KSIB PROJECT REPORT
Soal selidik ini diaspirasikan oleh Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) di
bawah program PIBG SK Bandar Behrang 2020. Bertujuan melihat sejauh
mana penglibatan ibubapa dan komuniti dalam pelaksanaan PDPR
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (Pkp).
MOHAMAD NASUHA BIN AHMAD
3 JULAI 2021
SETIAUSAHA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)
PENGENALAN
Hasil perbincangan secara lisan, pihak sekolah mendapat kadar penurunan minat di
kalangan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 yang amat ketara
perbandingan dengan PKP 1.0 dan PKP 2. Justeru, pihak pentadbiran dan PIBG
mengambil intervensi dengan penghasilan soal selidik yang perlu di jawab oleh para
ibubapa atau penjaga murid. Soal selidik dilaksanakan secara atas talian. Secara tidak
langsung ia merupakan dapatan awal kepada pihak sekolah, PIBG, KSIB dan komuniti
setetmpat.
OBJEKTIF SOAL SELIDIK
1. Dapatan awal atau (intervensi) pihak sekolah, PIBG, KSIB dan Komuniti mengenai
pelaksanaan proses PDPR sepanjang tempoh pkp.
2. Untuk melihat sejauh manakah penglibatan ibu bapa bersama ada dalam
mewujudkan educative home environment.
3. Untuk mengetahui masalah yang menghalang anak murid SKBB2020 mengikut
proses Pdpr ini.
4. Untuk menghasilkan pelan-pelan intervensi (KSIB) bagi membantu pihak sekolah.
PELAKSANAAN
Menggunakan aplikasi Google Form sebagai instrumen penilaian dan aplikasi Whatsapp
Group sebagai medium perantaraan Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibubapa dan
data yang diperolehi dianalisis menggunakan aplikasi google exce (google sheet).
DAPATAN DATA SOAL SELIDIK
a.
Setakat data yang diperolehi seramai 346 responses telah menghantar kembali
borang soal selidik untuk guru membuat analisa data. Seramai 271 orang di
kalangan responses ahli PIBG sahaja, 51 orang mendaftarkan sebagai ahli KSIB
dan 24 orang ibubapa sebagai PIBG dan KSIB.
1
Rajah 2 di atas menunjukkan jumlah bilangan anak yang dimiliki oleh ibubapa yang
anaknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020. Jumlah keluarga yang
mempunyai anak 3-5 orang merupakan yang tertinggi iaitu seramai 180 orang
berbanding ibubapa yang memiliki anak di antara 1-2 seramai 130 orang. Manakala
keluarga yang mempunyai bilangan anak di antara 6-7 orang seramai 26 orang, hanya
satu keluarga sahaja memiliki bilangan anak yang berumur 9 tahun ke atas.
3. Carta 1, di atas menunjukkan pecahan peratusan ibubapa (responses) yang
mengesahkan pelaksanaan Pdpr berlaku di rumah sepanjang tempoh Pkp3.0 ini.
Sebanyak 90.2% ibubapa dapat memastikan bahawa pdpr sentiasa dilaksanakan di
rumah, 8.7% ibubapa yang menyatakan pelaksanaan pdpr secara jarang-jarang
dilaksanakan di rumah. Manakala 1.3% menyatakan dan mengesahkan bahawa tidak
pernah dilaksanakan pdpr di rumah sepanjang tempoh pkp 3.0.
2
4. Rajah 3 di atas, melihat dan menilai keberadaan atau kepemilikan ibubapa (responses)
dalam menyediakan peranti kepada anak-anak mereka dalam mengikuti proses Pdpr
sepanjang tempoh pkp3.0. Antara peranti yang menjadi pilihan ibubapa adalah telefon
pintar dengan catatan 329 orang tertinggi, mankala kemudahan komputer riba menjadi
pilihan kedua ibubapa iaitu seramai 87 orang. Jauh sama sekali pemilikan alat peranti
kedua ini ialah 242 orang (responses). Tiada alat peranti hanya sebanyak 1 orang
(responses). Kesimpulan yang dapat dibuat semua responses memiliki alat peranti
(telefon pinta
3
5. Carta 2 di atas, menunjukkan peratus keterlibatan ibubapa (responses) yang turut serta
bersama anak semasa proses pdpr dilaksanakan. Sebanyak 86.1% ibubapa menyatakan dan
mengesahkan ya, mereka meluangkan masa bersama anak-anak semasa proses pdpr
dilaksanakan. Manakala 13.9% yang tidak punya keluangan masa bersama anak dalam
proses pdpr tersebut.
