1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 46 SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING ( TAHUN 2023 ) TARIKH : 17 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SK DATO’ NANING
2 KANDUNGAN Halaman UCAPAN ALUAN YDP PIBG 3 UCAPAN ALUAN GURU BESAR 4 ATURCARA MAJLIS 5 AGENDA MESYUARAT AGUNG 2023 6 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG 7 AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2021-2023 9 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG 10 PIBG KALI KE-46 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 (2022) 12 LAPORAN KEWANGAN 16 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022 17 LAPORAN AKTIVITI KURIKULUM 2022 18 LAPORAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2022 19 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2022 21 LAPORAN AKTIVTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 25 2022 USUL MESYUARAT AGUNG KALI KE 46 2023 26 PENGHARGAAN 29 LAMPIRAN 1 30 LAMPIRAN 2 31
3 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SK DATO’ NANING EN. MUHAMMAD LOQMAN BIN SAMAT YANG DIPERTUA PIBG SK. DATO’ NANING Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita diberikan kesempatan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke -46. Kehadiran ibu bapa dan penjaga ke mesyuarat ini membuktikan bahawa kita semua prihatin terhadap persekolahan anak – anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka sentiasa mengambil tahu akan semua perkara yang berkaitan dengan pembelajaran anak – anak. Perubahan suasana semasa dan sistem pembelajaran yang sentiasa berkembang memerlukan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak – anak. Anak – anak amat dahagakan kasih sayang ibu bapa. Saya menyeru semua ibu bapa agar mengenali lebih dekat anak – anak kita agar kita dapat memastikan anak – anak kita membesar ke arah yang positif. Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan kepada PIBG dalam memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk anak – anak kita belajar di sekolah ini. Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG. Sekian, terima kasih.
4 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR PIBG SK DATO’ NANING EN. MOHD ISA BIN BARUM GURU BESAR SK. DATO’ NANING Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning kali ke -46. Pada kesempatan ini saya mengalu – alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk sama – sama bermesyuarat pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG yang telah banyak memberikan sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. Pihak sekolah sentiasa merancang program – program yang bermanfaat bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi akademik, kokurikulum, pembangunan sahsiah serta kepimpinan murid. Namun, semua usaha ini tidak akan mampu kita laksanakan tanpa sokongan dan sumbangan PIBG. Selain itu, sarana ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025 merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Saya menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah ini. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada, saya ingin merakamkan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG 2021/2023 dan tidak ketinggalan kepada jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke -46 ini kerana telah memberikan sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih.
5 ATURCARA MAJLIS 8.30 Pagi : Kehadiran dan Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga 9.00 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu : 1. Negaraku 2. Melaka Maju Jaya : Bacaan Doa : Ucapan YDP PIBG SK. Dato’ Naning ( Encik Muhammad Loqman bin Samat ) : Ucapan Penasihat PIBG SK. Dato’ Naning ( Encik Mohd Isa bin Barum – Guru Besar SK Dato’ Naning ) : Ucapan Perasmian oleh YB Tuan Haji Adly bin Zahari ( Timbalan Menteri Pertahanan, Ahli Parlimen Alor Gajah ) 9:45 Pagi : Jamuan VIP 10:00 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG SKDN kali ke – 46 : Penyampaian Sijil dan Cenderamata : Cabutan Bertuah 12:00 Tengahari : Majlis bersurai
6 AGENDA MESYUARAT AGUNG 2023 1. Ucapan Alu-aluan YDP 2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke-45 3. Bangkitan Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke-45 4. Membentangkan Laporan Aktiviti 2022 5. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKDN Berakhir Februari 2023 6. Membahaskan Usul Dan Cadangan 7. Sumbangan PIBG 2023 8. Hal-hal Lain a. Pelekat kenderaan ibu bapa b. Insentif Aktiviti Kokurikulum 9. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021-2023 dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023-2025. 10. Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG baharu
