The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23072 PELANCONGAN DALAM ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mimisyazwaniaqilah, 2023-05-18 11:11:12

AL - FIQH

MPU23072 PELANCONGAN DALAM ISLAM

Al Fiqah KAEDAH FIQAH BERTEPATAN DENGAN BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI MPU 23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM Segala Urusan Berlandaskan Niat Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Kesukaran Menjadi Sebab Kepada keringanan DISEDIAKAN OLEH FATIHAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Nya projek e-majalah dapat direalisasikan. Terlebih dahulu , saya Irfah Binti Ismail sebagai ketua editor ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merialisasikan e-majalah ini terutamanya Puan Solhal Huda binti Sahidan selaku penasihat. Tidak lupa juga buat rakan rakan editor yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam penghasilan e-majalah ini. Ribuan tahniah dan penghargaan saya ucapkan kerana berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang memastikan e-majalah ini berjaya diterbitkan. Oleh itu tugasan ini kami dapat lebih memahami dalam tentang ilmu kaedah Fiqh yang dipamerkan dalam emajalah ini. Justeru, pihak kami berharap bahawa para pembaca turut serta mendalami ilmu Fiqh tersebut. Tujuan terbitan e-majalah ini adalah untuk tahu lebih lanjut tentang konsep asas kaedah fiqah yang bertepatan dengan bidang pelancongan dan hospitaliti. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih terhadap semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak sepanjang proses membuat e-majalah ini menjadi realiti. Penghargaan Dari Editor DISEDIAKAN OLEH IRFAH


Pengenalan E-Majalah Kursus Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam ini adalah kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar semester dua yang mengikuti program Diploma Pengurusan Perlancongan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kursus ini menerangkan tentang konsep pelancongan dalam islam, konsep kebersihan, kaedah fiqh dan isu-isu semasa berkaitan dengan pelancongan dan hospitaliti dalam islam. Tugasan e-folio dilaksanakan secara berkumpulan yang merangkumi 30 markah. Bentuk tugasan adalah diberikan dalam bentuk e-majalah . Tajuk bagi penghasilan e-majalah adalah berkaitan Prinsip Syariah dan Kaedah Fiqh dalam Pelancongan dan Hospitaliti. Terdapat 5 kaedah Fiqh yang terlibat iaitu segala urusan berdasarkan niat, keyakinan tidak hilang dengan keraguan, kesukaran menjadi sebab kepada keringanan, mudarat mesti dihilangkan dan adat sebagai sumber hukum. Oleh itu, setiap kaedah fiqh yang dibincangkan disertakan dengan huraian dan contoh. Tugasan ini menggunakan aplikasi Canva serta Anyflip bagi menghasilkan sebuah e-majalah yang mudah dibaca dan diperoleh. Kesimpulannya, nilai yang diperolehi dalam melaksanakan tugasan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Justeru diharapkan juga para pembaca dapat memperoleh manfaat serta ilmu yang lebih mendalam apabila membaca e-majalah yang telah dihasilkan ini. ................................................................................... IRFAH BINTIISMAIL (KETUA EDITOR E PROJEK) DISEDIAKAN OLEH IRFAH


CONTOH1 Segala Urusan Berdasarkan Niat Kaedah ini memberi maksud kedudukan bagi setiap tindakan dan perbuatan seseorang adalah bergantung kepada niat dan tujuannya. 1. Ali mempunyai satu rumah yang kosong dan dia berniat untuk menjadikan rumah itu sebagai surau kepada orang yang musafir kerana di kawasan itu tiada surau yang terdekat dan dia berhasil. 2.Menunaikan ibadah haji atau umrah semata-mata bertujuan untuk melancong bukan kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah. CONTOH3 CONTOH2 3.Seseorang yang melancong bertujuan untuk melihat ciptaan dan keagungaan Allah s.w.t dibolehkan untuk jamak dan qasar sebaliknya seseorang yang melancong untuk melakukan maksiat tidak diberikan kelonggaran untuk qasar dan jamak. DISEDIAKAN OLEH MIIMI


Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Yakin ialah suatu pengakuan. Ketenangan dan kepastian pada hati akan hakikat sesuatu perkara. Sementara syak pula beerti keraguan dan bertentangan konsepnya dengan keyakinan. 1. Arif meragui makanan dan minuman yang dijual ditepi jalan . 2. Sesiapa yang yakin bersuci dan syak berlakunya hadas , dia dianggap masih lagi berwhuduk dan sebaliknya. اليقـين آل يـزال بالشـــك Sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak ke atasnya – tetapi boleh hilang dengan keyakinan juga. Sesuatu yang telah sabit dengan keyakinan, tetapi timbul syak adanya sesuatu yang boleh mnghilangkannya keyakinan itulah yg diambil kira. 3. Wanita yang beriddah mendakwa masa sucinya masih berlanjutan dan belum selesai iddah maka diterima/dibenar dakwaannya itu dan dia masih berhak mendapat nafkah iddah MAKSUD DISEDIAKAN OLEH MIMI


Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Keringanan MAKSUD 1. Ali tidak dapat melaksanakan solat dengan sempurna jadi ali solat dengan cara berbaring akibat sakit. 2. Abu menaiki penerbangan ke Jakarta beliau mendapat keringanan untuk solat jamak qasar atas urusan perniagaan. 3. Ahmad meyakini untuk makan di restorenoleh orang islam walaupon kedai tersebut tidak memaparkan tanda halal . Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi. ُعْس َر ْل ْم ا ُك ِريُد ِب ُيْس َر َواَل ُي ْل ْم ا ُك ِب ِريُد ُهَّللا ُي Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. DISEDIAKAN OLEH ALYAA


M U D A R A T M E S T I D I H I L A N G K A N MAKSUD Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama , nyawa , maruah , keturunan , akal dan harta. 1. Penyambut tetamu di rumah penginapan seperti di hotel hendaklah menjaga etika berpakaian bagi mengelakkan berlaku kemudaratan seperti kes pencabulan. 2. Rumah penginapan mestilah menyediakan makanan yang halal dan tidak menggunakan bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan tetamu seperti arak. 3. Agensi pelancongan tidak dibenarkan untuk membuat pakej pelancongan ke tempat yang membahayakan nyawa agar dapat mengelakkan perkara buruk berlaku. DISEDIAKAN OLEH FATIHAH


Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang bentuk tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan. la tidak perlu disingkirkan selagi mana ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan nas syarak ataupun nilai murni. ADAT SEBAGAI SUMBER HUKUM 1. Kita sebagai pelancong mestilah meraikan dan menghormati adat istiadat dan kebiasaan yang diamalkan oleh penduduk tempatan,sebagai contoh dari segi cara berpakaian, perbuatan dan makanan. 2. Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai negeri maka sebahagian perkataan mungkin berbeza maksud di negeri lain, jadi kita mesti faham maksud perkataan yang kita ucapkan. 3. Sebelum berkata-kata pelancong mestilah merujuk kepada adat kebiasaan masyarakat setempat. DISEDIAKAN OLEH IRFAH


Rumusan Rumusan Rumusan Kesimpulannya, setiap masalah pasti ada cara penyeselaian dengan cara dan hukum yang sedia ada. Kita hendaklah mematuhi prinsip syariah yang telah ditetapkan oleh agama Islam supaya kita tidak sesat.Beberapa masalah juga dapat diselesaikan dengan kaedah Fiqh yang berlandaskan Al-Quran dan hadis. Kami berharap setiap ilmu yang telah dikongsi dalam e-majalah ini dapat memberi manfaat kepada semua umatIslam. DISEDIAKAN OLEH IRFAH


Click to View FlipBook Version