GGGE 6733
PENGURUSAN TADIKA CEMERLANG
TAJUK KAJIAN ARTIKEL:
TUGASAN 2
KAJIAN PDPC PRASEKOLAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
DISEDIAKAN UNTUK:
Dr.KAMARIAH ABU BAKAR
\
DISEDIAKAN OLEH:
SHARMILI NAIR A/P VARGAVAN (P99302)
KERTAS KONSEP
KAJIAN PDPC PRASEKOLAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
Sharmili Nair A/P Vargavan,
DR.Kamariah Abu Bakar
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
1.0 PENGENALAN
Menurut Zalikha (2018), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah
dilancarkan untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dengan
perkembangan dunia semasa. Berdasarkan laporan tahunan 2016 Pelan Pendidikan
Pembangunan Malaysia (PPPM), enrolmen tadika telah menunjukkan peningkatan
iaitu, 85.6% bagi tadika kerajaan dan 51.9% bagi tadika swasta (KPM 2017). Laporan
juga mencatatkan bahawa bilangan kelas tadika telah bertambah menjadikan
keseluruhan jumlah kelas tadika sebanyak 49, 851 buah kelas. Bilangan tadika awam
bertambah sebanyak 125 buah, manakala bagi tadika swasta bertambah sebanyak
2,240 buah kelas. Ini menujukkan pendidikan awal kanak-kanak amat penting kepada
kanak-kanak dimana mereka akan mula memperkembangkan diri secara menyeluruh
dari semua aspek iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan juga Sosial
sebelum kanak-kanak melangkah kaki ke alam persekolahan.
Prasekolah merupakan Pendidikan Awal kanak-kanak yang dilaksananakan bagi
kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan awal
sebelum melangkahkan kaki ke alam persekolahan iaitu Tahun Satu oleh
Kementerian Pendidikan. Peringkat awal kanak-kanak adalah peringkat yang paling
penting dalam perkembangan, tingkah laku dan pembentukan personaliti (Nor Nazimi
et al., 2017). Menurut Sandra Rahman (2013), Akta Pendidikan 1996, pendidikan
prasekolah merupakan sebuah program pendidikan yang dilaksanakan bertujuan
untuk mencungkil dan memperkembangkan potensi seseorang individu secara
menyeluruh dan bersepadu pada usia kecil lagi dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial (JERIS) melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
yang menyeronokkan. Hal ini kerana murid-murid prasekolah diibaratkan seperti kain
putih dimana mereka boleh dicorak menjadi seorang yang berwibawa dari pelbagai
aspek. Jelas menunjukkan bahawa guru prasekolah adalah merupakan seorang
individu yang amat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dari kecil lagi.
Juteru itu, guru prasekolah haruslah merupakan seorang yang berkualiti dan cekap
dalam semua aspek.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Prasekolah saya merupakan sebuah prasekolah kerajaan dimana ia diberada di
kawasan sekolah. Nama sekolah saya adalah SJKT Air Kuning Selatan di
Gemencheh, Negeri Sembilan. Sekolah saya merupakan sekolah luar bandar dan
merupakan sekolah SKM iaitu sekolah yang kurang murid. Sekolah ini juga
mempunyai sebuah prasekolah. Pada tahun ini, keseluruhan murid sekolah saya
termasuk murid prasekolah, hanya 35 orang murid sahaja. Ini kerana, ramai
penduduk telah berpindah ke kawasan yang lebih maju lagi. Selain itu, ibu bapa yang
berada di kawasan ini mempunyai masalah pengangkutan. Oleh itu, mereka
menghantar anak mereka ke sekolah yang berdekatan dengan mereka. Keadaan ini
menyebabkan sekolah kami kurang murid.
3.0 METODOLOGI
3.1 PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap tujuh orang murid prasekolah iaitu empat orang
murid lelaki manakala tiga orang murid perempuan. Manakalah, antara tujuh orang
murid prasekolah, tiga orang daripada mereka adalah murid enam tahun. Maka,
empat orang lagi adalah murid lima tahun. Murid-murid prasekolah dari kawasan ini
adalah murid-murid yang datang dari keluarga yang miskin dan sosioekonomi yang
rendah serta mempunyai masalah keluarga.
