The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 497-1-sarah, 2021-12-19 10:17:29

Aku dan TakdirNya

Cerpen

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN

Semester _2_ Tahun _1_

BMMB2092R

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR
SITI SARAH BINTI SAMSON BAHARI

ANGKA GILIRAN
2021232400015

NO. KAD PENGENALAN
890511-13-6020

KUMPULAN/ UNIT
PDPP BAHASA MELAYU - RENDAH

Pengakuan Pelajar :

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : SarahSamson Tarikh : 20 Disember 2021

Nama Pensyarah PUAN NOORAINI BINTI AB LATIF
Tarikh Serahan
20 Disember 2021 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan :__________________________ Tarikh : __________________

1

CERPEN : AKU DAN TAKDIRNYA

Aku menangis dan menangis lagi, mengenangkan cerita rahsia yang disampaikan oleh ibu dan
kakak kandungku. Sudah beberapa jam aku menangis. Mata kian bengkak. Ibu menghampiriku dan
bersuara, “Awat dengan cek ni?”, “Apa yang tak kena?” Hatiku semakin panas dan rasa mahu
memberontak. “Ibu, cek anak angkatkah?” Itulah pertanyaan awal yang aku persoalkan kepada ibu
angkatku.

Walaupun ketika itu, aku sendiri masih samar-samar antara mahu percaya atau tidak dengan apa
yang disampaikan oleh kakak kandungku. Yang aku tahu saat itu, kasih sayangku tetap
menggunung kepada ibu dan ayah angkatku. Ibu angkatku hanya terdiam dengan pertanyaanku
yang tidak dijangka itu. Diriak wajahnya berkerut menahan kesedihan dan ku lihat, ada air di kelopak
matanya.

Tiba-tiba ibu angkatku bangun dari tempat duduknya dan meluru ke almari kain. Ibu memindahkan
semua bajuku ke dalam beg pakaian dan menghulurkan beg tersebut kepadaku. Aku kehairanan.
Ibu berkata, “Ini beg baju dan cek boleh pi duduk dengan mak cek.” Air mataku mengalir deras. Aku
sedih lagi. Ibu pun berlalu pergi, tinggalkan aku keseorangan di dalam bilik. Aku merapati katil lalu
merebahkan diri. Beg pakaian tadi aku renung tajam. Haruskah aku melangkah keluar dari rumah
ini dan aku menangis lagi. Akhirnya aku tewas dan terasa lelah sekali sehinggakan aku tertidur
hingga keesokan pagi.

Permulaan pagi ini, bagai tiada apa yang berlaku. Aku jalani hari-hariku seperti kanak-kanak yang
lain. Belajar, bermain dan berkawan merupakan tiga aktiviti yang harus ada dalam hidupku. Tanpa
semua itu, warna kehidupanku pasti tercalar lagi. Tiba- tiba cikgu memanggil namaku, “Nurain, bapa
kamu nama Hashim atau Hassan”. Aku sendiri pun tidak pasti untuk menjawab antara nama Hashim
atau Hassan. Aku terkial-kial dengan soalan cikgu itu. Lalu, cikgu berpesan kepadaku membawa
sijil kelahiran pada keesokannya. Sekembalinya dari sekolah, aku terus meminta sijil kelahiranku
daripada ibu angkatku. “Ibu, cikgu nak tengok surat beranak cek. Esok cek kena bawa pi sekolah”.
Ibu cuma mengangguk, sebagai tanda setuju.

Seperti biasa setiap pagi, aku mengurus diri sendiri untuk ke sekolah. Setelah selesai bersiap, ibu
menghulurkan sepucuk sampul surat untuk diberikan kepada guru kelasku. Aku sisipkan sampul itu
ke dalam beg sekolah dan terus bergegas ke sekolah. Setibanya aku di sekolah, dengan pantas

1

aku membuka sampul surat tersebut dan membaca isinya. Aku berdiri kaku setelah selesai
membaca surat itu kerana memang sah, bahawa aku ini hanya anak angkat. Ibu kandungku
bernama Dayang dan bapaku bernama Hashim. Sedangkan, ibu angkatku dipanggil dengan nama
Long Timah dan ayah angkatku terkenal dengan panggilan Long Asan.

Sekembali dari sekolah, aku terus melabuhkan punggungku di belakang rumah tanpa pengetahuan
ibu dan ayah angkatku. Aku ingin mengambil masa untuk bersendirian mengenang nasib yang
menimpa diriku. Aku tertanya-tanya, “Mengapa aku? Ada lagi enam orang anak emak, tetapi
kenapa aku yang dikorbankan berpisah dengan emak, bapa, kakak serta abangku. Sampainya hati
emak dan bapa menidakkan aku. Apakah mereka tidak sayang langsung kepadaku? Lantas,
kenapa mereka memberitahu yang aku ini hanya anak angkat. Apakah tujuan mereka? Adakah
mereka sengaja mahu melukakan hatiku lagi?” Satu-persatu persoalan bermain di mindaku.
Fikiranku jadi tidak menentu. Aku bergelut dengan diriku, perasaanku dan persoalan-persoalan itu.
Aku termenung sendiri dan satu jawapan pun aku tidak dapat fikirkan.

