The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PALS 1012. NURUL HIDAYAH BINTI KAMAL.E-ALS 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 844-3-hidayah, 2022-05-08 09:32:42

PALS 1012. NURUL HIDAYAH BINTI KAMAL.E-ALS 2

PALS 1012. NURUL HIDAYAH BINTI KAMAL.E-ALS 2

Pengurusan sisa pepejal merupakan salah satu sistem mengurangkan degradasi dan
meningkatkan kualiti persekitaran dengan sumber boleh baharu serta selamat untuk alam
sekitar. Pengurusan bagi sector pengurusan sisa sangat penting. Hal ini kerana dengan
pengurusan ini akan dapat memastikan pembuangan sisa di alam pada tahap minimum.
Antara inisiatif yang telah dilakukan bagi menjadikan sisa buangan sesuatu benda baru
adalah seperti baja kompos atau konsep 3R seperti reduce, reuse dan recycle. Sisa pepejal
ini boleh ditakrifkan sebagai segala bahan lebihan yang dibuang dan dilupuskan disebabkan
rosak, pecah, tercemar dan sebagainya dalam istilah lain bahan yang tidak dikehendaki lagi.
Menurut Haslinda Mohd Anuar dan Harlida Abdul Wahab (2015) sisa pepehal adalah bahan
buangan bukan berunsur cecair atau gas. Penjanaan sisa pepejal adalah seperti sisa pepejal
isi rumah, sisa awam, sisa import, sisa khas, sisa komersial, sisa pembinaan dan seterusnya
sisa institusi. Pembuangan sisa pepejal ini perlu diberikan penekanan dan penelitian kerana
jika ianya dibiarkan dibuang dengan keadaan yang tidak teratur boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran. Jadi pengurusan sisa pepejal ini akan dapat membantu dalam ingin
mengekalkan kelestarian alam.

Bagi sisa pepejal isi rumah dilihat dibawah adalah sisa yang dikeluarkan daripada
sesuatu isi rumah ianya adalah keluaran daripada pengguna rumah kediaman. Sebagai
contoh sisa isi rumah adalah sisa makanan, plastic, sisa taman, tin aluminium dan
sebagainya. Hal ini jika tidak dibuang secara terancang akan menyebabkan lebihan sisa
pepejal di Kawasan perumahan. Jadi inisiatif bagi barangan yang dikatogerikan sebagai
barangan kitar semula boleh dijadikan kitar semula. Penggunaan produk 3R iaitu reduce,
reuse dan recycle boleh dilakukan menjadikan barangan sisa kepada barangan baru atau
guna semula yang mendatangkan manfaat semula (Muhammad addib Che Hasnan. 2020).

Bagi sisa pepejal awam pula adalah sisa yang wujud daripada tempat awam dan ianya
merupakan kawalan daripada pihak berkuasa tempatan Muhammad addib Che Hasnan.
(2020). Sebagai contoh sisa pepejal awam seperti sampah jalan, sampah sisa landskap,
sampah taman permainan, taman rekreasi dan sebagainya. Sisa pepejal import dibawah
adalah sisa pepejal yang wujud disebabkan negara lain yang diimport ke Malaysia bagi tujuan
dilupuskan atau diproses. Sebagai contoh kertas, karbon dan sebagainya. Bahan-bahan ini
akan diimport dan diambil oleh industri pembuatan menjadi bahan mentah dan seterusnya
ianya akan dikitar semula seperti di bawah. Sisa pepejal khas pula adalah sejenis sisa pepejal
yang terkawal. Hal ini kerana sisa pepejal ini dikira berbahaya untuk kesihatan awam ataupun
ianya sukar untuk dilupuskan. Sisa-sisa seperti ini mudah dijumpai di premis perindustrian.

Sisa pepejal institusi pula adalah sisa pepejal yang dikeluarkan oleh premis yang
diluluskan dibawah undang-undang bertulis ataupun daripada kelulusan pihak berkuasa
sesebuah negeri. Seperti premis jabatan kerajaan persekutuan atau negeri, premis
pendidikam, hospital,klinik, zoo awam, perpustakaan awam dan sebagainya. Sisa ini adalah
keluaran daripada aktiviti harian premis dan ianya memerlukan cara pelupusan yang
berasingan sebagai contoh sisa daripada hospital. Sisa pepejal komisel pula adalah keluaran
sisa daripada aktiviti komersial. Sebagai contoh kertas, sisa makanan, plastic dan sebagainya
yang dikecualikan daripada sisa pepejal khas. Sisa komersial ini kebiasaanya didapati di
restoran, pasaraya, hotel dan sebagainya. Muhammad addib Che Hasnan. (2020) Sisa
pepejal pembinaan pula adalah keluaran yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan seperti
aktiviti kerja pembinaan dan pembaikan binaan. Kebiasaanya sisa ini didapati di tempah
perobohan bagunan dan tempat-tempat pengubahsuaian bagunan atau lebih dikenali sebagai
sisa buangan pembinaan. Sisa pepejal perindustrian pula adalah sisa pepejal yang

