KOPERASI SMK KOTA BHD
PELANCONGAN
KOPERASI SEKOLAH
PAKEJ TOK KENALI
3 HARI 2 MALAM
RM 250
Jadual perjalanan mungkin akan berubah tertakluk kepada keadaan perjalanan
ITINERARI 3 HARI 2 MALAM
PKS KOPERASI SMK KOTA BHD
Hari Hari Hari
Pertama Kedua Ketiga
Hari Pertama
2.30 ptg Pendaftaran Peserta
Taklimat Program
Bicara Tokoh-Tok Kenali
Permainan Rakyat
Minum Petang
5.00 ptg Check In Penginapan
8.00 mlm Makan Malam
8.30 mlm Pasar Malam Wakaf Che Yeh
10.30 mlm Balik Penginapan – Rehat
Hari Kedua
7.30 pagi Sarapan pagi
8.30 pagi Kilang Dodol
9.00 pagi Masjid Kampung Laut
11.00 pagi Kilang Batik Ayu Kraf
1.00 tgh Makan Tengahari/
Solat Zohor
2.30 ptg Muzium Wau
3.30 ptg Pantai Genting Tumpat
4.00 ptg Pengkalan Kubur
5.30 ptg Balik Penginapan-Rehat
8.00 mlm Malam Kebudayaan
10.00 mlm Balik Penginapan -Rehat
Hari Ketiga
7.30 pagi Sarapan pagi
8.30 pagi Lawatan Penanda Aras
10.30 pagi Kilang Keropok
11.00 pagi Pantai Cahaya Bulan
12..00 tgh Perkampungan
12.30 tgh Kraftangan
1.30 tgh Makan Tengahari
Perpisahan Tamu & Hos
LAMPIRAN INFO
Nama : Haji Muhammad Yusuf Bin
Ahmad
Gelaran : Tok Kenali
Lahir : 1868, Kampung Kenali,
Kota Bharu
Meninggal : 19 November 1933, Kota
Bharu
Pendidikan : Masjid Muhammadi
Ibu Bapa : Ahmad Bin Abdul Samad ,
Fatimah Bt Salleh
Anak :
TOKOH Muhd Shaalih Muhammad Yusuf
TOK KENALI
Ahmad Muhammad Yusuf,
Mahmud Muhammad Yusuf,
Abdullah Zawaawi Muhammad Yusuf
MASJID KAMPUNG LAUT Masjid ini dibina dengan unsur seni bina
Nusantara.[1] Ia merupakan sebuah
struktur asas dengan hanya empat tiang
yang menyangga bumbung tiga tingkat
yang diperbuat daripada daun rumbia.
Keluasanya hanya 400 kaki persegi. Pada
akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu
pusat agama yang penting, dan masjid itu
diperbesar untuk merangkumi bilik
sembahyang tambahan, peran, serambi,
dan menara. 20 batang tiang dibina untuk
menyangga binaan tambahan ini. Binaan
tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-
Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada
kayu tetapi tidak menggunakan walau
sepucuk paku sekalipun. Atap daun
rumbianya ditukarkan kepada atap genting
kerana atap genting lebih kukuh daripada
atap rumbia
MUZIUM WAU Muzium ini merupakan muzium wau pertama di
PANTAI SRI TUJOH Kelantan dan kedua di Malaysia selepas Muzium
Layang-Layang Pasir Gudang, Johor. Ia menjadi pusat
rujukan dan maklumat mengenai sejarah
perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh
dunia. Muzium ini turut mempamerkan pelbagai jenis
wau dari seluruh dunia. Buku-buku rujukan dan
peralatan membuat wau, seperti buluh, kertas dan
tali sebagai bahan asas pembuatan kraf tangan itu
juga disediakan. Muzium ini terletak berhampiran di
tapak Pesta Wau Antarabangsa Kelantan, tempatnya
betul-betul terletak di laluan utama ataupun pintu
masuk ke kawasan Pantai Seri Tujoh. Muzium ini
telah dibuka secara rasmi pada 08 Jun 2011 oleh
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, YB
Dato' Haji Takiyuddin Bin Haji Hassan. Selain daripada
pameran tetap, muzium ini turut mengadakan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan
pengunjung. Mereka akan dapat merasai pengalaman
membuat wau sendiri. Nasihat dan tunjuk ajar akan
diberikan oleh tukang-tukang pembuat wau yang
berada di sini. Untuk merasai pengalaman ini,
pengunjung haruslah memohonnya terlebih dahulu
barulah bengkel berkenaan dapat dijalankan.
PASAR MALAM Wakaf Che Yeh terletak lebih kurang 5km ke selatan
WAKAF CHE YEH bandar Kota Bharu. Wakaf Che Yeh mendapat nama dari
sebuah wakaf yang terletak di simpang 3 Jalan Kuala
Krai-Salor. Wakaf ni dibina oleh seorang hamba Allah
bernama Che Yeh. Wakaf ini dibina sebagai tempat
orang ramai yang berulang alik ke Kota Bharu berehat.
