The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK PB TUGASAN 1
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
IPGKSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrnadzz00, 2023-03-02 13:39:44

E-BOOK BMMB 1104

E-BOOK PB TUGASAN 1
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
IPGKSM

Keywords: sastera,melayu,bmmb 1104,ipg

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB 1104 Pensyarah : EN. MOHAMAD BIN AB. LATIFF NAMA : NUR NADZIRAH BINTI ADNAN UNIT : BM2 NO. ANGKA GILIRAN : 2022102310040


Dalam kesusasteraan, tulisan atau karangan harus meliputi bahasa yang bai dan bersantun. Isinya baik, bermaksud benar-benar menggambarkan kebenaran dalam kehidupan manusia di alam ini. Cara mempersembahkannya juga haruslah indah dan menarik sehingga menimbulkan kesan dan dapat menyentuh hati pembaca atau pendengarya. Karya sastera memaparkan perutusan, amanat seta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Berdasarkan peryataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk dalam bentuk ebook dengan menghasilkan dua karya daripada puisi tradisional tersebut iaitu (Pantun, Syair, Gurindam & Seloka) mengikut kreativiti dan ciptaan anda sendiri. Setiap penghasilan atau gubahan puisi tradisional tersebut perlu mempunyai ulasan dan perbincangan tentang manifestasi akal budi masyarakat melayu yang terkandung dalam puisi tradisional tersebut. TUGASAN 1 Penghasilan produk secara individu


1) Pengenalan 2) konsep sastera melayu secara ringkas 3) Fungsi sastera melayu secara ringkas 4) Contoh karya puisi tradisional yang sedia ada 5) Dua karya penghasilan @ gubahan puisi Tradisional ciptaan sendiri 6) Ulasan dan perbincangan hasil karya yang dicipta 7) Rumusan KANDUNGAN


Pengenalan


Kesusasteraan melayu merupakan hasil karya dan ciptaan masyarakat melayu yang mempunyai pelbagai tujuan. Karya sastera Melayu banyak menyumbang kepada kehidupan manusia Melayu. Namun, perkembangan dunia semasa telah memberi impak terhadap sastera dengan kehidupan. Sastera kini telah menjadi satu bidang yang khusus dan tersendiri yang telah dijadikan hak cipta tersendiri dan terdapat pernyataan diri. Jelaslah , dunia moden kini telah banyak beri impak kepada sastera dan ini menjadi tugas para sasterawan mahupun orang melayu sendiri untuk mengangkat semula sastera melayu supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. PENGENALAN


Konsep sastera melayu secara ringkas


Satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Secara keseluruhannya, kesusasteraan Melayu bermaksud hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaandan keadaan tertentu. Sastera juga dianggap gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan melalui perantaraan bahasa. APA ITU KESUSASTERAAN ? Berasal daripada bahasa sanskrit iaitu sastra. Awalan su- bermaksud baik atau indah. imbuhan ke- dan -an bermaksud segala yang tertulis, bernilai seni dan estetik dengan memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran. ( Prof Dr Hashim Awang, Artikel Akademik,hal 2) Istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu : sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. -tra yang merujuk kepada alat untuk mengajar. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit. susastera -huruf atau buku indah


J E N I S D A N B E N T U K k e s u s a s t e r a a n M e l a y u Bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan,amalan, pengajaran,dan pengenalan kepada masyarakat Melayu. Terdiri daripada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan). sastera rakyat terbahagi kepada dua . naratif ( mitos, lagenda,dan cerita rakyat) bukan naratif (puisi rakyat) Hasil karya sastera selepas tahun1800 masihi dianggap prosa moden bertujuan untuk memudahkan untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. sebagai contoh , sajak bebas berasal dari pantun dan syair yang telah disimpangkan dari bentuk lama. Cerpen ialah gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Novel pulialah priosa yang panjang yang memaparkan separuh isi di dalamnya daripada sebuah kehidupan. PROSA TRADISIONAL PUISI MODEN PUISI TRADISIONAL PROSA MODEN Hasil karya kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas dan tersendiri mengikut cita rasa penulisnya atau penyair. Puisi moden mempunyai satu sahaja genre iaitu sajak. Sajak ialah puisi moden bersifat lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketika mementingkan ciri matra, rima dan rentak. sajak mementingkan pengucapan yang berkesan dengan penggunaan katakata yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama. Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. orang Melayu berbangga dengan puisi keupanyaan mereka iaitu pantun Menurut HARUN MAT PIAH (1989) antara genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawu dan sebagainya. namun, dalam pelajaran ini kami memfokuskan kepada pantun, syair, seloka dan gurindam.


