The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahaziz1612, 2021-04-06 00:14:10

buku skrap alesya-

tokoh Dato Onn bin Jaafar

Nur Aleesya Binti Aznan
5 Unggul

[email protected]

SK Banang Jaya
KM. 8, Jalan Tanjung Laboh
83000 Batu Pahat
Johor

PENGENALAN

Dato Onn bin Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947 tetapi beliau meletakkan jawatan tiga tahun
kemudian untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Oleh kerana bapa beliau merupakan Menteri Besar Johor semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, beliau
merupakan anak angkat kepada Sultan Johor dan dipelihara sejak berusia enam tahun.

Banyak jasa dan sumbangan beliau menyebabkan beliau amat sesuai dijadikan tokoh pada pandangan
mata saya. Beliau bukan sahaja seorang pejuang, malah beliau juga pendukung keamanan yang berpegang pada
pendirian politiknya yang tersendiri.

BIODATA

• Nama : Dato’Onn Jaafar Bin Dato Jaafar Bin Haji Mohamed.
• Tarikh lahir : 12 Februari 1895
• Tempat lahir : Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor.
• Pasangan : Halimah binti Hussein
• Berkahwin :1919 - 1962
• Bapa : Dato’ Jaafar Haji Mohamed ( Mantan Menteri Besar Johor pertama )
• Ibu : Hanim Rogayah ( seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki )
• Anak : 8 orang termasuk Allahyarham Tun Hussein Onn (Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3)
• Cucu : antarnya ialah Dato’ Hishamuddin Tun Hussein
• Meninggal dunia : 19 Januari 1962 semasa berumur 66 tahun. Beliau telah meninggal di Johor Bahru.

PENDIDIKAN

• Beliau telah mendapat pendidikan Melayu awal sebelum melanjutkan pelajaran. Dato’ Onn telah belajar
bahasa Inggeris melalui wanita yang mengasuhnya ketika kecil.

• Pada tahun 1903, Dato Onn telah melanjutkan pelajaran ke England bersama sama 3 orang putera Sultan
Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Ahmad, dan Tunku Abu Bakar.

• Mereka berempat melanjutkan pelajaran di Aldesburgh Lodge School, Suffolk, England.
• Sekembalinya ke tanah air, Dato Onn Jaafar melanjutkan pula pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar

pada tahun 1910-1911.

ANTARA JAWATAN/PEKERJAAN YANG PERNAH DISANDANG

TAHUN JAWATAN
menyertai Pasukan Tentera Johor ( JMF ) jawatan tertinggi beliau adalah Lefternan.
1917

1930 bekerja sebagai wartawan semasa berumur 35 tahun.

1 Januari 1930 hingga 1933 pengarang Warta Malaya.

1934 pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
1947 Menteri Besar Johor ( 1 Jun 1947 sehingga 1 Mei 1950 )

Dato’ Onn Jaafar adalah merupakan anak angkat kepada Sultan Ibrahim suatu ketika dahulu. Beliau telah dipelihara
oleh sultan sejak kecil lagi. Ini adalah disebabkan bapa beliau iaitu Dato Jaafar Haji Mohamed merupakan Menteri

Besar Johor yang pertama. Semasa kecil, Dato Onn Jaafar telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru.

ONN (DALAM BULATAN) BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA BAPANYA DATO’ JAAFAR, IBUNYA ROGAYAH
HANUM (BELAKANG) DAN PUTERA-PUTERA SULTAN IBRAHIM DI ISTANA JOHOR SEKITAR TAHUN
1900AN. GAMBAR: MUZIUM SULTAN ABU BAKAR).

PENGASAS UMNO

• Pada 1 – 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk
menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman
terhadap Hak Istimewa Orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan
yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.

• Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan Nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat Kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

• Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta
mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama
UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang,
beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada
25 hingga 26 Ogos 1951.

GARIS MASA PERJALANAN HIDUP DATO ONN BIN JAAFAR

• Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru

1895

• Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.

1901

• Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengirin
1903 putera-putera Sultan Johor.

• Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

1910 - 1911

• Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
• Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah. Mendapat empat orang anak dan isterinya
1911 meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

• Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak
iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.

1915 •Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.

• Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,

1917 Singapura- markas JMF. Pangkat tertinggi adalah Leftenan.

• Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapa

1919 anak termasuk Hussein Onn.

• Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim
pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan is

1920 harta.

• Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor

1922 kerana pujukan Tengku Ismail

• Pegawai di Pejabat Tanah Muar

1923

• Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.

