The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JNJK BUKU PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM Menengah Rendah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKAMPUS, 2016-01-30 21:43:07

JNJK BUKU PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM Menengah Rendah

JNJK BUKU PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM Menengah Rendah

4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Lembaga Peperiksaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah mulai tahun 2011 dan menengah
rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 berkaitan pembelajaran murid,
pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan kurikulum dan
pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan
murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global.
Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination
orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala
tuju pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment
for learning, dan assessment as learning serta bertunjangkan
kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang
mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor
(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara
menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi
individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan
tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir
kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah,
motivasi diri, dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek
kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan
Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan
yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan,
dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang
sering berubah-ubah.

39

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,
penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan. Pementoran
merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk
memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut
prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula dilaksanakan untuk
memastikan keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin
kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid.
Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan
ketepatan instrumen yang digunakan dalam pentaksiran.

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang
akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah.
Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar
dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran
atau pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran
Sekolah berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang
sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam

40

satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran
Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru
dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni
dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang
berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala
tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah
juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk
menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran
sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah
sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta
pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan
Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat
tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap
-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum. Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard
dibangunkan di sekolah untuk melihat perkembangan
pembelajaran murid dalam pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan
pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta
memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah
dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor
prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran

41

merujuk pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil
dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran, dan potensi diri
tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid bagi membolehkan pihak yang
bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan
dan kebolehan masing-masing.

Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

a. Pentaksiran formatif
Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian
prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan
pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan
maklum balas tentang kemajuan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu topik atau aspek.

b. Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian
murid tentang pembelajaran (assessment of learning).

c. Instrumen Pentaksiran Sekolah
Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan
konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran
digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan
ialah:

42

i. Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan
dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara
secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang
dihasratkan.

ii. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis
Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

iii. Persembahan
Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan tugasan
menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks.
Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu
mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid
menggabungkan teori dan amali.

iv. Projek
Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam
aktiviti pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh
masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan
maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh
dijalankan secara individu atau secara kumpulan.
Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid
mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran
interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

v. Produk
Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau
membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan
tugasan yang diberikan.

43

vi. Amali
Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau
melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

vii. Tugasan bertulis/Karya Penulisan
Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan,
dokumen atau karya kreativiti dalam bentuk penulisan
mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan
berpandukan kepada tugasan yang diberi.

viii. Lembaran kerja
ix. Soal jawab
x. Kuiz
xi. Senarai semak
xii. Latihan/Tugasan rumah

4.3.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen
akademik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid
ditaksir bagi melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka
di akhir satu program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan
menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
manakala pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan
skor/ markah dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah.
Pentaksiran Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran
Sekolah dan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran
ditaksir secara sumatif.

44

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang
dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah
rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen
pentaksiran PT3 dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran
tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan matlamat,
objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut. Elemen
yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut
diserapkan dalam tugasan Pentaksiran Tingkatan 3. Instrumen
pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian
bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik,
Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan instrumen

pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti
tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field
study) atau kajian kes (case study).

4.3.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah
sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan
serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian
murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan
ekstra kurikulum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti
bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
mengikut keupayaan murid.

45

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan dan BMI, Kokurikulum dan Ekstra kurikulum.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti
fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur
kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur
ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard
yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti
iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa"
dan "Jangkauan Melunjur". Body Mass Index tertumpu kepada
mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid
menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur
aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi
aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon,
daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan
dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan
Koakademik di peringkat sekolah, zon, daerah atau bahagian,
negeri, kebangsaan dan antarabangsa

Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha
untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan
memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama
ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat
kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah.
Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh

46

membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang
baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan
masyarakat setempat dan umum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir,
direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan
(innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir,
kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,
sikap, dan personaliti murid dapat membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang
digunakan dalam Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud
Khusus dan Ujian Personaliti.

Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus
tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan
murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal
potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi,
kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan.

Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk
mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid
melalui maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat
kerjaya.

