
Perpaduan kaum

Penghasilan tenaga kerja

TUJUAN LAPORAN RAZAK 1956

Mengangkat bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan

Merapatkan jurang perbezaan antara
TUJUAN Mengembangkan sistem pendidikan

kaum UTAMA negara

Menyediakan kemudahan
LAPORAN Memastikan sistem pengurusan

pelajaran yang mencukupi
pendidikan negara lebih

sistematik dan efektif
tanpa mengira bangsa

Melahirkan kelompok masyarakat
Mewujudkan perpaduan yang

yang berdisiplin, cekap, bertoleransi,
kukuh antara kaum sebagai satu


liberal serta progresif rumpun bangsa

SYOR LAPORAN RAZAK 1956

Penyata Razak mengemukakan 17 syor :

1.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang wajib dalam pembelajaran bagi

semua sekolah rendah dan menengah.

2.Bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan adalah bahasa Melayu, Inggeri dan Tamil.
3.Dasar pelajaran di bawah kuasa Menteri Pelajaran serta bertanggungjawab terhadap pelajaran


menengah dan latihan guru.
4.Pelajaran sekolah rendah dan pertukangan merupakan tanggungjawab pihak berkuasa Pelajaran


Tempatan.
5.Guru berada di bawah satu sistem perkhidmatan profesional dan latihan yang sama.
6.Menubuhkan Jemaah Nazir Sekolah.
7.Mewujudkan Lembaga Pengelola yang sama bagi guru-guru.
8.Penyamarataan skim perkhidmatan bagi semua guru.
9.Terdapat dua jenis sekolah untuk semua kaum, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah


persendirian serta sekolah rendah dan menengah yang menerima bantuan.

SYOR LAPORAN RAZAK 1956

10. Bahasa pengantar pendidikan rendah (sekolah umum) adalah bahasa Melayu manakala bahasa
pengantar sekolah jenis umum adalah bahasa Mandarin, Tamil atau Inggeris.

11. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa wajib di semua sekolah. Tetapi, bahasa
pengantar dan bahasa lain masih boleh digunakan.

12. Hanya satu jenis sekolah menengah ditubuhkan, di mana terbuka kepada semua kaum serta
menggunakan sukatan pelajaran dan kurikulum yang sama.

13. Pelajar di semua sekolah menengah harus mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil
Pelajaran Malaysia Persekutuan Tanah Melayu.

14. Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan dirancang.
15. Melaksanakan pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.
16. Pelajaran teknik disusun semula.
17. Semua sekolah diorientasikan supaya lebih bersifat kemelayuan. Sukatan pelajaran serta jadual

waktu yang sama bagi semua sekolah diperkenalkan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Sebelum ini - Falsafah Pendidikan Negara (FPN) Kini - Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pada pandangan umum, FPK dianggap sebagai :
Satu usaha berterusan untuk melahirkan individu seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek
dan emosi.
Panduan & tunjang asas pendidikan negara.
Merangkumi aspek pendidikan secara lengkap, bersepadu serta menyeluruh.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) :
Dasar pendidikan Malaysia.
Bertujuan melahirkan modal insan yang seimbang, meliputi perkembangan aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek serta sosial.

Usaha berterusan...kembangkan

potensi individu...menyeluruh &


bersepadu...lahirkan individu

seimbang...berdasarkan konsep

kepercayaan kepada Tuhan...demi


kesejahteraan diri, keluarga,

masyarakat & negara.

Sumber
Laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Elemen-Elemen
Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK)

Pendidikan Berterusan - Setiap individu perlu melengkapkan diri dengan pendidikan sepanjang

hayat agar pengetahuan sedia ada semakin luas dan bertambah sebagai persediaan menghadapi

perubahan dan cabaran dalam kehidupan.

Perkembangan Potensi Individu - Pendidikan dapat dijadikan sebagai satu platform untuk

mencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorang agar potensi diri dapat diserlahkan.