3.2 LOKASI KAJIAN
Sekolah ini merupakan sekolah dari kawasan Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Ini
merupakan sebuah prasekolah yang ditubuhkan di kawasan sekolah SJKT Air Kuning
pada tahun 2007. Saya merupakan guru prasekolah yang keempat yang mula
berkhidmat di prasekolah tersebut mulai tahun 2017. Prasekolah tersebut telah
ditubuhkan mengikut kreateria yang perlu ada di sebuah prasekolah kerajaan.
3.3 TEMPOH KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula
berkuatkuasa di Malaysia. Malah, pemberian aktiviti semasa Perintah Kawalan
Pergerakan mula diberikan pada 26 March 2020 sehingga 30 Jun 2020. Tempoh
kajian ini dijalankan selama tiga bulan.
3.4 BENTUK DAN KAEDAH KAJIAN
Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya telah menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan latihan dalam ‘Group WhatsApp’
ibu bapa. Saya juga telah membuat jadual untuk memberikan latihan kepada
murid-murid secara sistematik. Saya akan memberikan latihan atau aktiviti pada hari
Isnin hingga Jumaat dengan memberikan latihan matapelajaran yang berbeza. Saya
hanya fokuskan matapelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Tamil, Matematik dan Sains. Berikut adalah jadual pemberian latihan mengikut
matapelajaran.
Gambar 1
Gambar 1 diatas menunjukkan jadual yang saya gunakan untuk memberikan
aktiviti atau latihan kepada murid-murid Prasekolah SJKT Air Kuning Selatan semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan membuat jadual ini, saya dapat
memberikan tugasan atau latihan kepada murid-murid prasekolah dengan mudah
sekali. Pada masa yang sama, dengan menggunakan jadual ini, saya dapat
memberikan aktiviti atau latihan berdasarkan lima matapelajaran yang amat penting
kepada murid-murid prasekolah.
3.5 TATACARA KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian ini dengan menggunakan empat langkah yang utama
agar ia dapat memberikan efektif yang bagus kepada murid-murid. Sebagai langkah
pertama, berdasarkan Gambar 1 dibawah, saya akan memberikan tugasan atau
aktiviti kepada murid-murid prasekolah di dalam Group Whatsapp ibu bapa setiap hari
Isnin hingga Jumaat mengikut matapelajaran yang telah saya tetapkan. Pada masa
yang sama, saya juga telah memasukkan pihak pentadbir sekolah saya iaitu Guru
Besar, GPK 1, GPK Hem dan juga GPK Koku dalam Group Whatsapp ibu bapa
supaya mereka juga dapat membuat pemantauan. Berikut adalah gambar langkah 1.
Gambar 2 Langkah 1 : Pemberian Tugasan Bagi Murid-Murid Prasekolah
Gambar 2 menunjukkan bahawa saya telah memberikan tugasan 23 Jun 2020
bagi semua murid prasekolah yang berkaitan dengan matapelajaran Sains dan
Inggeris di dalam Group Whatsapp ibu bapa prasekolah pada 22 Jun 2020. Saya juga
telah memberikan cara pelaksanaan aktiviti tersebut di rumah oleh ibu bapa. Dengan
ini, ibu bapa dapat melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru secara sistematik.
Ia dapat mempermudahkan urusan guru dan juga ibu bapa semasa menjalankan
tugasan yang diberikan oleh guru.
Sebagai langkah keduanya adalah setelah murid-murid menyiapkan tugasan, ibu
bapa haruslah menangkap tugasan tersebut atau merakam aktiviti yang diberikan
serta perlu uploadkannya di dalam Group WhatsApp ibu bapa. Dengan ini, saya
dapat menilai bahawa tugasan yang saya berikan, telah dilaksanakan oleh
murid-murid dengan bantuan ibu bapa mereka. Jelas menunjukkan bahawa, ibu bapa
memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Berikut adalah Gambar 3 yang menunjukkan
pelaksanaan langkah yang kedua.
Gambar 3 Langkah 2 : Penghantaran Tugasan oleh Ibu Bapa
Gambar 3 menunjukkan bahawa ibu bapa bagi murid prasekolah yang bernama
Divinaash telah screenshotkan latihan yang diberikan dan hantar di dalam Group
Whatsapp Ibu bapa setelah selesai disiapkan. Dengan ini, saya dapat mengetahui
bahawa murid tersebut telah menyiapkan tugasan yang telah saya berikan. Ini akan
menjadi bukti kepada saya bahawa murid tersebut telah menyiapkan tugasan yang
saya berikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam group Whatsapp.
