The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadibahtahir, 2021-03-04 20:05:41

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

IPS

INVENTORI PERSONALITI
SIDEK

Sidek’s Personality Inventory

IPS

Oleh :
Sidek Mohd Noah, PhD

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

Sidek’s Personality Inventory

IPS

Oleh :

SIDEK MOHD NOAH, PhD

ARAHAN UMUM

Inventori Personaliti Sidek (IPS) mengandungi 160 item dan mula dibangunkan pada tahun
1987 menggunakan strategi rasional berasakan budaya tempatan. Instrumen IPS ini telah
melalui beberapa siri penambahbaikan sejak diperkenalkan sehingga lahirnya IPS 2013 ini.
Instrumen IPS boleh digunakan untuk mengenalpasti calon-calon yang sesuai untuk mengikuti
program-program pengajian tertentu di Institusi Pengajian Tinggi atau menjawat jawatan-
jawatan tertentu di sesebuah organisasi atau institusi. Instrumen IPS juga boleh digunakan
untuk membantu majikan menyediakan profil pengawai, penempatan pengawai atau
menempatkan semula pengawai sedia ada ke jawatan yang lebih sesuai.

Instrumen IPS adalah salah satu alat ukuran personaliti standard yang ada di Malaysia yang
boleh digunakan untuk mengenalpasti tret-tret personaliti utama anda. Item-itemnya adalah
terdiri daripada pernyataan-pernyataan umum yang berkaitan dengan diri anda. Respon anda
terhadap item-item ini dikenalpasti dapat menggambarkan tret-tret personaliti anda. Tiada
jawapan yang BETUL atau SALAH. Oleh itu anda bebas memberikan respon anda.

Sila bertenang dan berikan jawapan anda dengan JUJUR dan IKHLAS. Anda tidak perlu
mengambil masa yang terlalu lama untuk berfikir sebelum menjawab sesuatu item. Jawapan
yang terbaik ialah jawapan yang diberikan secara spontan. Masa yang diperuntukkan untuk
anda memberi jawapan kepada item-item yang terkandung dalam instrumen IPS ini ialah
antara 20 hingga 30 minit.

SELAMAT MENJAWAB

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

Sidek’s Personality Inventory

ARAHAN :

A. Inventori Personaliti Sidek ini mengandungi 160 pernyataan. Bermula dengan
nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan (Y) dan jika tidak
menerangkan diri anda, hitamkan (T) pada borang jawapan yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu
pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda
rasa paling selesa. JAWAB SEMUA SOALAN.

BIL ITEM
1 Saya akan pastikan pendapat saya diterima ramai.
2 Lebih berminat membaca buku-buku akademik daripada majalah hiburan.
3 Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya.
4 Boleh bekerja tanpa henti tetapi kadang-kadang boleh duduk berehat tanpa
melakukan apa-apa.
5 Sukakan aktiviti yang melibatkan orang ramai.
6 Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstraks.
7 Selalu memikirkan projek seterusnya sebelum projek sedia ada selesai.
8 Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.
9 Akan meneruskan kerja-kerja yang sukar walaupun peluang untuk berjaya
adalah tipis.
10 Merasa diri saya gagal apabila orang lain membuat kerja lebih baik berbanding
saya.
11 Saya boleh memotivasikan ahli kumpulan melakukan sesuatu.
12 Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong
diri saya sendiri.
13 Merasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa
sokongan daripada kawan-kawan.
14 Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan tumpuan yang terperinci.
15 Suka menerima hadiah dan anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang
saya perolehi.
16 Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya.
17 Saya akan mempertahankan hak saya.
18 Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru tentang manusia.
19 Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri daripada mengikut
struktur yang telah ditetapkan.
20 Kelihatan bijak tetapi kadang-kadang seakan-akan tidak tahu apa-apa.
21 Mudah memulakan perbualan dengan orang yang baru dikenali.
22 Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui penyelidikan.
23 Mempunyai kebolehan mengurus apa sahaja situasi yang mendatang.

24 Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.
25 Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah yang rumit.
26 Merasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai setakat ini.
27 Suka membuat keputusan untuk kumpulan.
28 Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan

yang memerlukan.
29 Selalu mengharapkan perhatian daripada orang lain.
30 Mempunyai jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.
31 Mengharapkan agar orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat

Berjaya.
32 Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa.
33 Akan berterus-terang menyatakan bahawa tingkah lakunya menyakitkan hati

saya.
34 Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui.
35 Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti.
36 Kadang-kadang saya seorang yang berdisiplin tetapi kadang-kadang saya

suka bermain-main.
37 Cenderung bercakap lebih banyak daripada orang lain apabila berada di

dalam kumpulan.
38 Suka membuat kritikan membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya

baca.
39 Saya adalah seorang yang berorientasikan keputusan.
40 Selalu mengubah program atau aktiviti yang telah saya rancangkan.
41 Boleh bekerja dalam satu jangka masa yang panjang tanpa mudah merasa

jemu.
42 Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang pernah saya lakukan di

masa lalu.
43 Saya berupaya mengetuai organisasi yang diamanahkan kepada saya.
44 Gembira menghabiskan sebahagian dari masa yang saya ada bagi membantu

menyelesaikan masalah-masalah social.
45 Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya

kepada kawan-kawan.
46 Akan menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan

perbualan.
47 Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa

sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan.
48 Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan.
49 Akan menegur rakan yang berkelakuan tidak senonoh.
50 Lebih suka bekerja dengan idea-idea daripada bekerja dengan benda.
51 Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian.
52 Merendah diri tetapi pada masa yang sama berasa bangga.
53 Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra.
54 Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang

praktikal.
55 Akan menetapkan matlamat dan memberi tekanan untuk mencapainya.
56 Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara.
57 Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja yang lain.
58 Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.
59 Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut.