7 Ruj Kami : SKDN.PIBG.100-13/1/4 (A) (03/23) Tarikh : 15 MEI 2023 Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid, Semua Guru, Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING KALI KE-46 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan : Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan SKDN 2. Bersama-sama surat ini dilampirkan borang usul dan jawapan kehadiran untuk tindakan tuan/puan. Pihak PIBG memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk memulangkan semula borang ini pada 8 Jun 2023 (Khamis) kepada guru kelas anak tuan/puan. 3. Pihak PIBG turut mengalu-alukan sumbangan ibu bapa berupa barangan runcit atau barangan rumah seperti sekampit beras, sekilo gula, sebotol minyak masak, air minuman botol dan sebagainya. Barangan sumbangan ini akan dijadikan hamper cabutan bertuah kepada ibu bapa semasa Mesyuarat Agung nanti. Sumbangan boleh disalurkan melalui anak tuan/puan dan akan diserahkan kepada guru kelas, selewat-lewatnya pada 12 Jun 2023 (Isnin). 4. Semoga dengan kehadiran dan sumbangan tuan/puan dapat melicinkan dan menjayakan lagi mesyuarat agung kali ini. Sekian, terima kasih. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” Saya yang menjalankan amanah, (ENCIK MUHAMMAD LOQMAN BIN SAMAT) Yang Di Pertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Dato Naning. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. TEL/ FAX: 06 – 5561299 E-mel: [email protected]
8 Lampiran ii BORANG PENYATAAN USUL Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka. Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46, TAHUN 2023 Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan SKDN ❖ SILA KEMBALIKAN BORANG USUL INI SELEWAT-LEWATNYA PADA 8 JUN 2023 Saya………………………………………………………………………………mencadangkan usul saya seperti di bawah : i. …………………………………………………………..................................................................................... ..................................................................................................................................................................... ................................................................................................................ ii. …………………………………………………………………………………………………. …….….………………………………………………………………………………………… .………………………………………………………………………………………………..... iii. ………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………….. JAWAPAN KEHADIRAN Saya ibu bapa/penjaga murid bernama ___________________________________ Kelas _____________ akan hadir / tidak akan hadir* ke Mesyuarat Agung PIBG SK Dato’ Naning kali ke 46 tahun 2023. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………………………… ( )
9 AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2021-2023 PENASIHAT PN. HJH SHAMSINAH BINTI HJ JAMIL@A. WAHAB EX-OFFICIO EN. HATTA BIN MAHMA EN. AHMAD NIZAM BIN MOHAMED EN. ABDUL HAIRLIR BIN MAT EN. MOHD AMIN BIN AWALUDIN YANG DIPERTUA EN. MUHAMMAD LOQMAN BIN SAMAT NAIB YANG DIPERTUA PN. MASITA BINTI HASSAN SETIAUSAHA EN. MOHD HAIDIR BIN MANAF PENOLONG SETIAUSAHA EN. NASEEF BIN MUHABAD BENDAHARI PN. ZETTY ZURAIDAH BINTI SHAMSUBAHAR PENOLONG BENDAHARI PN. NOOR HAYATI BINTI SUBOH PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. PUAN SYEIKHA FATIMAH AL-ZAHRA BINTI ZAHARI 2. PUAN NORIZAN BINTI RABU AJK IBUBAPA 1. En. Rizul Affandi bin Haji Harun 2. En. Shahren bin Abdul Malek 3. Pn. Asmaniza binti Abd Aziz 4. En. Shanmugarajah a/l Gobal 5. En. Ariffin bin Haji Moktar 6. Pn. Norsaniza binti Mohd Sani 7. Pn. Nurhidayah binti Hashim 8. En. Mohd Ridhuan bin Othman 9. Pn. Shaidathul Hazlina binti Razali 10. En. Nordin bin Aripin 11. En. Mohamed Faizal bin Roslan AJK GURU 1. En. Saiful Shahnun bin Kasim 2. Pn Ziana binti Mohd Yusof 3. Pn Anisah binti Abdul 4. Pn. Siti Sarah binti Ibrahim 5. En. Noor Zaly Moktar bin Kasim 6. En. Ravi a/l Devaras 7. Pn Salimah binti Abu 8. Pn. Fairuz Nadia binti Salim