Menyeluruh dan Bersepadu - Potensi diri individu perlu diserlahkan dalam pelbagai aspek,

termasukan jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sosial.

Modal Insan yang Seimbang - Manusia yang seimbang, iaitu berkembang dalam kesemua aspek
dapat mempersiap siagakan individu yang sentiasa bersedia hadapi cabaran serta menjadi insan

yang seimbang, selari dengan penekanan utama FPK.

Kepercayaan kepada Tuhan - Setiap individu akan lebih menjaga tingkah lakunya, iaitu selari

dengan saranan agama. Melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Maka, hal ini

melahirkan insan yang lebih bermoral.

Rakyat Malaysia Berilmu Pengetahuan - Mengamalkan budaya membaca di samping menyedari

akan kepentingan ilmu yang berpotensi membawa rakyat Malaysia lebih maju ke hadapan dan

berpandangan jauh.

Rakyat Malaysia Berketerampilan - Berpengetahuan, bertanggungjawab dan cekap dalam

melaksanakan segala tugas yang diberikan mengikut bidang kemahiran masing-masing.

Rakyat Malaysia Berakhlak Mulia - Bertingkah laku baik, mengamalkan nilai-nilai murni serta

menitik beratkan nilai kerohanian dalam diri yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai contoh

ikutan yang disegani.

Rakyat Malaysia Bertanggungjawab - Melahirkan kelompok masyarakat yang lebih beretika dalam

melaksanakan tugas dan sejurus mengangkat rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang amanah,

boleh dipercayai serta tegas dalam melaksanakan tugas.

Kesejahteraan Diri Rakyat Malaysia - Rakyat yang memiliki daya ketahanan diri yang tinggi

membolehkannya berhadapan dengan kekangan kehidupan dengan bijak dan tenang.

Sumbangan Rakyat Malaysia terhadap Kemakmuran dan Keharmonian Negara - Membantu

menjana kemajuan negara dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

KESAN LAPORAN RAZAK 1956 TERHADAP
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

1 MEWUJUDKAN KONSEP PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Dalam 17 syor Laporan Razak 1956, Tun Haji Abdul Razak Hussein mengusahakan satu

perancangan pelajaran menengah lanjutan dan sambilan dalam sistem pendidikan ketika itu.
Melalui cadangan merancang pelajaran menengah lanjutan dan sambilan, jelaslah bahawa adanya

usaha untuk mewujudkan penerapan pendidikan secara berterusan untuk jangka masa yang lebih

jauh dan panjang.
Pendidikan secara berterusan amat berkesan bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan

luas dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Justeru, konsep pendidikan secara berterusan ini diaplikasikan dalam pembentukan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu pendidikan di Malaysia didefinisikan sebagai:

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan negara kita menekankan sikap

berusaha secara berterusan dalam menuntut ilmu serta menimba pengetahuan baharu.
Hal ini jelas membuktikan bahawa Laporan Razak 1956 sedikit sebanyak memberi kesan kepada

corak pendidikan negara pada hari ini, sepertimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).
Usaha secara berterusan ini bertujuan menghasilkan kelompok generasi yang lebih berilmu dan

bersedia untuk mengharungi liku-liku dan cabaran yang akan datang secara bijak dan rasional.
Potensi diri setiap individu juga dapat dikembangkan secara lebih meluas.
Penekanan berkaitan usaha secara berterusan ini seterusnya mewujudkan konsep pendidikan

sepanjang hayat yang diguna pakai dalam pendidikan negara sehingga kini.

Syor Laporan Razak 1956 Falsafah Pendidikan
Konsep Pendidikan

"Pelajaran menengah lanjutan
Kebangsaan (FPK) Sepanjang Hayat
"Suatu usaha berterusan."
dan sambilan dirancang."

Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia :

Peringkat Awal Peringkat Sekolah
Asuhan ibu bapa di rumah. Pendidikan sekolah rendah.
Didikan di tadika/prasekolah. Pendidikan sekolah menengah rendah.
Pendidikan sekolah menengah atas.

