The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadibahtahir, 2021-03-04 20:15:21

TIPS KECEMERLANGAN PENYESUAIAN DIRI DI KAMPUS

Panduan untuk pelajar baharu di universiti

Tips

KECEMERLANGAN
PENYESUAIAN DIRI

di Kampus

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (HAL EHWAL PELAJAR)

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

ISI KANDUNGAN 2
3
PERKARA 4
5
Kata Aluan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 6
Pengenalan Unit Bimbingan dan Kaunseling Pelajar 7
Tips Mengenal Perkhidmatan Kaunseling 8
Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri Di Kampus 9
Tips Pengurusan Masa 10
Tips Mengenalpasti Sistem Sokongan Di Kampus 11
Tips Komunikasi Berkesan Dengan Pensyarah Atau Rakan 12
Tips Memberi Tumpuan Dalam Bilik Kuliah 13
Tips Meningkatkan Memori Dalam Pembelajaran 14
Tips Pembentangan Tugasan Dalam Kuliah 15
Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan Semester 16
Tips Pengurusan Stress
Tips Pengurusan Kewangan
Tips Menuju Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya
Kenali Kaunselor Anda

1

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

KATA ALUAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah dan kurnia-NYA , risalah ini dapat
disediakan untuk dimanfaatkan oleh semua pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling Pelajar, kerana mengambil inisiatif
untuk menghasilkan dan menerbitkan risalah ini khusus untuk
membantu pelajar baru.

Risalah ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pelajar PROF MADYA
dalam menjalani kehidupan seharian di dalam kampus. Selain DR. NURULFAJAR
itu, risalah ini dapat memberikan manfaat yang berguna BIN ABD MANAP
kepada pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Timbalan Naib Canselor
dalam menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri di (Hal Ehwal Pelajar)
universiti ini. Seterusnya, mempersiapkan diri pelajar untuk Universiti Teknikal
cemerlang sepanjang pembelajaran di universiti dan berjaya
sebagai bakal graduan yang terbilang. Malaysia Melaka

Semoga tips yang diberikan dalam risalah ini menjadi
bimbingan dan panduan di dalam dapat membantu pelajar
melonjakkan potensi diri dalam mengorak langkah mencapai
kejayaan dari sudut akademik serta psikologi.
Sekian.

2

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

PENGENALAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling (HEP) UTeM OBJEKTIF PERKHIDMATAN
merupakan satu unit di bawah Bahagian
Perkhidmatan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal - Memahami diri sendiri
Pelajar (HEP) yang memberikan - Menyedari potensi diri
perkhidmatan membantu pelajar dalam - Lebih berkeyakinan
pertumbuhan dan perkembangan diri melalui - Mampu membuat keputusan
pendekatan kaunseling dan psikologi kepada
pelajar UTeM.

Fungsi utama unit ini adalah
menyeimbangkan kesejahteraan emosi dan
keintelektualan pelajar UTeM.

Bimbingan & PERKHIDMATAN
Perundingan DAN KEMUDAHAN

- Perancangan Kerjaya Program / Aktiviti
- Bimbingan Akademik
- Perancangan Kewangan - Bengkel Pengurusan &Peningkatan
Kendiri
Kaunseling
- Program Training Of Trainers (TOT)
- Individu - Bengkel Asas Kaunseling
- Kelompok - Program Pengurusan Stress
- Keluarga - Program Motivasi & Transformasi Diri
- Kerjaya - Bengkel Teknik Belajar Berkesan
- Kampus Survival; dll
Pengujian &
Pengukuran Psikologi Lain-Lain
Perkhidmatan
- Kerjaya
- Personaliti - Fasilitator
- Ujian-ujian lain - Pembimbing Rakan Siswa (PRS)
- Penganjuran Program Bersama

3

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS MENGENAL PERKHIDMATAN KAUNSELING