Fungsi sastera melayu secara ringkas


FUNGSI KESUSASTERÀN MELAYU Alat pendidikan Instrumen perpaduan Alat Kawalan masyarakat dalam kehidupan Medium protes dan kritik sosial Dakwah Hiburan


karya yang mampu menjadi alat pendidikan kerana pengarang akan menyalurkan pengalaman-pengalaman mereka yang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman dan pengetahuan diterjemahkan sebagai panduan dan pedoman hidup tanpa mengira kedudukan atau status. Penggunaan bahasa kreatif supaya pengajaran yang disampaikan secara halus dan tersirat tanpa menyinggung mana-mana pihak. semua karya sama ada tradisional atau moden mempunyai fungsi sebagai alat pendidikan. Dengan ini, saster melayu mampu melahirkan insan yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. karya yang sarat dengan maklumat mengenai pendidikan dan pengajaran berupaya membangunkan minda masyarakat. Alat Pendidikan Instrumen Perpaduan Selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mengenai rusuhan kaum, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif bagi mengelakkan perkara tersebut berulang kembali. Dengan itu, sastera Melayu telah menjadi matlamat utama dalam pendidikan bagi memupuk semangat perpaduan dalam nasional. Dalam karya sasterawan Malaysia, terdapat unsur dan nilai-nilai positif yang mamou membuka minda masyarakat serta memberi kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan di Malaysia. Semangat perpaduan yang terkandung dalam karya sastera secara tersirat mahupun tersurat dapat dimantapkan lagi dengan minat membaca karya sastera yang bermutu dan mampu memberi kefahaman demi menjana pemikiran masyarakat ke arah generasi yang seimbang.


Sastera dikatakan alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian kerana karya saster mampu mempengaruhi kehidupan para pembaca bukan sekadar pemikiran. Sebagai tamsil, cerita rakyat yang banyak diwara-warakan dapat memberi banyak pengajaran yang berguna dalam kehidupan iaitu masyarakat mampu membezakan perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan. contoh cerita rakyat yang kerap didengari ialah si Tanggang. hasil dari derhaka maka dia ditimpa malapetaka, masyarakat dapat menilai bahawa derhaka kepada ibu bapa membawa perkara yang buruk. Selain cerita rakyat, tokoh-tokoh mahupun pahlawan yang menjadi sanjungan satusatu masyarakat mampu memberi impak positif. Hal ini berikutan semangat yang dipaparkan dapat menunjukkan dan mengajar masyarakat supaya jangan berputus asa dalam kehidupan. Alat Kawalan Sosial dalam Kehidupan Seharian Dakwah karya yang fungsinya sebagai menyampaikan dakwah dicipta sebagai suatu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seorang hamba Allah dalam kehidupan. ciri-ciri penting yang perlu ada dalam sastera adalah nilai ijabiyah(positif) dan waqi'yyah (realistik) bagi mendalami dan menilik sesuatu seadanya. Pembangunan sastera Islam di Alam Melayu bermula dari pengaruh dakwah dan harakat pengislaman yang meluas sejak dari abad 13 hingga 16 M. Dengan adanya sastera islam, pembentukan akhlak manusia melayu dilakukan oleh para sarjana. Hal ini berikutan teks-teks sastera Islam tidak lagi terbatas kepada cerita para nabi dan lain-lainnya tetapi ia telah terbuka kepada cereka yang lain seperti puis yang berbentuk kerohanian.


Menurut Usman Awang, A. Samad dan Dharmawijaya sastera merupakan gambaran realiti kehidupan sebenar. sastera Melayu banyak menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai aspek yang berbeza-beza bagi menyampaikan sesuatu yang benar-benar terjadi dan diolah menjadi bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Karya sastera yang berfokuskan mengenai masyarakat, kehidupan dan manusia tentunya mahu membuktikan ketiga-tiga entiti tersebut saing berkait rapat dan wujudnya jurang antaranya. Perkara ini secara tak langsung akan mewujudkan situasi mereka ingin menyampaikan mesej bertujuan menegur mahupun mengkritik. Dalam sesebuah masyarakat pasti ada pelbagai watak yang mempunyai peranan yang tersendiri. Namun begitu, tak semua keadaan tertentu mereka dapat melaksanakan tugas seperti diamanahkan. maka, wujudnya sastera ini mampu menolong menyampaikan apa yang terkadang masyarakat tidak mampu. Medium Protes dan Kritik Sosial Hiburan karya yang mampu menghiburkan hati para pembaca. sebagai contoh, membaca buku-buku syair atau mendengar syair merupakan suatu hiburan kepada nenek moyang kita pada zaman dahulu dan mampu mengiburkan hati setelah penat mereka seharian bekerja. karya yang dijadikan hiburan kebiasaannya mempunyai jalan cerita yang tidak terlalu mendalam dan pengakhiran yang mampu memberi kepuasan kepada para pembaca atau penonton serta tema atau isu yang ringan dan tidak berat. keindahan kata-kata, irama dan rentak yang indah serta sentiasa berakhir dengan kegembiraan dan keceriaan yang mampu membelai emosi para pembaca.


