The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Danniss Wery, 2023-10-01 08:06:14

Scrapbook WArisan BUdaya

Scrapbook WArisan BUdaya

Warisan Budaya Malaysia: Kelestarian Etika dan Peradaban


{Pengarang} Dannisswery A/P Indiran MC230924494 Poovann Raj Rajandran MC230924849 Neelaveni Nesamani MC230924515 Bavani A/P Loganathan MC230924624


1 PENGENALAN KANDUNGAN 2 DEFINISI 3 JENIS ELEMEN 4 SENI 5 MAKANAN 6 PAKAIAN TRADISIONAL 7 TARIAN 8 MUZIK 9 KESIMPULAN


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya. Warisan budaya Malaysia adalah hasil daripada interaksi dan pengaruh antarakomuniti yang berbeza sejak zaman dahulu. Warisan budaya Malaysia mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan identiti bangsa Malaysia, serta memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Namun, warisan budaya Malaysia juga menghadapi cabaran dan ancaman dalam era globalisasi dan moden. Oleh itu, tema ini bertujuan untuk mengkaji warisan budaya Malaysia dari sudut kelestarian etika dan peradaban. Ia juga bertujuan untuk mengetengahkan nilai-nilai dan amalan yang dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia. PENGENALAN


DEfinisi WariSAN Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diterima secara turun - temurun oleh seseorang dan sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Ianya menggambarkan memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan ketamadunannya. DEfinisi BUdAyA Budaya adalah konsep penting dalam bidang antropologi, merangkumi pelbagai fenomena yang diturunkan melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ini boleh diperhatikan dalam setiap masyarakat, dan ia merangkumi pelbagai bentuk ekspresi seperti seni, muzik, tarian, ritual, agama, dan teknologi, termasuk penggunaan alatan, memasak, tempat tinggal, dan pakaian. Pengertian budaya material berkaitan dengan manifestasi budaya yang ketara, seperti teknologi, seni bina, dan seni. Sebaliknya, aspek budaya bukan material merangkumi elemen masyarakat yang tidak ketara, seperti prinsip organisasi sosial (termasuk sistem politik dan institusi sosial), mitologi, falsafah, kesusasteraan (baik bertulis dan lisan), dan pengetahuan saintifik. Aspek bukan material ini membentuk warisan budaya tidak ketara sesebuah masyarakat. dlhbkdd


ELEMEN-ELEMEN WARISAN BUDAYA MALAYSIA SENI MAKANAN PAKAIAN TARIAN MUZIK


Seni budaya Malaysia terdapat dalam pelbagai jenis. Terutamanya tertumpu pada kraf ukiran, tenunan dan perak. Kesenian di dalam kalangan etnik Malaysia menunjukkan seni persembahan yang berbeza dan menarik. Kebanyakkan perhiasan tradisional yang dibuat daripada tekstil, emas dan perak digunakan bersama permata untuk digunakan sebagai hiasan. Selain itu, kebanyakkan seni juga digunakan untuk kegunaan harian seperti Labu Sayong yang diperbuat daripada keramik digunakan untuk menyimpan air. KAUM MELAYU DEFINISI Keris Pada zaman dahulu, orang melayu menggunakan keris sebagai pertahanan diri. Selain itu, keris juga digunakan sebahagian daripada pakaian pengantin lelaki pada masa kini. Ukiran Kayu Kaedah ukiran kayu ini lazimnya digunakan di rumah tradisional orang Malaysia pada masa dahulu. Selain itu, ukiran kayu ini juga dicipta dengan imej semula jadi seperti flora dan fauna. Ukiran kayu ini juga dianggap sebagai ukiran bertindik, iaitu satu bentuk ukiran yang melepasi permukaan kayu. Tindikan ini biasanya terletak di bahagian atas bumbung rumah, yang berfungsi sebagai ruang untuk cahaya danpengudaraan. Tembikar Seni tembikar ialah barangan kraf tradisional Melayu yang paling terkenal di negara Malaysia. Tembikar boleh didapati dalam pelbagai jenis dan bentuk. Barang kraf malaysia yang diperbuat oleh tanah liat ialah Tembikar. Tembikar dapat mengeringkan dengan cahaya matahari dengan mendedahkan di bawah pancaran matahari. Terusnya , ia akan dibakarkan secara dedah atau dalam tanur. Sejak beribu tahun dahulu seni tembikar dapat diwujudkan di Malaysia . Barang kraf ini boleh paling terkenal di negeri Perlis, Pahang, Perak dan Sarawak.