Sebagai langkah ketiga pula, saya akan memberikan peneguhan positif kepada
murid-murid yang telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru supaya
mereka akan berasa diri mereka dihargai oleh guru. Pada masa yang sama, saya
juga turut akan memberikan peneguhan positif kepada ibu bapa murid tersebut
kerana sanggup memberikan kerjasama kepada guru untuk menjalankan tugasan
yang diberikan serta uploadkannya di dalam Group Whatsapp Ibu Bapa. Dengan ini,
ibu bapa juga akan berasa sangat gembira dan akan memberikan kerjasama yang
sepenuhnya kepada guru dengan baik. Pada masa yang sama, mereka juga akan
berasa dirinya dihargai oleh guru. Oleh itu, ibu bapa bagi murid-murid prasekolah
saya dapat memberikan kerjasama dengan sepenuhnya. Ia dapat membantu saya
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dengan jayanya selama tiga bulan iaitu dengan memberikan 58
tugasan. Berikut adalah Gambar 4 yang menunjukkan pelaksanaan langkah ketiga.
Gambar 4 Langkah 3 : Pemberian Peneguhan Positif kepada Murid-murid dan
Ibu Bapa
Gambar 4 menunjukkan bahawa saya telah memberikan peneguhan positif
kepada murid-murid dan ibu bapa yang menghantar tugasan berserta dengan tarikh
tugasan sebagai bukti penghantaran tugasan. Dengan ini, saya bukan sahaja dapat
menarik perhatian ibu bapa dan murid-murid, manakala saya juga dapat menyiapan
sebagai bukti penghantaran tugasan oleh murid-murid.
Pada masa yang sama, sebagai langkah keempat, saya juga akan memasukkan
nama murid yang telah menghantar tugasan dalam group whatsapp ibu bapa. Berikut
adalah Gambar 5 yang menunjukkan pelaksanaan langkah keempat.
Gambar 5 Langkah 4 : Senarai Nama Murid Yang Menghantar Tugasan
Mengikut Tarikh Tugasan
Gambar 5 diatas menunjukkan pelaksanan langkah keempat iaitu senaraikan
nama murid yang telah menghantar tugasan mengikut tarikh tugasan yang diberikan.
Tujuan langkah ini dijalankan agar ia dapat membantu guru untuk mengenalpasti
murid-murid yang telah menghantar tugasan dan murid yang belum menghantar
tugasan. Ini juga dapat menjadikan rujukan oleh ibu bapa untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru prasekolah. Langkah keempat ini juga merupakan langkah
yang amat penting dan perlu dilakukan supaya guru dapat mengenalpasti
murid-murid yang menghantar tugasan dan juga murid-murid yang tidak menghantar
tugasan. Inilah merupakan langkah-langkah yang telah saya gunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dengan jayanya.
3.6 ANALISIS DATA
Saya telah menggunakan pelbagai data dalam menjalankan kajian tentang
pengajaran dan pembelajaran prasekolah semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Antaranya adalah seperti berikut :
Gambar 6 Pelbagai Kaedah Pdpc yang Dijalankan Semasa PKP
Berdasarkan gambar 6 diatas, saya telah menggunakan sembilan kaedah aktiviti
yang berbeza semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa
Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Antaranya adalah lembaran kerja,projek,
pembacaan kendiri, powerpoint perkataan dengan adanya audio perkataan, ejaan,
online games, latihan dalam google form, experiament, dan Quizzzzi. Kesemua
kaedah tersebut memberikan manfaat kepada murid-murid prasekolah
4.0 DAPATAN KAJIAN
Pelbagai kaedah telah digunakan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Antaranya adalah
seperti berikut :
4.1 Lembaran Kerja
Saya telah menggunakan lembaran kerja sebagai salah sebuah aktiviti dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Saya telah memberikan latihan bagi semua matapelajaran melalui lembaran kerja.