dikeluarkan daripada perindustrian. Sisa ini adalah hasil daripada kerja pengilangan sebagai
contoh seperti industri pembuatan makanan, industri berat, industri ringan dan sebagainya.
Jika mendapat pemilik yang tidak bertanggungjawab mereka akan membuangnya di dalam
saliran air sungai yang akan menyebabkan penambahan pencemaran alam sekitar. Jadi
inisiatif perlu dipertimbangkan bagi memastikan pencemaran alam pada tahap yang minimum.

Seterusnya bagi cara pengurusan sisa pepejal yang dapat mengekalkan kelestrian
dan meminimumkan pencemaran adalah dengan pengurangan atau reduce. Pengurangan
disini dimaksudnya dengan semasa proses pembuatan meminimumkan pengeluaran sisa
semasa proses membuatu sesuatu produk (Environmental Protection Agency, 2007) dalam
(Hasnah Ali et.al, 2012). Dalam memilih bahan juga perlu diteliti supaya hanya memilih bahan
yang diperlukan sahaja. Sebagai contoh kaedah membaiki barangan yang rosak elak membeli
baru, mengelakkan penggunaan barangan pakai buang terlalu banyak sebagai contoh lampin
bayi digantikan dengan kain bayi yang boleh dibasuh dan sebagainya.

Selepas itu, cara lain adalah guna semula atau reuse. Dalam cara ini bahan yang ingin
dibuang atau dilupuskan boleh diguna semula dengan menjadikan ia barangan terpakai.
Barangan yang biasanya dibuang dan diguna semula seperti botol kaca, tin, perabot dan
sebagainya (Hasnah Ali et.al, 2012). Penggunaan semula seperti bekas plastic atau bekas
makanan digunakan semula secara berulang-kali. Sebagai contoh botol plastic yang tidak
digunakan boleh dijadikan perhiasan seperti pasu untuk dibuat penanaman. Dengan cara ini

satu penjimatan boleh dilakukan kerana tidak perlu membeli perhiasan baru dan hanya
menggunakan barangan terpakai yang diubah menjadi lebih menarik.

Selanjutnya, cara seterusnya adalah kitar semula. Cara ini menjadikan bahan
buangan menjadi barangan boleh guna. Sebagai contoh bahan buangan seperti botol plastic,
surat khabar, besi dan sebagainya (Hasnah Ali et.al, 2012). Cara ini lebih dikenali oleh
masyarakat dengan panggilan 3R iaitu Reduce, Reuse, recycle. Penggunaan tong sampah
yang dilabel mengikut kategori pengasingan sisa pepejal. Sebagai contoh seperti tong
berwarna jingga untuk plastic, biru untuk kertas dan coklat untuk kaca. Aplikasi inisiatif ini
akan dapat membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal secara tidak
terancang. Jadi inisiatif ini akan dapat digunakan dan diaplikasikan oleh semua golongan
masyarakat kerana ianya mudah dan selamat untuk melestarikan alam sekitar.

Tambahan lagi, cara pengurusan sisa pepejal seterusnya adalah rawatan
perantaraan. Rawatan perantaraan adalah khusus untuk baki bahan sisa pepejal yang tidak
boleh dikitar semula. Bahan sisa pepejal ini akan dihantar ke pusat rawatan. Seterusnya akan
berlakunya proses pengurangan isi padu sisa bahan dan juga proses mampatan sisa
Muhammad addib Cheh Hasnan (2020). Di Malaysia terkenal dengan rawtan perantaraan
seperti penkomposan dan juga incinerator.