KAUM INDIA Kalung Bunga Kalung bunga sering digunakan dalam upacara kematian, penghiasan diri, perkahwinan dan keagamaan. Hal ini kerana bunga melambangkan kecantikan , kebersihan dan kesucian. Kalung bunga diwujudkan melalui beberapa bunga diikat bersama dan dijadikan kalungan malai. Kalungan bunga ini juga digunakan bagi menunjukkan kebanggaan atau penghargaan dengan mengalungkan pada leher individu tersebut. Adat resam ini telah dibawa oleh kaum india bertahun yang lalu. Pada zaman dahulu, kalung bunga diberikan bagi mengiktiraf atas pencapaian seperti sukan dan sebagainya. Seni Henna Bunga safflower, minyak sayuran, serbuk kunyit dan nila merupakan pewarna semula jadi yang dimasukkan ke dalam henna oleh masyarakat zaman dahulu. Henna terutamanya digunakan sewaktu perkahwinan. Ini berbawa maksud persefahaman dan kasih sayang antara kedua-dua pengantin. Corak yang dihasilkan melalui henna bermaksud cinta, perlindungan dan kesuburan yang dihias pada tangan dan kaki menggunakan corak yang unik. Henna juga digunakkan semasa perayaan dan hari istimewa yang lain. Seni Kolam Kolam sering digunakan oleh kaum india. Ia telah menjadi satu bentuk seni ritualistik bagi rutin wanita. Bagi budaya Tamil, titik pertemuan bagi dalaman dan luaran is ambang dan juga antara banyak manifestasi kepentingan itu. Penghasilankolam oleh wanita Hindu Tamil dengan serbuk atau adunan beras yang dikisar halus (kola-podi), tepung beras dan pewarna semula jadi. Dengan pilihan individu sayuran dan mineral di atas tanah yang disapu dengan teliti bagi menghormati Ibu Pertiwi. KAUM CINA Tanglung Tanglung digunakan sebagai alat pelindungan lilin daripada tiupan angin semasa berjalan pada waktu gelap atau malam. Ini digunakan sejak 250 SM lagi. Tanglung telah jadi salah satu alat penting dalam kebudayaan masyarakat cina. Seni Khat Tuah dan kemeriahan di lambangkan melalui tulisan kaligrafi Seni Khat Cina. Ini dilekatkan di kedua-dua bahagian pintu rumah atau bangunan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sebagai dekorasi. Dengan menggunakan kertas warna merah kerana ia melambangkan membawakan ong (tuah) dan ditulis dengan dakwat dan berus cina. Kini semakin banyak minat dicetuskan oleh kaum cina iaitu murid dan pelajar sekolah kaum Cina dalam seni tradisional kebudayaan cina ini.


BAGAIMANA SENI TRADISIONAL MENCERMINKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT ? Bentuk dan fungsi. Seni tradisional biasanya memiliki bentuk dan fungsi yang sesuai dengan kebutuhan, kebiasaan, dan adat istiadat masyarakat. Misalnya, rumah tradisional Jawa memiliki wuwungan atau atap yang melambangkan tingkatan sosial, hubungan antara manusia dan Tuhan, serta keseimbangan alam. Seni tradisional juga memiliki fungsi praktis, ritual, atau simbolis yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari, upacara adat, atau identitas kelompok. Estetika dan etika. Seni tradisional menunjukkan rasa indah dan harmonis yang dimiliki oleh masyarakat. Estetika seni tradisional tidak hanya bersifat visual, tetapi juga melibatkan unsur-unsur lain seperti bunyi, gerak, bau, atau rasa. Estetika seni tradisional juga berkaitan dengan etika atau nilai-nilai moral yang dijunjung oleh masyarakat. Misalnya, seni tari tradisional Melayu mengandung nilai-nilai seperti kesopanan, kerendahan hati, kesetiaan, dan kebersamaan. Kreativitas dan inovasi. Seni tradisional tidak bersifat statis atau kaku, tetapi terus berkembang dan beradaptasi dengan perubahan zaman. Seni tradisional menunjukkan kreativitas dan inovasi masyarakat dalam menciptakan karya seni yang baru dengan memadukan unsur-unsur tradisi dan modern. Misalnya, seni persembahan Melayu seperti mak yong, mek mulung, atau kuda renggong telah mengalami transformasi dalam bentuk, gaya, atau tema untuk menarik minat penonton yang lebih luas. Seni tradisional adalah salah satu cara untuk mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat. Seni tradisional menunjukkan nilai-nilai, adat resam, kepercayaan, sejarah, dan identiti masyarakat yang mengamalkannya. Seni tradisional juga mempunyai fungsi sosial, pendidikan, hiburan, dan keagamaan yang dapat memperkukuhkan hubungan antara anggota masyarakat. Terdapat beberapa contoh bagaimana seni tradisional mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat. Antaranya, Dengan demikian, seni tradisional adalah cerminan etika dan peradaban masyarakat yang memiliki kekayaan, keunikan, dan kearifan dalam berbagai aspek. Seni tradisional juga merupakan warisan budaya yang harus dilestarikan dan dikembangkan agar tidak hilang ditelan zaman.


