SEEKOR IBU KUCING
Pada suatu pagi, dalam keadaan hujan lebat terdapat seekor kucing dalam keadaan yang bunting mencari tempat untuk berlindung dikawasan tepi rumah penduduk kampung. Kucing itu terlihat mencari tempat dimana ia boleh menghidari dirinya daripada terkena hujan dan tiupan angin serta melindungi diri daripada ditindih dahan pokok yang jatuh akibat tiupan angin. Kucing tersebut menjumpai dimana tempatnya berteduh yang baginya selamat di kawasan rumah itu. 23
Pada waktu itu, keluarlah seorang perempuan yang bernama Mawar untuk pergi bekerja. Namun, pandangan yang ia lihat adalah seekor kucing tidur berindung disebalik dikawasan tepi rumahnya bagi mengelakkan dirinya basah. 24
Mawar yang berasa kesian segera mengambil kucing tersebut untuk dibawa masuk ke dalam rumahnya untuk ia rawat. Kucing itu sangat manja apabila Mawar memeluknya. 25
Mawar yang semangat memandikan kucing itu tertarik dengan warna kucing itu yang berwarna putih, oren dan hitam. Selepas itu, Mawar mengeringkan bulu kucing itu. Mawar pun memberikan kucing itu makanan dan minuman. 26
Mawar memberikan nama kucing itu si Tompok kerana campuran warna yang dimiliki kucing itu. Setelah selesai mengatur si Tompok, Mawar pun keluar semula untuk bekerja. 27
Si Tompok tidur setelah dirawat oleh Mawar. Si Tompok tidur dikawasan yang berdekatan dengan bilik Mawar. 28
Beberapa jam kemudian, si Tompok pun bangun lalu melihat seekor kucing didalam rumah itu sedang bermain. 29
Satu ekor kucing itu diberi nama Bajan oleh Mawar kerana warna bulu kucing itu warna oren dan memiliki sifat yang agresif. 30
Tiba waktu petang, Mawar telah tiba dirumah dan menyediakan makanan serta menyediakan minuman kucing peliharaannya di dapur rumahnya dengan teratur lalu memanggilnya setelah ia selesai mengaturnya. 31
Si Tompok dan Bajan dengan segera menuju kearah makanan mereka setelah dipanggil oleh tuannya lalu makan bersama. 32
Dua minggu kemudian, Mawar telah membawa seekor kucing lagi yang dijumpainya di tempat kerja lalu memberi namanya Belang. Si Tompok dan si Bajan hanya melihat sahaja tuannya membawa seekor kucing itu kearah mereka. 33
Apabila Mawar mula meletakkan si Belang di atas permukaan lantai lalu si Tompok menuju ke arah tuannya untuk bermanja. 34
Setelah enam minggu berlalu, kini tiba lah masa untuk si Tompok melahirkan anaknya. Mawar yang melihat kucingnya si Tompok ingin melahirkan anak dengan segera meletakkan si Tompok di dalam kotak kosong. 35
Si Tompok telah berjaya melahirkan tiga ekor anak kucing yang comel. Si Tompok tidur setelah melahirkan anaknya yang memiliki warna putih, kelabu dan satu lagi warnanya bercampur. 36
Mawar yang tiba dirumah dengan segera memindahkan anak kucing tersebut ke dalam sangkar. Si Tompok dengan segera menuju ke arah sangkar tersebut untuk menyusukan anak-anaknya. 37
Si Tompok sangat menyayangi anaknya dalam masa tiga hari ini. Si Tompok selalunya dengan segera menuju ke arah sangkarnya semula selepas ia makan. Namun kali ini ia tidak lagi kerana si Tompok telah melihat anak kucing lain yang berada lebih dekat berbanding dengan tempatnya. 38
Si Tompok terus menuju ke arah anak kucing itu lalu baring disitu sambil menyusukan anak kucing itu sehingga lupa akan anaknya sendiri. 39
Apabila si Belang sampai ia dikejutkan dengan keberadaan si Tompok yang menyusukan anaknya lalu mencari ruang untuknya rehat. Mawar yang melihat hal itu dengan perlahan-lahan mengangkat si Tompok untuk dipindahkan ke tempat anaknya yang sejak tadi asyik bising. 40
Namun si Tompok berasa marah kerana telah dipindahkan dan tidak berniat untuk menyusukan anaknya dengan lebih lama. Tanpa Mawar ketahui si Tompok telah makan salah satu anaknya dan hanya meninggalkan kepala sahaja. 41
Mawar yang cuti pada hari itu berniat hendak melihat keadaan anak-anak kucing itu. Mawar melihat anak kucing si Belang lebih dulu baru si Tompok. Apabila ia tiba dikawasan si Tompok ia melihat ada banyak darah disekitar itu lalu memerhatikan setiap kawasan tersebut sehingga ia dapat lihat dengan jelas terdapat kepala satu ekor anak kucing di situ. 42
Mawar dengan segera mengambil kepala anak kucing itu menggunakan penjepit lalu dimasukkan kedalam kotak kecil untuk ditanam. Mawar yang melihat si Tompok tidur berasa pelik dengan kucing itu dan masih terkejut dengan kejadian tanpa diduganya itu. 43
Akhirnya, si Tompok dan kucing lain meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Mawar sentiasa memberi perhatian pada kucing peliharaannya. 44
PENGAJARAN ➢ Kita mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang akan memberi kesan dalam kehidupan sepanjang hidup. ➢ Kita haruslah mengawal diri dalam melakukan sesuatu perkara yang memberi kesan dalam diri kerana akan menyebabkan masa depan anda sukar untuk dibayangkan. ➢ Kita hendaklah mengawal emosi ketika membuat sesuatu keputusan dalam suatu pekerjaan yang ingin dilakukan. 45
➢ Kita mestilah melakukan suatu aktiviti untuk mengelakkan kita daripada stress. MESEJ ➢ Mereka yang tidak mempunyai ilmu sentiasa melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu baik dan buruknya. Oleh itu, janganlah seperti monyet yang suka mencuri. ➢ Insan yang mempunyai ilmu atau tidak mempunyai pendidikan mereka tidak akan menggunakan fikiran warasnya kerana mereka selalu mengikut hawa nafsu untuk 46
melakukan suatu perbuatan itu mengikut keinginan mereka. Oleh itu, ia umpama seperti monyet yang suka mencuri. ➢ Pengurusan emosi atau pengaruh daripada keluarga, sosial dan ekonomi yang membebankan hidup mengakibat seseorang melakukan suatu perkara yang tidak pernah ia lakukan. ➢ Kemurungan yang melampau akan mengakibatkan kita melakukan sesuatu tanpa sedar. 47
RUJUKAN 1) A.Kahar Bin Mohd Harun (0145691585) 2) Alimardah Bin A. Kahar (0105828891) 48
LAMPIRAN 49
50
51
52
NUR DINI BINTI ALIMARDAH PELAJAR TAHUN 1 PENGAJIAN SENI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 53
SINOPSIS RINGKAS “Monyet yang suka mencuri” menceritakan tentang rutin harian monyet yang suka menganggu penduduk Kampung Tetabuan sehingga berlakunya satu peristiwa yang ditakuti oleh penduduk kampung akhirnya terjadi. Cerita kedua tentang “Seekor ibu kucing “ yang dijumpai telah dirawat dengan baik oleh seorang wanita yang sangat suka akan kucing.