60 Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu
dihargai atau tidak.

61 Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain.
62 Menyukai kerja-kerja yang mempunyai strukutur yang jelas.
63 Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja.
64 Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya.
65 Selesa meminta kembali barang yang telah dipinjam oleh kawan.
66 Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya lihat.
67 Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya

hadapi.
68 Dalam sesetengah keadaan saya akan membebaskan diri daripada peranan

gender yang rigid.
69 Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan.
70 Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar.
71 Menganggap peluang baharu, halangan dan cabaran sebagai sumber

motivasi.
72 Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang.
73 Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan.
74 Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan.
75 Saya mempunyai visi yang jelas tentang hala tuju kumpulan yang saya terajui.
76 Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.
77 Ingin agar orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami.
78 Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur.
79 Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan yang orang lain tidak

berupaya melakukannya.
80 Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang.
81 Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.
82 Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah

hidup masyarakat yang ideal.
83 Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan

pendapat orang lain.
84 Saya berkebolehan menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan.
85 Selesa menghadiri majlis kenduri kahwin rakan saya.
86 Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang

bercorak akademik.
87 Sentiasa mencari jalan penyelesaian inovatif kepada masalah yang

mendatang.
88 Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.
89 Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya

tidak suka.
90 Selalu mengelak daripada bertanya kerana takut akan salah.
91 Bercita-cita tinggi ingin menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.
92 Suka melawat jiran saya yang sakit.
93 Selalu meminta kepastian daripada orang lain bahawa apa yang saya buat

adalah betul.
94 Sentiasa menjaga ruang tempat saya bekerja agar kelihatan bersih dan

kemas.
95 Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.
96 Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa.

97 Suka perdebatan hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah.
98 Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan

lebih baik.
99 Berpendapat bahawa apa yang betul dan salah adalah ditentukan oleh diri

saya sendiri.
100 Menggunakan apa-apa yang ada di depan mata untuk mencapai matlamat.
101 Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.
102 Suka berbincang mengenai konsep dan idea.
103 Mencapai keputusan yang dihajatkan adalah lebih penting daripada hubungan

kemanusiaan.
104 Merasa bosan hidup dalam keadaan yang sama tanpa perubahan.
105 Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan

penyelesaiannya segera.
106 Takut kecewa dalam mengharungi hidup.
107 Saya mampu mempengaruhi orang lain.
108 Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu

individu yang kurang bernasib baik.
109 Meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan.
110 Rasa kecewa apabila ada sesuatu yang menganggu perjalanan rancangan

saya.
111 Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh.
112 Tidak pernah merasa cemburu walaupun kekasih saya bermesra dengan

orang lain.
113 Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
114 Selalu memikirkan jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah

yang dihadapi oleh negara.
115 Selalu melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa

orang lain akan kata.
116 Bekerja dalam jangka masa yang panjang dengan penuh tumpuan tetapi

masih kelihatan segar dang bertenaga.
117 Selesa bercakap dengan seseorang walaupun baru bertemu buat kali

pertama.
118 Saya suka bermain permainan yang menguji minda.
119 Menjadi pencetus inspirasi terhadap orang lain untuk bertindak.
120 Selesa berpindah dari satu tempat tinggal ke suatu tempat tinggal yang lain.
121 Akan merenuskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan walaupun orang

lain telah menarik diri.
122 Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan.
123 Berkebolehan mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.
124 Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.
125 Mengharapakan pujian daripada kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari

rasa tertekan.
126 Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang.
127 Kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih

bersungguh-sungguh.
128 Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan.
129 Memberi teguran untuk perkhidmatan yang tidak memuaskan.
130 Memperuntukkan masa yang agak banyak memikirkan jalan penyelesaian

masalah rumit yang saya hadapi.

131 Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin
saya lakukan.

132 Seronok mencipta sesuatu dan mendapat keseronokan dalam proses
mencipta.

133 Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi.
134 Saya gemar berhujah berdasarkan fakta.
135 Kurang sabar terhadap individu yang tidak mahu bekerja kuat.
136 Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.
137 Apabila saya membuat keputusan, jarang sekali saya mengubahnya.
138 Percaya diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi berbanding

orang lain.
139 Gembira jika saya terpilih memegang jawatan yang mempunyai autoriti.
140 Percaya kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan saya.
141 Ingin supaya diri saya difahami oleh orang lain.
142 Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu.
143 Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang mencabar.
144 Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang.
145 Saya akan marah jika kehendak saya tidak dituruti.
146 Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan

manusia.
147 Selalu bertindak mengikut keyakinan diri.
148 Mencipta sesuatu hanya untuk tujuan mencipta semata-mata.
149 Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali daripada

duduk seorang diri.
150 Sering memikirkan sebab musabab berlakunya masalah di dunia serta cara

penyelesaiannya.
151 Sentiasa mencari cabaran baharu.
152 Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza daripada yang

lain.
153 Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun

saya terpaksa bekerja lebih masa.
154 Merasakan diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang

salah.
155 Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua.
156 Mudah mesra dengan orang lain.
157 Merasa kecewa apabila orang lain tidak menghargai diri saya.
158 Merancang semua aktiviti supaya dapat dijalankan dengan lancar.
159 Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.
160 Walaupun rakan-rakan sering membuatkan saya tertunggu-tunggu, saya tidak

pernah marah.


Click to View FlipBook Version