Makanan tradisional Malaysia merupakan jenis makanan yang berasal dari masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka menggunakan bahan-bahan dari alam seperti tumbuhan, ikan, daging, daun kayu dan santan. Orang lain di Malaysia, seperti orang Cina dan India, juga mempengaruhi makanan tersebut. Ada banyak jenis makanan tradisional Malaysia yang semua kaum bersarapan tiap hari yang sedap dan enak MAKANAN Nasi Lemak merupakan hidangan kebangsaan Malaysia yang diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak biasanya disajikan dengan sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Terdapat juga pelbagai lauk pauk lain yang boleh dimakan bersama Nasi Lemak seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya. Ketupat adalah ikon makanan tradisional Melayu yang biasanya disajikan ketika Hari Raya Aidilfitri. Ketupat diperbuat daripada daun kelapa atau daun palas yang diisi dengan beras nasi atau beras pulut. Ketupat kemudian direbus sehingga masak dan mengembang. Ketupat boleh dimakan bersama rendang ayam atau daging, kuah kacang dhal atau sambal tumis.


Char Kuew Teow adalah makanan tradisional yang berasal dari masyarakat Cina di Malaysia. Char Kuew Teow adalah hidangan mee beras yang digoreng dengan minyak sayuran atau minyak sapi bersama dengan bawang putih cincang, taugeh, udang kering, udang segar, kerang segar, telur ayam atau itik dan kecap manis. Char Kuew Teow juga ditambah dengan cili kisar atau sos cili untuk memberikan rasa pedas yang menyengat. Char Kuew Teow boleh didapati di gerai penjaja, food truck, medan selera dan di mana- mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India di Malaysia. Roti Canai boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. Roti Canai dibuat daripada tepung gandum, garam, gula, minyak sapi atau minyak sayuran dan air. Roti Canai kemudian digaul dan diregang sehingga nipis sebelum digoreng di atas kuali panas. Roti Canai biasanya dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Terdapat juga pelbagai jenis roti canai yang boleh dipilih seperti roti telur, roti bawang, roti pisang, roti sardin, roti planta dan sebagainya. BAGAIMANA MAKANAN T RADISI O NAL MENCE RMINKAN ETI KA DAN PE RADABAN DALAM MASYARAKAT ? Nasi lemak mencerminkan nilai kesederhanaan dan keakraban. Ketupat dan lemang mencerminkan nilai kebersamaan dan kekeluargaan. Pepes mencerminkan nilai kearifan lokal dalam memanfaatkan sumber daya alam secara berkelanjutan. Lauk pauk vegetarian mencerminkan nilai toleransi dan keragaman. Makanan halal mencerminkan nilai religiusitas. Makanan tradisional sering kali mengandung filosofi dan nilai-nilai masyarakat yang tercermin dalam bahan-bahan, cara pengolahan, dan penyajiannya. Misalnya, nasi lemak yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu mengandung filosofi kesederhanaan dan keakraban. Nasi lemak terbuat dari bahan-bahan yang sederhana, yaitu nasi, santan, dan ayam goreng. Namun, nasi lemak sering kali disajikan bersama dengan lauk-pauk lain, seperti sambal, telur, dan kerupuk. Hal ini menunjukkan bahwa nasi lemak merupakan makanan yang cocok untuk dinikmati bersama-sama, baik dalam keluarga maupun dengan teman-teman. Makanan tradisional juga sering kali dikaitkan dengan tradisi dan adat istiadat masyarakat. Misalnya, ketupat dan lemang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu yang sering disajikan pada saat Hari Raya Idul Fitri. Hal ini menunjukkan bahwa ketupat dan lemang merupakan makanan yang memiliki nilai simbolis dalam masyarakat Melayu. Makanan tradisional juga merupakan wujud kearifan lokal masyarakat. Kearifan lokal adalah nilai-nilai yang diyakini dan dipraktikkan oleh masyarakat untuk menjaga kelestarian alam dan lingkungan. Misalnya, masyarakat Sunda memiliki makanan tradisional bernama pepes. Pepes terbuat dari ikan, ayam, atau tahu yang dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang. Cara pengolahan pepes ini merupakan wujud kearifan lokal masyarakat Sunda dalam memanfaatkan sumber daya alam secara berkelanjutan. Dengan demikian, makanan tradisional merupakan bagian penting dari budaya masyarakat yang mencerminkan etika dan peradaban masyarakat tersebut. Oleh karena itu, makanan tradisional perlu dilestarikan agar nilai-nilai budaya masyarakat tetap terjaga. Terdapat beberapa contoh bagaimana makanan tradisional mencerminkan etika dan peradaban masyarakat. Antaranya, Melalui makanan tradisional, masyarakat dapat belajar tentang etika dan peradaban yang dijunjung tinggi oleh masyarakat tersebut. Dengan demikian, makanan tradisional dapat menjadi sarana untuk membangun karakter dan moral bangsa.