4. KAUNSELING AKADEMIK

1. KAUNSELING Membantu pelajar dalam meningkatkan

Suatu proses sistematik untuk kecemerlangan akademik yang

membantu perhubungan berdasarkan berkaitan dengan masalah

prinsip-prinsip psikologi yang pembelajaran, kemahiran belajar,

dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar pengurusan masa serta lain-lain

mengikut kod etika kaunseling untuk maklumat berkaitan akademik

mencapai suatu perubahan, kemajuan

dan penyesuaian yang holistik, baik dan

sukarela pada diri klien supaya 5. Terdapat beberapa salah tanggapan
masyarakat terhadap definisi atau
perubahan, kemajuan dan penyesuaian pengertian KAUNSELING. Antaranya
ialah :
itu akan berterusan sepanjang hayat
- Kaunseling adalah nasihat
klien (Akta 580)
- Kaunseling hanya untuk orang
Secara umumnya, boleh disimpulkan bermasalah sahaja

bahawa kaunseling menolong - Kaunseling adalah untuk pelajar
sekolah sahaja
seseorang klien;
- Kaunseling adalah berbual-bual
i. Memahami diri dan situasinya sahaja
ii. Mengenal pasti keperluannya
iii. Menerima realiti hidupnya - Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua
iv.Membuat perancangan yang realistik masalah tingkah laku

untuk mengendalikan hidupnya - Jumpa kaunselor kena “psiko”
v. Bertanggungjawab ke atas diri dan
- Apabila dah tak dapat dikawal
perbuatannya barulah jumpa kaunselor

- Habis terbongkar semua rahsia

2. KAUNSELING INDIVIDU 6. CARA PERTEMUAN

Kaunseling individu merupakan a) Secara sukarela
pertemuan seorang kaunselor dengan Pelajar boleh datang ke Unit
seorang klien untuk mewujudkan satu Bimbingan Dan Kaunseling pelajar
proses perhubungan atau interaksi bagi mengadakan temujanji dengan
profesional dengan memusatkan kaunselor.
tumpuan kepada beberapa aspek
penyesuaian dan perkembangan diri b) Secara rujukan
klien. Pelajar boleh dirujuk sama ada oleh
pihak fakulti, kolej kediaman, pusat
3. KAUNSELING KELOMPOK kesihatan dan lain-lain lagi bagi
mengadakan pertemuan dengan
Kaunseling kelompok merupakan suatu kaunselor.
proses perhubungan menolong yang
sistematik oleh kaunselor kepada 7. BAGAIMANA MENDAPATKAN
sekumpulan individu pada satu masa PERKHIDMATAN KAUNSELING
yang sama untuk berbincang serta
betukar-tukar pandangan tentang - Datang terus ke Unit Bimbingan dan
pelbagai isu yang dihadapi di kampus Kaunseling Pelajar
dengan bantuan kaunselor.
- Temujanji melalui telefon
- Surat menyurat

4

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS KECEMERLANGAN PENYESUAIAN DIRI DI KAMPUS

Bagi sesetengah pelajar baru, kehidupan di universiti adalah sesuatu yang mencabar,
lebih-lebih lagi mereka terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang
agak asing dan baru bagi mereka. Justeru, disenaraikan tips bagi membantu pelajar
menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus iaitu :-

PERLU 1. Belajar berdikari terutama dalam membuat
keputusan

2. Belajar bertolak-ansur, bersabar serta cuba

memahami rakan-rakan dan persekitaran baru

3. Mendampingi rakan-rakan yang boleh mendorong

ke arah kebaikan

4. Mendampingi pensyarah, Penasihat Akademik atau
kaunselor bagi sokongan akademik

5. Mematuhi pengurusan masa secara sistematik

6. Mengamalkan kemahiran belajar secara berkesan

7. Membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi

ujian atau peperiksaan akhir semester

8. Mengetahui dan memahami fungsi dan peranan

sistem semester

9. Melibatkan diri dalam sebarang aktiviti ko-kurikulum
supaya tidak rasa bosan

JANGAN 1. Terlalu bersikap ‘ulat buku’ iaitu terlalu menumpukan
perhatian kepada pelajaran sehingga mengabaikan
aktiviti-aktiviti berfaedah yang lain.

2. Merasa ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan
sokongan

3. Membuat tanggapan negatif terhadap kehidupan
baru di kampus

4. Ponteng atau hadir lewat ke kuliah dan tutorial

5. Mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir

6. Meniru dalam ujian atau peperiksaan

7. Memplagiat tugasan dan kajian akademik

8. Berasa puas hati dengan apa yang telah ada

9. Memencilkan diri dan menyendiri daripada orang lain

5

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS PENGURUSAN MASA

Sistem pembelajaran di universiti adalah berbeza dengan sistem pembelajaran di sekolah.
Masa kuliahnya adalah bersifat fleksibel. Oleh itu, pelajar perlu bijak menguruskan masa.
Antara strategi yang boleh digunakan untuk menguruskan masa secara berkesan ialah :-

1. Gunakan masa selang antara satu kuliah dengan kuliah
yang lain dengan perkara yang berfaedah seperti mengulangkaji
pelajaran atau mencari bahan untuk tugasan di perpustakaan,
berjumpa dengan pensyarah atau menyelesaikan urusan lain
(bank, pejabat pos dan sebagainya).