10 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 Tarikh : 17 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan SK Dato’ Naning NAMA DAN JAWATANKUASA NAMA DAN JAWATANKUASA Penyambut Tetamu - En. Mohd Isa bin Barum ( Guru Besar ) - En. Hatta bin Mahma - En. Abdul Hairlir bin Mat - En. Mohd Amin bin Awaludin - AJK Edaran Buku Penyata dan Laporan Kewangan - Cik Afiza binti Jamaluddin (K) - Pn. Zetty Zuraidah Binti Shamsubahar - Pn. Hjh. Azlina binti Aziz - Pn Norizan Binti Rabu - Pn. Asmaniza Binti Abd Aziz ( AJK PIBG) AJK Pengurus Majlis - En. Ahmad Nizam Bin Mohamed (K) - Pn. Noraziah Bt Noor Isham @ Oh Seng Chun AJK Pencatat Minit Mesyuarat Agung dan Majlis Perasmian - En. Muhammad Amir bin Abd Rahim (K) - Cik Nur Ain binti Hamdan - Pn. Zurina Binti Mansur - Pn. Thanasvathi A/P Nearu AJK Persediaan Buku Penyata, Laporan Kewangan, Slaid, Dokumentasi & Perhubungan - En. Mohd Haidir Bin Manaf (K) - En. Naseef bin Muhabad - Pn. Juliana binti Jamaluddin - En. Muhammad Zulhelmi bin Zakaria AJK Sijil dan Cenderamata - Pn. Salimah binti Abu (K) - Pn. Fairuz Nadia binti Salim - Pn. Mazidah binti Zainol - Pn. Nang Shahiroh binti Nik Sin - Pn. Siti Sarah binti Ibrahim AJK Juruacara Majlis - Pn. Ziana binti Mohd Yusof (K) - Pn. Nur Syafiqah binti Mohd Sani AJK Jurugambar - En. Ahmad Subry bin Jaafar (K) - Pn. Rohana Binti Ramli Pembaca Doa - En. Mohd Rashdan bin Mohamad AJK Teknikal dan Siaraya - En. Sheh Abdulccader Jailanee bin Othman (K) - En. Saiful Shahnun bin Kasim AJK Pendaftaran, Kehadiran Ibu Bapa dan Nombor Cabutan Bertuah - Pn. Siti Rahmah Bt Mat@Ahmad (K) - Pn. Halimaton Saadiah binti Mohd Saad - Pn. Norzila binti Saban - Pn. Wan Saera binti Wan Yaacob - Pn. Nor Hasliana Bt Hasan - Pn. Siti Hadijah Bt Mohd Hatta AJK Persiapan Pentas & Hiasan Dewan - Pn. Huda Zayani binti Adam (K) - Pn. Nurul Waheeda binti Abd Hadi - Pn. Nor Saliza binti Misnan - Pn. Noor Hayati binti Suboh - Pn. Siti Anawiyyah binti Haris - Pn. Dalia anak Jerim
11 AJK Persiapan Tempat & Dewan - En. Mohd Khairul Anwar bin Sulaiman (K) - En. Noor Zaly Moktar bin Kasim - En. Ravi a/l Devaras - En. Mohd Faizal bin Hasan - Pn. Noraini binti Mat - Pn. Rohani binti Hussain - En. Shanmugarajah a/l Gobal (AJK PIBG) - En. Ariffin bin Haji Moktar (AJK PIBG) - En. Mohd Ridhuan bin Othman (AJK PIBG) - Pekerja Swasta AJK Hadiah dan Cabutan Bertuah - Pn. Rozita binti Ab Rashid (K) - Pn. Norini binti Hasan - Pn. Normadiah binti Osman - Cik Nor Adila binti Jani - Pn. Nurfaezah binti Khamis - Pn. Noraziah binti Noor Isham @ Oh Seng Chun - En. Mohd Rizul Affandi bin Haji Harun (AJK PIBG) - En. Mohamed Faizal bin Roslan ( AJK PIBG) AJK Jamuan VIP - Pn. Lijah binti Salikon (K) - Pn. Wan Kauthar binti Wan Hassan - Pn. Nurul Huda binti Ahmad - Pn. Farhah binti Na’im - Pn. Alinah binti Abd. Rahman - Pn. Shaidathul Hazlina binti Razali (AJK PIBG) AJK Keselamatan & Lalu lintas - En Khayaruddin binti Khalil (K) - Pn. Syeikha Fatimah Al Zahra binti Zahari - Cik Nurul Aimi binti Zolkapley - En. Nordin bin Aripin ( AJK PIBG) - Pengawal Keselamatan AJK Jamuan Ibu Bapa - Pn. Madinah binti Mokhtar (K) - Pn. Fatimah binti Mahmud - Pn. Sri Ratna Rahayu binti Nordin - Pn. Anisah binti Abdul - Pn. Zuraidah binti Borhan - Pn. Nurul Bazzliena binti Salleh - Pn. Nurhidayah binti Hashim (AJK PIBG) - Pn. Asmaniza binti Abd Aziz ( AJK PIBG)
12 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING 78000 ALOR GAJAH, MELAKA Tel / Fax : 06-5561299 E-mel SKDN : [email protected] No h/p YDP PIBG : 016-2223004 _____________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 45 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2022 TARIKH : 02 JUN 2022 HARI : KHAMIS TEMPAT : DEWAN SK DATO’ NANING PERASMI : YB DATUK MUHAMMAD JAILANI BIN KHAMIS 1. BACAAN DOA Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Sheh Abdulcader Jailanee bin Othman. 2. UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SKDN Yang Berbahagia En Muhammad Loqman bin Samat . 2.1 Beliau mengalukan kehadiran ibu, bapa dan penjaga kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Agung PiBG pada kali ke 45. 2.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini dan mendoakan agar SK Dato’ Naning terus maju dan cemerlang. 3. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR 3.1 Beliau mengalukan kehadiran Yb. Datuk Muhammad Jailani bin Khamis kerana turut sama dalam Majlis Mesyuarat PiBG pada kali ini. 4. UCAPAN PERASMIAN OLEH PERASMI 4.1 Beliau merakamkan ucapan alu-aluan kepada guru-guru dan ibubapa yang turut hadir. 5. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKDN KALI KE-44 Pencadang : Puan Asmaniza Abd Aziz Penyokong : Puan Norshakila