Pada masa yang sama, saya juga telah memberikan lembaran kerja yang berbeza
berdasarkan umur murid prasekolah iaitu lima tahun dan enam tahun. Sebagai
contohnya, jika saya memberikan latihan operasi tambah kepada semua murid, saya
akan memberikan latihan operasi tambah yang susah bagi murid-murid enam tahun.
Manakala, saya akan memberikan latihan operasi tambah yang mudah bagi
murid-murid lima tahun. Gambar 7 dan Gambar 8 dibawah merupakan bukti latihan
lembaran kerja yang telah saya berikan mengikut umur murid.
Gambar 7 Lembaran kerja Murid 6 tahun Gambar 8 Lembaran Kerja 5 tahun
Saya berbuat demikian kerana murid-murid enam tahun mempunyai tahap
penguasaan yang lebih tinggi berbanding dengan murid-murid lima tahun. Oleh itu,
saya telah memberikan latihan melalui lembaran kerja berdasarkan keupayaan dan
tahap umur mereka. Ia dapat memastikan murid-murid berasa mudah untuk membuat
lembaran kerja yang telah saya berikan. Pada masa yang sama, ia juga dapat
meningkatkan tahap penguasan kanak-kanak mudah sekali. Justeru itu, pada
pendapat saya, semua guru perlu memberikan latihan berdasarkan tahap
penguasaan murid-murid prasekolah agar mereka dapat menguasai sesuatu perkara
dengan mudah sekali.
4.2 Projek
Saya telah menggunakan aktiviti projek juga sebagai salah sebuah aktiviti dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Saya telah menjalankan pelbagai projek terutamanya dalam matapelajaran Sains dan
English (CEFR) bagi murid-murid prasekolah. Antara contoh aktiviti projek yang telah
saya jalankan semasa PKP adalah Projek menghasilkan kitaran hidup rama-rama,
Projek tenggelam timbul, Projek menghasilkan Shapes Mini Book dan sebagainya.
Gambar 9 menunjukkan gambar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan projek.
Gambar 9 Projek-projek
Semasa aktiviti tersebut dijalankan oleh murid-murid, ibu bapa haruslah
merakam video dan uploadkannya di dalam group whatsapp ibu bapa. Ini adalah
sebagai bukti bahawa murid tersebut telah menjalankan tugasan yang diberikan oleh
guru semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa yang sama, kesemua
aktiviti projek tersebut mempunyai kesamaan yang tersendiri. Iaitu adalah kesemua
aktiviti tersebut telah dijalankan oleh murid-murid bersama-sama dengan ibu bapa
mereka. Dengan ini, secara tidak langsungnya, murid-murid dapat mewujudkan
hubungan yang erat bersama-sama dengan ibu bapa mereka semasa projek
dilaksanakan bersama dengan ibu bapa.
Selain itu, dengan adanya pembelajaran melalui projek, tahap penguasaan
murid-murid terhadap sesuatu perkara akan menjadi lebih meningkat berbanding
dengan pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’ sahaja. Menurut Evania (2017),
pendekatan High Scope juga menyokong bahawa pembelajaran melalui projek
merupakan salah sebuah aktiviti yang diberi keutamaan. Pendekatan ini beranggap
bahawa murid-murid akan mempelajari sesuatu dengan melakukan penerokaan
kendiri. Oleh itu, pendekatan High Scope menekankan pembelajaran berasaskan
projek. Jelas menunjukkan bahawa ini merupakan sebuah aktiviti yang amat menarik
dan perlu digunakan setiap kali bagi murid-murid prasekolah oleh guru prasekolah.
4.3 Pembacaan kendiri
Saya juga telah menggunakan aktiviti pembacaan kendiri sebagai salah sebuah
aktiviti semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran waktu Perintah Kawalan
Pergerakan. Saya telah menjalankan aktiviti pembacaan kendiri terutamanya bagi
matapelajaran bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil
berdasarkan umur murid-murid. Gambar 10 menunjukkan aktiviti pembelajaran
kendiri yang dijalankan semasa PKP.
