Program
Ihya’
Ramadhan
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN TASIK
Doa Menyambut Bulan
RAMADHAN
Al-Mubarak
“ Ya Allah berilah keselamatan kepadaku untuk
(menghadapi) Ramadhan. Berilah kesejahteraan
Ramadhan untukku dan terimalah ibadah
Ramadhan dariku.”
Program Ihya’ Ramadhan
Peringkat Sekolah Tahun 2022
PENGENALAN PROGRAM
Bulan Ramadhan datangnya dinanti, perginya ditangisi. Merupakan bulan yang
istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan.
Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan
berpuasa berbeza dengan bulan lain.
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat
untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang
dan dilaksanakan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar
ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Sebagai tanda
syukur dan gembira menyambut Ramadhan al-Mubarak, setiap individu muslim
hendaklah meraikannya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang diredhai
Allah.
OBJEKTIF PROGRAM
❑ Melahirkan warga SMKTT memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya
di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
❑ Mendedahkan kepada murid-murid tentang kelebihan bulan
Ramadhan serta menggalakkan mereka melakukannya dengan
mengikut ajaran Islam.
❑ Menyemai dan mendedahkan kepada murid-murid tentang
kepentingan dan kelebihan melakukan amalan sunat dan
kebaikan di bulan Ramadhan.
❑ Mewujudkan budaya cintakan ilmu dan amalan sunnah
Rasulullah SAW kepada warga sekolah.
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Tn Mohamad Zulkifli Bin Ahmad Kharman Shah
Naib Pengerusi (Pengetua)
GKMP Kemanusiaan : Tn Hj Mahmad Zulhasnan Bin Abdul Rahim
Ketua Panitia (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Ketua
Setiausaha : Pn Rohasni Binti Yahya
Bendahari (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: Pn Noorafidah Binti Ariffin
(Penolong Kanan Kokurikulum)
: En Mohd Zafnida Hasrani Bin Ahmad
: Pn Azizah Binti Hj Mohd Rasol
: Pn Nor Azhana Binti Abdul Rashid
: Cik Nurul Hasni Binti Nik Sekiasory
: Pn Radadatul Adawiiyah Binti Ahmad Naim
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Penyelaras Program : Pn Roslinda Binti Ali
Ihya’ Ramadhan
: En Syahmi Bin Saufi
Pelancaran Ihya’
Ramadhan : En Rosli Bin Abdul Rahman
: Pn Amalina Binti Khalid
Majlis Khatam Al- : Pn Rabiatul Adawiah Binti Abdul Rahim
Quran
AJK
Person Incharge Program
Tadarus Perkasa Iqra’ Kuiz Nuzul Al-Quran
Pn. Roslinda Pn. Rabiatul Pn. Azhana
Cik. Hasni
Tabung Semai 1 hari 1 hadis Khatam Al-Quran Risalah Poster
Benih Akhirat
En. Syahmi En. Rosli Pn. Amalina
Pn. Azizah 28/4/2022
Pn. Radadatul
Calendar
April Sat Sun
Mon Tue Wed Thu Fri
123 Bermulanya Program
4 5 6 7 8 9 10 Berakhirnya Program
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30
TADARUS 1 HARI 1 HADIS
KUIZ NUZUL TABUNG SEMAI
AL-QURAN BENIH AKHIRAT
KHATAM REKACIPTA
AL-QURAN RISALAH POSTER
PERKASA IQRA' Program
Ihya’ Ramadhan
01
Tadarus
Memperelokkan bacaan Al-Quran
warga SMKTT. Ianya terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Tadarus
Guru/Staff dan Pelajar. Sasaran
pelajar pada tahap cemerlang dan
sederhana.
02
Perkasa Iqra’
Satu usaha untuk membantu pelajar
membaca Al-Quran dengan melalui
pemerkasaan asas pembacaan Al-
Quran. Sasaran pelajar yang tidak
boleh membaca Al-Quran dari
tingkatan 3-5.
03
Kuiz Nuzul Al-Quran
Menguji tahap kefahaman pelajar
berkenaan peristiwa Nuzul Al-Quran.
Sasaran pelajar Islam tingkatan 1 & 2.
Pelajar dikehendaki mendengar
youtube link yang akan diberikan oleh
GPI petang kepada setiap kelas dan
pelajar akan menjawab kuiz
berdasarkan youtube tersebut.
04
Tabung Semai
Benih Akhirat
Untuk memupuk sifat dermawan
warga SMKTT. Tabung ini
dilaksanakan pada setiap hari
dengan wakil setiap kelas akan
menjalankan tabung pada
waktu rehat dan akan serahkan
pada guru Pendidikan islam.
05
1 Hari 1 Hadis
Setiap hari satu hadis akan
disebarkan dalam group
whatsapp pelajar Pendidikan
Islam.
06
Khatam Al-Quran
Kemuncak bagi program
Ihya’ Ramadhan SMK
Taman Tasik. Meraikan
peserta tadarus dan Iqra’
serta agihan hadiah bagi
acara-acara lain.
07
Rekacipta Risalah
Poster Ramadhan
Pertandingan merekacipta
risalah poster yang
kandungannya adalah
berkenaan dengan Ramadhan.
Terbuka kepada pelajar sesi
pagi.
YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI,
DOSA IBU BAPA KAMI, KELUARGA KAMI,
GURU-GURU, RAKAN,RAKAN, JIRAN-
JIRAN DAN ANAK DIDIK KAMI.
YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI
DARIPADA UJIAN, KESUSAHAN,
KESEDIHAN, KESEMPITAN HIDUP,
MUSIBAH, BAHAYA DAN PENYAKIT
BERJANGKIT SEPERTI COVID-19.
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN TASIK, AMPANG