13 6. BANGKITAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKDN KALI KE-44 Tiada bangkitan bagi minit Mesyuarat Agung PiBG kali ke 44. 7. MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI 2021 Antara aktiviti tahun 2021 ialah : i. Aktiviti PIBG 2021 ii. Aktiviti kokorikulum 2021 iii. Aktiviti hal ehwal murid 2021/2022 iv. Aktiviti kurikulum 2021/2022 v. Aktiviti program 2021 8. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG SKDN BAGI FEBRUARI 2022 5.1 Penyata kewangan telah dibentangkan oleh Puan Zetty Zuraidah binti Shamsubahar, Bendahari PIBG SKDN 2021- 2023. 5.1.1 Puan Zetty binti Shamsubahar membentangkan penyata kewangan bagi Januari 2021- Februari 2022. Pada January 2021, baki di bank sebanyak RM9,736.51. Berikut merupakan jumlah termasuk sumbangan RM100 iaitu daripada bekas cikgu sekolah Puan Hajah Norini, sumbangan PIBG sebanyak Rm4,900, dana kemenjadian murid sebanyak RM7,350. Jumlah pendapatan sebanyak pada Januari 2021- 28 Februari 2022 adalah sebanyak RM22,086.51. 5.1.2 Perbelanjaan yg telah dibuat iaitu pembelian laci bertingkat (modul murid) yang diletakkan di pondok jagar adalah sebanyak RM630.40, jamuan mesyuarat AJK PIBG sebanyak RM100, bayaran pembelian kertas A4 sebanyak RM3,712, pembelian papan tanda tandas murid sebanyak RM730, jamuan mesyuarat Agong PIBG kali ke 43/2021 dan sumbangan kepada pelajar cemerlang bagi 2019/2020 adalah sebanyak RM1,518.50, projek keceriaan surau sebanyak RM500, sumbangan pertukaran guru (12 orang) sebanyak RM2,650, sumbangan Majlis Graduasi tahun 6 RM1,500, sumbangan kecemerlangan kokorikulum 2021 sebanyak RM2,100. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM14,940.90. 5.1.3 Baki di bank pada 1 March 2022 adalah sebanyak RM7,145.61. Pencadang : Puan Nurul Hidayah binti Hashim Penyokong : Puan Asmaniza binti Abd Aziz 9. MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN USUL 1 Nama Pencadang : Nur Anim binti Mohd Sani, ibu kepada Nur Widad Firdaus (Kelas 6 Kenanga) i. Ibu bapa diberi akses ke Kedai Kita (Koperasi) pada waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau jalan lain yang sewajarnya seperti pindah ke bangunan bawah yang kurang pelajar. Keputusan : Penambahbaik akan dilaksanakan pada tahun 2023 memandangkan pada tahun 2022, syarikat yang ditenderkan untuk berniaga di Koperasi Sekolah masih belum dapat memenuhi permintaan barang-barang di Koperasi.
14 ii. Jadikan buku teks hak milik sekolah, bukan mana-mana murid. Jadi tiada isu buku hilang kena ganti berulang-ulang kali sekiranya buku ditinggalkan di almari sekolah. Murid hanya bawa buku tulis sahaja. Keputusan : Pengetua memaklumkan bahawa pinjaman buku teks merupakan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Penggunakan ‘’QR Code’’ pada buku teks akan dilaksanakan bagi mengurangkan kecurian buku teks di Sekolah. Pada 2019, ibu bapa telah membuat pembayaran sebanyak RM20 untuk kemudahakan “locker” di sekolah bagi tujuan penyimpanan buku teks. Keputusan : Pengetua memaklumkan bahawa pada tahun 2019, perancangan untuk melaksanakan kemudahan almari di sekolah dibuat tanpa wujudnya gangguan monyet. Perancangan tersebut tidak dapat diteruskan kerana kawasan sekolah sering diserang monyet dan anai-anai. iii. Pelajar tahun 1 dapat ditempatkan di bangunan aras bawah Keputusan : Pengetua memaklumkan bahawa SKDN tiada bilik darjah di aras bawah, dan pelajar tahun 1 ditempatkan di aras 1 dimana berhadapan dengan bilik guru dan bersebelahan dengan bilik kaunseling bagi memudahkan guru-guru untuk memantau. iv. Mengurangkan pelaksanaan perhimpunan pagi pada hari selasa- jumaat mencegah jangkitan covid USUL 2 i. Memperbanyakkan aktiviti keagamaan seperti kem ibadat dan motivasi untuk murid sekolah. Cadangan dan usul digugurkan atas sebab ketidakhadiran pencadang. USUL 3 i. Memantau kenderaan ibu bapa keluar dan masuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Ini kerana menyukarkan anak untuk melintas ke arah kantin sekolah. Cadangan dan usul digugurkan atas sebab ketidakhadiran pencadang. USUL 4 i. Mohon agar tarikh pembelian buku dan pakaian diatur setelah barangan tersebut lengkap. Contohnya tidak silap saya hingga kini buku tulis Bahasa Inggeris dan baju sukan yang tersenarai masih belum diperolehi walaupun pembayaran selesai. Keputusan : Untuk makluman, pihak sekolah telah menempah baju sukan dan dijangka murid akan menerima baju sukan tersebut selepas cuti sekolah. ii. Jika keadaan mengizinkan, adakan hari ibu bapa berjumpa guru bagi mengetahui perkembangan anak setelah PKP tamat atau bersemuka. Keputusan : Pihak sekolah telah melaksanakan taksiran sumatif dan sedang mengumpulkan data murid bagi pertemuan dan perbincangan antara guru dan ibu bapa.
