“Saya ingat nak mula buat bisnes. Apakah cara memulakan perniagaan yang bagus
pada masa sekarang ni ya?”
Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru nak buat bisnes. Ya
lah, dah tengok kawan-kawan buat bisnes, kita pun nak cuba samalah.
Terdapat beberapa petua dan cara untuk memulakan perniagaan sendiri.
Berikut adalah 25 tips memulakan perniagaan walaupun anda masih baru.
Tapi sebelum itu…
Perlukah Buat Bisnes Tanpa Modal?
Tidak dinafikan, bergantung dengan satu pekerjaan dan pendapatan pada hari ini
tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan.
Apatah lagi yang mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen bulanan yang besar.
Maka ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung
kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tapi bagaimana cara hendak memulakan perniagaan?
Itulah soalan yang sering berlegar di fikiran mereka yang ‘kosong’ tentang bisnes.
Pernah tak ternampak iklan sama ada di surat khabar, kaca televisyen mahu pun
menerusi flyers yang mengatakan anda boleh mulakan bisnes tanpa modal?
Cara memulakan bisnes
Rata-rata orang percaya cara memulakan perniagaan pasti memerlukan duit, iaitu
modal.
Atas ‘kepercayaan’ itu, ramai yang menangguhkan niat memulakan perniagaan
dengan alasan tiada modal untuk bermula.
Sebenarnya, anda masih boleh memulakan perniagaan anda walaupun tanpa modal
25 PANDUAN
MEMULAKAN
PERNIAGAAN
1- Menilai Diri Sendiri
Tidak semua orang mempunyai
kualiti potensi diri yang sama
yang diperlukan untuk memulakan
perniagaan. Jika anda kekurangan
ciri-ciri yang diperlukan sebagai
seorang usahawan, jangan risau
luangkan masa untuk menimba
ilmu yang tepat melalui
pembacaan, seminar, kelas
ataupun cari mentor untuk
dijadikan panduan
2- Membangunkan Idea
Jangan memulakan perniagaan kerana
ia merupakan salah satu tren terkini
dan menganggapnya ia dapat memberi
pulangan wang yang lumayan jika
dikomersialkan. Mula membangunkan
satu konsep idea perniagaan yang anda
minati dan mempunyai pengalaman
terhadapnya. Ini memudahkan kerja
anda, kerana anda sudah memiliki ilmu
dan idea bagaimana hendak
komersialkannya.
3- Penyelidikan
Sebaik sahaja anda telah
menetapkan idea, sekarang cuba
fikirkan bagaimana perniagaan ini
boleh menjadi kenyataan. Adakah
produk atau perkhidmatan yang
bakal disediakan sesuatu yang
orang ramai mahu atau perlukan?
Bolehkah anda membuat
keuntungan jika menjualnya?
4- Pelan Perniagaan
Ambil kertas dan pen! Mula merangka pelan
perniagaan jangka pendek dan jangka panjang.
Bagaimana perniagaan ini boleh berkembang
dalam masa setahun, tiga tahun dan lima
tahun. Apakah idea yang diperlukan jika anda
ingin pelabur melabur ke perniagaan anda.
Secara asasnya, pelan perniagaan harus
merangkumi misi, visi, ringkasan perniagaan,
ringkasan eksekutif, perkhidmatan atau servis
yang ditawarkan, penerangan pasaran sasaran,
unjuran kewangan dan kos operasi.
5- Mengenal Pasti Sasaran
Pasaran
Ini merupakan kriteria yang penting bagi
sesebuah perniagaan, kerana ia akan
menentukan keuntungan dan kerugian
perniagaan. Walaupun anda telah berjaya
mengesan beberapa sasaran yang berkesan
yang bakal memberi keuntungan perniagaan –
jangan berhenti setakat itu, terus dan terus
mengenal pasti sasaran baru. Ini bagi
membolehkan perniagaan dapat berdaya saing
dengan kukuh antara pesaing lain. Pelajari
bagaimana mengenal pasti sasaran pasaran
yang sesuai dengan perniagaan anda di Klinik
Usahawan
6- Kos Industri
Menentukan kos standard melalui
penyelidikan terhadap industri-
industri yang sama bidang
perniagaan dengan anda. Teknik
ini akan membantu anda
menguruskan kos kewangan
dengan lebih efisyen dan
berkesan.