Pakaian Tradisional Perkataan pakaian agak luas. Pakaian, walaupun tersembunyi, mencerminkan cara dan tingkah laku masyarakat pemakainya. Dalam tradisi budaya, pakaian dikaitkan dengan upacara dan tradisi. Penduduk Malaysia adalah berbilang budaya. Setiap kaum mempunyai reputasi budaya yang tersendiri. Pakaian tradisional adalah salah satu aspek yang dapat menunjukkan tradisi budaya yang berbeza. Cina, India dan Melayu merangkumi majoriti penduduk Malaysia. Pakaian dalam peraduan ini bertujuan untuk perayaan, perkahwinan atau majlis-majlis khas dan menunjukkan budaya dan moral peserta. Pakaian Kaum Melayu Baju Melayu Pakaian tradisional lelaki kaum Melayu dipanggil sebagai baju melayu. Baju Melayu ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh lelaki Melayu. Pakaian Melayu yang paling asas terdiri daripada dua bahagian iaitu baju berlengan panjang dengan dua kolar (belanga dan cekak musang), dan seluar panjang. Kedua-dua bahagian asas ini diperbuat daripada fabrik yang sama iaitu kapas, linen dan satin. Pakaian Melayu yang lengkap terdiri daripada bahagian asas baju dan seluar, dengan sisi dibalut songkin atau kain tenunan. pinggang, dan di kepala menggunakan destar (seperti tengkolok, tanjak, songkok dan kupiah). Baju Melayu lazimnya dipakai sebagai pakaian harian (terutama semasa solat), pejabat, majlis rasmi, dan sebagai pakaian tradisional pada Hari Raya Puasa. Selain it, baju melayu juga pakaian rasmi Malaysia. Baju Kurung Baju kurung adalah pakaian tradisional wanita Melayu. Selain kain songket baju kurung juga boleh dipakai dengan kain batik. Tambahan pula, pakaian tradisional ini biasanya dipakai dengan sehelai tudung atau selendang. Di negara Malaysia, baju kurung selalu dipakai semasa menghadiri majlis rasmi atau urusan harian. Selain itu, pakaian ini ialah pakaian rasmi di negara Malaysia.


