SMK (P) SULTAN IBRAHIM,JOHOR
BAHRU,JOHOR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAHUN 2021
TAJUK:
AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN NUSA
BESTARI,JOHOR BAHRU,JOHOR
NAMA:YOSHINY A/P SUKUMARAN
KELAS:3 BITARA
NAMA GURU:PUAN NORMALA BINTI HARON
JADUAL KERJA
BIL TARIKH BUTIRAN AKTIVITI CATATAN
• PDPR
1 9/9/2021 • Saya menerima taklimat daripada guru
(KHAMIS) mata pelajaran geografi melalui
3.00- 4.00 medium google meet.
PETANG
• Guru menerangkan cara menjalankan
kajian lapangan geografi secara atas
talian atas talian.
• Tajuk kerja lapangan saya ialah
KAJIAN TENTANG AMALAN
KITAR SEMULA DI KAWASAN
TAMAN NUSA BESTARI,JOHOR
BAHRU.
• Tempoh kajian ini ialah selama 1
bulan.
2 13/9/2021 • Saya melihat rakaman google meet • SENDIRI
(AHAD) yang telah dirakam oleh rakan sekelas • SENDIRI
4.30-5.50 untuk dijadikan sebagai panduan.
PETANG
• Saya membina jadual kerja san
3 14/9/2021 pengagihan kerja mengenai aktiviti
(SELASA) yang akan dilakukan.
2.00-5 PETANG
• Saya mula membuat borang soal
selidik menggunakan Google form.
• Saya menonton cara membuat
menghasilkan google form melalui
You Tube.
4 19/9/2021 • Saya menghantar borang soal selidik • SENDIRI
(AHAD) kepada guru geografi saya untuk
9.00-10.30 PAGI semakan melalui medium telegram.
5 21/9/2021 • Saya menghantar soalan kepada 13 • PDPR
(SELASA) orang responden iaitu ibu
9.00-10.30 PAGI bapa/jiran/rakan yang tinggal di
kawasan yang sama dengan saya.
• Saya menggunkan medium
penghantaran Whatsaap dan
Telegram.
• Saya berjaya mendapatkan 10 orang
responden.
• Guru saya telah menerangkan cara
membuat konsep dan takrifan melalui
medium Google Meet.
• Beliau juga menerangkan cara-cara
untuk menentukan dan tangkap layar
Kawasan kajian menggunakan aplikasi
Google Maps .
6 22/9/2021 • SENDIRI
(RABU)
4.50-6.00 • Saya mengumpulkan maklumat untuk
PETANG membuat bahagian konsep dan
takrifan.
7 24/9/2021
(JUMAAT) • Saya juga mengambil maklumat
2.00-3.3O daripada buku teks,kamus dan
PETANG melayari internet.
• Saya menyiapkan bahagian konsep dan
takrifan.
• Saya mengemas kini semula jadual • SENDIRI
kerja saya .
• Saya juga menyemak google form saya
supaya dapat menghantarnya dalam
Google classroom.
8 27/9/2021 • Saya telah melengkapkan googleform • SENDIRI
(ISNIN) ,google maps,konsep dan takrifan dan • PDPR
3.30-5.00 menghantarnya di tapak penghantaran • SENDIRI
PETANG di google classroom yang telah • SENDIRI
disedikan oleh guru geografi saya.
9 28/9/2021 • SENDIRI
(SELASA) • Guru mata pelajaran geografi saya
9.00-10.30 PAGI telah menerangkan cara membuat
objektif kajian, kaedah
10 29/9/2021 kajian,penghargaan,
(RABU) pendahuluan,jadual dan graf melalui
8.00-9.00 google meet.
MALAM
• Beliau juga menunjukkan cara
11 1/10/2021 menganalisis data-data daripada
(JUMAAT) google form yang telah dibina
1.00-3.00
PETANG • Saya telah mencari maklumat untuk
menyiapkan bahagian penghargaan .
12 4/10/2021
(ISNIN) • Saya juga menonton semula rakaman
4.00-5.00 google meet untuk melengkapakn
PETANG objektif kajian
• Saya telah mula membuat jadual dan
graf,penghargaan,
pendahuluan,objektif kajian dan
kaedah kajian.
• Saya menonton rakaman kelas untuk
mengetahui cara untuk membuat graf
yang telah diberikan oleh guru
geografi saya.
• Beliau juga menghantar sebuah video
tentang cara membuat graf melalui
medium telegram.
• Saya telah mengemas kini jadual kerja
saya.
• Saya telah melengkapkan jadual dan
graf,penghargaan
,pendahuluan,objektif kajian dan
kaedah kajian.
