GPPP 1092 IMPLIKASI GURU BERJIWA PENDIDIK KEPADA DIRI SAYA PELAJAR PPISMP SEJARAH 1 2023/2028
LEE WEN QIAN 1 2 3 Membantu saya sebagai guru pelatih untuk lebih mengembang potensi dan kreativiti saya dalam menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran pada sekolah nanti. Membentuk modal insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi rohani dan intelek. Menjadi role model kepada saya dalam melaksanakan tugas pengurusan dan aktiviti di sekolah.
IVY TING MEE MEE 1 2 3 Sebagai seorang guru pelatih, saya berpeluang untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar saya untuk mencapai potensi tertinggi mereka. Saya dijadikan contoh bagi mereka dari segi dedikasi, semangat dan keinginan untuk belajar. Saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang proses pendidikan. Ini melibatkan bukan sahaja pemahaman bagaimana manusia belajar tetapi juga cara untuk memotivasikan, memberi inspirasi dan membimbing pelajar dengan pelbagai keperluan dan latar belakang.
IRENE SIA PEI NI 1 2 3 Sebagai guru pelatih, saya menggunakan kemahiran interpersonal seperti mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid supaya dapat menjalin hubungan baik dengan murid. Saya menjadi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi. Saya menunjukkan sikap positif dan tidak berat sebalah terhadap pelajar.
WONG WEI QI 1 2 3 Sebagai seorang guru pelatih, saya berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan memperbaharui pengetahuan saya. Saya juga dapat mengetahui bahawa guru haruslah berusaha meneroka pelbagai cabang ilmu supaya dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Saya juga dapat menjadi suri teladan kepada pelajar dalam memupuk perpaduan kaum agar melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Saya dapat melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) semasa pembentangan dan pengajaran.
ADELINE TAN XIN YING 1 2 3 Sebagai guru pelatih, saya akan bersungguh-sungguh memperkembangkan potensi dan pencapaian murid menerusi cara berfikir, nilai dan kelakuan murid yang perlu pada tahap optimum secara berterusan. Saya akan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk memperbaharui pengetahuan dari semasa ke semasa supaya pendekatan pengajaran saya selaras dengan trend pedagogi yang terkini. Saya akan belajar menjadi seorang penyayang untuk menemteramkan jiwa dan memberikan inspirasi kepada murid saya pada masa depan.
TAY XIANG QING 1 2 3 Sebagai seorang guru pelatih, saya berpeluang untuk belajar merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta memastikan matlamat dan objektif yang yang ditetapkan tercapai. Selain itu, saya juga dapat belajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar-pelajar. Di samping itu, sebagai seorang guru pelatih saya bertanggungjawab menjaga akhlak dan etika diri supaya dapat menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar.
CAROL KOO JIA LE 1 2 3 Implikasi guru berjiwa pendidik kepada diri saya adalah membantu saya membina potensi diri seperti cara menguruskan masa, menentukan maklumat dan keutamaan untuk diri, membina kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Selain itu, sebagai seorang guru pelatih saya dapat menambah baik amalan profesional secara berterusan dan mengamalkan pembelajaran dengan baik sepanjang hayat. Seterusnya, saya juga mampu menggunakan pengetahuan tentang isi kandungan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta teknologi seperti penggunaan teknologi dan komunikasi (TMK) dalam membentuk inovasi murid dalam interaksi bersemuka dan persekitaran maya.
KHOO KIT YING 1 2 3 Sebagai seorang guru pelatih, saya berkeupayaan dengan melestarikan pembangunan profesionalisme dengan sentiasa memperbaharui pengetahuan dan meningkatkan kemahiran melalui pembelajaran berterusan Selain itu, saya boleh menggabungkan alat dan sumber kontemporari bagi memaksimumkan pembelajaran isi kandungan menurut konteks untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Seterusnya, guru haruslah memiliki wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan seperti berfikir aras tinggi dan berinovasi tinggi supaya dapat meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid.
LOH CHIN HUI 1 2 3 Antara implikasi guru berjiwa pendidik kepada diri saya adalah pembangunan profesionalisme saya sebagai seorang bakal guru. Saya akan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, saya dapat menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah dengan baik. Guru perlu berkeupayaan dalam perancangan dan pelaksanaan PdP untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Di samping itu, saya memiliki kemahiran teknologi yang dapat membantu saya sebagai seorang bakal guru dalam bidang pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dapat memudahkan dan meningkatkan kecekapan proses PdP. Pada masa yang sama, muridmurid yang berinovasi dapat dilahirkan.
TAY HER WEI 1 2 3 Implikasi guru berjiwa pendidik kepada diri saya termasuklah telah menjadi teladan yang baik kepada saya untuk meningkatkan diri sendiri. Guru berjiwa pendidik mampu menginspirasi dan memberi motivasi kepada guru pelatih untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru berjiwa pendidik mengamalkan etika yang tinggi dan menghayati nilai-nilai pendidikan dalam setiap aspek kehidupan mereka akan dicontohi oleh semua bakal guru. Mereka mengajar bukan hanya untuk memindahkan pengetahuan, tetapi juga untuk membentuk sahsiah pelajar.
DANIEL LEW ZI HAO 1 2 3 Sebagai seorang guru berjiwa pendidik, saya dapat mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan gaya kerja seorang profesional dalam masyarakat global termasuk kemahiran dalam TMK bagi menyokong kejayaan dan inovasi murid. Saya memiliki satu wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berfikir aras tinggi dan mampu berinovasi supaya dapat meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Saya akan menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid seperti hasrat PPPM.
CHEN RUI XIN 1 2 3 Sebagai seorang guru berjiwa pendidik, saya dapat mempamerkan pengetahuan,kemahiran dan gaya kerja seorang profesional inovatif dalam masyarakat global dan digital serta kemahiran global dalam sistem TMK untuk menyokong kejayaan dan inovasi murid. Selain itu, saya berupaya merancang dan melaksanakan proses pengajaran dengan baik serta memastikan pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan. Saya akan memikul amanah yang cukup mencabar bagi mnejadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global.
TAN ZI WEI 1 2 3 Saya dapat mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan melaksanakan tugasan dengan teliti dan sentiasa mengamalkan etika kerja yang baik. Saya akan menjadi teladan yang baik supaya muridnya dapat mencontohi perlakuan yang baik daripada saya. Saya akan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan diri sendiri untuk mempertingkatkan kemampuan profesional sebagai seorang guru. Misalnya, saya akan meningkatkan kemahuan diri tentang teknologi maklumat supaya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan kreatif. Saya akan menggalakkan pelajarnya supaya sentiasa berfikiran positif dan kreatif semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran.
CHIA ZOE 1 2 3 Saya akan memberikan sokongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diperlukan untuk membantu pelajar memahami bahan pembelajaran dengan lebih baik. Selain akademik, saya juga akan membantu pelajar mengembangkan kemahiran kehidupan penting seperti komunikasi, kerja berpasukan dan pemikiran kritis. Saya akan memberikan sokongan emosi dan sosial yang diperlukan oleh pelajar. Ini boleh membantu mereka mengatasi cabaran dan tekanan yang mungkin dihadapi dalam pembelajaran atau kehidupan seharian.
LEE SHAN XIN 1 2 3 Saya berkeupayaan merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta memastikan tercapai matlamat dan objektif yang ditetapakan Saya akan bersungguh-sungguh memperkembangkan potensi dan pencapaian murid menerusi cara berfikir,nilai dan kelakuan murid yang perlu pada tahap optimum secara berterusan Saya akan menggabungkan alat dan sumber kontemporari bagi memaksimumkan pembelajaran isi kandungan menurut konteks untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)