The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifaimanhawari, 2022-06-14 09:37:33

NEW KONSEP ASAS KAEDAH FIQH 2)

NEW KONSEP ASAS KAEDAH FIQH 2 (

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

E FOLIO
PRINSIP ETIKA DAN KAITANNYA DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN

KEJURUTERAAN

USTAZAH ANISAH BINTI NASIB

NO. NAMA NO. MATRIK

1. MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN HAWARI 15DKA21F1010
2. NAZHAN ISKANDAR BIN FADZIL 15DKA21F1051
3. MUHAMMAD AMIRUL SYARIF BIN 15DKA21F1075

SHAMSUDIN
4. MOHD KHAIRUL IQRAM BIN ARSHAD 15DKA21F1065

KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DALAM SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pengenalan

Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami
agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulama kepada memahami
ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan
hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. Justeru ,kaedah fiqh
merupakan satu prinsip umum yang boleh dijadikan sebagai satu prinsip umum yang boleh
dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembikinan hukum hukum islam terutamanya
apabila terdapat masalah masalah baharu pada masa kini yang memerlukan keputusan hukum
yang cepat

Konsep-Konsep Asas Kaedah Fiqh

Terdapat 5 konsep asas kaedah fiqh yang utama kepada pembinaan hukum hukum bagi sesuatu
masalah yang baru

1)Setiap sesuatu itu bergantung pada tujuan (niat)

Kaedah ini bermaksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan
atau hukum bagi amalan ini adalah bergantung kepada niat atau tujuan. Kaedah ini menerangkan tentang
kepentingan niat. Sesuatu urusan hendaklah disertakan dengan niat.Niat menentukan nilai sesuatu
aktiviti.Niat yang baik tidak menjadikan semua perlakuan sebagai baik.

Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara. Niat diperlukan bagi
membezakan antara ibadat dan adat,berpahala atau berdosa ,bermanfaat atau bermafsadah kepada
seseorang atau kumpulan.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada
mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal,mendapat balasan
syurga atau mendapat status reda Allah swt. Kaedah ini menunjukkan besarnya perhatian Islam
terhadap masalah hati dan niat kerana hati merupakan kunci utama amalan kita, dan niat adalah roh
yang menjadi sebagai penggerak jasad kita. Niat merupakan perkara yang amat penting dalam Islam.
Kita akan mendapat pahala ketika kita memasang amalan niat itu kerana Allah. Kaedah ini memberi
maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan dan kedudukan atau hukum
amalan tersebut adalah bergantung pada niat atau tujuannya.

Hadis riwayat Saiyidina Umar al-khattab:

“Sesungguhnya amalan itu tergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan
tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan”

Dari Umar al-khattab :

Saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang
itu tergantung terhadap apa yang mereka niatkan, maka barang siapa yang berniat untuk Allah
dan RasulNya, maka niatnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang niatnya
untuk mendapatkan dunia maka dia akan mendapatkannya atau amalanya itu adalah untuk
seseorang wanita yang akan menikahinya, maka niatnya itu tergantung pada apa yang dia niat
untuknya.”

a) Dalil

i. Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yg sabit bagi setiap
orang itu apa yg diniatkan.

ii. Sesiapa datang ke tilamnya (untuk tidur) dan dia berniat hendak bangun sembahyang malam,
tiba-tiba dia tertidur hingga ke Subuh, maka apa yang diniatkan itu tetap akan ditulis.

b) Fungsi niat yang disyariatkan
a. Membezakan ibadat dengan niat.
i. Menahan diri daripada makan kerana puasa dan menguruskan badan.
ii. Menyembelih binatang untuk makan dan ibadat korban.

b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain
i. Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat.
ii. Ibadat fardhu dan sunat.
c) Syarat-syarat untuk mencapai status ibadat dan bernilai disisi Allah swt
a) Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak.
Contohnya, menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan kerja manusia.
b) Perancangan dan pelaksanaaan hendaklah disusun dengan baik dan menepati syarak dan
semasa. Contohnya, menghasilkan system oengurussan yang efektif.
c) Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaiana yang diminta
syariat. Contohnya, menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam
menghasilkan kenderaan berbanding keuntungan.

d) Keadah-kaedah sampingan
i. Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan
kesamaran dengan yang lain ,contoh: beriman kepada Allah, berzikir, dan membaca al-Quran,
tetapi wajib niat pada membaca al-Quran apabila dinazarkan bagi membezakan fardu dengan yang
lainnya .Dalam amalan yang disyaratkan niat, maka kekeliruan penyataannya membatalkan
amalan tersebut
ii. Maksud lafaz itu tergantung pada niat orang yang menyatakannya.