Gambar 10 Aktiviti Pembelajaran Kendiri
Keunikkan yang terdapat dalam aktiviti pembelajaran kendiri adalah murid-murid
akan belajar membaca perkataan, frasa dan ayat dengan melakukan penerokaan
kendiri tanpa bergantung kepada ibu bapa. Saya telah mereka sebuah bahan bacaan
powerpoint berserta dengan audio sebutan perkataan. Murid-murid hanya perlu
membuka powerpoint dan membaca perkataan tersebut dengan bantuan audio
sebutan perkataan. Dengan ini, murid-murid dapat membaca perkataan tersebut
dengan mudah sekali. Saya telah merekodkan audio sebutan bagi setiap perkataan
dan masukkannya di dalam powepoint. Ini dapat memudahkan murid-murid untuk
membaca perkataan tersebut dengan mudah sekali. Di sini berlakunya penerokaan
kendiri oleh kanak-kanak di rumah. Gambar 11 dibawah menunjukkan contoh bahan
bacaan powerpoint berserta dengan audio sebutan perkataan.
Gambar 11 Bahan Bacaan Powerpoint berserta dengan audio sebutan
perkataan.
Cara pelaksanaan pembelajaran kendiri adalah sebagai contohnya, saya akan
memberikan latihan membaca perkataan KV+KV kepada murid lima tahun manakala,
memberikan latihan membaca frasa mudah kepada murid-murid enam tahun pada
minggu pertama. Setelah itu, saya akan memberikan latihan yang lebih advance
dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sama seperti minggu pertama
kepada murid lima tahun dan murid enam iaitu murid lima tahun membaca frasa kecil
seperti buku saya. Manakala, murid enam tahun pula akan membaca ayat yang
panjang seperti Saya suka makan roti kaya. Ibu bapa haruslah merakam video
semasa murid sedang menjalankan pembacaan kendiri dan uploadkannya di dalam
group whatsapp ibu bapa. Pada akhir minggu, saya dapat lihat melalui rakaman video
bahawa bukan sahaja murid enam tahun, malah murid lima tahun juga dapat
membaca ayat tanpa dieja dengan betul.
Jelas menunjukkan bahawa walaupun pengajaran dan pembelajaran dijalankan
di atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan, malah dengan adanya aktiviti ini
saya dapat meningkatkan tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid
prasekolah yang berumur lima tahun dan enam tahun serta ia dapat mewujudkan
pembelajaran kendiri di rumah.
4.4 Ejaan
Saya juga telah memberikan ejaan sebagai salah sebuah aktiviti semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran waktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Saya akan memberikan ejaan setelah pembelajaran kendiri dilaksanakan. Setelah
ejaan diberikan, ibu bapa haruslah menandakan ejaan tersebut dan memberikan
markah serta perlu meletakkan tandatangan berserta dengan tarikh. Jika murid
mendapat salah, ibu bapa haruslah menyuruh murid tersebut membuat pembetulan.
Setelah itu, ibu bapa haruslah snap gambar ejaan dan uploadkannya di dalam group
whatsapp. Ini adalah cara saya menyuruh ibu bapa untuk melaksanakan aktiviti ejaan.
Gambar 11 dibawah menunjukkan contoh gambar pemberian ejaan.
Gambar 12 Aktiviti Ejaan
Aktiviti ejaan ini diberikan supaya dapat meningkatkan tahap pengukuhan
mereka terhadap bahan yang mereka baca. Sebagai contohnya, jika minggu pertama
murid-murid membaca lima perkataan. Maka, minggu kedua pula, saya akan
memberikan ejaan bagi lima perkataan tersebut. Ini kerana dengan memberikan
ejaan, mereka dapat menghafal perkataan, frasa dan ayat dengan mudah sekali. Ini
dapat meningkatkan tahap pengukuhan terhadap bahan yang mereka baca. Bukan
sahaja dapat membaca perkataan, frasa dan ayat, manakala murid-murid juga dapat
menulis perkataan, frasa dan ayat dengan mudah sekali.
4.5 Online games
Saya juga telah memberikan online games sebagai salah sebuah aktiviti semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran waktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Sepertimana yang kita sedia maklum, naluri kanak-kanak adalah bermain. Menurut
Emakayah (2019), Montessori menekankan bahawa semua kanak-kanak perlu
belajar melalui bermain. Pada masa yang sama, Aku (2013), juga menekankan
bahawa penggunaan gadjet juga merupakan salah sebuah aspek yang ditekankan
dalam pendekatan Maria Montessori. Oleh itu, saya telah memberikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti Online Games yang menggunakan smart
phone. Berikut adalah Gambar 13 yang menunjukkan aktiviti pembelajaran melalui
Online Games.