1924

• Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama.

1927

• Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan
1927 – 1936 Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.

Dilantik menjadi pengarang Warta Malaya

1 Januari
1930

• Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.

1934

Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor

1936 – 1941

• Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1942 – 1945

• Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1945 – 1946

• Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.

03 Januari
1946

• Menjadi Pengerusi Kongres Melayu Se-Malaya 1946 untuk menentang Malayan Union anjuran Persatuan
Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

1 – 4 Mac 1946

• Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru..
11 Mei 1946

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.
1 Jun 1947

• Dilantik menjadi anggota ‘Communities Liasion Committee’
10 Januari

1949

• Dilantik sebagai salah seorang daripada Pro-Canselor Universiti Malaya.
31 Mac 1949

• Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
18 Mei 1950

• Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).

1951

Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato’ Onn meletakkan
jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos
1951.

26 Ogos 1951

• Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Februari 1954 – Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.

26 Ogos, 1951

• Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955

1955

• Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan
dengan bantuan parti PAS.

1959

• Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.

19 Januari
1962

SUMBANGAN

• Jika dengar nama Dato Onn Jaafar, sudah tentu kita sudah kenal antara tokoh – tokoh yang berjasa dan yang sangat disegani
rakyat mahupun pemimpin. Sumbangan dato onn jaafar terhadap negara terlalu besar kerana tanpa beliau kita tidak akan
merdeka lagi. Tanpa beliau kita masih terikat lagi dengan konsep Malayan Union.

• Beliaulah yang telah mencetuskan semangat dan kesedaran terhadap tanah melayu untuk bersatu padu dalam apa jua keadaan
demi memerdekakan tanah sendiri. Walaupun hasil kemerdekaan tidak tertumpu pada dato onn jaafar, tetapi hasil beliau yang
telah menjadi tunjang kepada kemerdekaan

• Dato on Jaafar juga pernah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke 7 pada 1 jun 1947. Akan tetapi beliau telah diberi
kata dua oleh sultan johor ketika itu (Sultan Ibrahim Al-Mashur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar) dan diberi pilihan antara
ingin menumpukan kepada umno ataupon menjadi menteri besar Johor.

• Beliau sanggup meletakkan jawatannya (Menteri Besar Johor) dan terus kekal berjuang di dalam umno demi rakyat yang
pada ketika itu memerlukan pemimpin.

DARI SEGI ASPEK
EKONOMI DAN SOSIAL

• EKONOMI : pertubuhan umno yang diketuai oleh dato onn jaafar dalam meningkatkan pembangunan sehingga kini.
Masyarakat melayu kini banyak terlibat dari aspek aktiviti ekonomi.

• SOSIAL : kita tahu bahawa semangat nasionalisme Dato Onn Jaafar dalam menyatupadukan penduduk tanah melayu
tanpa mengira kaum telah ditentang oleh pertubuhanya sendiri iaitu umno.tetapi beliau tidak berputus asa kerana beliau
tahu bahawa dengan menyatupadukan kaum melayu, cina dan india dapat memperoleh kemerdekaan bersama.

• Beliau merupakan Presiden Umno yang yang tidak menjadi perdana menteri, Presiden UMNO yang telah disisihkan
diatas ideanya membuka keahlian kepada orang bukan islam, Dan beliaulah satu satunya individu yang telah menaikkan
semangat orang melayu untuk menentang Malayan Union. Semangat Dato Onn jaafar dalam mengekekalkan
keharmonian sangat dibanggakan. Semangat itu lah yang perlu dicontohi dan dipupuk oleh setiap pemimpin untuk
menjadi pemimpin yang berwibawa

Detik bersejarah 1948 : Dato Onn memperjuangkan hak Persidangan membubuarkan Malayan Union pada Nov
orang melayu dalam Perjanjian Persekutuan 1946 di King's House, Kuala Lumpur. (Dato' Onn berdiri

pada barisan pertama)

PENUTUP/KESIMPULAN

• SEMANGAT JUANG Dato Onn bin Jaafar harus dicontohi sungguhpun tidak ramai yang menyokongnya. Beliau
memberikan banyak sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik.

• Beliau ada mengatakan mengenai kesatuan hati dan kesatuan kebangsaan dapat dipelihara dengan berpegang pada
kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri.

SUMBER RUJUKAN

• http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com
• http://umno-online.my
• http://thina75.blogspot.com


Click to View FlipBook Version