2. Sekiranya, selang antara satu kuliah dengan kuliah yang lain
adalah antara 3 hingga 4 jam , dicadangkan untuk tidak balik ke
kolej kediaman atau rumah sewa kerana masa perjalanan pergi
dan balik sudah memakan masa. Manfaatkanlah masa selang
tersebut dengan perkara atau aktiviti yang berfaedah.

3. Pada waktu petang, gunakan masa tersebut untuk bersukan
atau beriadah bagi mencerdaskan pemikiran dan menyihatkan
tubuh badan. Badan yang sihat akan menjamin kecerdasan
minda.

4. Pada waktu malam, manfaatkan masa dengan melibatkan diri
dalam aktiviti kolej kediaman, persatuan dan universiti.
Kemudian, gunakanlah masa untuk mengulangkaji kembali
subjek yang telah dipelajari pada hari tersebut dan membaca
sepintas lalu pelajaran yang akan dipelajari pada keesokan hari.

5. Pada hujung minggu, manfaatkanlah masa dengan melibatkan
diri dalam aktiviti kelab, persatuan dan universiti seperti kursus,
bengkel, seminar dan sebagainya. Selain itu, gunakanah masa
dengan mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan.

6

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS MENGENALPASTI SISTEM SOKONGAN DI KAMPUS

Sebagai seorang pelajar baru, ada kalanya anda memerlukan sokongan dan bantuan
daripada orang lain. Walaupun seseorang pelajar yang cemerlang itu mampu berdikari,
namun sistem sokongan tetap menjadi sumber utama untuk rujukan terutama apabila
pelajar sedang berhadapan dengan sesuatu masalah. Berikut ialah sistem sokongan yang
boleh anda gunakan di kampus iaitu :-

1. SOKONGAN RAKAN SEBAYA
Sokongan ini amat perlu kepada pelajar kerana tidak semua perkara atau
keperluan dapat diatasi sendiri. Fikiran dan cadangan daripada rakan-rakan
boleh menambah dan melicinkan lagi sesuatu perancangan yang telah
disusun.

2. SOKONGAN PENSYARAH
Pensyarah di UTeM memang sedia memberikan pertolongan kepada pelajar.
Sesuatu perkara berkaitan dengan kursus yang diambil, kuliah yang diikuti
ataupun kerja kursus yang telah ditugaskan kepada pelajar adalah digalakkan
berbincang dengan pensyarah berkenaan.

3. SOKONGAN PENASIHAT AKADEMIK FAKULTI
Ada kalanya pelajar berasa ragu-ragu mengenai kursus yang diikuti. Perkara
seperti ini bolehlah berbincang dengan Penasihat Akademik di fakulti. Mereka
juga berkemampuan memberi nasihat seperti membantu pelajar dalam
meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan potensi diri.

4. SOKONGAN KAUNSELOR
Persepsi “kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah” adalah tidak tepat.
Kaunselor bukan sahaja membantu membimbing para pelajar dalam membuat
keputusan, malah berperanan dalam meningkatkan kecemerlangan akademik,
kerjaya dan potensi diri pelajar melalui pelbagai aktiviti dan program psikologi
yang menarik.

5. SOKONGAN PENGETUA DAN FELO KOLEJ KEDIAMAN
Masalah yang dihadapi di kolej kediaman boleh menjejaskan tumpuan
pembelajaran anda jika tidak diatasi dengan segera. Pengetua dan felo kolej
kediaman merupakan “orang terdekat” di kolej kediaman yang sedia menolong
anda dalam perkara ini.

6. SOKONGAN STAF UTeM
Sebagai pelajar baru, sudah tentu anda terpaksa mendapatkan banyak
maklumat dan sokongan bagi membolehkan anda menyesuaikan diri di
kampus. Staf UTeM sama ada di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), fakulti,
perpustakaan dan lain-lain pusat tanggung jawab sedia memberikan
pertolongan kepada anda.