Gambar 13 Online Games
Cara saya menjalankan aktiviti Online Games adalah saya akan memberikan link
permainan di dalam group whatsapp. Setelah itu, ibu bapa haruslah memberikan
game tersebut kepada murid-murid untuk bermain di rumah. Setelah itu, ibu bapa
haruslah uploadkan markah di dalam group. Inilah cara saya menjalankan aktiviti
Online Games ini.
Pada pendapat saya, Online Games merupakan sebuah permainan yang dapat
menarik perhatian murid-murid prasekolah. Melalui Online Games ini, bukan sahaja
kanak-kanak dapat bermain malah mereka juga dapat mempelajari sesuatu dengan
mudah sambil bermain. Dengan ini, mereka akan berasa sangat gembira. Tujuan
saya berikan aktiviti pembelajaran melalui Online Games adalah supaya dapat
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang tidak membosankan murid-murid
serta dapat menarik perhatian mereka. Ini merupakan sebuah aktiviti yang sangat
menarik bagi kanak-kanak.
4.6 Latihan dalam Google Form
Saya juga telah memberikan latihan di dalam Google Form semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Saya telah
mereka sebuah latihan Google Form bagi matapelajaran matematik dalam topik
mengenal urutan nombor menaik dan menurun. Saya telah mengedarkan link dalam
group whats app ibu bapa. Setelah itu, murid-murid harus membuat latihan di dalam
Google Form tersebut dan menghantarkannya di dalam group whatsapp ibu bapa. Ini
merupakan salah sebuah latihan yang boleh diberikan selain daripada lembaran kerja.
Ia dapat menarik perhatian murid-murid prasekolah. Gambar 14 menunjukkan latihan
yang diberikan di dalam Google Form.
Gambar 14 Latihan dalam ‘Google Form’
4.7 Experiament
Saya juga telah memberikan aktiviti Experiament semasa menjalankan pengajaran
dan pembelajaran waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Saya telah memberikan
banyak aktiviti experiament bagi matapelajaran Sains. Berdasarkan pendekatan High
Scope, experiament merupakan salah sebuah aktiviti yang diberi keutamaan dalam
matapelajaran Sains. Pendekatan High Scope menekankan pembelajaran
berdasarkan experiament. Pendekatan ini beranggap bahawa murid-murid akan
mempelajari sesuatu dengan melakukan penerokaan kendiri melalui experiament.
Oleh itu, pendekatan High Scope menekankan pembelajaran berasaskan
experiamenr. Oleh itu, saya telah memberikan aktiviti experiament kepada
murid-murid semasa PKP terutamanya bagi matapelajaran Sains.
Antara experiament yang saya berikan adalah experiament tenggelam timbu.
Semasa projek ini jalankan, ibu bapa hanya perlu menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan untuk menjalankan experiament ini. Setelah itu, murid-murid perlu
meneroka sendiri dan mengetahui barang yang tenggelam dan timbul di dalam air
dengan menjalankan experiament ini. Semasa murid menjalankan experiament ini,
ibu bapa haruslah merakam video dan uploadkannya di dalam whatsapp group ibu
bapa. Setelah itu, saya telah memberikan aktiviti lembaran kerja kepada murid-murid
untuk meningkatkan pengukuhan terhadap experiament yang telah mereka lakukan
di rumah. Berikut adalah Gambar 14 yang menunjukkan pelaksanaan Experiament
Tenggelam Timbul di rumah.
Gambar 15 Experiament Tenggelam Timbul
Melalui tugasan tersebut, saya dapati murid-murid dapat mengenalpasti
barang-barang yang akan timbul di atas air dan barang yang akan tenggelam di
dalam air. Jelas menunjukkan bahawa dengan menjalankan aktiviti experiament ini,
murid-murid prasekolah dapat mempelajari sesuatu dengan mudah sekali tanpa
diajar oleh guru. Jelas menunjukkan bahawa, aktiviti penerokaan kendiri dapat
meningkatkan daya ingatan yang tinggi tentang sesuatu perkara.