Peringkat Selepas Sekolah
Pendidikan di institut pengajian tinggi awam/swasta/luar negara
Bekerja
Hidup berkomuniti
Media massa

2 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA PENGANTAR DAN BAHASA KEBANGSAAN

Antara cadangan yang diutamakan Penggunaan bahasa lain seperti

dalam Laporan Razak 1956 adalah bahasa Cina dan Tamil tidak terjejas

menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah. kerana masih boleh digunakan.

Bahasa Melayu digunakan dalam
Usul ini disokong oleh Laporan Rahman

semua peperiksaan & dijadikan
Talib 1960 & Akta Pelajaran 1961.
sebagai unilateral di setiap sekolah.

Pemaktuban bahasa Melayu sebagai
HALAMAN
bahasa rasmi melalui penguatkuasaan
SETERUSNYA...

Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
Dalam proses pembentukan

melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1956 bagi mengukuhkan kedudukan bahasa
(FPK), dasar pendidikan seperti

menjadikan bahasa Melayu sebagai

Melayu sebagai bahasa kebangsaan. pengantar utama di sekolah telah


Penggunaan bahasa Melayu sebagai
diinspirasikan berdasarkan

bahasa pengantar utama di sekolah
manifestasi terdahulu, termasuklah

dan berfungsi sebagai alat perpaduan

melalui pendidikan sehingga kini. Laporan Razak 1956.

3 KESERAGAMAN SUKATAN PELAJARAN DI SEMUA SEKOLAH

Dalam Laporan Razak juga telah
Penubuhan satu jenis sekolah menengah, terbuka kepada semua

diusulkan berkaitan penggubalan
kaum yang menggunakan sukatan pelajaran yang sama.
satu sukatan pelajaran yang sama
Memperkenalkan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama.

untuk semua sekolah.

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
Tujuan KBSR dan KBSM ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan adalah untuk menyeragamkan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
pelajaran, menerapkan nilai

1993 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

perpaduan dan kebangsaan

yang diguna pakai oleh semua sekolah. dalam Pembelajaran dan

Pengajaran (PdP).

Dalam Falsafah Pendidikan
Menyeluruh dan bersepadu di sini boleh dikaitkan

Kebangsaan (FPK), elemen menyeluruh
dengan isu keseragaman sukatan pelajaran, iaitu satu

sistem atau silibus kurikulum yang boleh diguna pakai

dan bersepadu juga ditekankan. secara menyeluruh di semua skolah di Malaysia.

Melalui sistem keseragaman sukatan
Bermula tahun 2011, sukatan pelajaran di

pelajaran, guru-guru dapat menerapkan
sekolah diseragamkan dan dikukuhkan

nilai jati diri dan nilai perpaduan secara
lagi dengan pengenalan kepada KSSR dan

berpusat kerana semua sekolah di bawah
KSSM bagi menggantikan KBSR dan

kerajaan menggunakan silibus yang sama. KBSM.

Pihak pemimpin juga dapat menggunakan pendidikan sekolah sebagai alat

kawalan sosial yang positif dengan menerapkan nilai murni dan merealisasikan


Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dengan lebih mudah dan berkesan.

4 PENGEKALAN SISTEM PENDIDIKAN YANG


MENJAGA KEHARMONIAN KEPELBAGAIAN KAUM

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan aspek keharmonian

bersama antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah selari dengan hala tuju Laporan

Razak 1956 yang turut menitik beratkan perpaduan kaum melalui pendidikan.

Melalui cadangan Laporan Razak 1956,
1.Sekolah vernakular Cina dan Tamil bebas menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai

bahasa pengantar di sekolah rendah serta boleh mengamalkan budaya mereka ketika di sekolah

sehingga darjah 6.
2.Setelah tamat persekolahan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil, barulah pelajar

akan memasuki Kelas Peralihan untuk sesi pendedahan kepada bahasa Malaysia yang digunakan

sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.

