INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA NUR MASHITAH BINTI HANAFE
ANGKA GILIRAN 2020192310156
NO. KAD PENGENALAN 020515-14-0618
KUMPULAN PPISMP G8
KOD KURSUS GKB1053
KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA KURSUS NOORIZAN BINTI BABA
NAMA PENSYARAH
2 NOVEMBER 2020
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
Isi Kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1 Penghargaan 1
2 Pengenalan 2
3 Alat-alat berfikir CoRT 1 3-4
4 Kesimpulan 5
5 Rujukan 6
6 Lampiran
7-10
1.0 Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan
yang diberikan dalam tempoh yang telah diberikan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Pn. Noorizan
binti Baba bagi kursus GKB1053 Kemahiran Belajar kerana memberi bimbingan kepada saya.
Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya
kerana sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat kepada saya.
Di samping itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang memberi
pertolongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan serta kesalahan dalam penulisan
ini. Sesungguhnya, banyak kelemahan yang saya dapati ketika menyiapkan tugasan ini. Akan
tetapi, saya akan terus berusaha memperbaiki kelemahan diri saya.
Sekian, terima kasih.
1
2.0 Pengenalan
Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar
kerana dengan menggunakan kemahiran berfikir, individu yang digelar sebagai penuntut ilmu
dapat mengawal, memandu dan mengukur kemajuan mereka belajar dan mereka dapat
menggunakan pengetahuan yang sudah mereka pelajari dengan lebih produktif lagi. Keupayaan
mengawal, memandu dan mengukur kemajuan diri meninggikan lagi aras motivasi dalam
seseorang dan akan mendorong mereka supaya lebih mengambil risiko. Kemahiran berfikir dapat
dipraktikkan dalam kemahiran belajar untuk membuat nota. Oleh sebab dendrit berbentuk
jaringan di dalam otak manusia, teknik membuat nota menggunakan alat-alat berfikir yang bukan
berbentuk linear seperti pengurusan grafik, peta minda serta CoRT merupakan instrumen penting
untuk membantu kita mengoptimumkan pembelajaran serta memproses maklumat dengan lebih
sistematik. Kaedah CoRT ciptaan Edward Ebono ialah salah satu daripada alat berfikir yang
paling dikenali ramai untuk digunakan sebagai kemahiran berfikir. Menurut Edward Ebono (1996),
CoRT 1 merupakan asas bagi program CoRT dan bertujuan memperluaskan pandangan
seseorang supaya lebih bersifat kreatif. Alat CoRT 1 terdiri daripada komponen PIM, CAF, AGO,
APC, C&S, FIP dan OPV dan berfungsi memandu dan mengawal emosi serta tindakan dalam
sebarang perkara yang melibatkan tindakan, rancangan, peraturan dan keputusan yang telah
diambil, sedang dan akan diambil.
2
3.0 Alat-alat berfikir CoRT 1
PMI (Plus Minus Interesting) adalah proses yang sangat asas bagi yang diperkenalkan
pada awal di mana pelajar dapat menggunakannya sebagai alat untuk membantu bagi
mengetahui kelebihan (P), kekurangan (M) dan menarik (I) untuk membuat keputusan yang tepat
dengan menyenaraikan tiga perkara tersebut. PMI digunakan untuk meluaskan sudut pandangan
dan membantu mengarahkan minda kesemua arah yang penting dan bertindak sebagai alat
membuat penilaian. Penggunaan PMI turut membantu kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea
atau isu serta mengelakkan pemikiran sempit dan beremosi. Contoh bagi penggunaan PMI ialah
semasa pelajar ingin menuntut ilmu di kawasan luar bandar, pelajar perlulah memikirkan
kebarangkalian mengenai kelebihan, kekurangan dan perkara yang menarik ketika belajar di
kawasan tersebut.
Seterusnya, CAF (Consider All Factors) ialah alat berfikir yang merupakan proses untuk
mempertimbangkan semua faktor dalam sesuatu keadaan. Kebiasaannya, pelajar menganggap
bahawa mereka telah mempertimbangkan semua faktor, tetapi pertimbangan mereka terhad
kepada yang penting sahaja. Oleh itu, CAF digunakan bagi meluaskan pandangan dan
membantu mengarahkan minda terhadap semua yang perkara yang boleh dijadikan faktor untuk
belajar dan mengelak daripada terlupa mengenai faktor yang penting serta mengelak daripada
akibat yang tidak diingini. Sebagai contohnya, pelajar ingin menyambung pelajaran ke lnstitut
Pendidikan Guru dalam bidang Pendidikan Islam, maka pelajar tersebut perlulah mengambil kira
semua faktor ketika ingin membuat keputusan tersebut agar gaya pembelajaran pelajar tersebut
tidak terjejas dan lebih berkesan.
Di samping itu, alat berfikir bagi Konsekuensi & Sekuel (C&S) Ini adalah proses melihat
ke depan untuk melihat akibat tindakan, rancangan, keputusan, peraturan, dan lain-lain. Terdapat
kesan langsung, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. C&S berkaitan dengan
tindakan yang ingin dilakukan seseorang atau tindakan yang diambil oleh orang lain dan dengan
apa yang mungkin berlaku setelah keputusan dibuat serta untuk membuat ramalan sebelum
mengambil sebarang keputusan atau tindakan. Pelajar harus melihat secara mendalam untuk
memperbesar pandangan mereka melampaui kesan langsung dari tindakan itu dan memberi
tumpuan langsung pada masa depan dan persepsi terhadap situasi.