13 5/10/2021 • Cikgu Normala telah menerangkan • PDPR
(SELASA) cara membuat pelaporan
9.00-10.30 PAGI kepentingan,masalah/halangan,Langkah • SENDIRI
• SENDIRI
14 7/8/2021 • Beliau juga mengajar cara untuk • PDPR
(KHAMIS) membuat rumusan dan mebuat video
8.00-9.00 dengan teliti. • SENDIRI
MALAM • SENDIRI
• Saya telah mencari maklumat untuk
15 10/10/2021 membuat pelaporan dengan
(AHAD) menggunkan maklumat daripada
4.00-6.00 borang soal selidik.
PETANG
• Saya melihat semula semua rakaman
15 12/10/2021 kelas untuk mengemaskini jadual kerja
(SELASA) dan isi kandungan saya.
9.00-10.30 PAGI
• Cikgu mengadakan kelas melalui
16 13/10/2021 google meet untuk mengetahui dan
(RABU) menyelesaikan maslah yang dihadapi
5.00-6.00 oleh kami.
PETANG
• Beliau juga telah mengajar kami cara
17 14/10/2021 membuat video dengan betul
(KHAMIS)
9.00-10.00 • Saya telah menyemak kerja lapangan
MALAM saya dan memperbetulkan kesalahan
yang saya .
• Saya telah membina sebuah video
untuk menerangkan tentang kajian
lapangan geografi ini.
• Saya juga mengemas kini kerja
lapangan ini.
18 15/10/2021 • Saya telah menyiapkan kerja lapangan • SENDIRI
(JUMAAT) ini dan menghantarnya dalam
12.00-2.30 PAGI Googleclassroom.
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN SEMAKAN
1 TAJUK DAN MAKLUMAT UTAMA 1 9/9/2021
2 ISI KANDUNGAN 6 21/9/2021
3 PENGHARGAAN 7 29/9/2021
4 PENDAHULUAN 8 29/9/2021
5 PETA KAWASAN KAJIAN - GOOGLEMAPS 9 - 10 21/9/2021
6 OBJEKTIF KAJIAN 11 28/9/2021
7 KAEDAH KAJIAN 12 - 13 28/9/2021
8 JADUAL / GRAF 14 - 15 28/9/2021
9 GOOGLEFORM -SOAL SELIDIK 16 - 17 21/9/2021
10 PELAPORAN KEPENTINGAN 18 - 21 Konsep-
11 PELAPORAN MASALAH / KESAN 22
21/9/2021
Kepentingan-
5/10/2021
5/10/2021
12 PELAPORAN CADANGAN / LANGKAH 23 5/10/2021
13 RUMUSAN 24 5/10/2021
14 SUMBER RUJUKAN 25 - 26 5/10/2021
15 DOKUMENTASI / VIDEO 27 5/10/2021
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim,iaitu Puan Hajah Rosliza Binti Taib,kerana
beliau telah memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan
ini.Seterusnya,saya ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran
geografi saya,Puan Normala Binti Haron yang sentiasa memberikan tunjuk
ajar dan bimbingan kepada saya ketika membuat kerja kursus ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
saya,Sumathi A/P Naranan dan bapa saya Sukumaran A/L Abdul Gaffar
Ramachandra.Hal ini kerana,mereka telah banyak memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya untuk menyiapakan kerja lapangan ini dengan
jayanya,Saya tidak dapat melupakan jasa mereka.
Selain itu,saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang
membantu melengkapkan kerja lapangan ini tanpa mengira bangsa dan
agama.Antara rakan yang membantu saya ialah Sheree Chee Min
Xin,Rashika Devi A/P Yogeswaran dan Siti Annis Amira Binti Mohd Zainal.
Tidak lupa juga,responden-responden yang tidak keberatan ketika
meluangkan masa untuk mengisi boring soal selidik bagi melengkapkan
kerja lapangan ini.Akhirnya,dengan bantuan yang diberi daripada semua
pihak,saya dapat menyiapakan kerja lapangan ini dengan sempurna.
PENDAHULUAN
Saya menjalankan kajian bagi memenuhi kerja lapangan Geografi
Tingkatan 3 2021.Saya telah menjalankan kajian tentang Amalan Kitar
Semula Di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru,Johor.Tajuk ini dipilih sebabai
kajian lapangan kerana kitar semula ialah satu amalan yang penting bagi
memastikan kawasan perumahan bersih dan selesa.Masa yang diberikan
untuk menjalankan kerja lapangan ini ialah selama 1 bulan.