7- Mewujudkan Pelan
Pemasaran
Sebaik sahaja anda berjaya
menentukan berapa banyak wang
yang diperlukan untuk memulakan
operasi perniagaan, tiba masanya
untuk fikirkan berapa banyak yang
diperlukan untuk membangunkan
produk atau servis dan
merangkakannya menjadi satu pelan
pemasaran.
8- Mencari Pelabur Yang
Tepat
Anda akan memerlukan beberapa jenis
pembiayaan bagi memulakan
perniagaan, sama ada melalui simpanan
bank, kad kredit, pinjaman, geran atau
pelabur. Mencari pelabur yang
berkongsi minat sama seperti anda,
akan memudahkan anda melakukan
perniagaan dengan lebih terancang di
masa hadapan. Ketahui asas pelaburan
di Klinik Usahawan & Pelaburan.
9- Memahami Pelabur
Sama ada anda suka ataupun tidak,
pelabur mempunyai hak untuk bersuara
ke atas syarikat anda. Cuba memahami
apakah yang diperlukan oleh mereka
sebenarnya. Jika diberi cadangan atau
nasihat dari pelabur, dengarkannya
dahulu – jangan dibangkang serta
merta. Terima sahaja apa yang hendak
dikongsikan oleh pelabur, tetapi itu
tidak bermakna anda perlu
mematuhinya 100% – ambil idea yang
bernas sahaja!
10- Membina Satu Sistem
Sokongan Keluarga
Kemungkinan besar anda akan melabur
lebih banyak masa dan sumber ke
dalam perniagaan baru anda. Pastikan
keluarga anda memahami situasi ini.
Mereka harus sedar bahawa proses ini
akan mencabar dari segi emosi dan
kewangan secara total. Sokongan
keluarga akan dapat membantu
pengembangan perniagaan baru dengan
pantas.
11- Struktur Undang-undang
Mengenal pasti struktur undang-
undang melalui bentuk pemilikan
yang terbaik untuk perniagaan anda.
Pemilikan terdiri daripada pemilikan
tunggal, perkongsian, syarikat
liabiliti terhad, perbadanan,
syarikat bukan keuntungan (NGO),
koperasi dan sebagainya.
12- Nama Perniagaan
Tentukan nama yang sesuai
digunakan untuk perniagaan anda.
Kemudian semak melalui online
sama ada nama domain (website)
telah dimiliki ataupun tidak.
13- Pendaftaran
Jika nama perniagaan yang
dicadangkan boleh dimiliki,
cepat-cepat daftar nama
syarikat dan beli nama domain
website. Lakukan pendaftaran di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
14- Mengambil Peluang
Terdapat banyak sumber-sumber
percuma yang disediakan oleh
pihak kerajaan dan juga NGO.
Sumber seperti ilmu perniagaan,
latihan, nasihat, bantuan wang
perniagaan, geran perniagaan dan
banyak lagi.
15- Cukai
Kenal pasti cukai yang perlu
diwajibkan bayar. Terdapat
beberapa cukai yang wajib
dibayar seperti cukai perniagaan,
pendapatan, eksais dan lain-lain.
16- Permit dan Lesen
Pastikan anda mempunyai permit
dan lesen yang sah untuk
melakukan perniagaan. Ini bagi
mengelakkan sebarang masalah
timbul di kemudian hari.
17- Insurans
Demi keselamatan, anda boleh
membeli insurans-insurans yang
bersesuaian dengan perniagaan
anda. Setiap jenis perniagaan
mempunyai polisi insurans yang
berbeza. Anda juga boleh membeli
insurans untuk diri dan pekerja anda
sebagai salah satu manfaat yang
disediakan oleh syarikat
18- Buku Rekod
Sentiasa mempunyai simpanan
rekod secara fizikal iaitu buku.
Rekod aliran wang keluar dan
masuk serta aktiviti-aktiviti
syarikat.
19- Lokasi Perniagaan
Memilih lokasi yang sesuai dengan
keperluan perniagaan anda.
Lokasi yang mudah diakses oleh
anda, pelanggan dan pembekal.
Ini akan memudahkan
pertumbuhan perniagaan.
2o- Tidak Perlu Pejabat
Tidak perlu pejabat, jika anda
masih belum lagi mampu untuk
memilikinya. Berniaga dahulu,
dapatkan keuntungan yang tinggi
kemudian kembangkannya dengan
mendapatkan pejabat sebagai
langkah permulaan. Pejabat
dapat meyakinkan pelanggan
bahawa perniagaan anda wujud
dan kukuh
20- Paten Perniagaan Bila
Kukuh
Jangan melakukan paten jika anda
masih belum mempunyai wang yang
cukup. Ini kerana untuk melakukan
paten perniagaan anda memerlukan kos
yang mungkin menelan perbelanjaan
sehingga mencecah beribu-ribu ringgit.