6. Carta palang 1, di atas menunjukkan bilangan dan peratusan jangka masa ibubapa
(responses) meluangkan masa bersama anak-anak sepanjang tempoh pdpr. Seramai 257
4
daripada jumlah sebenar responses adalah seramai 257 orang memperuntukkan masa di
antara 1-2 jam mereka bersama anak-anak semasa pdpr berlangsung. Manakala 96
responses hanya dapat meluangkan masa kurang daripada sejam mereka bersama anak
melaksanakan pdpr di rumah.
7. Carta palang 2, di atas menunjukkan bentuk pdpr yang menjadi pilihan responses
iaitu sebanyak 82.9% memilih pdpr di luar talian berbanding pdpr di atas talian iaitu
72.5% sahaja. Perbezaan sebanyak 10.4%, manakala yang memilih secara gabungan
sebanyak 19.7% dan paling rendah memilih bentu pdpr secara off site sebanyak 4.3%.
KESIMPULAN / RINGKASAN
Kumpulan sokongan ibubapa (KSIB), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pihak
pentadbir Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 dapat membuat beberapa
kesimpulan antaranya;
1. Keluarga (reponses) yang memiliki anak yang ramai mempunyai salah satu punca
ada kedapatan murid yang tidak mengikuti Pdpr sepanjang tempoh pkp3.0.
Berkemungkinan anak-anak perlu berkongsi dengan peranti (telefon pintar)
bersama ibu bapa mereka sendiri. Bagaimana mungkin pdpr dapat dilaksanakan
atas talian seandainya responses mempunyai 3-5 orang anak yang secara serentak
memerlukan peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pdpr atas talian.
2. Tahap kesedaran ibubapa (responses) dalam meluangkan masa bersama anak
semasa pdpr dilaksanakan masih ada, walaupun peratusannya sikit kerana
5
kesalafahaman ibubapa (responses) mengenai educative home environmental
(Suasana Pembelajaran di Rumah) itu bagaimana. Berkemungkinan mereka tidak
berkesempatan meluangkan masa disebabkan faktor pekerjaan.
3. Permasalahan tidak mempunyai capain untuk mengakses internet juga
merupakan salah satu sebab mengapa murid tidak mengikut pdpr. Dapatan data
dari soal selidik saya dengan beberapa murid mendapati seandainya kelas
dilakukan secara atas talian (google meet) yang mengambil masa pdpr selama
sejam maka data yang dipergunakan sebanyak 990mbps hampir 1gb. Itu untuk
satu mata pelajaran jadi berapakah perlu yang ibubapa peruntukkan untuk
membeli kad tambah nilai untuk seorang anaknya yang mengikuti pdpr.
Berikut merupakan beberpa intervensi yang telah dirancang bersama bagi PIBG dan
KSIB membantu pihak pengurusan sekolah bagi memastikan kelangsungan
pembelajaran secara pdpr sepanjang tempoh pkp3.0 antaranya;
1. Meminimumkan penggunaan data internet di kalangan murid dengan cara
menukarkan bahan pdpr (youtube atau video-video pembelajaran) secara offline,
secara tidak langsung murid-murid dapat mengikuti pembelajaran secara
berulang kali. Walau bagaimanapun masih tetap dipantau pembelajaran oleh
guru mata pelajaran dengan cara pemberian tugas atau latihan pengukuhan yang
disemak secara atas talian oleh guru-guru.
2. Murid menggunakan kemudahan aplikasi telegram (group) kelas sebagai medium
mereka bertanyakan soalan yang mereka tidak faham kepada guru secara pukal.
3. Menghebah luaskan mengenai program KPM iaiti DidikTv di kalangan ibubapa
dan komuniti mengenai manfaat yang diperolehi daripada DidikTv dalam
melaksanakan pdpr secara offline. Guru akan menyediakan modul atau manual
pembelajaran Pdpr sebagai latihan pengukuhan atau sebagai pentaksiran bilik
darjah (PBD).
4. Guru-guru SKBB2020 akan melaksanakan proses rakaman bahan pembelajaran
yang berdurasi hanya 15 minit sahaja dan video rakaman tidak menggunakan HD
version sebaliknya memadai 720bp bagi menjimatkan penggunaan data murid.
5. Mewujudkan jaringan sokongan ibu bapa dalam memenuhi beberapa aspek
dalam KSIB fokus utama adalah membantu murid yang tidak dapat langsung ikut
pdpr sepanjang tempoh pkp 3.0.
6