2)Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak

Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu
keraguan.Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu
mengubah keyakinan asal.Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada
rakaat kedua dalam solat zohor ,maka tiada sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk
menghabiskan solat zohornya.Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada
dua atau tiga ,Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu hanya
menambah dua rakaat sahaja.
Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak
atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara
Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh ganguan syak atau keraguan yang tidak
status kebenarannya.

a) Dalil
Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dlm solatnya, tidak diketahui lagi berapa rakaatkah
yg telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yg syak (ragu-ragu) dan
tunaikanlah atas apa yg telah diyakininya.

Firman Allah SWT Surah Yunus ayat 36 yang bermaksud :
“dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan satu sangkaan sahaja. Pada hal
sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu
kebenaran”

Keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Kaedah fiqh
menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-
wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
Pemakaian hukum fiqh yang benar
a) Yakin.

b) Ghabalabah al-zann.

c) Zann.

Pemakaian hukum fiqh yang salah
a) Syak.
b) Waham.

3) Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringan

1. Masyaqqah atau kesukaran yang dimaksudkan dalam kaedah ini merujuk beberapa
keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.Ada beberapa
kesukaran dan kesusahan yang dapat meringankan hukum syarak. Antaranya ialah
musafir, sakit, dipaksa , lupa , jahil dan perkara yang tidak dapat dielakkan.

2. Kaedah ini jelas bahawa apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesukaran (diterima
syarak) dalam melaksanakan perintah Allah, maka dibolehkan untuk berbuat sesuatu
yang lebih ringan atau mudah.

Kaedah ini diambil daripada Al-Quran iaitu firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185
yang bermaksud:

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh
itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Bedasarkan kaedah tersebut meletakkan babanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-
hamba-Nya. Kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada bahawa agama islam membawa
konsep kemudahan kepada umatnya. Walau bagaimanapun, kesukaran mestilah terlebih dahulu
ditentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringannan. Contohnya, pasangan
yang berkahwin ingin mendapatkan zuriat, namun pihak isteri tidak boleh hamil atas
alasanmengalami masalah. Maka dengan itu teknoogi dan penciptaan terkini, pasangan itu boleh
memperoleh anak dengan pesenyawaan luar rahim. Kaedah ini diharuskan dalam islam sekiranya
kehamilan tidak dapat dilakukan

4) Kemudaratan hendaklah dihilangkan

1) Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi
mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan,
akal dan harta

2) Kaedah ini adalah bersumberkan hadis rasululah SAW yang diriwayatkan oleh malik yang
bermaksud :

“Jangan bahayakan diri sendiri dan jangan bahayakan orang lain “ Hadis Riwayat Malik dalam al-
Muwaththa .

Dalil kaedah dari alquran:

surah al-A’raf ayat 56

Al-imam Al- suyuti mengatakan bahawa kaedah ini adalah sangat luas dan mencakupi sebahagian
besar masalah fiqh kerana semua taklif (tanggungjawab) syara’ dibina atas dasar mencegah
kemudharatan dan bahaya.

Dalam kaedah ini telah dijelaskan mengenai lima kaedah yang keluar daripada kemudharatan
yang dihilangkan iaitu :

1. Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang (Al – dharurah tubih al-
makhzurah)

2. Sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja
(al-dharurah Tuqaddir bi qadariha)

3. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan (Al- Dharar la yuzar bi
al-dharar)

4. Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan
(Al-Dharar al-assyad yuzl bi al-dharar al-kahf)

5. Menolak kemudaratan adalah lebih utama daripada mengambil kebaikan (Dar ‘al-
mafasad awla min jabl al-masalih)

5) Adat dijadikan sebagai rujukan hukum

1. Adat bermaksud sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kehidupan manusia. Uruf pula
merujuk sesuatu dimaklumkan kepada masyarakat hingga menjadi kebiasaan.