Contoh karya puisi tradisional yang sedia ada


NASIHAT Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Rapat lagi pohon mentari; Kawan seribu mudah dapat, sahabat setia payah dicari. PANTUN JENAKA Oh bulan ke mana, Atas pucuk kayu ara; Oh tuan ke mana hilang, Dalam bilik anak dara. GURINDAM Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, Maka ia itulah orang yang ma'rifat. SELOKA Seloka Badut Politik Kasihan sungguh badut politik Parti menang bangsa tergadai Bangsa luar hidupnya mewah Bangsa sendiri terus merempat Kocek sendiri sentiasa menggunung Kocek rakyat terkatung-katung Bahasa sendiri terus dibunuh Bahasa penjajah diangkat melangit Badut politik lidah bercabang Lain dilaung lain dibuat Rakyat dijanji semanis gula Tapi indah khabar dari rupa Kasihan rakyat terus merempat.


SYAIR BAHAYA FITNAH sejarah melayu teladan utama, bahaya fitnah sudah menjelma, si Kitol, Mendeliar turut sama, difitnah bendahara busuklah nama. Puteri mahsuri menjadi lagenda, Akibat fitnah datang melanda, Menagih simpati berkocak dada, Darah putih menjadilah tanda. Sejarah lama berulang kembali, lupa manusia akibat lali, ketinggian budi sudah dibeli, menggadai maruah bukan sekali. ingatlah manusia akan difitnah, banyak negara sudah musnah, ingat diri dari tanah, banyak difitnah umpama nanah. sejarah tidak menipu kita, peganglah janji pada kata, supaya tidak hidup melata, jalanlah tinggi menjadi rata. fitnah tidak diluput masa, bertakhta dalam jiwa yang sasa, berwaspada beringat jaga sentiasa, agat tidaklah musnah bangsa.


Dua karya penghasilan @ gubahan puisi Tradisional ciptaan sendiri


Ibu ayam telurnya lima, Mati seekor tinggal empat; Dalam hidup mestilah beragama, Kelak hidup tidaklah sesat. PANTUN Nasi basi jangan dibeli, Tetap sahaja makan roti; Mulut manusia jangan peduli, Hanya benar diri ketahui.


SYAIR Ada ilmu pelindung diri, seperti kebun berpagar duri, seperti permata sirna mengaburi, supaya aman dalam sanubari. Wahai remaja, sedarlah kamu, lalai agama hilang hidupmu, kelak nanti terbuka aibmu, tiadalah kedua peluang hidupmu. Sentiasa ingati siang dan malam, supaya hidup tidak tenggelam, angin dan kilat datang mengancam, tali dipasang agar tidak karam.


Ulasan dan perbincangan hasil karya yang dicipta


Ibu ayam telurnya lima, Mati seekor tinggal empat; Dalam hidup mestilah beragama, Kelak hidup tidaklah sesat. Aspek pemikiran yang dapat dilihat melalui aspek tersirat ialah penggunaan pembayang yang berkaitan kehidupan iaitu ibu ayam dan telur. Di sini pengarang ingin menyatakan bahawa setiap yang kita lihat tidak semestinya pengakhirannya begitu. Sebagaimana telur ayam yang ketika dijaga ibunya masih lima biji, tetapi apabila menetas tak semua akan hidup dan membesar dengan sempurna pasti ada yang mati ketika menetas ataupun dimakan biawak. Hal ini dikaitkan dengan kehidupan kita di dunia ini yang dibesarkan oleh ibu bapa dengan kasih sayang dan tunjuk ajar. Menjadi tanggungjawab seorang insan dalam berusaha memastikan kehidupannya sentiasa berada di jalan yang benar iaitu beragama walaupun diuji dengan beribu dugaan. Tanpa manusia sedar bahawa dengan adanya kepercayaan kepada Tuhan , mereka akan tidak mudah alpa akan erti atau tujuan sebenar kehidupan mereka di dunia. Jelaslah disini kehidupan kita mestilah diterapkan dengan ilmu agama demi menjalani realiti kehidupan yang pahit supaya manusia tidak mudah putus asa dan mengambil jalan yang salah dalam menyelesaikan masalanya. PANTUN