3
Selain itu, AGO (Aims, Goals, Objectives) merupakan alat berfikir yang memotivasikan
pemikiran pelajar untuk membuat keputusan, perancangan dan tindakan yang mempunyai
tujuan. Setiap perlakuan seorang penuntut ilmu seharusnya ditujukan ke arah mencapai matlamat
dengan berasaskan objektif yang jelas. AGO turut dapat membantu dalam usaha membuat
perhatian yang betul semasa belajar, sentiasa ingat tujuan asal kita belajar dan membantu kita
tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. Semasa dalam proses pembelajaran, kita
boleh dapati setiap kursus atau bidang yang diceburi oleh seseorang pelajar kebiasaannya
terdapat objektif yang perlu dicapai.
FIP (First Important Priorities) memberi penumpuan kepada perkara-perkara penting yang
patut diutamakan. Oleh itu, proses untuk memilih idea, faktor-faktor objektif, akibat dan perkara
yang penting terhadap sesuatu hal diberi keutamaan oleh hal ini. Sekiranya pelajar cuba memilih
hanya perkara yang paling penting dari awal, mereka hanya akan dapat melihat sebahagian kecil
gambaran. Tetapi jika mereka memulakan dengan melihat gambaran seluas mungkin, penilaian
kepentingan mereka akan lebih tepat dan mereka dapat menjana seberapa banyak idea yang
mereka suka. FIP adalah peringkat penilaian di mana pelajar dapat menyenaraikan keutamaan
yang paling penting dalam situasi dan mengelakkan daripada hal yang tidak penting. Tuntasnya,
FIP mempunyai kaitan dengan AGO kerana FIP membantu untuk mencapai AGO.
Alat berfikir bagi CoRT 1 seterusnya ialah, OPV (Other Point of View) yang digunakan
dengan melihat pandangan orang lain serta dapat meluaskan persepsi kita untuk membuat
keputusan yang lebih bijak. Ketika berada dalam situasi pembelajaran, OPV merupakan antara
alat yang penting dalam pengajaran kerana ia menguatkan proses pembelajaran dan
mengembangkan kemahiran berfikir dengan pelbagai pandangan daripada orang lain dalam
sesebuah situasi. Sebagai contoh, sewaktu pelajar ingin menjana sesuatu idea yang lebih kreatif,
pelajar tersebut hendaklah meminta pandangan daripada guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa
agar idea tersebut mendapat hasil yang lebih baik dan memberangsangkan.
Akhir sekali ialah, APC (Alternatives, Possibilities, Choices) merupakan proses mencari
dan memikirkan alternatif, kemungkinan dan pilihan selain yang telah dicadangkan mengenai
sesuatu tindakan. Tambahan pula, apabila pilihan seseorang pelajar adalah terhad mengenai
cara yang diambil ketika mencari maklumat untuk mebuat nota ketika berada di kelas, APC
membantu pelajar tersebut bagi mencari lebih alternatif untuk mencari nota dengan cara yang
lain seperti mencari maklumat di internet, majalah dan surat khabar di tempat lain serta dapat
menjana idea dengan lebih meluas.
4
4.0 Kesimpulan
Kemahiran berfikir amat penting untuk mencapai sesuatu kemajuan melalui bidang
pendidikan. Oleh itu, penggunaan alat –alat berfikir seperti CoRT 1 dapat digunakan bagi
seseorang pelajar sebagai kemahiran belajar dalam setiap pembelajaran mereka. Hal ini
demikian kerana, kajian Teri et al. (2013), Jahnke (2010) dan Zuraina (2009) telah membuktikan
bahawa KBAT mampu diasah melalui pembelajaran secara Kolaboratif. Aktiviti perbincangan
antara pelajar dalam model ini meningkatkan penguasaan pengetahuan yang lebih mendalam
lebih-lebih lagi dengan diintegrasikan dengan alat-alat berfikir seperti Program Penyelidikan
Amanah Kognitif (CoRT). Alat-alat berfikir yang terdapat pada CoRT 1 turut membantu pelajar
dalam menguruskan kemahiran lisan dan pemikiran secara visual secara lebih terkawal di
samping meningkatkan tahap ingatan dan kefahaman ke peringkat yang lebih mendalam.
5
5.0 Rujukan
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1996). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk Institut
Pendidikan Guru dan Universiti. Kuala Lumpur: PTS Consultants. [Available at:
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=GZkzBQAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA1&q
=kemahiran+belajar+CoRT+1&ots=Vua7JXuoxY&sig=ZTXlOdUBE6flrTr5WYvovxQ9to8
&redir_esc=y#v=onepage&q=kemahiran%20belajar%20CoRT%201&f=false].
Omar Abid Salih. (2016). The Effectiveness of CoRT1(Breadth) Programing Developing the
achievement of 1st Year University Students in English Reading Comprehension.
Journal of Tikrit University for Humanities (2016) 23(8) 1-21. [Available at:
http://jtuh.tu.edu.iq/index.php/hum/article/view/556/499].
Seiva Subramaniam, Ramiah (2015) Pemikiran masyarakat Tamil awal dalam kesusasteraan
Tamil klasik / Seiva Subramaniam a/l Ramiah. PhD thesis, University of Malaya.
[Available at: http://studentsrepo.um.edu.my/6124/4/BAB_ENAM_KEKREATIFAN.pdf].
Suhaimi Zakaria @ Othman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed, Norasykin Mohd Zaid &
Zaleha Abdullah. (2014). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model stesen
rotasi pelbagai mod. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik. Kajian: Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia. [Available at:
http://eprints.utm.my/id/eprint/60934/1/BaharuddinBinAris2014_PenerapanKemahiranBe
rfikirArasTinggi.pdf].
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019).
Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar.
6
6.0 Lampiran
7
8
9
10