5.0 PERBINCANGAN
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan banyak kesan kepada pelbagai pihak iaitu
murid-murid, ibu bapa dan juga guru. Antaranya adalah seperti berikut:
5.1 Kesan kepada murid-murid
5.1.1 Kesan Baik : Murid mempelajari pelbagai perkara
Dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
kaedah dan aktiviti semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
murid-murid prasekolah, murid-murid telah dapat mempelajari pelbagai perkara yang
sesuai dengan tahap perkembagan dan usia kanak-kanak dengan hanya berada di
rumah. Dengan menjalankan pelbagai aktiviti, saya mendapati bahawa tahap
penguasaan murid-murid lima tahun dan enam tahun meningkat. Sebagai contohnya,
murid lima tahun dapat membaca ayat mudah yang diberikan untuk murid enam
tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid-murid meningkatkan
secara mendadak.
5.1.2 Kesan Baik : Wujud sikap rajin
Selain itu, melalui pengajaran dan pembelajaran semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan, saya juga dapat meningkatkan sikap rajin terhadap murid-murid
prasekolah. Sebagai contohnya, saya sentiasa akan memberikan pujian kepada
kanak-kanak selepas mereka menghantar tugasan yang diberikan oleh guru serta
memberikan ranking nombor berdasarkan penghantaran tugasan. Ini juga
menyebabkan murid-murid rajin menghantar tugasan yang diberikan oleh guru
dengan secepat mungkin untuk mendapatkan ranking nombor satu. Jelas
menunjukkan bahawa pemberian pujian dapat meningkatkan tingkah laku yang
diingini oleh guru. Selain itu, dengan ini mereka akan mula berasa diri mereka
dihargai oleh guru. Oleh itu, mereka sentiasa menunjukkan tingkah laku yang diingini
oleh guru. Pada masa yang sama, emosi kanak-kanak juga terjamin. Dengan ini,
saya dapatlah meningkatkan sikap rajin terhadap tingkah laku kanak-kanak.
5.1.3 Kesan Baik : Wujud hubungan baik dengan ibu bapa
Tambahan pula, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan secara tidak langsungnya, murid-murid dapat
mewujudkan hubungan yang erat bersama-sama dengan ibu bapa mereka semasa
menjalankan projek bersama-sama dengan ibu bapa. Ini merupakan sebuah aspek
yang penting dalam hubungan anak dan ibu atau bapa. Sebelum ini, mereka tidak
mempunyai masa untuk meluangkan masa atau membuat projek bersama-sama
dengan ibu bapa. Malah, dengan adanya PKP kanak-kanak mendapat masa untuk
diluangkan bersama dengan ibu bapa dengan melaksanakan pelbagai aktiviti.
5.1.4 Kesan Baik : Penerokaan kendiri
Selain itu, dengan adanya pembelajaran melalui experiament, murid-murid dapat
mempelajari sesuatu perkara melalui penerokaan kendiri. Penerokaan kendiri
merupakan sebuah aspek yang paling penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap
kanak-kanak sejak kecil lagi. Dengan ini, murid-murid akan mula mempelajari sesuatu
melalui penerokaan kendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Pada masa yang
sama, melalui aktiviti experiament ini, murid-murid prasekolah dapat juga
mempelajari sesuatu dengan mudah sekali tanpa diajar oleh guru. Jelas
menunjukkan bahawa, aktiviti penerokaan kendiri dapat meningkatkan daya ingatan
yang tinggi tentang sesuatu perkara.
5.1.5 Kesan Buruk : Tulisan semakin comot
Jika ada kesan baik sudah semestinya di situ ada kesan buruk. Kesan buruk kepada
murid-murid apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui talian
semasa Perintah Kawalan Pergerakan adalah tulisan murid menjadi semakin comot.
Sebelum PKP saya telah mengajar murid-murid cara menulis dalam buku single line
dan double line dengan betul. Malah, semasa PKP murid-murid tidak menulis seperti
mana yang saya telah ajar. Tulisan mereka juga tidak kemas dan semakin comot.
Tulisan memainkan peranan penting dalam Kurikulum Standard kandungan
Prasekolah. Ini adalah sebuah kesan buruk yang dapat saya lihat.