Syor Laporan Razak 1956 untuk tidak menghapuskan sistem pendidikan vernakular pada peringkat

sekolah rendah ini dijadikan asas kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

negara kita.
Hal ini bertujuan menjamin kesepaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum ni

negara ini.
Sehingga kini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil masih dikekalkan dan perpaduan kaum

masih terjalin erat.
Maka, jelaslah bahawa sistem pendidikan vernakular peringkat rendah ini tidak akan menjejaskan

perpaduan kaum secara terlalu ketara, sebaliknya dapat menjamin keharmonian bersama seperti

mana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) negara.

5 MERAPATKAN JURANG PERBEZAAN ANTARA KAUM

Penyata Razak 1956 Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

mencadangkan menjadi bahasa wajib di semua sekolah.

Hal ini menunjukkan bahawa pemimpin berusaha sedaya upaya untuk merapatkan jurang perbezaan

antara kaum.
Kaum Melayu, Cina dan India akan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

untuk berbincang atau berkomunikasi.
Syor yang diusulkan ini memberikan kesan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana

salah satu elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperkembangkan potensi secara

menyeluruh dan bersatu padu.
Potensi ini perlulah dikembangkan dengan melakukan pelbagai aktiviti berlandaskan nilai-nilai murni

selain proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Pelbagai mata pelajaran telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum sejurus

melahirkan rakyat yang bersatu padu antara kaum.

Menyediakan kemudahan yang mencukupi. Penyata Razak 1956
mencadangkan

Kemudahan yang mencukupi juga membantu untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum

seperti membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang

berkemampuan tanpa mengira bangsa
Kemudahan infrastruktur yang diberikan kepada setiap kaum yang kurang berkemampuan mampu

memberikan motivasi kepada mereka untuk terus belajar.
Golongan yang tidak berkemampuan ini semestinya segan untuk ke sekolah disebabkan beberapa

situasi seperti keadaan baju yang tidak sesuai.
Kemudahan yang diberikan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan mereka tidak lagi enggan

untuk bergaul dengan rakan-rakan sekolah yang lain walaupun berlainan bangsa.
Pemberian kemudahan pendidikan secara sama rata ini dapat merapatkan jurang antara kaum.
Pelaburan yang dilakukan ini berbaloi untuk mencapai tahap persekitaran pembelajaran yang

kondusif serta dapat membantu ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6 TUMPUAN KEPADA PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU

Antara salah satu elemen yang diketengahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

adalah perkembangan potensi individu.

Penekanan dan tumpuan ke arah
Tun Haji Abdul Razak Hussein

mengembangkan potensi dan keupayaan
mencadangkan agar pelajaran

individu ini adalah implikasi daripada salah
teknik disusun semula.
satu cadangan Laporan Razak 1956.

Melalui cadangan tersebut, pelajaran teknik yang lebih bertumpu kepada aspek kemahiran

dan vokasional dapat memberi peluang kepada individu untuk mempamerkan dan menjana

keupayaan diri secara lebih berfokus dalam sesuatu bidang.

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"ke arah lebih memperkembangkan

(FPK) menggariskan bahawa dasar pendidikan
potensi individu...untuk mewujudkan

di Malaysia adalah seperti berikut: insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani..."

Secara tidak langsung, apabila potensi individu dikembangkan, misalnya melalui

pelajaran teknik seperti yang disyorkan dalam Laporan Razak 1956, modal insan yang

seimbang juga dapat dilahirkan. Usaha ini adalah seiring dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kurikulum sekolah turut merangkumi pelajaran teknik, di mana pada masa kini terdapat

penubuhan sekolah teknik dan vokasional, sekolah kemahiran dan sebagainya.

Melalui pelajaran teknik, individu dapat

mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran

yang dimiliki dan seterusnya memperkembangkan

potensi diri, khususnya dari sudut intelek.