2. Kaedah ini membawa maksud adat,’uruf atau kebiasaan sesuatu tempat itu sebagai
sumber hukum dan rujukan dalam menentukan dan menetapkan sesuatu hukum untuk
sesuatu isu untuk sesuatu kes yang tiada dalil , sumber hukum islam atau nas syarak
terhadap permasalahan tersebut . Sekiranya terdapat nas syarak , maka penggunaan
kaedah ini akan terbatal .

3. Kaedah ini dibentuk berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka ia dianggap baik di sisi Allah SWT sementara
apa-apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin maka ia dianggap buruk oleh Allah SWT -
Hadis Bukhari

1. ADAT AM

Adat ini merujukan sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai sesuatu yang memberi
maksud tertentu. Contohnya, menggunakan e-mel untuk menyampaikan sesuatu arahan
menggantikan surat. Pada kebiasaannya,arahan kerja atau surat rasmi menggunakan surat
sebagai bukti perkara itu dilakukan . Namun dengan perkembangan teknolgi dan inovasi yang
dilakukan pada hari ini bagi tujuan mempercepatkan lagi proses penyampaian. Berdasarkan
amalan yang dijalankan di setiap institusi, e-mel boleh dijadikan bukti bahawa arahan itu perlu
dilakukan berdassarkan kebiasaan amalan pada masa ini.

2. ADAT KHUSUS

Adat khusus adalah perkara yang terpakai dan fahami leh sesetengah masyarakat atau negeri
dalam kalangan tertentu. Contohnya, apabila membincangkan tentang isu enjin kenderaan ,
sudah tentu melibatkan semua jenis kenderaan .

3. ADAT SAHIH

Adat sahih ialah adat yang tidak bercanggah dengan nas atau prinsip syaiat, tidak menghalalkan
yang haram,tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat .
Contohnya, seseorang menggunakan khidmat SMS, ATM, internet, pejabat pos atau perbankan
untuk membayar zakat fitrah. Biasanya, pembayaran zakat akan membayar zakat melalui amil
yang dilantik sama ada di masjid atau di kaunter zakat. Pada masa kini, perkembangan sains
teknologi dan kejuruteraan islam , pembayaran zakat diharuskan dengan menggunakan khidmat
atau sistem sebagaimana yang di sebut diatas. Kini, dengan sistem yang lebih mudah,
pembayaran zakat telah dijalankan secara autopay. Teknologi ini memudahkan dan
menyenangkan mereka untuk membayar zakat.

4. ADAT FASID ATAU ROSAK

Adat fasid atau rosak adalah adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau
prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya, pertandingan menggunakan SMS yang mempunyai
unsur pertaruhan dan perjudian. Tujuan SMS untuk memudahkan komunikasi antara manusia.
Contohnya, pertandingan yang diadakan dengan menggunakan aplikasi pesasnan tingkas (SMS)
tidak dibenarkan dalam islam.

Kesimpulan

Rumusannya, penggunaan kaedah fiqah dalam sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan sesuatu yang
perlu diambil kira oleh setiap saintis , teknorat dan jurutera . Semua kaedah ini menjadi sumber rujukan
terhadap perkembangan sains teknologi masa kini yang semakin canggih seiring dengan peredaran
zaman. Perbincangan 5 kaedah fiqh ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan permasalahan
kotemporari dan isu semasa dalam mendepani cabaran pandemik hari ini.Hasil daripada topik ini, kita
dapat memahami dan menerangkan berkaitan pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam sains, teknologi
dan kejuruteraan serta menjelaskan kaedah-kaedah asas dalam kaedah fiqh

Rujukan

Buku Sains , Teknologi dan Kejuruteraan dalam islam ( mohd azli adnan, azman ab Rahman)
https://www.researchgate.net/publication/356492553_EBOOK_KAEDAH_FIQH_MPU23052
Mohd. Saleh Haji Ahmad (1999), Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid2.
Abdul latif Muda (2000), Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam


Click to View FlipBook Version