Berniaga dahulu, kukuhkan jenama
bisnes dan dapatkan keuntungan yang
tinggi – kemudian baru mula patenkan
perniagaan.
21- Pandangan Idea
Anda mungkin berasa idea anda sudah
cukup hebat, tetapi sebenarnya tidak. Ini
kerana terdapat banyak lagi idea-idea
bukan sahaja hebat malah luar biasa
hebat. Jangan sempitkan pemikiran,
kongsikan idea sedia ada anda bersama
rakan-rakan dan keluarga. Dapatkan
pandangan dari mereka dan perbaiki
kelemahan jika ada. Mana tahu pandangan
yang diterima itu bernas, gabungan idea
itu bersama idea anda – hasilnya pasti akan
jadi luar biasa hebat.
22- Jangan Takut – Lancar
Sahaja
Segala persiapan sudah siap, kini tiba
masa untuk lancarkannya secepat mungkin.
Jangan tunda pelancaran produk kerana
takut ia tidak mendapat sambutan orang
ramai.
Lancar sahaja, pada waktu yang sama
dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang
membeli dan bakal pelanggan. Maklumbalas
ini merupakan info paling berharga buat
bisnes anda, ia akan membantu untuk
menaik taraf lagi kualiti produk atau servis
ke tahap yang lebih bagus lagi.
23- Produk Inovasi
Produk inovasi adalah salah satu
tip yang membuatkan bisnes terus
unggul dan maju. Jangan asyik
bergantung kepada produk lama
sahaja, terokai produk baru yang
akan menyegarkan udara bisnes
anda. Pelanggan setia sentiasa
menanti-nantikan sesuatu yang
baru dari bisnes anda, jangan
kecewakan mereka.
24- Bersabar & Realistik
Anda bukan seorang ahli magik yang
mampu membina empayar besar dalam
sekelip mata. Jadi realistik, kejayaan
tidak akan turun seperti ribuan titisan
air hujan, kejayaan harus ditakluk
dengan tindakan dan kesabaran masa.
Jangan gementar untuk memulakan
perniagaan dengan langkah yang kecil,
percayalah langkah yang kecil ini akan
menjadi berjuta langkah yang pasti
capai kejayaan. Kekalkan bersabar,
realistik & tidak putus asa.
8 STRATEGI
MENGGEMBANGKAN
PERNIAGAAN
1 Membuat catatan kewangan
(cash flow)
Penting sekali kerana didalamnya
terdapat pengiraan modal dan
perbelanjaan segala perbelanjaan
operasi Selain itu, ia dapat
digunakan untuk memohon
pinjaman
2. Menentukan harga jual yang
tepat
Jangan sampai salah menentukan
harga jualan. Semua harga kalau
boleh sudah dihitung jumlah
keuntungan selepas ditolak
dengan harga kos
3. Mengendalikan sumber
manusia dengan baik
Jumlah pekerja harus disesuaikan
dengan keperluan kerja. Hak dan
kewajiban juga harus jelas dan
diketahui oleh pekerja sejak awal
bekerja.
4. Mengasingkan keuntungan
Hasil keuntungan yang disisihkan
antara lain untuk persediaan
mengganti kelengkapan
perniagaan yang rosak atau
menurun fungsinya dan untuk
pengembangan perniagaan.
5. Layanan yang professional
Layanan profesional antara
lainnya, tidak membiarkan
pelanggan menunggu terlalu lama,
mendahulukan pelanggan yang
lebih dahulu dan bersikap ramah.
6. Membuka cawangan
Membuka cawangan adalah salah
satu ciri perniagaan berkembang.
Ia memberikan beberapa
kelebihan, antaranya produk kita
akan lebih dikenali oleh
masyarakat setempat.
7. Menjaga kebersihan dan
kekemasan
Semua faktor dari tempat
perniagaan, pekerja,
kelengkapan tidak boleh luput
dari kebersihan. Termasuk juga
pakaian seragam
8. Kerja keras, bijak, dan
kreatif
Gabungkan ketiga perkara di
atas, maka semua perkara akan
dapat diselesaikan dengan mudah