Jumaat 15.10.2021
SEJARAH TAHUN 6 – PERDANA MENTERI KITA
PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA
(1957 sehingga 1970)
“Bapa Kemerdekaan”
Nama : Tunku Abdul Rahman
· Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah
Tempat lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah
Tarikh lahir :
Pendidikan : 8 Februari 1903
1909 - Sekolah Rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.
1913 - Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School) di Bangkok.
1915 - Penang Free School.
1919 - Kolej St Catharine di Universiti Cambridge
1927 - Universiti Cambridge England belajar undang-undang
1938 - Pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undang
Perkahwinan : 1933, berkahwin dengan Tun Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.
Mendapat dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan
Tunku Khadijah.
Kerjaya Politik : • 1949 - bekerja di pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Berpindah ke Kuala Lumpur menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
• Menyertai Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentang Malayan Union.
• Ogos 1951, Tunku dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru setelah
krisis dalam UMNO memaksa Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden parti. Tunku memegang jawatan itu selama 20 tahun
• Julai 1955 - Ketua Menteri mewakili Parti Perikatan
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA
(22 September 1970- 14 Januari 1976)
“Bapa Pembangunan”
Nama : Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.
Tempat lahir : Pulau Keladi ,Pekan, Pahang.
Tarikh lahir : 11 Mac 1922
Pendidikan : Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
1939 – 1940 mendapat tawaran biasiswa untuk menuntut di
Kolej Raffles, Singapura.
1947 - belajar jurusan undang-undang di England
1950 - menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London
Perkahwinan : - Berkahwin dengan Allahyarhamah Tun Hajah Rahah binti Tan
Sri Dato' Haji Mohamed Noah
- Mendapat 5 orang anak (Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak,
Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan
Mohamed Nazir).
Kerjaya Politik : -Selepas kepulanagannya, Abdul Razak menyertai
Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.
Di sebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua
pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
- Dua tahun kemudian,pada Febuari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33 tahun.
- Selepas memenangani pilihan raya umun yang pertama di
Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Maenteri
Pelajaran.Abdul Razak juga menyertai misi Febuari 1956 yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut
kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
- Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam
UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta
mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah
melalui dekri sehingga 1970.
- Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul
Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
- Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi
Baru (DEB) pada tahun 1971
- Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari
1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan.
- Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa
yang dikatakannya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan
politik.
- Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Abdul Razak
meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat jawatan
perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan,
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
- Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik Melayu
memperlihatkan keperluan untuk menggendalikan
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman.
Nama PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA
(1976 sehingga 1981)
“Bapa Perpaduan”
: Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn
Tempat lahir : Johor Bahru, Johor
Tarikh lahir : 12 Februari 1922
Pendidikan : - Menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau
Perkahwinan : School Singapura.
- Menyertai Pasukan Tentera
Johor sebagai kadet pada tahun 1940.
-Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera
Sandhurstdi Dehradun, India
-Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-
19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan.
- 1958 Lulus bidang undang-undang dari Lincoln’s Inn, United
Kingdom
- Tun Suhailah binti Tan Sri Mohd Noah
- Mempunyai 6 orang anak
Kerjaya Politik : - Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya
sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama
pada usia 28 tahun
- Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula
mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.
- 1969 dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
- 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT DAN KETUJUH
“BAPA PEMODENAN
(1981 – 2003)
(2018 – 24 FEBRUARI 2020)
Nama : Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Tempat lahir : Seberang Perak, Alor Setar, Kedah
Tarikh lahir : 20 Disember 1925
Pendidikan :
-Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah.
-Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English
School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid),
-Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di
sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia.
-Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward
VII, Universiti Malaya, Singapura
-Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
-Beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang
Perkahwinan : - Berkahwinan dengan Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali
- Mempunyai 6 orang anak
Kerjaya Politik :
-Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian
dalam kempen menentang Malayan Union.
-Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama
mendaftarkan diri sebagai ahli
-Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan
tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
-Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota
Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia
-Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.
-Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa
-Peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO
pada 12 Julai
-Beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga
dipecat keahliannya dalam UMNO
-Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu,
yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri 18 tahun kemudiannya
-Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972
-Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang
tanpa bertanding.
-Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
-Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya
-Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981
-Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu
sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya
PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA
(2003 sehingga 2009)
“Bapa Pembangunan Moda Insan”
Nama : Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.
Tempat lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tarikh lahir : 26 November 1936
Pendidikan : - Special Malay Class (SMC), di Sekolah Melayu Permatang Bertam Datuk
- Sekolah Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima
- Methodist Boys School, Pulau Pinang
- Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam
bidang pengajian Islam pada tahun 1964
Perkahwinan : - Berkahwin dengan Tun Endon binti Dato” Mahmood
Mempunyai 2 orang anak
- Berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah
Kerjaya Politik :
-Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.
-Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala
Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut hingga kini.
Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981.
-Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan
dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996.
-Pada perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Sei Abdullah dilantik sebagai Timbalan
Presiden bagi penggal 2000-2003.
-Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun
1999.
-Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa
kementerian.
-Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81),
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri
Pertahanan (1986-87).
- Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.