KARNIVAL SUKAN 2024 LATIHAN MEMANDU JARAK JAUH KURSUS ASAS PEMANDU SIRI 95/24 & TRADE INSTRUCTOR COURSE SIRI 6/24 SEKOLAH SISTEM PENGANGKUTAN
TARIKH : 17 APRIL 2024 MASA : 0730H TEMPAT : PADANG PUSAT LATIHAN KEMAS PAKAIAN : PT KURSUS
MASA PERKARA LOKASI 0730H PESERTA KURSUS BERKUMPUL PADANG PUSAT LATIHAN KEMAS 0745H KETIBAAN JURULATIH 0750H KETIBAAN PW SSP 0755H KETIBAAN KSSP 0800H PERASMIAN GIMIK SUKANEKA 0810H AKTIVITI PEMANASAN BADAN 0820H ACARA DIMULAKAN: -MEMBAWA BOLA PING PONG MENGGUNAKAN SUDU -MENCARI GULA-GULA DALAM TEPUNG -MENGISI AIR DALAM BOTOL -MENIUP BELON -TARIK TALI 1130H REHAT 1145H UCAPAN DARI KSSP 1150H SESI BERGAMBAR 1200H MAJLIS DIJANGKA SELESAI TENTATIF PROGRAM
1.BAWA BOLA PING PONG MENGGUNAKAN SUDU a) Peserta 5 orang mewakili Jurulatih, TIC dan KAP. Syarat-Syarat : i. Permainan dimulakan apabila isyarat ‘MULA’ diberikan. ii. Peserta pertama dikehendaki membawa bola ping pong di dalam sudu dengan meletakkan sudu di mulut dari garisan permulaan ke garisan penamat. iii. Apabila sampai ke garisan penamat, peserta dikehendaki meletakkan bola ping pong kedalam baldi dan berlari ke garisan permulaan semula. iv. Giliran peserta kedua mengulangi seperti yang diterangkan sebentar tadi sehinggalah peserta terakhir. v. Kumpulan yang menghabisi permainan ini dikira sebagai pemenang. vi. Jika didapati menggunakan taktik penipuan seperti menggunakan tangan atau anggota badan yang lain selain daripada mulut pasukan tersebut akan tersingkir dari permainan ini dan dianggap batal. vii. Segala keputusan adalah muktamad.
2. MENCARI GULA-GULA DALAM TEPUNG a) Peserta 5 orang setiap Kumpulan mewakili Jurulatih, TIC dan KAP. Syarat-Syarat : i. Setiap pinggan mengandungi 20 biji gula-gula. ii. Peserta pertama dan seterusnya akan berlari kehadapan untuk meniup tepung dan mengambil gula-gula hanya menggunakan mulut. iii. Setelah mendapat gula-gula,peserta akan berlari semula ke garisan permulaan untuk meletakkan gula-gula tersebut di atas pinggan kumpulannya. iv. Kumpulan yang terpantas mengumpul kesemua gula-gula dikira sebagai pemenang. v. Jika didapati menggunakan taktik penipuan seperti menggunakan tangan atau anggota badan yang lain selain daripada mulut pasukan tersebut akan tersingkir dari permainan ini dan dianggap batal. vi. Segala keputusan adalah muktamad.
3. MENGISI AIR DIDALAM BOTOL a) Peserta 6 orang setiap Kumpulan mewakili Jurulatih, TIC dan KAP. Syarat-Syarat : i. Tugas pasukan adalah mengisi air didalam botol sebanyak mana yang boleh dalam masa yang diberikan selama 5 minit. ii. Dua orang dalam pasukan yang pertama akan mengisi air dengan menggunakan sudu, seterusnya diikuti dengan dua orang lagi menggunakan span dan akhir sekali menggunakan tangan. iii. Kumpulan yang paling banyak mengisi air di dalam botol akan dikira sebagai pemenang. iv. Jika didapati menggunakan taktik penipuan seperti menggunakan selain dari arahan yang disampaikan akan tersingkir dari permainan ini dan dianggap batal. v. Segala keputusan adalah muktamad.
4. MENIUP BELON SAMPAI PECAH a) Peserta 5 orang setiap Kumpulan mewakili Jurulatih, TIC dan KAP. Syarat-Syarat : i. Peserta pertama dikehendaki meniup belon dan memecahkan belon hanya menggunakan tangan Sahaja. ii. Selepas belon pecah peserta perlu berlari ke garisan penamat dan diikuti sehingga peserta terakhir. iii. Kumpulan yang mana habis dan sampai dahulu dikira sebagai pemenang. iv. Jika didapati menggunakan taktik penipuan seperti memecahkan belon menggunakan benda asing yang tajam seperti jarum akan menyebakan pasukan tersebut tersingkir dan dianggap batal. v. Segala keputusan adalah muktamad.
5. TARIK TALI Peserta 10 orang setiap Kumpulan mewakili Jurulatih, TIC dan KAP. Syarat-Syarat : i. Setiap pasukan sepuluh (10) orang namun hanya lapan (8) orang sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian dan dua (2) orang peserta akan menjadi simpanan. ii. Setiap pasukan hanya dibenarkan melantik seorang sahaja sebagai ketua pasukan. iii. Penggantian peserta simpanan dibenarkan selepas setiap satu kali tarik dilakukan. iv. Pertandingan akan bermula dengan arahan hanya dari pengadil seperti berikut: • Angkat tali. • Tegangkan tali. • Tiupan wisel yang pertama menandakan pertandingan bermula. • Dua kali tiupan wisel menandakan tarikan selesai. i. Tarikan akan dilakukan sebanyak tiga (3) kali. sekiranya kedua-dua pasukan seri selepas dua kali tarikan, lima (5) minit masa rehat akan diberikan dan tarikan yang ketiga dimulakan selepas pengadil menentukan undian dibuat melalui ’Toss Coin’. ii. Segala keputusan adalah muktamad.
SEKIAN, TERIMA KASIH