Saya membuat kajian ini untuk mengetahui dan mengumpul maklumat
tentang amalan kitar semula di Taman Nusa Bestari,Johor Bahru.Saya
telah menjalankan kajian ini bersama rakan-rakan saya.Saya dan rakan-
rakan mengumpul data dan maklumat yang diperlukan dalam kerja
lapangan ini pada waktu lapang selepas waktu persekolahan. Saya
menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan
secara individu.Penulisan laporan kerja lapangan ini dilakukan di rumah
iaitu melalui pdpr(Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).
KAWASAN KAJIAN
Lokasi Kawasan kajian :
• Kawasan kajian saya ialah di Taman Nusa
Bestari,Johor Bahru,Johor
Lingkungan Kawasan kajian:
• Lingkungan Kawasan kajian saya adalah lebih kurang
lima kilometer persegi.Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Skudai.
PETA KAWASAN KAJIAN
(GOOGLEMAPS)
OBJEKTIF KAJIAN KITAR SEMULA DI
TAMAN NUSA BESTARI,JOHOR
BAHRU,JOHOR.
1) Mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula.
2) Melukis dan mentafsir graf tentang bahan dan amalan
kitar semula di Taman Nusa Bestari,Johor Bahru,Johor.
3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula.
4)Mengkaji masalah amalan kitar semula di Taman Nusa
Bestari,Johor Bahru,Johor.
5) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah
amalan kitar semula di Taman Nusa Bestari,Johor
Bahru,Johor.
KAEDAH KAJIAN
Sepanjang saya melaksanakan kajian lapangan Geografi yang bertajuk
amalan kitar semula di Taman Nusa Bestari,Johor Bahru.Saya telah
menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat iaitu:
1. Kaedah pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di persekitaraan perumahan
saya.Melalui kaedah ini saya dapat melihat yang setiap perumahan
disediakan dengan Tong SVM Enviroment.
2. Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual dua orang penduduk yang tinggal di
Kawasan kajian iaitu Puan Sumathi A/P Naranan dan Encik
Sukumaran A/L Abdul Gaffar Ramachandra untuk mendapatkan
maklumat tentang amalan kitar semula di persekitaran perumahan
ini.
3. Soal selidik
Saya telah membina soal selidik dengan menggunakan google form
untuk memudahkan kajian ini dihantar melalui medium telegram
atau whatsapp.Saya telah memilih 13 orang respondan dalam
Kawasan kejiranan di Taman Nusa Bestari.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScuB4ccnSXl32
35m450ez6T9XgYGj-
8zxwtxjPGC3KQCbo79g/viewform?usp=sf_link
4. Rujukan kepustakaan maya dan internet
Saya telah mencari maklumat tambahan tentang amalan kitar
semula di internet . Saya juga telah mencari kawasan kajian
perumahan saya di
https://www.google.com.my/maps/place/5,+Jalan+Bestari+6%2F1,+
Taman+Nusa+Bestari,+81200+Johor+Bahru,+Johor/@1.4783659,
103.6761577,17z/data=!4m5!3m4!1s0x31da73333d734901:0x7038
e753a0fb0d23!8m2!3d1.4789523!4d103.6671843?hl=en
JADUAL/GRAF
KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN NUSA
BESTARI ,JOHOR BAHRU,JOHOR
KEPENTINGAN AMALAN KITA BILANGAN
SEMULA RESPONDAN(ORANG)
Mengurangkan pencemaran
11
Mewujudkan persekitaran yang 12
bersih dan selesa
6
Mengurangkan kesan rumah hijau 1
Menjana pendapatan 8
Menjimatkan penggunaan sumber
semula jadi 5
Mengurangkan kos perbelanjaan
untuk pelupusan sampah 4
Menjimatkan penggunaan tenaga 3
Lain-lain
Sumber:Hasil soal selidk
GRAF
Kepentingan Amalan Kitar Semula Di
Taman Nusa Bestari, Johor Bahru, Johor.
14
12
10
8
6
4
2
0
Kepentingan Amalan Kitar Semula
Mengurangkan Pencemaran
Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Mengurangkan kesan rumah hijau
Menjana pendapatan
Menjimatkan penggunaan sumber semula jadi
Mengurangkan kos perbelanjaan untuk pelupusan sampah
Menjimatkan penggunaan tenaga
Lain-lain
0.5 cm mewakili 1Orang Sumber:Hasil soal selidk
GOOGLEFORM – SOAL
SELIDIK
KONSEP DAN TAKRIFAN
Berdasarkan buku teks geografi tingkatan 3 di muka surat 180,kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud menghasilkan keluaran.