15 10. SUMBANGAN PIBG 2023 7.1 Sumbangan PIBG masih dikekalkan dan dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung PIBG sebanyak RM50 mengikut kadar pecahan berikut : a) Dana aktiviti kemenjadian murid : RM30 (Setiap murid) b) Sumbangan Tabung PIBG : RM20 (Satu keluarga) Pengesahan : Puan Norshaliza Penyokong : Puan Norshaliza 11. HAL-HAL LAIN 8.1 Ibu bapa mencadangkan pihak sekolah untuk membuat ‘’preorder secara online’’ supaya dapat mempercepatkan proses penerimaan baju sukan. 8.2 Puan Aniza binti Mohd Sharif mencadangkan pihak sekolah menghantar kertas kerja ke YB Parlimen untuk bantuan tabung wakaf infrastruktur dan aktiviti sekolah. 12. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.25 petang.
16 LAPORAN KEWANGAN
17 LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2022-2023 BIL. AKTIVITI PIBG YANG DIJALANKAN TARIKH 1 Program Sumbangan 1 Keluarga 1 Rim Kertas A4 Mac 2022 – Februari 2023 2 Sumbangan PIBG guru dan staff berpindah. Mac 2022 – Februari 2023 3 Sumbangan Program Motivasi Pemimpin Kecil SKDN Mei 2022 4 Kejohanan Sukan Tahunan 2022 Mei 2022 5 Menaik taraf mini padang Latihan memanah Mei 2022 6 Program Nur Kasih Mac – April 2022 7 Program Kerjaya tahun 6 Ogos 2022 8 Program Infak kerusi plastik Oktober – November 2022 9 Program infak penutup longkang November – Disember 2022 10 Sumbangan murid cemerlang Kokurikulum. Januari 2023 11 Sumbangan Majlis Graduasi Tahun 6, PPKI dan Prasekolah dan Hari Q Januari 2023 12 Mesyuarat AJK PIBG Tahun 2022 BIL. 1/2021 – 23 MAC 2021 BIL. 2/2021 – 22 APRIL 2021 BIL. 3/2021 – 25 SEPTEMBER 2021 13 Papan tanda keselamatan di sekitar Kawasan sekolah November 2022
18 LAPORAN AKTIVITI KURIKULUM 2022/2023 BIL. AKTIVITI/PROGRAM YANG DIJALANKAN TARIKH PENCAPAIAN 1. PENCAPAIAN UNIT PSS & PERPUSTAKAAN SKDN A) Pertandingan Tokoh NILAM Daerah Alor Gajah 2023 Muhammad Akif Awwadi bin Mohd Hazuan ( Kategori Bahasa Melayu ) Sofea Nur Ramadhania binti Mohd Syukry (Kategori Bahasa Inggeris ) B) Pertandingan Bicara Buku Nur Auni Damia ‘Arifah ( Kategori Bahasa Melayu ) Syireen Nur Raudhah ( Kategori Bahasa Inggeris) Berkumpulan 9 Mei 2023 Penyertaan Penyertaan Johan Ketiga Penyertaan 2. Bulan Bahasa ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil ) 23 Mei-24 Jun 2022 Sekolah 3. Minggu Sains dan Matematik 25 Mei 2022 Sekolah 4. English Day “ I Want You To Speak” (Panitia Bahasa Inggeris ) Setiap Khamis Sekolah 5 Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 sesi 2022/23 Mac Sekolah 6 Pelancaran Google Classroom dan NILAM 18 April 2022 Sekolah 7 Bulan Kecergasan (Panitia PJPK ) 3-27 Ogos Sekolah 8 Program Khidmat Masyarakat dan Transit Ilmu (CSR-PTAR UiTM Lendu) 22 Jun 2022 9 Pameran Seniman Muda 2022/2023 (Panitia Seni Visual ) 1-8 Feb 2023 Sekolah 10 Le Tour De Ramadhan (Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab ) 5 -28 April 2022 Sekolah 11 Minggu STEM 9Panitia Sains, Matematik dan RBT) 25 Julai 2022 Sekolah 12 Program Lawatan penanda Aras TS25 ke SBT SK Tengku Mariam Batu Pahat 24 Julai 2022 Sekolah 13 Sambutan Bulan kemerdekaan/Kebangsaan (Panitia Sejarah) 1 Ogos 2022 Sekolah 14 Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6, PPKI dan Prasekolah 14 Feb 2023 Sekolah 15 Majlis Khatam Al Quran Perdana (Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab ) 16 Feb 20223 Sekolah 16 Program Santai Tapi Sampai ( Panitia Bahasa Melayu) Setiap Pagi Selasa Sekolah 17 Program BEST (Unit Pemulihan dan Panitia Bahasa Melayu ) Setiap Pagi (SelasaKhamis) Sekolah