Di samping itu, cara pengurusan adalah pelupusan. Pelupusan dibawah merupakan
kaedah terakhir kepada pengurusan sisa dimana ianya akan memusnahkan sisa pepejal yang
telah dan belum diproses. Muhammad addib Cheh Hasnan (2020) Kebisaannya tapak
pelupusan ini biasanya kawasan tinggi, rendah atau Kawasan yang jauh dari penempatan. Ini
kerana sistem pengurusan sisa ini akan mengeluarkan bau yang tidak digemari oleh
penduduk. Hal ini akan menyebabkan masalah pencemaran bau serta udara di Kawasan
sekitar. kesannya akan menyebabkan akan berlakunya masalah kesihatan kepada penduduk
di sekitar. Jadi pelupusan ini perlulah dijalankan dikawasan yang kurang sistematik dan jauh
daripada penduduk masyarakat. Jika tidak akan mengalami banyak masalah yang akan timbul
seperti penyakit berjangkit, kemarahan penduduk setempat, pengeluaran bau, tempat
penbiakan haiwan seperti lalat dan sebagainya.

Menurut Mohd Suffian Yusof (2018) dalam Hashimah Mohd Yusof (2018) inisiatif yang
dilakukan bagi menguruskan sisa pepejal supaya dapat mengurangkan degradasi serta
menambah kualiti persekitaran yang selamat dan bersih adalah dengan teknologi rawatan
biologi aerobic dan anaerobic contoh dibawah. Melalui teknologi produk ini sisa pepejal seperti
sisa organic akan diubah menjadi baja organik. Sekaligus akan membantu tanah menjadi

stabil. Hal ini kerana sisa organic yang ditukar kepada baja organic akan dapat membantu
dalam meminimumkan GHG yang dilepaskan, meningkatkan nutrien tanah dan menambah
sifat fizikal tanah. Teknologi rawatan anaerobik dan aerobik pula Hassimi Abu Hasan (2020)
menyatakan bahawa proses rawatan ini akan menghasilkan bio-pepejal yang akan menjadi
baja, peratus keberkesanan adalah 21 % jika dibanding dengan baja mineral. Jadi ianya dilihat
sangat membantu dalam memberikan dan menjamin kelestarian alam sekitar dan dilihat
mendatangkan semula pulangan kepada masyarakat. Hal ini kerana hasil daripada sisa
pepejal boleh digunakan menjadi baja yang seterusnya menyuburkan tanah dan menjadikan
penanaman lebih subur dan dijamin keselamatan kerana bebas daripada bahan kimia. Ia juga
dilihat menjimatkan tenaga dan mengikuti konsep sifar pelepasan. Jadi kedua-dua produk
teknologi rawatan biologi aerobic dan anaerobic ini mampu memastikan pelepasan sumber
sisa pepejal terhadap alam sekitar pada tahap yang minimum dan dijamin akan mengelakkan
daripada pencemaran terhadap alam sekitar. Ia juga akan menyumbang kebaikan semula
kepada pengguna dan alam sekitar.

Teknologi pencernaan anaerobic dibawah bagi penjanaan biogas khususnya metana
yang merupakan salah satu sisa organic yang dilakukan dengan proses penguraian tanpa
menggunakan oksigen merupakan antara inisiatif tenaga hijau dalam ingin menjadikan sisa
organic menjadi tenaga boleh guna. Bagi teknologi anaerobic ini kegunaan lain adalah hasil
daripada gas metana yang dihasilkan daripada teknologi ini boleh digunakan bagi kegunaan
dapur dan menjana kuasa elektrik Hassimi Abu Hasan (2020). Antara sisa-sisa pepejal yang
boleh dimasukkan dalam teknologi ini melalui loji reactor adalah seperti sisa kumbahan, sisa
haiwan, sisa pertanian dan sisa makanan. Jadi dengan teknologi ini selain menjadi baja

organic boleh juga menjadi punca penjana kuasa tenaga elekterik. Daripada pencernaan
anaerobic ini akan dapat mendatangkan banyak kebaikan iaitu meminimumkan pencemaran
alam kerana tidak akan berlakunya pengaliran sisa kumbahan ke sungai atau Kawasan
perumahan yang sekaligus akan mendatangkan keburukan kepada alam sekeliling, penduduk
sekeliling dan bumi.

