ALATAN TANGAN
PITA PENGUKUR
MOHAMAD AMIERUL
AZIEHAN BIN AHMAD
(D20182086649)
PENGENALAN & FUNGSI
Pita pengukur diperbuat daripada plastik dan keluli.
Fungsi pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang lebih panjang
dari pembaris keluli.
Panjang pita ukur yang biasa dapat dilihat antara 2.0 meter hingga 8.0
meter.
Unit yang digunakan adalah inci dan kaki dan juga sentimeter dan
meter.
Pengunci digunakan untuk mengunci pita.
Kelenturannya membolehkan pengukur jarak yang besar dibawa
dengan mudah dalam poket.
CARA PENGGUNAAN
1 Sediakan bahan seperti pita
pengukur , kayu dan pensil
2
Pita pengukur terbahagi kepada
dua unit iaitu imperial (inci dan
kaki) dan metrik (m dan cm)
3 Pita pengukur ditarik secara tegak
dan lurus
CARA PENGGUNAAN
Ianya haruslah diukur bersama-
4 sama dengan bahan yang hendak
digunakan seperti kayu.
Kayu hendaklah ditanda
5 menggunakan pen atau pensil bagi
aktiviti permotongan atau lain-lain.
CARA PENGGUNAAN
Kayu yang telah diukur dan
6 ditanda menggunakan pensil bagi
aktiviti permotongan.
FAKTOR KESELAMATAN
SEMASA MENGGUNAKAN PITA
PENGUKUR
Memastikan pita pengukur berada dalam
perumahnya selepas selesai menggunakannya.
Pita pengukur hendaklah digulung dan disimpan
di tempat yang kering.
Jangan membiarkan ianya terkeluar tanpa
digulung kerana boleh mendatangkan bahaya
seperti tersepak, terlilit dan lain-lain lagi.
Bahagian pita pengukur yang nipis memudahkan
pengguna tercedera apabila menggunakannya.
CARA PENYIMPANAN
PITA PENGUKUR
Kebiasaannya pita pengukur akan disimpan di dalam
kotak perkakasan atau rak peralatan bengkel bagi
memudahkan aktiviti mengambil dan menyimpan
peralatan.
Pita pengukur yang telah digunakan haruslah disimpan
di tempat yang khas dan selamat.
Pita pengukur haruslah disimpan di tempat yang
kering kerana pita diperbuat daripada bahan yang
mudah berkarat.
Pita pengukur haruslah digantung dan elekkan
daripada jatuh di tempat yang tinggi.
ALATAN MESIN
GERGAJI BULAT
MOHAMAD AMIERUL
AZIEHAN BIN AHMAD
PENGENALAN
Gergaji bulat adalah gergaji berkuasa menggunakan
cakera atau bilah yang bergigi atau kasar.
Gergaji bulat diciptakan pada abad ke-18 dan biasa
digunakan di kilang papan Amerika Syarikat pada
pertengahan abad ke-19.
Gergaji bulat adalah alat untuk memotong banyak bahan
seperti kayu, batu, plastik, atau logam dan boleh
digenggam atau dipasang ke mesin.
Bilah gergaji bulat direka khas untuk setiap bahan
tertentu yang ingin mereka potong dan kayu pemotong
dirancang khusus untuk membuat pemotongan.
Gergaji bulat biasanya digerakkan oleh elektrik.
FUNGSI
Gergaji bulat digunakan untuk memotong kayu
secara lurus dan panjang.
Boleh memotong pelbagai sudut.
Mudah digunakan di ruang kecil.
Boleh memotong kayu yang berketebalan 4cm
hingga 14cm.
CARA PENGGUNAAN
Ukur dan tandakan bahan kerja
1 yang hendak dipotong. Gunakan
sesiku L, pembaris, pensil untuk
membuat garis lurus di tempat
yang ingin dipotong.
Garisan ini berfungsi sebagai alat
3 bantu visual untuk membantu dan
mengarahkan mata ketika kerja
memotong.
CARA PENGGUNAAN
Laraskan bilah untuk mengukur
3 kedalaman bagi kerja
pemotongan.
Laraskan bilah gergaji tersebut
mengikut ketebalan kayu yang
mahu dipotong.
Laraskan penetap skala untuk
menentukan mata bilah gergaji
sebelum kerja pemotongan. Tetapkan
4 pada sudut yang hendak dipotong
pada sudut yang disediakan dan
ketatkan semula penetap sudut
supaya sudut tidak berubah semasa
kerja pemotongan.
CARA PENGGUNAAN
Letakkan garis penanda pada plat
5 bawah mesin diatas garis yang hendak
dipotong. Garis penanda pada plat
bawah mesin digunakan sebagai
penanda supaya hasil potongan yang
dihasilkan lurus dan kemas.
6 Pastikan suis elektrik dibuka terlebih
dahulu sebelum melakukan kerja
pemotongan.
CARA PENGGUNAAN
Aktifkan bilah dengan menekan suis
7 pada pemegang. Bilah akan mula
berputar dan perlu menunggu bilah
sehingga ia mencapai kelajuan penuh
untuk memotong.
Tolak mesin dengan perlahan dan
8 lancar di sepanjang permukaan
bahan. Elakkan memaksa mesin dan
menggunakan kelajuan yang
bersusuai.
CARA PENGGUNAAN
9 Setelah selesai memotong, lepaskan
suis dan tunggu sehingga bilah gergaji
berhenti sepenuhnya.
Cabut dan pastikan suis pembekal
10 elektrik ditutup selepas siap
menggunakan mesin.
HASIL KERJA PEMOTONGAN
SEBELUM SELEPAS
FAKTOR KESELAMATAN
SEMASA MENGGUNAKAN
GERGAJI BULAT
Memakai Personal Protection
Equipment (PPE) untuk menjaga
keselamatan diri semasa bekerja.
Memakai sarung tangan.
Memakai kacamata keselamatan
untuk melindungi mata.
Memakai penutup telinga.
CARA PENYIMPANAN
GERGAJI BULAT
Gergaji bulat haruslah
diletakkan ditempat yang
selamat.
Elakkan menyimpan di tempat
yang lembap supaya tidak
merosakkan komponen pada
mesin tersebut.
!GAME TIME!
Q&A
Klik link di bawah:-
https://quizizz.com/admin/quiz/61a5cacbe07e7c001e01a993
RUJUKAN
1. Modul 2.0 Alatan Tangan dan Mesin Mudah Alih https://anyflip.com/aihq/tchf/
2. Practyl Cordless Screwdriver yang praktikal dan ringan. Diperolehi daripada:-
https://www.google.com/amp/s/akubiomed.com/practyl-cordless-screwdriver/
3. Pahat: pengertian, cara menggunakan, jenis dan cara kerjanya. Diperolehi daripada:-
https://www.pengelasan.net/pahat/
4. 1.Modul Alatan Tangan dan Mesin Mudah Alih https://fliphtml5.com/gcjwo/bgrq/basic/51-73