7

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN PENSYARAH ATAU RAKAN

Dalam proses penyesuaian diri di universiti, kebanyakan pelajar baru akan berhadapan
dengan masalah komunikasi dengan pensyarah atau rakan-rakan mereka. Sekiranya tidak
ditangani, masalah komunikasi ini bukan sahaja akan menjejaskan kehidupan seharian
mereka, bahkan proses kecemerlangan akademik di universiti. Berikut ialah tips komunikasi
berkesan yang boleh dipraktikkan oleh anda iaitu :

Elakkan

Berusaha Sentiasa Bersikap sebarang
mengenali dan berfikiran ‘ekstrovert’ prasangka atau
positif semasa iaitu peramah
mendekati berkomunikasi. serta boleh kesimpulan
pensyarah atau memulakan awal terhadap
Elakkan pensyarah atau
rakan anda perasaan malu dahulu
seramai yang perbualan. rakan.

boleh. Belajar untuk
menerima orang

yang tidak lain seadanya

bertempat. sekalipun terdapat

Ingat! kelemahan

“Malu bertanya, (unconditional

sesatlah jalan”. Kawal perilaku, positive
kesopanan dan regards)

kehalusan budi

pekerti semasa

berkomunikasi.

Sentiasa berusaha Gunakan
mewujudkan suasana perkataan yang

mesra dan harmoni tepat dan
serta saling berkesan.

Tingkatkan mengambil berat Kawal emosi
dan reaksi diri
kemahiran
ketika
mendengar dan menghadapi

penggunaan kontak tekanan Elakkan
perkataan yang
mata yang Akui boleh menyinggung
sesuai. kesilapan, perasaan orang

kesalahan atau lain.

kekurangan diri

Sentiasa jika ada. Bersikap Tidak terlalu
bersikap asertif merendahkan
toleransi, rasional Luahkan
dan berfikiran perasaan diri (tegas diri) diri apabila
terbuka. secara jujur bagi meluahkan berinteraksi.

dan ikhlas. pendapat.

8

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS MEMBERI TUMPUAN DALAM BILIK KULIAH

Pembelajaran dalam bilik kuliah merupakan antara faktor terpenting yang sering diabaikan
oleh pelajar. Seringkali, pelajar hadir ke kuliah tanpa membuat sebarang persediaan. Kajian
psikologi telah menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam pengajaran. Antara tips meningkatkan tumpuan dalam bilik kuliah ialah :

SEBELUM KULIAH

- Semak semula nota kuliah sebelumnya dan buat
ulangkaji.

- Sekiranya ada soalan yang ingin dikemukakan
berdasarkan nota kuliah lepas, sediakan
soalan-soalan tersebut.

SEMASA KULIAH

- Bertanyakan soalan kepada pensyarah sama ada
sebelum atau semasa kuliah bermula.

- Elakkan sebarang gangguan yang boleh
menghalang penumpuan dengan duduk di
barisan hadapan.

- Tunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi
berdasarkan kontak mata dan tingkah laku anda.

- Jadilah seorang pendengar yang baik dan aktif.
- Catat nota secara ringkas dan padat bagi isi-isi

yang penting.
- Bertanyakan soalan sekiranya kurang jelas

terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah.

SELEPAS KULIAH

- Buat ulangkaji terhadap pembelajaran kuliah
lepas.

- Cari maklumat tambahan bagi pembelajaran
tersebut.

- Elakkan sikap suka bertangguh untuk
mengulangkaji dan membuat tugasan yang
diberikan.

9

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS MENINGKATKAN MEMORI DALAM PEMBELAJARAN

Apakah yang menyebabkan anda lupa semasa belajar? Lupaan dan ingatan adalah dua
perkara penting yang sering dikaitkan dengan proses pembelajaran. Kebanyakan kita belajar
tetapi tidak dapat mengeluarkan kembali secara lisan atau tulisan kerana tidak dapat
mengingatinya. Antara sebab anda lupa ialah :

Gangguan Tiada teknik Berkhayal
dalaman dan mengingat

luaran

Faktor masa Kurang minat

Antara tips bagi membantu pelajar meningkatkan memori
dalam proses pembelajaran ialah :

Matlamat yang jelas dalam proses pembelajaran.

Kesungguhan dan minat yang tinggi terhadap subjek yang
dipelajari.

Meningkatkan daya tumpuan semasa belajar.

Memahami dahulu idea atau konsep yang bakal dipelajari.