Tanpa aku sedari, air mataku mengalir membasahi pipi. Tanganku yang menggenggam
segumpalan tanah, ku genggam erat. Aku bagai memujuk diriku untuk menerima diriku sebagai
anak angkat yang menumpang kasih ibu dan ayah angkatku. Sekiranya aku kembali ke rumah emak
dan bapa, dapatkah mereka menerimaku seperti mana mereka menerima kakak dan abang
kandungku dan mampukah emak dan bapa menyayangiku seperti mana mereka menyayangi kakak
dan abang kandungku. Aku telah dibuang dari jiwa mereka, lalu apa lagi yang ku harapkan daripada
mereka. Aku sudah tiada upaya untuk memilih tempat untukku inap dan menumpang kasih sayang
yang sedia melimpah ruah ini sehingga dewasa melainkan menerima sahaja keadaan ini.

Usiaku makin meningkat, cemburunya aku melihat kawan-kawan yang memiliki kakak dan abang.
Mereka mendapat bermacam-macam hadiah sempena hari lahir mereka, mereka dibawa ke sana
dan ke sini beriadah menikmati alam ciptaan Tuhan dan mereka juga dapat berkongsi pelbagai
cerita dan rahsia. Tapi aku? Aku meniti kehidupan ini dalam rongga kesunyian. Tiada gelak ketawa
dan gurau senda. Aku hanya sendiri. Masa luangku, kuhabiskan dengan membaca, menulis dan
melukis coretan diri. Dalam benakku tika itu, aku harus bangun dan menyayangi diriku sendiri. Aku
harus berusaha meraih kejayaan untuk masa depanku. Aku sudah tiada siapa-siapa yang
menyayangiku. Aku hanya ada ibu dan ayah angkatku sahaja. Andai mereka pergi meninggalkan
aku, siapa yang akan menjagaku dan dengan siapa lagi yang harusku cari untuk menumpang
secebis kasih. Justeru, aku harus bangkit dengan penuh motivasi untuk berjaya di dunia dan akhirat.

2

Dalam pergelutan perasaan di menengah rendah, aku hanya berjaya mendapat markah cukup-
cukup makan yang membolehkan aku naik ke Tingkatan Empat. Di Tingkatan Empat, cikgu dengan
sinis bertanya tentang markah yang aku dan kawan- kawan perolehi. Sedikit marah pada soalan
cikgu itu, yang memandang hina dengan keputusan yang kami terima. Aku hanya mampu
menunduk, mengenangkan kata-kata cikgu. Dadaku mula mendidih dan membara dengan
celotehan cikgu yang tidak henti-henti mengherdik keputusan periksa yang kami terima. Dalam
solatku, aku bermohon pada Illahi agar aku diberi kekuatan, kebolehan dan kemampuan menempuh
segala ujian yang aku terima selama ini dengan tabah dan sabar. Aku yakin Allah punya
perancangan yang lebih baik buat diriku, tinggal aku yang perlu berusaha lebih lagi.

Tingkatan Empat dapatku habiskan dengan jayanya dan sekarang ini Tingkatan Lima yang akan
menjadi penentu hidupku. Aku makin gigih berusaha untuk meraih sekelumit kejayaan yang boleh
menjadi kebanggaan ibu dan ayah angkatku. Segala apa yang ku rasa, apa yang ku perlu, apa
yang bermain dimindaku, aku catat dan lukis. Manakala, segala fakta dan ilmu aku simpan
semampuku. Aku berjaga malam dengan pelita minyak tanah yang kekal setia menjadi penemanku
demi memperolehi sedikit ilmu. Aku sedari aku bukan di kalangan anak-anak yang bijak, aku cuma
anak-anak biasa di kalangan orang biasa-biasa. Aku harus bangun dan sedar siapa diri aku. Aku
harus berusaha kuat bagi menggapai kejayaan. Pertengahan penggal di Tingkatan Lima,
semangatku semakin membara apabila namaku disebut berkali-kali oleh pengacara majlis untuk
menerima hadiah di atas pentas.

