The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MONYET YANG SUKA MENCURI (cerita pertama)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurdinialimardah, 2023-12-12 09:52:24

MONYET YANG SUKA MENCURI (cerita pertama)

MONYET YANG SUKA MENCURI (cerita pertama)

SASTERA RAYKAT SABAH MONYET YANG SUKA MENCURI DAN SEEKOR IBU KUCING NAMA: NUR DINI BINTI ALIMARDAH


HAK CIPTA TERPELIHARA Assalamualaikum dan salam sejatera saya ucapkan. Hak cipta terpelihara. Buku ini tidak dibenarkan untuk digunakan dalam manamana bahagian olahan cerita mahupun rekaan grafik yang dapat digunakan bagi mengeluarkan semula atau memindahkan dalam bentuk cetakan dan lain-lain tanpa meminta kebenaran daripada penulis. Buku cerita ini dihasilkan untuk menjayakan kursus yang saya jalankan. i


PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan inayahnya, saya berjaya menyiapkan tugasan CA10103 Sejarah Kesusasteraan Melayu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Fatin Najla Omar kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Namun, tanpa bimbingan dan tunjuk ajar Miss Fatin Najla Omar saya mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan individu ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya dan adik beradik saya yang telah banyak memberi dorongan bagi menyiapkan tugasan ini dengan baik. Hanya Allah S.W.T saja yang mampu membalas jasa baik kalian. ii


PRAKATA Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya penulis dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dalam menyiapkan dua buah buku cerita mengikut masa yang telah ditetapkan. Penulis menyedari betul sepenuhnya bahawa tanpa bantuan dari berbagai pihak penulis tidak akan dapat menyempurnakan tugasan dengan baik. Semoga segala bantuan yang diberikan dapat menjadikan penulis untuk selalu bersyukur dan melangkah ke depan dengan lebih baik. Allah SWT sentiasa memberkati akan segala usaha dalam kehidupan. iii


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT HAK CIPTA TERPELIHARA i PENGHARGAAN ii PRAKATA iii ISI KANDUNGAN iv CERITA PERTAMA 1-22 CERITA KEDUA 23-44 PENGAJARAN DAN MESEJ 45-47 RUJUKAN 48 LAMPIRAN 49-52 BIODATA 53 iv


MONYET YANG SUKA MENCURI


Pada zaman dahulu, suasana pagi yang sangat indah dengan bunyi kicauan burung serta bunyi ayam berkokok sering didengar oleh setiap masyarakat di situ. Menurut masyarakat kampung pasti akan ada sekelompok monyet yang berjalanjalan di kawasan kampung untuk mencari makanan setiap hari. Kemudian terdapat sekumpulan monyet yang bermain di atas jembatan dan menaiki atap rumah serta berendam dalam air yang telah di tadah oleh penduduk kampung dengan baik sehingga menyebabkan kerosakan pada atap rumah penduduk kampung. Monyetmonyet itu suka merosakan lampu yang diletakkan diluar rumah setiap penduduk kampung dengan menggigit lampu tersebut sehingga rosak. 1


Suasana pagi yang tenang pada hari yang sama telah berubah menjadi bising angkara sekumpulan monyet yang mengejar beberapa budak sekolah rendah bersama orang dewasa yang ingin menujuh ke sekolah pada pagi itu untuk mencuri makanan yang dibawa mereka. 2


Ramai budak sekolah terus berlari menuju ke arah sekolah untuk mengelakkan monyet tersebut daripada terus menerus mengejar mereka. Orang dewasa pada ketika itu berusaha melindungi budak sekolah rendah dengan memegang tangan budak sekolah rendah untuk dibawa berlari bagi menyelamatkan diri daripada serangan monyet tersebut. 3


Selain itu, terdapat tiga orang lelaki dewasa yang membantu budak sekolah yang lain dengan menangkat beg sekolah mereka bagi memudahkan mereka berlari dengan baik. 4


Tibanya waktu petang, monyet-monyet tersebut baru keluar dari hutan yang mereka tinggal di kawasan kampung, sekumpulan monyet berusaha memasuki salah satu rumah penduduk kampung melalui celah-celah rumah tersebut. Setelah monyet itu berjaya memasuki rumah itu ia pun menumpahkan beras ke lantai dan menjatuhkan barang lain yang ada dalam rumah itu. 5


Setelah pemilik rumah itu tiba di hadapan pintu rumahnya ia dikejutkan dengan bunyi yang berasal dari dalam rumahnya. Pemilik rumah itu yakin pasti didalam rumahnya itu adalah monyet. 6


