e KARNIVAL
PENDIDIKAN KERJAYA
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
7 - 11 FEBRUARI 2022
UNIT KAUNSELING & KERJAYA
PEMBIMBING RAKAN DINAMIK ( PRD ) @KMPh
SEKAPUR SIRIH
Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum w.b.t...
Bersyukur kita kepada yang Esa kerana berada dibawah lindungan rahmatnya
kita masih diberi kesihatan dan kerahmatan untuk meneruskan kehidupan.
Setiap manusia berkeperluan untuk memiliki kehidupan yang lebih sempurna.
Sebagai memenuhi kesempurnaan tersebut, elemen kerjaya dalam kehidupan
amat perlu dititikberatkan dan diberi fokus yang sewajarnya. Aspek ini juga
digabung jalin dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki agar
ianya menjadi sebati untuk menempuh hari-hari depan yang mendatang.
Kerjaya dalam kehidupan juga memberi impak bukan sahaja kepada individu
itu sendiri, malah turut melibatkan komuniti dan kepentingan negara. Oleh
yang demikian, bagi memastikan munculnya kesedaran ini, adalah amat wajar
penyebaran maklumat kerjaya diperluaskan dalam kalangan pelajar yang
merupakan generasi penerus kegemilangan negara pada masa hadapan.
Program e-Karnival Pendidikan Kerjaya 2022 ini adalah bertujuan memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang syarat-syarat kemasukan ke IPTA, dan
pada masa yang sama pelajar dapat membuat 12 pilihan kursus ditawarkan
oleh Universiti Awam untuk keperluan pelajar- pelajar ketika melakukan
permohonan UPU.
Jadi besarlah harapan saya, agar semua pelajar mendapat manafaat dan
memahami secara mendalam mengenai program yang ditawarkan oleh setiap
Universiti Awam khususnya.
Harapan saya, semoga pelajar KMPh berjaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat Ijazah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. KMPh
mempunyai pensyarah-pensyarah yang hebat dan tidak mustahil akan dapat
melahirkan graduan yang cemerlang seiring arus peredaran masa.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau
tidak langsung. Harapan saya agar program ini dapat dijalankan dengan
sempurna dan mencapai objektif seperti yang telah disasarkan.
SEKIAN TERIMA KASIH.
LATIZA BINTI A.LATIF
PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
JADUAL e KARNIVAL
KMPh 2022
ISNIN , 7 FEBRUARI 2022
9.30 pagi-10.30 pagi - Ucapan Perasmian oleh Pengarah KMPh
11.00 pagi-12.00 tghri - Taklimat bersama UM
12.00 tghri - 1.00 ptg - Taklimat bersama UKM
2.00 ptg-3.30 ptg - Taklimat bersama USM
3.30 ptg-5.00 ptg - Taklimat bersama UiTM
SELASA , 8 FEBRUARI 2022
9.30 pagi-11.00 pagi - Taklimat bersama UPM
11.30 pagi-1.00 ptg - Taklimat bersama UIAM
2.00 ptg-3.30 ptg - Taklimat bersama USIM
3.30 ptg-5.00 ptg - Taklimat bersama UTM
RABU , 9 FEBRUARI 2022
9.30 pagi-11.00 pagi - Taklimat bersama UPSI
11.30 pagi-1.00 ptg - Taklimat bersama UMP
2.00 ptg-3.30 ptg - Taklimat bersama UTHM
3.30 ptg-5.00 ptg - Taklimat bersama UTEM
KHAMIS , 10 FEBRUARI 2022
9.30 pagi-11.00 pagi - Taklimat bersama UPNM
11.30 pagi-1.00 ptg - Taklimat bersama UUM
2.00 ptg-3.30 ptg - Taklimat bersama UMT
3.30 ptg-5.00 ptg - Taklimat bersama UMK
JUMAAT , 11 FEBRUARI 2022
9.30 pagi-11.00 pagi - Taklimat bersama UNIMAP
11.30 pagi-1.00 ptg - Taklimat bersama UNISZA
3.00 ptg-4.00 ptg - Taklimat bersama UNIMAS
4.00 ptg-5.00 ptg - Taklimat bersama UMS
PENUTUP
Tatkala badai ancaman COVID-19 kian reda, dunia sedang menghadapi
era pasca-COVID-19, dimana dalam tempoh masa singkat telah
memberikan impak besar kepada pelbagai sektor di negara kita. Dari
perspektif pendidikan tinggi, ketika para pensyarah dan pelajar sedang
melakukan adaptasi terhadap pembelajaran dalam talian,banyak
norma baharu yang perlu diberikan perhatian khusus.
Situasi semasa di era yang serba serbi mencabar ini menuntut semua
pihak supaya sentiasa bersikap terbuka,positif dan bersedia
mengadaptasikan segala cabaran seiring dengan situasi semasa yang
memerlukan tindakan dan strategi baharu mengatasi apa jua
halangan.
Seiring dengan ini, maka Unit Kaunseling & Kerjaya KMPh mengambil
peluang dengan mengadakan e Karnival Pendidikan Kerjaya kepada
semua pelajar KMPh yang akan menyambung pelajaran ke IPTA pada
sesi 2022 ini. Semoga dengan usaha ini, dapat membantu para pelajar
memperolehi maklumat berkenaan kemasukan ke IPTA dalam apa jua
bentuk saluran yang disediakan.
Oleh yang demikian, harapan dengan adanya e Karnival Pendidikan
Kerjaya ini dapat membantu pelajar KMPh mendapat maklumat atau
informasi pada saluran yang betul dengan kita memudahcara bentuk
penyampaian berkenaan permohonan kemasukanke IPTA agar
mereka sentiasa berada dihadapan.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua 20
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan warga KMPh yang telah memberi
komitmen dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak
langsung sepanjang program ini di adakan.