47

4.4 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

4.4.1 Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA)

Perkara Asas Fardu ’Ain ialah beberapa perkara penting
daripada Fardu ’Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam. Perkara ini perlu dikuasai agar murid benar-
benar mengetahui, memahami dan mengamalkannya seperti
yang dikehendaki oleh syarak. Dalam aspek penilaian, murid
dapat memahami dan mengamalkannya pada tahap yang
paling asas atau minimum.

Tujuan Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain
a. Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman
dan amalan PAFA.
b. Memberi bimbingan sehingga mereka dapat
mengamalkan dengan betul dan sempurna.
c. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam
PAFA (menentukan kejayaan seratus peratus).
d. Menyuburkan keinsafan dan kerelaan untuk
menghayatinya dalam amalan kehidupan harian.
e. Memotivasi guru untuk memastikan murid menguasai
dan menghayati PAFA secara berterusan.

4.4.2 Peraturan Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain seperti
berikut:
a. Penilaian PAFAdiwajibkan kepada semua murid beragama
Islam.
b. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
c. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh pihak
sekolah.

48

d. Penilaian berbentuk formatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dijalankan oleh guru Pendidikan Islam
mengikut masa dan tempat yang sesuai.

e. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-
kod yang telah ditetapkan. Murid yang telah menguasai
boleh dinilai dengan kod-kod tahun atau tingkatan
seterusnya. Walau bagaimanapun murid ini boleh dinilai
semula untuk pengukuhan.

f. Apabila ujian dibuat secara formal, murid hendaklah
diberitahu terlebih dahulu kerana soalan dan jawapan
tidak rahsia.

g. Sepanjang tempoh penilaian, murid diberi masa, peluang
serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang
serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha
ini diteruskan sehingga mereka faham dan dapat
mengamalkan sesuatu kemahiran dengan sempurna.

h. Pencapaian murid perlu dikemas kini dari semasa ke
semasa dalam borang pencapaian individu dan borang
berkelompok.

i. Pemantauan proses pelaksanaan PAFA di peringkat
sekolah akan dijalankan oleh pengetua atau guru besar
dari semasa ke semasa.

j. Murid diperaku lulus dalam keseluruhan penilaian PAFA
apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan
semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan.

k. Borang pencapaian individu (dalam simpanan guru)
hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan
murid ke sekolah lain.

l. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian
di peringkat sekolah dengan menggunakan format Penyata
Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan
kepada Bahagian atau Unit Peperiksaan, Jabatan
Pendidikan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

49

AGIHAN KOD PAFA (UPSR)

TAHUN KOD NILAI TAJUK
1 01
2 02 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
3 03
4 04 Rukun Islam
06
5 10 Rukun Iman

6 10 Beristinjak
13
05 Cara Berwuduk
08
10 Solat Fardu:
a) Lafaz niat Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan
16
07 Isyak.
09 b) Takbiratul Ihram
10 c) Semua Rukun Fi’li
d) Surah al-Fatihah
10
Solat Fardu:
12 Semua Rukun Fi’li dan Semua Rukun Qauli
15
Adab Terhadap Ibu Bapa

Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis

Cara Mandi Wajib

Solat Fardu:
a) Rukun-rukun Solat
b) Sunat Ab’ad dan Hai’at

Kewajipan Menutup Aurat

Cara Bertayamum

Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan
Iqamat

Solat Fardu:
a) Rukun-rukun Solat
b) Sunat Ab’ad dan Hai’at
c) Dua Surah (Pilihan Murid)

Solat Fardu:
a) Rukun-rukun Solat
b) Sunat Ab’ad dan Hai’at
c) Dua Surah (Pilihan Murid)

Puasa

Ihsan

50

AGIHAN KOD PAFA (PMR DAN SPM)

TINGKATAN KOD NILAI TAJUK
1
2 01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
3 02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
4 04 Beristinjak
05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis
5 06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan

Iqamat
10 Solat Fardu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam
01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan

Iqamat
10 Solat Fardu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
14 Perkahwinan
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam

51

BAB 5
PENYELIAAN

5.1 PENDAHULUAN

Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang
diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan.
Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The
Reluctant Profession, menghuraikan ”...penyeliaan satu usaha untuk
mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam
pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi
dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,”

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum
dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah
memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak
pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi
aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran
serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab
pentadbir sekolah.