7 SISTEM PENGELUARAN DAN LATIHAN KEGURUAN

Laporan Razak 1956 mencadangkan usul berikut:
Guru menjalani latihan di bawah satu sistem perkhidmatan profesional yang sama.
Guru sekolah rendah sekurang-kurangnya berkelayakan Sijil Sekolah Menengah Rendah &

menjalani latihan sepenuh masa selama setahun disusuli dua tahun lagi tahun secara sepenuh masa.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), elemen yang ditekankan adalah:
Melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berupaya memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Maka, jelaslah bahawa adanya kesan syor-syor tersebut terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) negara kita.

Setelah diinspirasikan daripada syor Laporan Razak 1956 seperti yang telah dinyatakan,

pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan usaha untuk melahirkan

manusia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan.
Melalui Laporan Razak 1956, apabila hendak menjadi guru, seseorang itu perlu menjalani latihan

keguruan dan memiliki kelayakan sijil yang sewajarnya. Hal ini bertujuan membentuk guru yang

memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan berketerampilan dalam menjalani profesionnya.

Berketerampilan dalam profesion keguruan:
1.Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
2.Mahir dan cekap dalam bidang keguruan.

Seterusnya, guru yang dibentuk dapat melahirkan kelompok masyarakat yang berilmu

pengetahuan dan berketerampilan lalu menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara melalui penerapan pendidikan yang cemerlang.

Laporan Razak 1956 juga memberi kesan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dari

sudut pengeluaran dan latihan keguruan di Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mewujudkan dasar dan sistem pengeluaran guru yang

seragam, iaitu munculnya Maktab Perguruan dan kini digantikan sebagai Institut Pendidikan

Guru yang melahirkan graduan yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam profesion ini.

Sistem pengeluaran guru melalui IPG ini diinspirasikan daripada syor Laporan Razak 1956 yang

menekankan usaha mengeluarkan guru melalui latihan yang sama dan memiliki kelayakan yang

setara, iaitu Sijil Sekolah Menengah Rendah untuk mengajar di sekolah rendah.

8 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA

SEBAGAI NEGARA YANG MERDEKA

Hanya satu jenis sekolah menengah ditubuhkan yang terbuka kepada
Penyata Razak 1956
semua bangsa serta menggunakan satu sukatan pelajaran dan kurikulum mencadangkan

Syor ini menunjukkan adanya usaha untuk mengembangkan pendidikan negara ke arah

negara yang merdeka dan mendorong kewujudan pendidikan kebangsaan sepertimana

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebngsaan (FPK).

Pendidikan kebangsaan yang wujud dapat membentuk perpaduan negara yang memiliki

kepelbagaian kaum ini. Perpaduan dapat menjamin keharmonian Malaysia yang merdeka.

Keadaan negara yang harmoni serta makmur akan menjamin perkembangan ekonomi

serta pembangunan negara merangkumi semua bidang. Perkembangan pendidikan

negara akan menghasilkan rakyat yang terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang dan

membantu kemajuan negara.

9 SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN

YANG LEBIH EFEKTIF DAN SISTEMATIK

Penyata Razak 1956 Penubuhan Jemaah-Jemaah Nazir-Nazir Sekolah.
mencadangkan

Laporan Razak 1956 memberi kesan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dari aspek sistem

pengurusan pendidikan, iaitu sistem pengurusan menjadi lebih terancang dan berkesan.

Hal ini kerana Jemaah Nazir berperanan untuk memberi nasihat kepada pengurusan sekolah, institusi

pendidikan dan guru berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan.

Jemaah Nazir ini semestinya membantu pihak sekolah terutamanya pengetua serta guru besar untuk

mengawasi murid-murid dan guru agar proses PdP dilaksanakan secara lebih sistematik

Usul Penyata Razak 1956 telah ini memberikan kesan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),

di mana wujudnya pemantau berkaitan pengurusan pendidikan di institut pendidikan sehingga kini.