Pakaian Kaum India Dhoti Dhoti, juga dikenali sebagai doti, ialah pakaian khas untuk lelaki di India. Ia adalah kain putih panjang yang mereka lilitkan di pinggang dan diikat di antara kaki di bahagian depan atau belakang. Mereka memakainya untuk acara penting seperti perkahwinan dan perayaan. Kain ringkas ini boleh didapati dalam banyak warna yang berbeza dan boleh dibuat supaya kelihatan cantik dengan reka bentuk khas atau manik kecil. Kadangkala, lelaki India memakai pakaian kuning muda yang dipanggil "pattu veshti" untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan. Sari Sari adalah pakaian tradisional untuk wanita India. Tambahan pula, saree ialah sehelai kain dengan lebar 1 meter hingga 2 meter dan panjang 5 hingga 15 meter, bergantung kepada saiz pemakai. Saree dibalut di atas pinggan dan disarungkan pada bahu kiri. Dari segi pilihan warna, kebanyakan saree yang dipakai adalah gelap. Saree ialah pakaian pengantin India. Ia juga dipakai semasa perayaan dan sering digunakan sebagai pakaian harian. Pakaian Kaum Cina CheongSam Cheongsam ialah pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita Cina. Cheongsam telah diiktiraf sejak berkurun lamanya, bermula pada tahun 1920-an, namun kewujudan pakaian ini tidak pernah diketepikan, kerana nilai dan kepribadiannya yang tersendiri. Walaupun pada hakikatnya pakaian ini mesti bersaing dengan pakaian tradisional lain seperti pakaian kurung, pakaian sari, dan pakaian India, pakaian ini terutamanya dipakai pada majlismajlis rasmi. Cheongsam sebelum ini dirujuk sebagai changsan atau Bahasa Inggeris Mandarin. Cheongsam telah mengalami banyak perubahan, terutamanya dari segi corak dan warna. Pada masa lalu, warna Cheongsam terutamanya merah, tetapi ia telah diubah kepada pelbagai warna, ciri-ciri asal Cheongsam telah dilupakan. Samfu Berdasarkan bahasa kantonis , samfu bermaksud "baju dan seluar". Samfu sering di buat dengan kain sutera dan memberikan kesan lembut dan selesa kepada pengguna. Samfu dipakai oleh warga lelaki cina sahaja. Unsur utama bagi Samfu ialah baju longgar dengan celah di bahagian hadapan dan berkolar tinggi. Ini pakai pula dengan seluar longgar.


Bagaimana pakaian tradisional mencerminkan etika peradaban dalam masyarakat Malaysia? Pakaian tradisional ialah sebahagian daripada budaya Malaysia. Selain itu, pakaian tradisonal adalah untuk mencerminkan kekayaan warisan negara dan pelbagai jenis etnik. Pakaian tradisional yang sering dipakai oleh rakyat Malaysia bukan sahaja untuk soal fesyen, tetapi pakaian tradisional ini akan mencerminkan nilai, identiti budaya, dan tamadun masyarakat. Pakaian tradisional mencerminkan etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum di Malaysia mempunyai pakaian tradisional sendiri yang cantik dan unik daripada yang lain. Pakaian-pakaian tradisional setiap jenis kaum mencerminkan identiti budaya dan warisan kaum mereka. Selain itu, pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia merupakan lambang kebanggaan dan identiti budaya mereka seperti baju kurung iaitu pakaian tradisional kaum Melayu yang dipakai oleh wanita Melayu adalah lambang kebudayaan kaum Melayu di seluruh Malaysia. Baju kurung mewakili penghormatan dan sopanan terhadap nilai budaya. Seterusnya, Cheongsam ialah pakaian tradisional cina yang sering digunakan oleh wanita cina melambangkan kewanitaan dan keanggunan. Pakaian ini selalu dipakai semasa upacara-upcaara penting seperti perayaan Tahun Baru Cina atau majlis perkahwinan. Pakaian tradisional di Malaysia seperti baju kurung, baju melayu, sari, dhoti, cheongsam dan samfu memainkan peranan yang sangat penting kerana pakaian tradisional menolong untuk mengekalkan warisan dan budaya negara Malaysia. Tamabahan pula, corak-corak dan reka bentuk yang terdapat di pakaian tradisional di Malaysia mempunyai lambangan dan makna. Contohnya, kain batik mempunyai reka bentuk yang rumit yang sering digunakan oleh kaum meyu. Kain batik tersebut, melambangkan kehidupan seharian dan semula jad di negara Malaysiai. Setersunya, reka bentuk yang terdapat di pakaian tradisional mempunyai mesej etika contohya, menghormati alam semula jad seperti gunung dan air terjun, kepentingan keluarga dan komuniti. Tambahan pula, nilai budaya dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat Malaysia dicerminkan oleh pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pakaian tradisional kaum melayu melambangkan nilai merendah diri, kesopanan dan menghormati orang yang lebih usia atau tua. Akhir sekali, pemodenan dan globalisasi mempengaruhi perkembangan pakaian tradisional dari masa ke semasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun begini, simbol yang sangat penting kemajuan and tamadun dapat dikekalkan. Selain itu, pakaian tradisional merupakan kemajuan masyarakat di negara Malaysia, sejarahnya dan pelbagai budayanya. Disamping itu, kepentingan untuk mengekalkan warisan budaya dan identiti negara Malaysia adalah sesuatu penting untuk mengekalkan pakaian tradisional. Tambahan pula, masyarakat di negara Malaysia mempamerkan pakaian tradisional kaum melayu, cina dan melayu dalam acara perayaan dan kebudayaan. Ini adalah salah satu cara untuk naik prestasi pelancongan budaya. Aspek kepentingan dalam budaya Malaysia, menunjukkan kekayaan warisan negara dan kepelbagai etnik ialah pakaian tradisional.


Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni, mempunyai permaidani yang kaya dengan budaya yang diwakili oleh tiga kaum utamanya: Melayu, Cina, dan India. Adat dan tradisi hidup yang terdapat dalam masyarakat berbilang budaya ini amat ketara dalam bidang tarian. Tarian, bentuk seni yang melibatkan penyelarasan anggun badan, kaki dan tangan selaras dengan irama muzik, berfungsi sebagai bukti kepelbagaian asal usul dan kepentingan mendalam yang dibawa oleh setiap tarian unik kumpulan etnik. Contoh persembahan yang menawan hati ini termasuklah tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat, dan sumazau. Tarian Tarian Melayu Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu. Dalam lakonan mak yong, para pelakon memakai topeng yang berbeza untuk menunjukkan watak yang mereka lakonkan. Mereka boleh menjadi tuhan, makhluk ajaib, atau haiwan seperti rusa, beruk, helang, dan gajah. Mereka juga menggunakan benda lain seperti kayu untuk memukul, parang, keris, kapak, anak panah, batang kayu untuk sihir, dan paku palsu panjang yang kelihatan seperti emas. Tarian Mak Yong Tarian Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman melalui para pedagang dari sana. Ia mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin Arab dan Tarian Zapin Melayu. Tarian zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.Pada awalnya, tarian ini khusus dimainkan oleh kaum lelaki sahaja kerana ada tujuan kegamaan, namun lama kelamaan menjadi bentuk hiburan tradisional membolehkan kaum wanita turut serta di mana dua-dua kaum menari dalam kelompok berasingan.


Tarian India Tarian Cina Tarian Bharanathyam Bharatan Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu. Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Tarian Kolattam Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk menghasilkan bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia adalah apabila tiada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka untuk mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga seperti menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka. Tarian Kipas Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu. Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat. Bagaimana TARIAN mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia? Tarian adalah salah satu ekspresi seni dan budaya yang kaya dalam masyarakat Malaysia. Ia mencerminkan etika dan peradaban dalam berbagai cara. Tarian tradisional yang diwarisi oleh generasi zaman sekarang menunjukkan penglibatan masyarakat Malaysia dalam memelihara warisan budaya Malaysia. Banyak nilai etika harus diambil kira sewaktu membelajari tarian-tarian tradisional ini sebagai tanda menghormati tarisan budaya tersebut. Masyarakat Malaysia dapat mengembangkan keterampilan dalam pertunjukkan seni tarian dan mengetahui tentang sejarah, budaya, dan etika tarian tersebut.


Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain Muzik Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.


