The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen kanak-kanak berkaitan alat warisan turun-temurun keluarga.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msafuan930, 2024-03-29 22:34:58

KIPAS MISTIK

Cerpen kanak-kanak berkaitan alat warisan turun-temurun keluarga.

KIPASMISTIK


PERIBAHASA DAN MAKNA PENGAYUH SAMA DI TANGAN, PERAHU SAMA DI AIR Tidak gentar untuk menghadapi lawan apabila kedua-dua pihak mempunyai kekuatan dan kebolehan sendiri.


PERIBAHASA DAN MAKNA KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, LAUTAN DALAM USAH DIDUGA Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.


PERIBAHASA DAN MAKNA BERDIRI SAMA TINGGI, DUDUK SAMA RENDAH Kesetaraan dan kesamaan taraf antara dua pihak sama ada dari segi layanan dan pemberian keistimewaan.


MOHAMAD SAFUAN BIN ABDUL RAHIM BERASAL DARI TAWAU, SABAH DAN MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU. MENDAPAT PENDIDIKAN MENENGAH DI SMK TAWAU II, SETERUSNYA MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEBAGAI MAJOR DAN SEJARAH SEBAGAI ELEKTIF TERAS DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU. NUR AMEERA FITRI BINTI ZAIN BERASAL DARI PONTIAN, JOHOR. MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEBAGAI MAJOR DAN SEJARAH SEBAGAI ELEKTIF TERAS DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU. AMZAR HARIZ BIN BAHARIN BERASAL DARI TUARAN, SABAH. MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEBAGAI MAJOR DAN SAINS SEBAGAI ELEKTIF TERAS DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU. BIODATA PENULIS


Duhai Aira ingatlah dikau, Peritnya menanggung bodoh, Jika ilmu tidak diamal, Bagai pohon tidak berbuah. Tidak jemu mencari ilmu, Ilmu itu ibarat air, Sentiasa mengalir tanpa henti, Seperti cinta tiada penghujung. Wahai Aira contohi kancil, Otak cerdas melawan musuh, Tidak takut membantu kawan, Guna ilmu sedia ada. Wahai Aira rajinkan diri, Malas berdayung perahu hanyut, Menuntut ilmu jangan berkira, Nanti diri tiada guna. Melodi: Seloka Pak Pandir Aku menyanyikan seloka yang sering dinyanyikan oleh arwah ibuku ketika kecil sambil mengulang kaji pelajaran.


utuplah dulu buku kamu, Aira. Mari ikut pak long dan Aiman ke rumah arwah nenek. Lama sudah kita tidak ke sana. Boleh bersihkan kawasan rumah sekali, ” kata Pak Long Mudim disebalik daun pintu bilik tidur. “T “Baik, pak long. Aira bersiap dulu, ” kataku teruja sambil menutup buku latihan Matematik. Aku mengemas alat tulis bertaburan di atas meja. Aku bergegas turun memasuki kereta.


Perjalanan agak panjang. Aku melihat ke luar tingkap memandang bukit bukau. Aku teringat akan memori indah bersama arwah nenek. Aku tersenyum sendiri.


“Sampai juga. Mari masuk ke dalam rumah, ” ajak pak long. Aku mengikuti langkah pak long dan Aiman masuk ke dalam rumah agam itu.


“Aiman dan Aira bersihkan ruang tamu dulu. Pak long nak ambil barang di tingkat atas, ” kata pak long. Aku dan Aiman membersihkan habuk yang menebal di kerusi dan meja ruang tamu.


“Aira, ke sini sekejap, ” panggil pak long sambil memegang sebuah kotak kayu di tangannya. “ Ya, pak long?” tanyaku sambil duduk di hadapan pak long. “Bukalah, ” kata pak long sambil menghulurkan kotak kayu itu kepadaku. Sebuah kipas tangan berwarna merah keemasan terlihat dalam kotak tersebut.


“Ini kipas tangan mistik arwah nenek. Kipas ini ada kuasa angin. Arwah nenek hadiahkan kepada Aira sebelum dia meninggal dulu. Arwah nenek berpesan supaya Aira dapat jaganya dengan baik dan gunakan kuasa angin untuk tujuan yang baik, ” jelas pak long. “Mengapa pak long beri kipas tangan ini? Ini kipas tangan siapa?” tanyaku dengan nada kehairanan.


“Kuasa angin itu apa, pak long? Kipas tangan ini ada kuasa angin kah?” tanyaku lagi. “Ya, kipas tangan ini mempunyai kuasa terhebat. Kipas ini mampu menyeru dan bergabung dengan alat mistik lain keluargakita. Pak long akan ajar kamu cara menggunakan kuasa angin pada kipas tangan ini, ” jelas pak long. “Wah, bila kita nak mula latihan, pak long!” “Esok pagi, pak long akan ajar sehingga kamu betul-betul mahir, ” kata pak long.


Hampir enam bulan aku belajar gunakan kipas tangan ini. Hasilnya tetap sama. Walaupun aku telah berjayamenggunakan kuasa angin. Namun, aku tak mampu mengawal tiupan seruling Aiman. “Jangan tutup telinga, Aira!” tegas pak long. “Tak bolehlah, pak long. Bingit telinga saya dengar seruling itu, ”


Sekelip mata Aiman hilang. Telingaku masih mendengar bunyi seruling Aiman. Namun, melodinya tidak sama. Melodinya seolah-olah diputar. Kipas tangan masih tidak mampu membantu aku melawan bunyi seruling tersebut.