RUMUSAN
INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH : NUR AIMIE HAFIZA BINTI MOHAMAD ASRI
NUR SYAFIQAH ATHIRAH BINTI IBRAHIM
SUMHAYLIN A/P LYE SENG

OLEH: NUR AIMIE HAFIZA BINTI MOHAMAD ASRI 2021252340776

Setelah menganalisis dengan teliti, Laporan Razak 1956 telah mencetuskan konsep pendidikan
sepanjang hayat, iaitu pendidikan berterusan seperti yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Melalui Laporan Razak, terdapat syor yang mengetengahkan perancangan
pelajaran menengah lanjutan dan sambilan dalam pendidikan negara ketika itu. Syor ini jelas
membuktikan bahawa wujudnya usaha untuk memastikan setiap individu mendapat peluang untuk
belajar secara berterusan. Kesannya, pembentukan FPK menitik beratkan elemen pendidikan
berterusan yang selari dengan syor Laporan Razak ini. Hal ini kerana usaha secara berterusan dalam
mencari ilmu ini berpotensi melahirkan individu yang berpengetahuan luas dan sentiasa bersedia
menghadapi cabaran yang akan datang dalam kehidupannya secara bijak dan rasional.

[104 patah perkataan]

OLEH: NUR SYAFIQAH ATHIRAH BINTI IBRAHIM 2021252340783

Rumusannya, Laporan Razak memberi kesan yang amat mendalam kepada pendidikan sekarang
khususnya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tun Hj. Abdul Razak bin Datuk Hussein yang
merupakan Menteri Pelajaran ketika itu telah mencadangkan perkara-perkara penting yang
bermatlamat untuk memajukan dunia pendidikan kini. Sebagai contoh, cadangan beliau untuk
mencadangkan agar guru menjalani latihan di bawah sebuah sistem perkhidmatan profesional yang
sama dan guru sekolah rendah perlu menjalani latihan sepenuh masa selama setahun kemudian dua
tahun lagi secara sepenuh masa. Cadangan ini telah memberi kesan kerana matlamat yang ingin
dicapai oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat yang progresif, mahir dan
cekap agar dapat menjalankan tugasnya secara produktif lalu melahirkan generasi yang
bertanggungjawab serta dan memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa setiap cadangan di dalam Laporan Razak 1956 memberi impak yang positif
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta negara.

[139 patah perkataan]

OLEH: SUMHAYLIN A/P LYE SENG 2021252340788

Secara keseluruhannya, kita dapat dilihat bahawa Laporan Razak telah memberi impak yang positif
kepada masyarakat Malaysia. Hal ini kerana salah satu syor dalam laporan adalah untuk mewujudkan
satu keseragaman sukatan pelajaran di semua sekolah. Dalam sukatan tersebut adalah untuk
menerapkan nilai perpaduan serta kebangsaan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Oleh
itu, melalui sukatan pelajaran yang sama ini, maka wujudlah semangat perpaduan antara satu sama
kaum yang lain. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini.
Kita dapat dilihat melalui penerapan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Razak 1956
telah diguna pakai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

[100 patah perkataan]

RUJUKAN

Alias Saad, Rahimi Yusoff & Ruhizan Yassin. (2022). Kajian kerevelenan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan kurikulum Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. AJTLHE 3(2):
60-70.
Amalina Zulkiflee. (2014). Kesan Laporan Razak terhadap pendidikan masa kini: 1-7.
https://www.scribd.com/doc/211622955/ [11 September 2022]
Faridah Sopah, Mat A. Ghani, Kamisah Buang & Rosly Kayar. (2022). Falsafah Dan Perkembangan
Pendidikan Di Malaysia: Perkembangan sistem di pendidikan Malaysia. Selangor: Local Publications (M)
Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
https://www.moe.gov.my/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan [11 September 2022]
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi: 2-
50.Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Siri Pendidikan Guru
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version