Pemilik rumah tersebut tergesa-gesa untuk membuka kunci rumahnya bagi menghalau monyet yang ada dalam rumahnya. Walaupun dalam keadaan takut pemilik rumah itu berusaha untuk memberanikan dirinya untuk membuka pintu rumahnya. 7


Pemilik rumah itu menghalau monyetmonyet itu menggunakan batang penyapu yang ada berdekatan dengan dirinya berdirir. Beberapa minit kemudian, barulah pemilik rumah itu berjaya menghalau monyet-monyet tersebut keluar dari rumahnya lalu membersihkan semula rumahnya yang telah dikotorkan oleh monyet. 8


Pada masa yang sama, seorang kanakkanak lelaki duduk diluar rumah seorang diri untuk memancing ikan dihadapan rumahnya. Tengah seronok kanak-kanak itu duduk memancing tiba-tiba seekor monyet menyerang kanak-kanak lelaki itu dengan mengigit leher kanak-kanak lelaki tersebut. 9


Terdapat kelibat seorang pemuda kampung yang lalu di depan rumah kanak-kanak lelaki itu. Pemuda tersebut dikejutkan dengan kejadian yang dilihat depan matanya iaitu seorang kanakkanak lelaki bergelut sambil menangis digigit oleh seekor monyet itu dekat leher. Pemuda itu dengan segera berlari kearah kanak-kanak lelaki tersebut untuk menyelamatkannya. 10


Pemuda itu segera menuju kearah kanakkanak lelaki itu bagi menutup luka pada leher kanak-kanak lelaki itu supaya darah tidak keluar dengan banyak. Pemuda itu berteriak memanggil ibu bapa kanakkanak lelaki itu dalam keadaan cemas. 11


Ibu bapa kanak-kanak lelaki itu tengah memasak didapur dengan segera bergerak ke menuju ke luar rumah setelah mendengar teriakan seorang pemuda yang mengatakan bahawa anak lelakinya telah digigit oleh monyet. 12


Jiran sebelah rumah yang mengetahui hal tersebut dengan segera menuju ke arah tangga untuk turun keperahunya yang sudah tersedia menuju ke rumah sebelahnya untuk memudahkan urusan jirannya untuk menghantar anaknya ke hospital Beluran. 13


Salah satu penduduk kampung telah menghubungi pihak hospital dan menyatakan bahawa ada seorang kanakkanak lelaki telah digigit dekat leher oleh seekor monyet. Kanak-kanak lelaki itu telah mengeluarkan banyak darah serta dalam keadaan yang lemah dan memberitahu destinasi perhentian perahu tersebut dekat Resaus bagi memudahkan ambulan mengambil pesakit. 14


Kanak-kanak lelaki itu segera dikejarkan ke hospital Beluran bagi mendapatkan rawatan dengan segera. Keesokan harinya, kanak-kanak itu telah dibenarkan keluar oleh pihak hospital setelah memastikan keadaan kanakkanak lelaki itu baik. 15


Sejaka kejadian itu berlaku, kebanyakan penduduk kampung telah mencipta lastik dan membuat kayu panjang sebagai senjata harian untuk melindungi diri. Penduduk kampung sentiasa keluar dengan berhati-hati sambil membawa lastik atau kayu panjang ketika keluaar beli barang atau kemana-mana sahaja. 16


Setelah peristiwa kanak-kanak lelaki itu berlaku. Ketua kampung memainkan peranannya dengan membuat surat rasmi tentang keadaan kampung yang kurang selamat disebakan oleh monyet tersebut serta menghantar sekali bukti rawatan kanak-kanak lelaki itu agar jabatan haiwan bertindak dengan segera. 17


Pada keesokan paginya, ketua kampung Tetabuan telah keluar dari kampung menuju ke jabatan haiwan untuk menyerahkan surat aduan yang dibuatnya. 18


Pada hari itu juga, jabatan haiwan telah mengarahkan beberapa orang dari jabatan haiwan dalam keadaan segera menuju ke kampung Tetabuan untuk menagkap monyet-monyet itu. Dalam masa beberapa jam monyet-monyet itu berjaya ditangkap. 19


20 Monyet-monyet tersebut yang ditangkap menggunakan sangkar akan dibawa ke suatu tempat yang jauh dari kawasan kampung Tetabuan.


Penduduk kampung Tetabuan mengucapkan rasa syukur setelah jabatan haiwan menjalankan tanggungjawab serta mengucapkan terima kasih kepada ketua kampung kerana mengambil tindakan dengan segera. 21


Suasana kampung Tetabuan pada hari seterusnya dalam keadaan aman damai dan tenang sahaja ketika melakukan aktiviti harian mereka. 22


Click to View FlipBook Version