Aiman muncul semula di hadapan ku. Riang gembira main basikal, Ternampak pula si ikan laga, Kalau kail panjang sejengkal, Lautan dalam usah diduga. Ujar Aiman sambil mentertawakan aku yang tidak berdaya.


“Aiman!” jeritan pak long menghentikan serangan yang dilakukan oleh Aiman. “Kamu mahu bunuh Aira kah?! Ayah ajar kamu serangan tu bukan untuk sakiti lawan kamu. Tapi, sebagai pendinding bila kamu menghadapi musuh kelak, ” marah pak long. “Mengapa ayah menangkan Aira? Aiman lebih hebat berbanding dia. Mentang-mentang dia pewaris kipas mistik itu, ayah nak bela dia, ” bentak Aiman tidak berpuas hati.


Dunia kecil, penuh ketawa Keadilan, bersama kita bina. Sama rata, tiada sengketa Bantu membantu, sesama saudara Kita bersaudara, suka perdamaian Jangan bergaduh, walau berbeza Bergandingan tangan, menempuh dugaan. Keadilan, bersama kita bina. Tiada terpinggir, tiada perbezaan Saling menyokong, dengan ketulusan Keadilan, menjadi panduan Hidup harmoni, tiada pergaduhan. Tiada yang lebih, tiada yang kurang Semua sama, tiada berbeza Keadilan, tinggi dijulang Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Melodi: Air Pasang Dalam Nyanyi pak long sambil menatap mata Aiman. Aiman dengan rasa tidak berpuas hati meninggalkan aku dan pak long.


Benar kata Aiman. Aku hanya jadi beban kepada pak long saja. Sudahlah terpaksa terima kipas tangan warisan keluarga ini. Enam bulan tempoh yang lama untuk aku berlatih, tapi aku masih tidak dapat menguasai kuasa terhebat kipas warisan ini. “Benar kata Aiman, Aira tak layak sebagai pewaris kipas warisan ini, ” kataku dengan perasaan hiba.


Pergi ke hutan mengutip buluh, Singgah berteduh di sebuah desa, Hendak berjaya jangan mengeluh, Alah bisa tegal biasa. Ujar pak long sambil memujuk aku. “Aira beruntung, arwah nenek percayakan Aira untuk mewarisi kipas ini. Teruslah berusaha. Aira harus percaya dengan diri sendiri, ” sambung pak long sebelum melangkah masuk meninggalkan aku.


Keesokan paginya, Aiman masih tidak berpuas hati dengan aku. Dengan perasaan yang marah, Aiman menuju ke bilik aku. Aku yang sedang belajar di bilik terkejut melihat Aiman. “Beri aku kipas tangan tu!” marah Aiman. “Eh, kau ni kenapa?” tanya aku hairan. “Sepatutnya kipas tangan tu milik aku, bukannya kau, ” kata Aiman lagi. Aku yang mendengar ketidakpuasan Aiman terus menolaknya sehingga terjatuh.


“Aduh!” Aiman mendengus. “Cis, berani kau tolak aku.” jerit Aiman lalu menolakku pula sehingga terjatuh. “Aduh, sakitnya! Apa masalah kau ni?” marahku.


Dengan perasaan geram, aku dan Aiman saling berkelahi. Tiba-tiba, terdengar suara seseorang menjerit di hadapan rumah. Aku cuba mengamati suara orang yang datang. Aku kenal benar dengan suara itu. Itu suara Cik Liza.


“Mudim! Aku tahu budak tu sudah dapat kipas tangan tu. Serahkan kipas tangan itu!” jerit Cik Liza. “Apa yang kau bisingkan ini, Liza? Jangan buat kacau di sini!” kata pak long tegas.


“Awang, kau masuk ke dalam rumah dan cari kipas itu hingga jumpa, ” arah cik Liza kepada orang suruhannya. “Aku tak akan benarkan kau masuk ke dalam rumah ini, ” halang pak long. Pak long menghalang Awang dari memasuki rumahnya. ”Jangan melawan!” marah Awang. Awang menolak pak long dengan kasar sehingga terhentak ke tiang rumah. Pak long tertunduk kesakitan.


“Pak long!” jerit aku. Aku dan Aiman berlari meluru ke arah pak long yang terbaring. “Pertahankan kipas tangan itu, Aira. Jangan terlepas ke tangan Cik Liza.” Kata pak long sambil menahan kesakitan. “Aira takut. Cik Liza kuat orangnya. Lagipun, Aira tidak mahir gunakan kipas tangan itu, ” kataku ketakutan.


“Aira, pak long selalu pesan yang tidak perlu takut dengan musuh. Aira kena yakin. Gunakan apa yang sudah kamu pelajari, ” kata pak long lembut. “Aira, jangan takut. Aku ada. Ayuh, kita kalahkan Cik Liza dan suruhannya tu, ” kata Aiman. Aku terus mencapai kipas tangan.


Click to View FlipBook Version