19 LAPORAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2023 / 2024 BIL AKTIVITI / PROGRAM YANG DILAKSANAKAN TARIKH STATUS / PENCAPAIAN 1 Program 5 minit Dadah Setiap Rabu Sekolah 2 Program Nyah Denggi Setiap Jumaat Sekolah 3 Pelancaran Program Mari Menabung bersama Barisan Nasional ( BSN ) 5 Mei 2022 Sekolah 4 Pelancaran Program 3K 8 Mei 2022 Sekolah 5 Pelancaran Minggu PPDa dan Keselamatan 30 Mei 2022 Sekolah 6 Mesyuarat Agong PIBG 2 Jun 2022 Sekolah 7 Pelancaran Skuad Denggi Sekolah 13 Jun 2022 Sekolah 8 Ceramah dan Pameran Anti Dadah 14 Jun 2022 Sekolah 9 Motivasi Pemimpin Kecil 18 Jun 2022 Sekolah 10 Program Khidmat Masyarakat UITM Lendu 23 Jun & 27 Julai 2022 Komuniti 11 Pelancaran Mentor Mantee 1 Julai 2022 Sekolah 12 Pelancaran Kempen Sayangi Sekolah 4 Julai 2022 Sekolah 13 Sambutan Hari Lahir Murid 7 Julai 2022 Sekolah 14 Program Hindari Buli Tahap 2 29 Julai 2022 Sekolah 15 Pelancaran Sekolah Sejahtera 18 Ogos 2022 Sekolah 16 Program Bina Kerjaya Bersama KOLEJ Komuniti Jasin 18 Ogos 2022 Komuniti 17 Lawatan ke Kidzania 15 September 2022 Sekolah
20 18 Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir Murid Julai – Disember 28 Oktober 2022 Sekolah 19 Sambutan Hari Kanak-kanak 20 Oktober 2022 Sekolah 20 Gotong – royong Perdana 11 November 2022 Sekolah 21 Saringan Minda Sihat November 2022 Sekolah 22 Pentaksiran Psikometrik Tahun 5 November 2022 Sekolah 23 Motivasi Bina Sahsiah dan Jati Diri Murid Tahun 6 12 November 2022 Sekolah 24 Parenting Tahun 4,5 & 6 14 Januari 2023 Sekolah 25 Program Jalinan Kasih PIBK 14 Januari 2023 Sekolah 26 Pentaksiran Psikometrik Tahun 4, Tahun 6 dan PPKI Januari 2023 Sekolah 27 Lawatan Tahun 6 ke Banda Hilir 31 Januari 2023 Sekolah 28 Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 18 Januari 2023 Sekolah 29 Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks 6 – 9 Februari 2023 Sekolah 30 Hari Orientasi dan Taklimat Transisi Tahun 1 dan Prasekolah 17 Mac 2023 Sekolah 31 Pengoperasian Pembukaan Semula Sekolah 20 Mac 2023 Sekolah 32 Pelancaran Bilik Rezeki SKDN 3 April 2023 Sekolah 33 Pelancaran Amalan Sekolah Penyayang 3 April 2023 Sekolah 34 Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah 10 April 2023 Sekolah 35 Pelancaran Kempen Mari Menabung 5 Mei 2023 Sekolah 36 Pelancaran Program 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keberihan ) 8 Mei 2023 Sekolah 37 Sambutan Hari Guru dan Jamuan Adidilfitri 19 Mei 2023 Sekolah 38 Pelancaran Pertandingan Kelas Kondusif 22 Mei 2023 Sekolah
21 LAPORAN PENYERTAAN/PENCAPAIAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM 2022/2023
22
23