Nasi basi jangan dibeli, Tetap sahaja makan roti; Mulut manusia jangan peduli, Hanya benar diri ketahui. Kalau dilihat pada maksud tersebut, pengarang ingin mengatakan bahawa kata-kata dari manusia tidak mampu kita halang . Maka apa yang kita perlu buat adalah teruskan kehidupan kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidak akan mampu mempengaruhi kehidupan kita. Ada sebuah peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa orang yang mempunyai niat jahat terhadap kita akan terus menyebarkan kata-kata yang tidak baik walaupun dia berpura-pura memuji kita ketika bersama iaitu ''mulut satu lidah bercabang''. Oleh itu, sebagai manusia kita seharusnya utuh dalam melakukan perkara kebaikan atau perjuangan dalam kehidupan walaupun berdepan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Dengan niat dan kebenaran yang baik, segalanya akan dipermudahkan dengan usaha serta tawakal kepada Allah. Cubalah tepis sebaik mungkin kata-kata negatif yang dilemparkan kepada kita supaya semangat yang membara akan terus ada demi meneruskan kehidupan. Kehidupan manusia bukanlah seindah yang diceritakan tetapi manusia berhak mencari kebahagiaan untuk dirinya kerana tanpa senyum dan air mata manusia tidak akan belajar menghargai kehidupan. Segala yang dirasai oleh diri itulah kebenaran sebenar yang diri sendiri rasai.


Dalam aspek akal budi, pengarang ingin menyampaikan bahawa ilmu itu sangat penting dalam kehidupan. Dengan adanya ilmu pengetahuan manusia mampu melindungi diri dari bahaya yang bakal menimpa dengan memikirkan berbagai-bagai strategi dalam menanganinya. Manusia yang berilmu biasanya akan sentiasa sentiasa merendah diri walaupun banyak yang mengetahui bahawa dia seorang ilmuwan. Maka, dengan itu manusia akan berasa aman kerana walaupun secebis ilmu di dada mereka tak berputus asa dalam mengembangkannya supaya ilmu sentiasa mengalir dalam jiwa serta mampu melahirkan perasaan tenang kerana dalam mencari ilmu manusia mestilah bersabar Ada ilmu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti permata sirna mengaburi, Supaya aman dalam sanubari. SYAIR (Rangkap 1)


Sentiasa ingati siang dan malam, Supaya hidup tidak tenggelam, Angin dan kilat datang mengancam, Tali dipasang agar tidak karam. Rangkap terakhir ini pula pengarang mahu mengingatkan para manusia supaya sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Hal ini kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan tanpa pegangan ilmu agama yang cukup kita tidak mampu mengharungi dunia yang penuh keasyikkan. Andai ujian datang menduga , maka di situlah manusia seharusnya berusaha untuk tidak mengalah dalam mencari jalan penyelesaian dengan bertawakal kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana andai diri ini tidak ada tali untuk dipegang pasti akan hanyut ditelan dunia yang penuh kebinasaan. Wahai remaja, sedarlah kamu, Lalai agama hilang hidupmu, Kelak nanti terbuka aibmu, Tiadalah kedua peluang hidupmu. Rangkap kedua tersebut ingin memberi fokus kepada remaja yang kian hanyut dek duniawi yang kian moden ini. Mereka sanggup mengabaikan agama demi keseronokan di dunia tanpa sedar aibnya telah tersebar luas. Ada juga yang sanggup melunaskan gesaan nafsu dengan cara yang di larang oleh Allah dan berbangga dengan perbuatan itu. Tidak sedarkah mereka sendiri sedang menyebarkan aibnya? Kehidupan yang hanya sekali ini seharusnya remaja mengisi dengan perkara yang bermanfaat kerana kita tidak tahu bilakah ajal bakal menjelma. (Rangkap 2) (Rangkap 3)


Rumusan


Semua karya-karya sastera Melayu mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk akhlak dan kehidupan masyarakat Melayu. Jadi, kita seharusnya memperjuang dan memartabatkan sastera melayu kerana ia merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat melayu. Tidak dilupa juga sumbangannya dalam memberikan kesedaran kepada manusia Melayu dari pelbagai aspek kehidupan. Keindahan dan keunikan sastera Melayu sewajarnya dikekalkan serta diteruskan kepada generasi seterusnya. Dengan ini, sastera akan terus diangkat menjadi suatu imej bagi masyarakat Melayu. Tanpa kita siapa lagi akan menaikkan sastera tersebut. Seterusnya, kita dapat kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini yang ke arah mencapai kemajuan. Maka, manfaatkanlah sebaik mungkin sastera yang masih ada supaya mampu utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman. RUMUSAN


Click to View FlipBook Version