Selain itu, produk teknologi hijau yang dapat menangani isu semasa global terhadap
alam sekitar adalah underground waste collection system seperti gambar dibawah. Sistem ini
adalah satu sistem berteknologi tinggi dimana ia dijalankan di bawah tanah. Kesan tentunya
tidak akan mengalami masalah lambakan sisa di tong sampah yang sekaligus akan
mendatangkan masalah pencemaran bau. Produk ini diinovasikan dan dilihat proses
pembuangan sisa lebih bersih dan pembungan sisa pepejal lebih tersembunyi. Proses juga
banyak mendatangkan kebaikan kerana ianya dilihat mengurangkan kos operasi,ia juga
fleksibel kerana mudah menerima perubahan selepas daripada pemasangan. (Ansreas
Benardos dan Dimitris Kliampokas, 2013). Ia juga ada keburukan dimana memerlukan
pelaburan yang tinggi, sukar mengumpul sisa kaca dan sebagainya. Sistem ini perlu diberikan
penelitian dan penambahbaikan. Sistem ini telah banyak meminimumkan pencemaran alam
seperti pencemaran bau, pencemaran air dan dilihat pencemaran udara. Hal ini kerana sistem
ini dilihat melepaskan gas karbon di tahap yang minimum. Jadi tidak akan berlaku masalah
penipisan lapisan ozon akibat gas karbon berlebihan. Sistem underground waste collection
system ini beroperasi dengan sisa pepejal dari setiap bagunan akan disalurkan ke pusat
pengendalian sisa (CWHF).

Seterusnya, produk teknologi hijau seperti pengkomposan. Pengkomposan adalah
sejenis proses dalam ingin mengurai sisa organic. Sisa organic disini seperti sisa taman, sisa
pertanian, sisa makanan dan sisa dapur. Hasil produk sisa pengkomposan boleh dijadikan
baja untuk penanaman kawasan pertanian kerana ia mampu untuk membekalkan nutrient
yang berkhasiat untuk tanah. Dilihat pengkomposan ini tidak akan memberikan kesan buruk
rerhadap tanah malam ianya adalah mesra alam dan bersih. Ianya juga mengandungi 20%
unsur seperti fosforus, kalium dan nitrogen yang semestinya akan dapat membantu untuk
penanaman tanaman (Ciba et.al, 2003). Didalam pengkomposan akan berlakunya proses
pengolahan pada sisa pepejal yang terjadi dari tindakan mikroorganisma dan bakteria. Kajian
yang telah dibuat oleh Nor Habsah Md Sabiani. Et al (2006) menujukkan hasil daripada sisa
pepejal seperti sisa tanaman 60 % dan sisa kumbahan seperti najis lembu 40% akan dapat
menghasilkan baja kompos yang mempunyai nutrient seperti kalium, sulfat dan fostat yang
tinggi. Jadi ianya akan dapat membantu dalam menyuburkan penanaman dan tanah. Tindak
balas kompos ini terhadap akan dapat membantu dalam menambah jumlah humus dalam
tanah serta membaiki struktur tanah, menambah kandungan tanah dan seterusnya akan
dapat menahan air dan memudahkan pengudaraan tanah. Dilihat bahawa kompos
diperluaskan untuk kegunaan kuari, nurseri, kawalan hakisan serta tapak perlupusan.
Daripada kajian ini juga menunjukkan kompos dapat menghasilkan satu produk yang
berkualiti dan berguna kepada pengguna dan alam sekitar.

Selanjutnya, teknologi hijau seterusnya adalah incinerator. Incinerator dibawah
merupakan salah satu kaedah yang berjaya untuk meminimumkan sisa di tapak perlupusan.
Ia juga merupakan kaedah yang paling berkesan dilihat sebanyak 90 % untuk melestarikan
alam dan mengurangkan pencemaran alam. Walaubagaimanapun incinerator ini perlu diberi
tempat atau Kawasan yang dikhususkan dan direka bagi melupuskan hasil pembakaran
dengan ini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam. Tenaga kerja
juga perlu diberi penelitian kerana jika tidak menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran
dan pakar akan bagi menyenggarakan peralatan kilang incinerator ditakuti akan
menyebabkan berlaku pencemaran (Muhammad addib Cheh Hasnan 2020). Menurut Ahmad
Suhael Adnan (2021) incinerator melupuskan sisa pepejal tanpa mengambil Kawasan yang
besar berbanding dengan tapak pelupusan. Ianya juga meminimumkan masalah bau serta
isu air larut lesap. Jadi ianya dilihhat menjimatkan Kawasan kerana tidak memerlukan
Kawasan yang terlalu besar. Di Malaysia incinerator atau (WTE) Waste to Energy perlu diteliti
supaya ianya tidak mencemarkan alam dari segi pelepasan gas dan bahan kimia termasuklah
cecair larut resap. Oleh sebab itu, rekaan teknologi baharu telah menambahbaik incinerator

di Malaysia dengan merevolusi kaedah lupusan sampah. Muhd noor (2021) dalam Ahmad
Suhael Adnan (2021). Penambahbaik yang dibuat seperti mewujudkan sistem kemasukan
udara, kebuk pembakaran dipanjangkan, penunu tambahan diletakkan menggunkan diesel
dan sebagainya. Jadi penambahan ini sekaligus dapat memastikan pencemaran alam dalam
tahap minimum sekiranya menggunkan incinerator sebagai jalan bagi pengurusan sisa
pepejal. Keberkesanan teknologi hijau ini mampu untuk melupuskan segala sisa yang tidak
dapat dilupuskan oleh teknologi lain.