24 BIL PROGRAM TARIKH PELAKSANAAN TEMPAT 1 Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-34 Sekolah Kebangsaan Dato' Naning Tahun 2022 24 Mei 2022 Padang SK Dato’ Naning 2 Sukantara Tahap 1 dan Tahap 2 14 & 15 Jun 2022 Padang SK Dato’ Naning 3 Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-34 Sekolah Kebangsaan Dato' Naning Tahun 2022 26 Jun 2022 Padang SK Dato’ Naning 4 Klinik Asas Memanah D'Naning Archery Club 2 Julai 2022 Lapang Sasar Mini Memanah 5 Kejohanan Bola Baling (Rendah) MSS Kawasan Alor Gajah 5 & 6 Julai 2022 Padang SK Dato’ Naning 6 Program Hari Sukan Negara 8 Julai 2022 Padang SK Dato’ Naning 7 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali Pertama 17 Oktober 2022 Dataran Perhimpunan 8 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali Kedua 14 November 2022 Dataran Perhimpunan 9 Perkhemahan Perdana Badan Beruniform 25 – 27 November 2022 NK Adventure Camp Felda Menggong 10 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali Ketiga 16 Januari 2023 Dataran Perhimpunan 11 Hari Anugerah Kecemerlangan Kemenjadian Murid 16 Februari 2023 Dewan SK Dato’ Naning
25 LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PPKI 2022/2023 BIL. AKTIVITI YANG DIJALANKAN TARIKH PENCAPAIAN 1. Pertandingan Sukan Stacking Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2021 18-22 OKT 2021 Ke 5 disiplin 333 Ke 5 disiplin 363 Ke 4 disiplin cycle 2. Pertandingan Sukan Stacking Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2021 14-19 SEPT 2021 Naib Johan disiplin 333 Johan disiplin 363 Johan disiplin cycle 3. Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2021 12 OKT 2021 Tempat ke 6 4. Pertandingan sukan stacking Pendidikan Khas Daerah Alor Gajah 2021 22-24 DIS 2021 Johan disiplin 333 Johan disiplin 363 Naib johan disiplin cycle 5. Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Zon Alor Gajah 29 Sept 2021 Johan 6. My Walk My Ride peringkat Kebangsaan 15 Ogos – 30 Oktober penyertaan 7. Pertandingan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Peringkat Sekolah Jun - November Naib Johan Ketiga
26 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SK DATO’ NANING KALI KE-46 1. Harap pihak sekolah buat aduan kepada Jabatan Perhilitan sebab terdapat banyak monyet di pintu belakang. (Pn. Norziana Md. Kasim, 5 Kekwa) Jawapan : 2. Membincangkan masalah waktu rehat yang singkat. (Pn. MasDiana binti Ali, 5 Kekwa) Jawapan : 3. Bercerita setiap murid dalam kelas. Ini mendidik anak berani apabila berdepan yakin. (Bahasa Melayu) (En. Md Abu Bakar bin Ali Shah, 5 Kesidang) Jawapan : 4. Mengadakan tabung dana untuk sebarang aktiviti seni atau projek sains supaya pelajar tidak perlu menyediakan bahan setiap seorang. Guru akan menggunakan tersebut untuk membeli bahan yang diperlukan. (Pn. Nur Huzaimah Noh @ Seth, 5 Kesidang) (En. Ahmad Munawwar bin Ismail, 2 Kekwa) Jawapan : 5. Mohon mencantas pokok di laluan masuk sekolah. (Pn. Nurfaizah Ghazali, 2 Kekwa) Jawapan : 6. Menggunakan ‘gate’ kedua sebagai laluan keluar ibu bapa. (Pn. Rosidawati Ab Dollah, 3 Kenanga) Jawapan : 7. i.Memohon cikgu memaklumkan ibu bapa dalam group whatsapp jika murid diberi kerja sekolah. Contoh memberi gambar kerja sekolah yang ditulis di papan hitam. Ini kerana ada murid yang tidak dapat menulis sehingga siap. ii.Memaklumkan ibu bapa di dalam whatsapp @ murid jadual peperiksaan. (Pn. Arfah Rizan binti Abu Samah, 2 Kekwa) Jawapan :