Pada masa dahulu tiada bas atau kereta, mereka jalan
kaki sahaja. Jadi, wakaf itu dijadikan sebagai tempat
berehat selepas penat berjalan sebelum meneruskan
perjalanan. Kewujudan pasar borong 24 jam. Pasar
borong tu asalnya terletak di tapak KB Mall kini, jadi bila
kawasan tu hendak dibangunkan, dipindahkan pasar
borong tu ke Wakaf Che Yeh . Mempunyai keluasan suku
ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan
tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta
makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga
yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian
wanita. Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa
dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar
borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan
berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari
terbenam. Pengunjung dapat menyaksikan situasi tawar-
menawar dan teriakan peniaga-peniaga
mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual
mesra sesama sendiri
PANTAI CAHAYA BULAN Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang
terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10
km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan
tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember
1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta
Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh
seorang askar British ketika dia di pantai ini pada
masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut
sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas.
Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama
lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk
kepada pantai ini sebagai PCB. Persisiran pantai ini adalah
sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya
panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang
jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula
menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai
Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang
popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan,
khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan
kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel,
chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan
tandas awam. Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan
membawa pengunjung melalui satu pekan tradisional india.
Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk
pencetakan batik, penenunan songket, dan
pembuatan layang-layang serta loyang.
BATIK Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui
proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal
di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Brunei,
Singapura, dan Malaysia. Di Malaysia negeri yang
terkenal dan popular dengan batik adalah Kelantan dan
Terengganu Pengusaha mengeluarkan pelbagai jenis
produk kraftangan berasaskan batik seperti baju wanita,
baju kemeja lelaki, tali leher, beg tangan dan kain
sarung. Seni batik telah dicipta dan digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik.
Penciptaan kraftangan dan keaslian seni batik ini
memerlukan kepakaran dan kecekapan dalam
penggunaan bahan dan peralatan. Bagi menghasilkan
kraftangan batik yang menarik, kemahiran pelukis batik
dalam penggunaaan bahan asas yang digunakan semasa
proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu
tercipta. Proses penciptaan seni kraftangan batik ini
juga memerlukan daya estetika dan pengamatan
kreativiti yang tinggi untuk memberikan rekabentuk
yang indah dan menarik. Batik adalah salah satu seni
warisan yang perlu dikekalkan dan diwarisi pada masa
hadapan.
KILANG DODOL Melihat sebuah banglo tiga tingkat di Jalan Pasir Mas-
DAN SERUNDING Rantau Panjang yang kelihatan seperti kediaman agam
filem Bollywood, tentu ramai terfikir yang pemiliknya pasti
terbabit dalam perniagaan yang besar. Bagaimanapun,
kediaman agam itu dimiliki pasangan taukeh dodol dan
serunding, Sulaiman Ismail dan isteri, Wan Sabariah Wan
Ali. Kediaman itu dibina pasangan itu pada 1987, selepas
hampir 40 tahun mereka bertungkus-lumus menjual dodol
dan serunding. Terletak di Kuala Lemal, di sini, iaitu laluan
utama Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, pandangan
sesiapa sahaja yang melalui jalan berkenaan tidak akan
terlepas daripada rumah berwarna hijau dengan ukiran
keemasan. Keunikan rumah itu menyebabkan orang ramai
terutama pelancong mengambil kesempatan bergambar di
hadapan rumah, selain menjadi tarikan pasangan
pengantin. Ketika mula, mereka membuat dodol sekitar
dua hingga lima kilogram sehari, tidak pernah mengenal
erti putus asa untuk mengusahakan perniagaan itu
sebelum menghantar produk ke pasar Kota Bharu. Resipi
dodol itu diwarisi daripada ibu Wan Sabariah, Wan Aminah
Wan Salleh, di Kampung Laut, dan hanya dijual kepada
penduduk secara menjaja. Ternyata, usaha pasangan
suami isteri yang dikurniakan lima cahaya mata itu tidak
sia-sia, apabila produk dodol dan serunding yang diberi
nama Hajjah Wan Sabariah & Keluarga kini popular.
Pengkalan Kubor telah diwartakan sebagai
kawasan bebas cukai. Merupakan kawasan
membeli belah yang terbesar di Daerah
Tumpat. Kawasan bebas cukai ini
bersempadan dengan Kuala Tak Bai iaitu
kawasan sempadan dengan Thailand.
Bersebelahan dengan kawasan bebas cukai
ini terdapat pejabat imigresen dan pejabat
kastam.. Pengkalan Kubor
mempunyai kawasan bebas cukai yang
menjual barang-barang,
terutamanya pakaian, kasut, beg dan
peralatan dapur pada harga yang amat
berpatutan dan telah menarik banyak
pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai
ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak
di tepi muara sungai. Namun kawasan
KAWASAN BEBAS CUKAI bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar ,
PENGKALAN KUBOR meriah dan lebih murah. Jarak dari
Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-
kira 30 KM sahaja.
ZON BEBAS CUKAI Merupakan tempat terkenal
RANTAU PANJANG sebagai kawasan bebas cukai
yang terletak di sempadan
Malaysia-Thailand yang terpisah
dengan Sungai Golok. Rantau
Panjang terletak kira-kira 40 km
dari Kota Bharu. Kepelbagaian
produk seperti pinggan-mangkuk,
makanan, pakaian, kelengkapan
rumah dan sebagainya boleh
didapati dengan harga murah.
Kompleks membeli belah ini
dibuka dari pukul 10.00 pagi
hingga 7.00 malam.
Terima Kasih Memilih Pakej PKS
Koperasi SMK Kota Bhd.
Kami Amat Menghargainya.
Moga Mendapat Manfaat.
Jumpa Lagi…