5.2 TUJUAN PENYELIAAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar sekolah
menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan
seperti rajah di bawah:

52

Antara tujuan penyeliaan adalah seperti berikut :

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua atau guru
besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah
melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan
falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan
sumber maklumat kepada pengetua atau guru besar untuk
memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan
oleh pengetua atau guru besar sebagai asas untuk menilai
seseorang guru bagi tujuan tertentu.

c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan
profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua atau
guru besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru
dengan murid.

d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih
berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih
positif.

53

5.3 BIDANG PENYELIAAN

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan
kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran
dan pembelajaran.

5.3.1 Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi dalam kelas yang perlu diberi perhatian
adalah:

a. Organisasi kelas
b. Kawalan murid
c. Komunikasi
d. Motivasi
e. Sikap murid
f. Kebersihan dan keceriaan
g. Penyeliaan gerak kerja
h. Penilaian prestasi
i. Profil murid
j. Pengurusan panitia mata pelajaran

5.3.2 Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Rancangan Pelajaran Tahunan
b. Rancangan Pelajaran Harian

• Objektif pengajaran dan pembelajaran
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Refleksi pengajaran dan pembelajaran
c. Persediaan sumber pendidikan
d. Penyampaian isi pelajaran
e. Teknik penyoalan
f. Interaksi guru dan murid
g. Penggunaan masa

54

Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan
aspek pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek
perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan
penambahbaikan.

5.4 PRINSIP PENYELIAAN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti
berikut:

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan
oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru.

b. Rekod Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dicatat dengan ringkas dan tepat.

c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang
dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan atau
tahun dan guru.

d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong
kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun,
tanggungjawab sepenuhnya terletak pada pengetua atau guru
besar. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan
profesionalisme dengan guru. Pengetua atau guru besar
membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran .

e. Pengetua atau guru besar boleh merujuk Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia berkaitan Standard 4: Pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dalam kalangan guru.

55

5.5 PERINGKAT PENYELIAAN

Peringkat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga
peringkat seperti rajah di bawah.

Peringkat Penyeliaan

Prapenyeliaan

Penyeliaan

Pascapenyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan

Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua atau guru
besar dengan guru adalah untuk:

a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru
dengan pengetua atau guru besar.

b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang
hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang akan dilaksanakan.

c. memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang
perlu diberi perhatian khusus.

d. penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.

5.5.2 Penyeliaan

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh
dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui
atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan sekiranya


56

pihak pengetua atau guru besar tidak dapat melaksanakan
penyeliaan. Guru penolong kanan boleh mengambil alih
tugas penyeliaan tersebut dengan arahan pengetua atau
guru besar.

b. Pengetua atau guru besar hendaklah memberi fokus
kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah
dibincangkan ketika prapenyeliaan.

c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan
mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan
oleh pengetua atau guru besar sebagai persediaan
pascapenyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan

Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas
proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan
dua hala meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran. Status pengajaran dan pembelajaran perlu
dimaklumkan kepada guru yang diselia oleh pengetua/
puru besar. Maklum balas adalah bertujuan untuk tindakan
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru
berkenaan.

5.6 TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Pengetua atau guru besar perlu memastikan guru yang diselia
melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selepas
penyeliaan.

57

Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya
dijadikan budaya sekolah bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat dikekalkan.
Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan Komuniti Pembelajaran
Profesional boleh dijadikan salah satu medium tindakan
penambahbaikan selepas penyeliaan.

58

RUJUKAN

1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney,
1987

2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney,
1985

3. Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill
Publishing, Columbus, 1998

4. Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New
York, 1986

5. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management
for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6. English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate
Publishing United, Hants, England, 1997

7. Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st
Century, Basic Books, New York, 2000

8. Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School,
Paul Chapman, London 1988

9. Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne,
Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan
Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan pembelajaran
di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006

11. Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES
Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Putrajaya,
Malaysia, 2012

13. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah,
JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

14. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah,
JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

15. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise,
Alor Setar, Malaysia, 2014

16. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah,
Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014

59






Click to View FlipBook Version