Kesimpulannya dilihat banyak sistem produk teknologi hijau yang menjadikan bahan
sisa-sisa pepejal ini menjadi seperti baja kombos yang akan dapat mendatangkan semula
manfaat kepada pengguna. Daripada keseluruhan produk dilihat akan membantu dalam ingin
meminimumkan dan mengelakkan daripada berlakunya pencemaran terhadap alam dan
meningkatkan kelestarian alam. Selain daripada itu banyak juga teknologi yang telah dicipta
dan diberikan penambahbaikkan dalam ingin menjadikan pengurusan sisa pepejal tersebut
meminimumkan pencemaran alam. Oleh itu inisiatif teknologi hijau ini perlu diteruskan agar
dapat menjaga dan memelihara alam supaya tidak tercemar dan dapat dipelihara untuk
generasi yang akan datang. Jika tidak generasi akan datang hanyalah memperoleh
pencemaran alam dan bukannya keindahan yang nyaman dan penuh dengan kehijauan alam
semula jadi.

Rujukan

Ahmad Suhael Adnan. (2021). Teknologi baharu loji insinerator lupus sampah secara

sempurna. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/797007/teknologi-baharu-loji-

insinerator-lupus-sampah-secara-sempurna

Andreas Benardos (2013). Underground Solutions for Urban Waste Management: Status
and Perspectives.
https://www.researchgate.net/publication/318503365_Underground_Solutions_for_Ur
ban_Waste_Management_Status_and_Perspectives

Ciba,J., Zolotajkin,M., Kluczka, J., Loska, K., Cebula, J. (2003) Comparison of methods for
leaching heavy metals from composts. Waste Management 23,897-905

Haslinda Mohd Anuar, Harlida Abdul Wahab. (2015). Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam:
Pengurusan dan Perundangan. Solid Waste Solution Journal; Vol. 1.
https://www.researchgate.net/profile/Haslinda-Mohd
Anuar/publication/319090214_Sisa_Pepejal_dan_Pembersihan_Awam_Pengurusan_
dan_Perundangan/links/5dd372faa6fdcc7e138d3460/Sisa-Pepejal-dan-Pembersihan-
Awam-Pengurusan-dan-Perundangan.pdf

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob. (2012).
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi
rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space
8 issue 5 (64 - 75). https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/39073508/artikel6-with-cover-
page-
v2.pdf?Expires=1651917546&Signature=dVlky7tCqpvR1XENcnDnVPxm6SGUn0Yj-
UMlA4Oqe3oFuo931sanasMfhPZpk9yLHOMGNRKdL2kE5YUJdBHp9ozB16-
NxosiXAgl9D6eBThHLALFynDHJ5JxEYJqPH8JssEZiGvQNKjCbidedXisd026piuBxJw
GNtIbVzOuJjQNm6jOoGE2dcAeRpuRqfEVlf2sx3MfIRPFFNpBxtUkSl656lbE4jgxE~KF
bvKo281Xe-qdVB4hU-1CNQWSdrd6G7BG8KjvrG3~ABTisX--

trVaW0clpCGZOpfinSmdndM4YEgOaUsdCjGSCYgc-TtN0qgn7wSZI4-
aXvOTtxdTEw__&Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA

Hashimah Mohd Yunus. (2018). Modul Teknologi Hijau Kimia. Cetree.
https://cetree.usm.my/images/videos/TOT_KIMIA/MODUL_GURU_DAN_MURID/KIMI
A_GURU130218_-_CETAKAN_KETIGA.pdf

Hassimi Abu Hassan (2020). Ekonomi kitaran urus air sisa perlu dipergiatkan. Berita harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/726694/ekonomi-kitaran-urus-
air-sisa-perlu-dipergiatkan

Muhammad addib Che Hasnan. (2020). Bab 3 rawatan sisa pepejal.
https://anyflip.com/xmiy/mrtk/basic

Nor Hadsah Md Sabiani, Faridah A.H. Assari. (2006). Laporan Akhir Projek Penyelidikan

Jangka PendekKajian Perbandingan Kualiti Kompos Daripada Sisa Taman

Menggunakan pelbagai Kaedah Pengkomposan.

https://core.ac.uk/download/11933949.pdf


Click to View FlipBook Version