27 8. i.Buku teks tinggalkan dekat sekolah sebab kesian tengok murid setiap hari naik tangga yang tinggi di sekolah. (En. Mohd Zulkarnain bin Hambali, 6 Kesidang) ii. Mewujudkan lokar simpanan buku teks bagi pelajar semua tahap. (En. Muhammad Aizat bin Abdullah, 5 Kenanga) Jawapan : 9. Banyakan aktiviti bersukan. (En. Hazarul Fikri bin SM Azmi, Pra Cemerlang) Jawapan : 10. i. Kebersihan tandas dibaik pulih (Blok A) (Pn. Amira Binti Dusuki, Pra Cemerlang) ii. Memperbaiki kemudahan di sekolah seperti kipas, lampu dan sebagainya. (Pn. Siti Hajjar Md. Isa, 6 Kekwa) 1. Kualiti tandas dipertingkatkan. 2. Saya mencadangkan kemudahan di dalam kelas diselenggara dengan baik. (Pn. Noor Annis Ayu binti Edris, 2 Kesidang) Jawapan : 11. i. Pemantauan yang lebih terhadap RMT, anak mengadu kadang-kadang masin sampai tak boleh makan. (En. Zaini Mohammad, 6 Kesidang) ii. Makcik kantin perlu jujur dalam meniaga. Contoh, tidak menipu pelajar tahap 1 dalam urusan duit baki. (En. Mohd Hidayat bin Mahadi, 2 Kekwa) iii. Kantin menjual makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan. (Pn. Jamiah binti Hamzah, 6 Kesidang) Jawapan :
28 12. i.Masalah mendapatkan tempahan T-Shirt sekolah masih lagi berlarutan. Walaubagaimanapun, syabas atas usaha membuat tempahan google form sebelum cuti bulan Februari yang lalu. Jika pembelian T-Shirt ini wajib saya cadangkan mungkin tiada masalah untuk tempah awal. ii.Saya cadangkan juga pihak kaunselor mewujudkan group untuk darjah 6 bagi memudahkan saluran info kemasukan ke Tingkatan 1 asrama bagi memberi lebih banyak peluang murid memohon. (Pn. Wan Suzlita binti Sulaiman, 6 Kesidang) Jawapan : 13. i.Menambahbaik keselamatan ketika waktu masuk dan balik terutama di dalam sekolah. (En. Muhammad Aizat bin Abdullah, 5 Kenanga) Jawapan: 14. i. Hari anugerah kecemerlangan diraikan bersama ibu bapa dan anak yang terlibat sebagai tanda sokongan kepada anak yang cemerlang. ii. Adakan lawatan untuk semua murid bersama ibu bapa. (En. Mohamad Hairy bin Ibrahim, 2 Kenanga) Jawapan : 15. i. Papan putih ii. Mohon kaji semula: - Pemulangan kertas ujian - Keperluan Whatsapp group untuk urusan tidak penting. (Puan Intan Safinar, 2 Kesidang) Jawapan:
29 PENGHARGAAN Perasmi YB Tuan Hj. Adly bin Zahari Timbalan Menteri Pertahanan Ahli Parlimen Alor Gajah Guru Besar dan Barisan Pentadbiran SK. Dato’ Naning Semua Ahli Jawatankuasa PIBG SK. Dato’ Naning Semua Warga Penyayang SK. Dato’ Naning Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK. Dato’ Naning Semua Murid SK. Dato’ Naning Semua Pihak Terlibat Dalam Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning Kali Ke – 46 Tahun 2023
30 Lampiran 1
31 Lampiran 2 UNIT KOKURIKULUM Bayaran Insentif kepada murid : PERINGKAT PENCAPAIAN INSENTIF Daerah Alor Gajah Johan RM 50.00 (Individu) RM 100.00 (Berpasukan) Naib Johan RM 40.00 (Individu) RM 90.00 (Berpasukan) Ketiga RM 30.00 (Individu) RM 80.00 (Berpasukan) Keempat RM 20.00 (Individu) RM 70.00 (Berpasukan) Kelima RM 10.00 (Individu) RM 60.00 (Berpasukan) Negeri Johan RM 100.00 (Individu) RM 200.00 (Berpasukan) Naib Johan RM 80.00 (Individu) RM 100.00 (Berpasukan) Ketiga RM 60.00 (Individu) RM 90.00 (Berpasukan) Keempat RM 40.00 (Individu) RM 80.00 (Berpasukan) Kelima RM 20.00 (Individu) RM 70.00 (Berpasukan) Kebangsaan Johan RM 150.00 (Individu) RM 300.00 (Berpasukan) Naib Johan RM 100.00 (Individu) RM 250.00 (Berpasukan) Ketiga RM 70.00 (Individu) RM 200.00 (Berpasukan) Keempat RM 50.00 (Individu) RM 150.00 (Berpasukan) Kelima RM 40.00 (Individu) RM 100.00 (Berpasukan) Kenaikan pengkat TKRS Lans Koperal RM 50.00 Koperal RM 100.00 Sarjan RM 150.00