Pengulangan secara konsisten terhadap apa yang dipelajari
melalui kaedah pembacaan, perbincangan ataupun penulisan.

Hubungkait perkara yang dipelajari dengan perkara yang
berkaitan dengannya ( association )

Contoh : latar belakang, kehidupan atau kejadian seharian.

Kemukakan soalan mengapa, apakah sebabnya atau
bagaimana ianya berlaku semasa mengulangkaji pelajaran

Cipta formula atau singkatan (mnemonik) yang boleh
menghubungkaitkan apa yang dipelajari.

Membuat nota ringkas yang mengandungi isi-isi penting.

Mengadakan kumpulan perbincangan untuk bahan yang
dipelajari.

10

SEBELUM PEMBENTANGAN Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus
SEMASA PEMBENTANGAN
TIPS PEMBENTANGAN TUGASAN DALAM KULIAH

Sesetengah pelajar berpendapat bahawa membentangkan tugasan lebih ‘mencabar’
daripada menulis tugasan. Mereka beranggapan bahawa berdiri di hadapan khalayak ramai
adalah sesuatu yang agak ‘menakutkan’. Berikut ialah tips bagi membantu anda
membentangkan tugasan secara berkesan iaitu :

Baca tugasan yang dilakukan berulang kali sebelum hari
pembentangan.
Pastikan anda lebih mengetahui dan memahami kandungan
pembentangan tersebut.
Kenalpasti Alat Pandang Dengar ( APD ) yang akan
digunakan (audio atau visual) bagi memantapkan
pembentangan anda.
Kenalpasti berapa lama tempoh masa pembentangn yang
diberikan kepada anda.
Fikirkan bagaimana kaedah untuk memastikan
pembentangan itu tidak membosankan.

Contoh: edaran nota, aktiviti atau kemukakan soalan
kepada audien.

Sediakan nota atau isi ringkas dan penting di atas
kad kecil.
Latihkan diri membentang tugasan di hadapan
cermin atau rakan anda serta dapatkan maklumbalas.

Datang awal untuk memastikan kelancaran teknikal.
Berdiri tegak di hadapan audien dengan penampilan diri
yang sopan, kemas dan berkeyakinan.
Sentiasa ceria dan tidak gelisah di hadapan audien.
Anggapkan audien ingin memperolehi ilmu pengetahuan
yang baru dan berguna daripada anda.
Pandang dan bercakap ke arah audien. Elakkan bercakap
terlalu perlahan atau laju.
Gunakan intonasi suara yang jelas dan menyakinkan.
Gunakan gerakan badan yang bersesuaian.
Elakkan membaca nota semasa pembentangan.

11

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER

Persediaan lebih awal amat penting bagi membantu para pelajar mencapai kecemerlangan
akademik di universiti. Terdapat 2 jenis persediaan yang perlu dilakukan oleh anda iaitu:

SEBELUM MENJELANG PEPERIKSAAN

Tidur awal.
Bertenang dan lapangkan fikiran serta elakkan tekanan
perasaan atas sebarang masalah.
Tanamkan azam dan semangat untuk berjaya.
Jaga kesihatan diri.
Baca nota ringkas yang telah disediakan.
Kumpul semua barang yang perlu dibawa ke dewan
peperiksaan seperti pensel, pen, pemadam, kad
pengenalan, kad matrik dan sebagainya.

PAGI HARI PEPERIKSAAN
Makan sarapan yang mencukupi agar anda lebih bertenaga.
Jangan terlewat ke tempat peperiksaan. Sekiranya perlukan
pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa
yang diperlukan supaya anda tidak terlewat.
Apabila sampai ke dewan peperiksaan, anda akan melihat
keadaan pelajar seperti :

Sedang menyemak nota
Sedang berbincang
Bergelak ketawa antara mereka dan sebagainya.

Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya
tidak berasa panik.
Berdoalah kepada Tuhan agar anda tenang dalam
menghadapi peperiksaan.
Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa
tempat duduk memuaskan.
Baca arahan soalan yang diberikan terlebih dahulu.
Jawab soalan yang dikemukakan dengan tenang dan teliti.

