e KARNIVAL
PENDIDIKAN KERJAYA
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
7 - 11 FEBRUARI 2022
unit kaunseling kerjaya
PEMBIMBING RAKAN DINAMIK ( PRD ) @KMPh
SEKAPUR SIRIH
Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum w.b.t...
Bersyukur kita kepada yang Esa kerana berada dibawah lindungan rahmatnya kita masih
diberi kesihatan dan kerahmatan untuk meneruskan kehidupan.
Setiap manusia berkeperluan untuk memiliki kehidupan yang lebih sempurna. Sebagai
memenuhi kesempurnaan tersebut, elemen kerjaya dalam kehidupan amat perlu
dititikberatkan dan diberi fokus yang sewajarnya. Aspek ini juga digabungjalin dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki agar ianya menjadi sebati untuk menempuh
hari-hari depan yang mendatang.
Kerjaya dalam kehidupan juga memberi impak bukan sahaja kepada individu itu sendiri,
malah turut melibatkan komuniti dan kepentingan negara. Oleh yang demikian, bagi
memastikan munculnya kesedaran ini, adalah amat wajar penyebaran maklumat kerjaya
diperluaskan dalam kalangan pelajar yang merupakan generasi penerus kegemilangan
negara pada masa hadapan.
Program e-Karnival Pendidikan Kerjaya 2022 ini adalah bertujuan memberi pendedahan
kepada para pelajar tentang syarat-syarat kemasukan ke IPTA, dan pada masa yang
sama pelajar dapat membuat 12 pilihan kursus ditawarkan oleh Universiti Awam untuk
keperluan pelajar- pelajar ketika melakukan permohonan UPU.
Jadi besarlah harapan saya, agar semua pelajar mendapat manafaat dan memahami
secara mendalam mengenai program yang ditawarkan oleh setiap Universiti Awam
khususnya.
Harapan saya, semoga pelajar KMPh berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah
dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. KMPh mempunyai pensyarah-pensarah
yang hebat dan tidak mustahil akan dapat melahirkan graduan yang cemerlang seiring
arus peredaran masa.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepadasemua
pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Harapan
saya agar program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif seperti
yang telah disasarkan.
SEKIAN TERIMA KASIH.
LATIZA BINTI A.LATIF
PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
JADUAL e KARNIVAL
KMPh 2022
ISNIN, 7 FEBRUARI 2022
9.30 pagi -Ucapan Pengarah secara dalam talian
11.00 pagi -Taklimat bersama UM
12.00 tengah hari -Taklimat bersama UKM
2.00 petang -Taklimat bersama USM
4.00 petang -Taklimat bersama UiTM
SELASA, 8 FEBRUARI 2022
9.30 pagi - Taklimat bersama UPM
11.30 pagi - Taklimat bersama UIAM
2.00 petang - Taklimat bersama USIM
4.00 petang - Taklimat bersama UTM
RABU, 9 FEBRUARI 2022
9.30 pagi - Taklimat bersama UPSI
11.30 pagi - Taklimat bersama UMP
2.00 petang - Taklimat bersama UTHM
4.00 petang - Taklimat bersama UTEM
KHAMIS, 10 FEBRUARI 2022
9.30 pagi - Taklimat bersama UPNM
11.30 pagi - Taklimat bersama UUM
2.00 petang - Taklimat bersama UMT
4.00 petang - Taklimat bersama UMK
JUMAAT, 11 FEBRUARI 2022
9.30 pagi - Taklimat bersama UNIMAP
11.30 pagi - Taklimat bersama UNISZA
3.00 petang - Taklimat bersama UNIMAS
4.00 petang - Taklimat bersama UMS
PENUTUP
Tatkala badai ancaman COVID-19 kian reda, dunia sedang menghadapi
era pasca-COVID-19, dimana dalam tempoh masa singkat telah
memberikan impak besar kepada pelbagai sektor di negara kita. Dari
perspektif pendidikan tinggi, ketika para pensyarah dan pelajar sedang
melakukan adaptasi terhadappembelajaran dalam talian,banyak norma
baharu yang perlu diberikanperhatian khusus.
Situasi semasa di era yang serba serbi mencabar ini menuntut semua
pihak supaya sentiasa bersikap terbuka,positif dan
bersediamengadaptasikan segala cabaranseiring dengan situasi
semasa yang memerlukan tindakan dan strategi baharu mengatasi apa
jua halangan.
Seiring dengan ini, maka Unit Kaunseling & Kerjaya KMPh mengambil
peluang dengan mengadakan e Karnival Pendidikan Kerjaya kepada
semua pelajar KMPh yang akan menyambung pelajaran ke IPTA pada
sesi 2022 ini. Semoga dengan usaha ini, dapat membantu para pelajar
memperolehi maklumat berkenaan kemasukanke IPTA dalam apa jua
bentuk saluran yang disediakan.
Oleh yang demikian, harapan dengan adanya e Karnival Pendidikan
Kerjaya ini dapat membantu pelajar KMPh mendapat maklumat atau
informasi pada saluran yang betul dengan kita memudahcara bentuk
penyampaian berkenaan permohonan kemasukanke IPTA agar mereka
sentiasa berada dihadapan.