Minggu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ku hadapi dengan tenang. Allah ku dekati dan ku
jadikan tempat mengadu. Selesai sudah musim peperiksaan. Hari-hariku mula berubah. Aku jadi
semakin bimbang, mengenangkan apakah keputusan SPMku. Apakah akan jadi sekiranya aku
gagal SPM? Dimana aku hendak mendapatkan wang untuk mengambil semula peperiksaan? Ya
Allah rumitnya hidupku. Aku mula bersuara kepada ibu angkatku mengenai pekerjaan. “Ibu, cek nak
pi kerja. Boleh tak? ”Ibu membalas, “Nak kerja apa?”. “Kerja kilang”, jawabku. Ibu hanya berdiam
diri tanpa sepatah kata. Aku semakin bingung. Keesokan harinya ibu memberi jawapan, “Ayah tidak
benarkan Ain kerja di kilang, tapi Ain boleh tolong ibu dan ayah di kebun getah mencabut anak
pokok getah yang tumbuh di sekitar kebun.”

Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah. “Ibu, cek setuju. Ibu dan ayah tidak perlu membayar upah
pada cek, cuma cek minta ibu dan ayah bayar duit mengulang periksa SPM sekiranya cek gagal
dalam peperiksaan tersebut, bolehkan ibu?” Ibu hanya mengangguk. Aku puas atas persediaan

3

yang ku buat demi sehelai sijil. Mulai hari itu, setiap pagi aku menjalankan tugasku sebagai
pencabut anak pokok getah di kebun getah milik ibu dan ayah angkatku. Aku bersungguh-sungguh
melaksanakan tugasku. Suasana di kebun getah kelihatan lapang dan mendamaikan. Pergerakan
ibu dan ayah angkatku untuk menoreh getah nanti pun akan lebih mudah.

Keputusan SPM akan diumumkan hari ini. Hari yang ku nantikan telah tiba. Badanku mula seram
sejuk. Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Ayah angkatku yang baru balik dari pekan bertanya,
“Ha, cek tak pi ambik keputusan lagi ka?” Aku membalas, “Belum lagi ayah, cek takut.” Walau berat
hendak melangkah, walau pahit untuk menerima, aku memujuk diriku agar melangkah jua,
menerima apa sahaja keputusan dan redha dengan ketentuan Illahi. Sepanjang jalan masuk ke
halaman sekolah menengah ku lihat ada rakan yang senyum sampai ke telinga, ada yang tunduk
sedih dan pelbagai ragam. Tanganku sejuk seperti ais, malah lagi hampir aku dengan pejabat lagi
cepat jantungku berdegup. Ya Allah, berilah aku kekuatan mental untuk menghadapinya.

Setibanya di pejabat, aku diberi keputusan SPM milikku. Allahhuakbar, menitis air mataku.
Alhamdulillah atas ketentuanMu Ya Allah. Aku lulus cemerlang. Aku terus balik ke rumah tanpa
berjumpa mana-mana rakan pun kerana aku tidak sabar hendak menyampaikan kepada ibu dan
ayahku. Setibanya di rumah, aku terus menjerit memangil ibu dan ayah. Sejurus aku melihat kelibat
ibu, aku terus meluru memeluk ibuku, “Ibu, ayah cek lulus cemerlang.” Keduanya mengucapkan
Alhamdulillah. Kami bertiga berpelukan erat. Jauh di sudut hatiku berkata, “Ya Allah, terima kasih
di atas percaturanMu yang indah ini, yang telah membawaku ke bawah payung kasih kedua ibu
dan ayah angkatku ini.”

Keputusan SPM ku ini telah merubah kehidupanku dan keluarga angkatku. Aku kini sudah bergelar
seorang guru besar yang telah berkhidmat hampir 33 tahun. Sesungguhnya Ya Allah, aku bersyukur
dan redha atas setiap peracaturanMu sepanjang hidupku dan takdirMu ke atas diriku.

Kenapa aku
Itulah persoalan yang kutangisi dalam hati
Itulah persoalan yang kutimbulkan kepada indukku
Itulah persoalan yang bermain dimindaku dari kecil hingga remajaku
Itulah persoalan yang jawapannya amat ku tunggu.

4

Masa berlalu tanpa menunggu
Persoalan terbiar, terbelenggu
Tanpa jawapan ia berlalu.

Namun
Dalam meniti masa
Masa telah mengajarku
Mengajar aku erti sebuah kehidupan
Ketentuan dan kehidupan
Takdir dan rahmatNya
Semua memerlukan kesabaran dan keredhaan.

Kini
Persoalan bagai terpadam sendiri
Jawapan telah mendap dinurani
Aku pasrah dan redha
Kejayaan demi kejayaan aku meniti
Dari seorang aku yang hingusan
Hingga seorang aku yang kini.

Ya Allah
Ampunilah aku atas semua persoalanku
Ampunilah aku atas kelemahanku
Aku bersyukur Ya Allah atas ketentuanMu.

(1564 pp)
5


Click to View FlipBook Version