5.2 Kesan kepada guru
5.2.1 Kesan Baik : Meningkatkan tahap penguasan kanak-kanak
Dengan menjalankan pelbagai aktiviti, guru dapat meningkatkan tahap penguasaan
kanak-kanak dengan mudah sekali. Sebagai contohnya, apabila guru memberikan
aktiviti kanak-kanak yang menggunakan gadjet untuk membaca perkataan, frasa dan
ayat bahasa inggeris, kanak-kanak berasa mudah untuk menguasai bahasa inggeris
tanpa bergantung kepada ibu bapa semata-matanya untuk mempelajari bahasa
inggeris. Dengan ini, tahap penguasaan dalam mereka dapat ditingkatkan.
5.2.2 Kesan Baik : Guru berpeluang untuk menjalankan PDPC
dalam talian.
Sebelum ini, guru hanya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas kepada murid-murid prasekolah. Malah, semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), guru prasekolah berpeluang untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
melalui talian iaitu dengan memberikan aktiviti dalam Group Whats app ibu bapa. Ini
adalah satu pengalaman yang berbeza. Keadaan ini juga dapat menekankan bahawa
pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dimana-mana jua tanpa
menggunakan sebarang alat-alat bantuan mengajar.
5.2.3 Kesan Buruk : Guru tidak dapat menjalankan PDPC seperti
dirancang di dalam Rancangan Mingguan.
Dengan menjalankan Pdpc semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), guru tidak
dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang pada awal
tahun. Pada masa yang sama, murid juga banyak ketinggalan walaupun guru
menjalankan pdpc semasa PKP. Oleh itu, guru terpaksa mengejar masa untuk
menghabiskan standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
5.3 Kesan kepada ibu bapa
5.3.1 Kesan Baik : Ibu bapa memberikan kerjasama
Ibu bapa menjadi insan yang penting dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini kerana, dalam hal ini,
guru hanya menjadi pembimbing sahaja. Malah, ibu bapa yang akan menjalankan
tugasan yang diberikan oleh guru di rumah. Dalam hal ini, kebanyakkan ibu bapa
memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dengan baik sekali.
5.3.2 Kesan Buruk : Menghantar tugasan lambat
Walaupun ibu bapa memberikan kerjasama semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran, malah ada segelintir ibu bapa yang tidak menghantar tugasan pada
masa atau tarikh yang telah ditetapkan. Mereka menghantar tugasan dengan begitu
lambat sekali. Ini menyebabkan guru terpaksa meminta ibu bapa untuk menghantar
tugasan yang diberikan. Ini menjadi masalah kepada guru.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun pengajaran dan pembelajaran prasekolah dijalankan
semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetapi masih dapat menjalankan pdpc
alaf ke-21 dengan menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti yang menarik.
Keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dijalankan memberikan kesan yang baik
kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Oleh itu,
kita sebagai guru, haruslah memilih menggunakan pelbagai pendekatan dan aktiviti
menarik semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam supaya
pengajaran dan pembelajaran kita lebih berefektif. Melalui kajian ini jelas bahawa,
pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dimana-mana jua kita berada.
7.0 RUJUKAN
Aku.2013. Maria Montossori. Doi :http://akucintadie.blogspotcom/2013/03/maria-mon
tossori.html
Emakayah. 2019. Pendekatan Popular Pendidikan Awal Kanak-kanak : Memahami
Montessori, Waldorf & Reggio Emilia. Doi :https://emakayah.com/2019/11/27/tiga
-pendekatan-popular-pendidikan-awal-kanak-kanak/
Evania.2017. Pembelajaran Dengan Teori High Scope. Doi: http://evaniapendidikan.
blogspot.com/2017/04/pembelajaran-dengan-teori-high-scope.html
Nor Nazimi M. Mustaffa, Jaffary Awang & Aminuddin Basir@Ahmad. 2017. Teori
Maslow dan Kaitannya dengan Kehidupan Muslim. Jurnal Hadhari 9 (2) :
275-285.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025. (2012). Kementerian
Pendidikan Malaysia. Doi :http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-
pendidikan-malaysia-2013-2025
Sandra Rahman. 2013. Penggunaan Ict Merentas Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK): Tinjauan Di Prasekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia. Doi :http://jice.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/7964
Zalikha.2018. Ciri-ciri Tadika Berkualiti Doi:http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-
content/uploads/2018/08/24.zalikha.pdf