12

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS PENGURUSAN STRESS

Tekanan atau stress adalah reaksi yang sering dialami oleh setiap pelajar di kampus sama
ada dalam bilik kuliah ataupun di luar bilik kuliah. Antara tips pengurusan stress yang boleh
dilakukan oleh anda ialah :

Elakkan berputus Luahkan masalah anda
asa. Mohon sama ada melalui

pertolongan daripada penulisan atau berbincang
tuhan terhadap dengan kaunselor.
masalah anda.

Bersikap realistik Bersenam atau
terhadap melakukan latihan

kemampuan anda. ‘relaksasi’.

Berbincang masalah
dengan orang yang

boleh dipercayai.

Rancangkan aktiviti Belajar menerima
yang anda ingin lakukan diri seadanya.

secara teratur dan Berfikir secara
sistematik. Buat ‘check list’ rasional apa
yang telah anda
bagi perkara yang anda pelajari daripada
akan lakukan. pengalaman lalu.

13

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan juga penting bagi membantu pelajar menjalani
kehidupan baru mereka. Antara tips bagi menguruskan kewangan secara
berkesan ialah :

Dahulukan simpanan untuk kecemasan.
Peruntukkan sekurang-kurangnya 5% daripada
jumlah pinjaman atau biasiswa untuk simpanan.
Simpanan ini penting semasa kecemasan atau
perbelanjaan di luar jangkaan.

Peruntukkan 1/3 daripada jumlah pinjaman atau
biasiswa untuk keperluan pembelajaran seperti
membeli buku-buku, alat- alat tulis, tugasan dan
sebagainya.

Berbelanjalah mengikut keperluan; bukannya
mengikut kemewahan.

Elakkan daripada membeli barang-barang kecil yang
sering dianggap murah dan tidak memberi kesan
kepada kewangan. Sebenarnya sikap inilah yang
mengganggu sistem kewangan anda.

14

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

TIPS MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN KERJAYA

Antara cabaran pelajar masa kini ialah bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik
yang baik, maka perlu memperlengkapkan diri ke arah kecemerlangan kerjaya yang
seharusnya bermula pada awal tahun pengajian lagi dan bukannya semasa di tahun akhir.
Antara persediaan awal yang perlu dilakukan oleh anda ialah :

Mengenali diri,kemahiran nilai serta minat kerjaya yang bersesuaian dengan
kursus yang dipilih.

Menyertai program-program persediaan kerjaya yang dianjurkan di UTeM
yang boleh membina kemahiran generik anda serta kemahiran
berkomunikasi, penyelesaian masalah, berfikir secara kritis dan kreatif,
bekerja secara berkumpulan, adaptability, konsep kendiri yang tinggi serta
mempunyai etika diri dan berintegriti.

Anda juga perlu mengetahui apakah tips
kejayaan dalam proses temuduga, cara
penulisan resume yang berkesan,
penampilan diri berkualiti serta keperluan
industry masa kini.

Meningkatkan penguasaan komunikasi

anda dalam Bahasa Inggeris. Beri peluang

kepada diri anda untuk berinteraksi dengan

rakan dan pensyarah tanpa segan silu.

Kebanyakan syarikat pekerjaan

mengutamakan penguasaan Bahasa

Inggeris dalam kriteria pemilihan

pekerjaan.

Mengekalkan pencapaian akademik yang konsisten agar mudah mendapat
tempat dalam proses temuduga dan seterusnya merebut peluang pekerjaan.

Membuat kajian tentang profil syarikat-syarikat lebih awal agar anda lebih
bermotivasi dalam mencapai cita-cita anda serta menunjukkan minat yang
tinggi terhadap syarikat tersebut.

15

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

KENALI KAUNSELOR ANDA

PUAN HADIBAH BINTI TAHIR K.B,P.A (MAL)
Email : [email protected]
Tel : 06-270 1365/ 012-650 7172
PUAN MUSLIHA BINTI YUSOFF
Email : [email protected]
Tel : 06-270 1366/ 013-633 4183

16

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

LOKASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Unit Bimbingan Dan Kaunseling Pelajar
Aras 1, Pusat Persatuan Pelajar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin – Khamis
08.30 pagi -12.30 tengahari
02.30 petang - 04.30 petang
Jumaat
08.30 pagi -12.00 tengahari
03.00 petang - 04.30 petang

17

Tips Kecemerlangan Penyesuaian Diri di Kampus

NOTA

18

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(HAL EHWAL PELAJAR)

PEJABAT: 06-270 1376
LIKE PAGE: UNIT KAUNSELING PELAJAR UTeM


Click to View FlipBook Version