Kompang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang dan adalah alat muzik tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Alat ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Pulau Jawa, Indonesia oleh pedagang Arab pada abad ke-13. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini diperbuat juga daripada kulit lembu atau kerbau, malah getah sintetik. Kebiasaannya seurat rotan diselit pada bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan untuk menegangkan permukaan kompang bagi menguatkan lagi bunyi paluan kompang. Kini, tali plastik turut digunakan menggantikan rotan. Kompang Guzheng Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba. Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali. Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi Alat muzik tradisional Veena adalah sebahagian penting daripada warisan kebudayaan India. Ia telah digunakan selama berabad-abad dalam tradisi muzik India yang kaya. na adalah alat yang sangat indah dan menghasilkan bunyi yang mendalam dan emosional. Ia memainkan peranan yang penting dalam muzik tradisional India dan terus menjadi alat yang dihormati dalam seni muzik India. Bagaimana MUZIK mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia? Penghayatan Kepelbagaian Etnik. Malaysia adalah sebuah negara yang pelbagai etnik, dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, dan banyak lagi. Muzik tradisional dari setiap etnik ini mencerminkan warisan budaya dan nilai-nilai etika mereka. Contohnya, muzik tradisional Melayu seperti Gamelan dan Keroncong, muzik Cina seperti Guzheng, dan muzik India seperti Karnatik dan Hindustan .Rasa Hormat Terhadap. Tradisi Muzik tradisional dalam masyarakat Malaysia mencerminkan rasa hormat terhadap tradisi dan warisan budaya. Pemeliharaan dan pemuliharaan muzik tradisional adalah penting dalam mengekalkan akar budaya dan peradaban yang kaya.Perpaduan Dan Keharmonian:. Muzik juga digunakan sebagai alat untuk mempromosikan perpaduan dan keharmonian antara etnik yang berbeza di Malaysia. Konsert-konsert yang menggabungkan elemen-elemen muzik dari pelbagai etnik sering diadakan untuk merayakan kepelbagaian budaya. Muzik Dalam Upacara Adat.Muzik juga memainkan peranan dalam upacara adat dan keagamaan di Malaysia. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, muzik tradisional sering dimainkan untuk menggambarkan kepentingan acara tersebut dalam peradaban Melayu. Ekspresi Kreativiti Dan Identiti Individu.Muzik juga mencerminkan identiti individu dan kreativiti dalam masyarakat Malaysia. Banyak artis muzik tempatan mencerminkan isu-isu sosial dan budaya dalam lagu-lagu mereka.Secara keseluruhannya, muzik memainkan peranan yang signifikan dalam mencerminkan etika, nilai-nilai budaya, dan peradaban dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah medium yang kuat untuk menyampaikan pesanan, menghormati tradisi, dan merayakan kepelbagaian dalam negara ini Veena


Kesimpulan Kesimpulan daripada warisan budaya Malaysia adalah bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya yang mencakupi bahasa, agama, seni, makanan, dan tradisi. Warisan budaya Malaysia mencerminkan keunikan pluralisme budaya di mana pelbagai kumpulan etnik dan suku bangsa hidup secara harmoni. Komponen penting dalam warisan budaya Malaysia termasuk seni tradisional, pakaian tradisional, makanan, serta tarian dan muzik tradisional. Warisan ini adalah aset berharga yang menggambarkan identiti Malaysia dan merupakan sesuatu yang perlu dijaga dan dihargai. Warisan budaya ini adalah satu ciri unik Malaysia yang menarik minat pelancong yang ingin merasai kepelbagaian budaya yang istimewa. Pada masa yang sama, usaha pemeliharaan dan promosi warisan budaya Malaysia adalah tugas penting bagi memastikan nilai-nilai, tradisi, dan identiti budaya terus hidup dan berkembang di era moden dan globalisasi. Budaya Malaysia adalah harta berharga yang perlu dijaga dan diraikan oleh generasi sekarang dan akan datang. Industri pelancongan yang berkembang boleh memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini mencipta peluang pekerjaan, merangsang pertumbuhan perniagaan tempatan, dan memberikan pendapatan tambahan kepada komuniti setempat.


TERIMA KASIH KITA SATU BANGSA ! KITA SATU NEGARA !


RUJUKAN Contributors to Wikimedia projects. (2023). Warisan budaya. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Warisan_budaya Ithnin, H. (2018, July 31). Mengenali budaya warisan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/07/363487/mengenali-budaya-warisan Warisan budaya malaysia(n.d.).PPT.https://www.slideshare.net/nursyafika3557/warisanbudaya-malaysia-24840265 Contributors to Wikimedia projects. (2017). Tarian Melayu. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Melayu Tarian di malaysia. (n.d.). PPT. https://www.slideshare.net/zalifahkpt6043/tarian-dimalaysia Mr.Sundram. (2018, November 23). TARIAN – TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA. Unique of Malaysia. https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tariantradisional-di-malaysia/


RUJUKAN Rafidah bt Gimin,http://rafidah-maribelajar.blogspot.com. Mahasiswa universiti utara malaysia, http://alunanmustika.blogspot.com/ Vanaru6, Alat-alat tradisional kaum India, http://myvanarus6.blogspot.com/ Jabatan Warisan Negara, https://www.heritage.gov.my/muzik.html Weebly .(n.d.). Pakaian Tradisional Kaum Di Malaysia - Utama. https://pkpgbk6.weebly.com/. Annie , A. (2016). Kraftangan. http://annieallievera.blogspot.com/2016/10/jenis-jeniskraftangan-tembikar.html


Click to View FlipBook Version