Di kawasan perumahan saya iaitu di Taman Nusa Bestari,Johor Bahru
mempunyai tong sampah beroda SVM Enviroment.Pada tahun
2012,pihak SVM Enviroment telah mengadakan suatu kempen
pengedaran tong sampah beroda yang berkapasiti 120 liter.Pada
pemerhatian saya,penduduk kawasan ini telah menggunakan tong
sampah tersebut untuk membuang sampah agar persekitaran menjadi
lebih bersih dan selesa. Selain itu,penduduk kawasan ini mengasingkan
sisa pepejal yang boleh dikitar semula ke dalam beg plastik yang
berlainan warna.Hal ini berlaku kerana pihak pengurusan tidak
menyediakan tong kitar semula mengikut kategori.Maka ini adalah
suatu inisiatif tambahan yang dilakukan oleh penduduk kawasan Taman
Nusa Bestari,Johor Bahru,Johor untuk mengasingkan sisa pepejal dan
mengumpul sisa pepejal yang boleh digunakan semula.
Seterusnya,bahan-bahan yang sering dikitar semula di taman saya
ialah beg plastik,sisa makanan,botol kaca,kain buruk dan minyak
masak. Bahan kitar semula ini juga digunakan untuk menghasilkan
suatu bahan yang bermanfaat tanpa perbelanjaan.
Selain itu,jiran saya iaitu Cik Ommietra V.Ravi dan Puan Ooi Yin Mei
menggunakan botol untuk menanam tumbuhan-tumbuhan hiasan.
Amalan kitar semula dapat mengurangkan kuantiti bahan
buangan,penggunaan tenaga,mengurangkan pencemaran air serta
udara daripada tapak perlupusan sampah dan dapat mengurangkan
penggunaan bahan mentah yang baharu.
Jiran saya iaitu Cik Ommietra V.Ravi
dan Puan Ooi Yin Mei menggunakan
botol untuk mananam tumbuh-
tumbuhan
Inisiatif yang diambil oleh
penduduk kawasan kajian ini untuk
mengasingkan sisa pepajal dan
mengumpul sisa pepejal yang
sesuai untuk digunakan semula.
KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN NUSA BESTARI,JOHOR
BAHRU
Berdasarkan maklumat responden melalui kajian soal selidik
secara googleform,terdapat beberapa kepentingan mengamalkan
kitar semula di Kawasan Taman Nusa Bestari,Johor Bahru,Johor.
1. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH SERTA SELESA
Berdasarkan pemerhatian saya,kawasan perumahan saya iaitu di Taman Nusa Bestari
telah lama melaksanakan amalan kitar semula.Penduduk kawasan perumahan saya
sentiasa mempunyai semangat aktiviti gotong-royong.Lori kitar semula akan datang
mengambil sampah yang boleh dikitar semula seminggu sekali iaitu pada hari
Selasa.Selain itu,melalui pemerhatian saya ,sisa pepejal yang sesuai digunakan tidak
disiakan oleh penduduk kawasan ini dan ia digunakan semula untuk menghasilkan
suatu bahan yang bermanfaat.Seperti contoh jiran saya iaitu Encik Muhd Syahir Zharfan
Bin Kamarudin telah menghasilkan tanaman hidroponik dengan menggunakan botol
plastic dan paip PVC.Perkara ini dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan
selesa di kawasan ini.
Lori kitar semula akan
datang setiap hari Selasa di
kawasan kajian ini.
Encik Muhd Syahir Zharfan
Bin Kamarudin telah
menghasilkan tanaman
hidroponik dengan
menggunakan botol plastic
dan paip PVC.
2. MENGURANGKAN PENCEMARAN
Melalui jawapan yang diperoleh daripada responden-responden yang telah mengisi
borang soal selidik,amalan kitar semula ini dapat mengurangkan pencemaran.Hal ini
kerana,setiap kawasan perumahan disediakan dengan Tong Beroda SVM Enviroment
yang telah diberikan oleh pihak SVM Enviroment.Selain itu,penduduk kawasan ini
mengasingkan sisa pepejal dalam beg plastik yang berlainan warna,Penduduk kawasan
ini juga mengumpulan bahan yang sesuai untuk dikitar semula.Antara bahan yang telah
dimanfaatkan adalah sisa makanan.Puan Nurul Yatina Salman telah menggunakan sisa
makanan untuk menghasilkan baja kompos.
Tong yang telah diberikan
oleh pihak SVM
Enviroment
Puan Nurul Yatina Salman
menggunakan sisa makanan
untuk menghasilkan baja
kompos.
3. MENJIMATKAN KOS PELUPUSAN SAMPAH
Melalui kaedah soal selidik,sebahagian daripada responden telah mengamalkan amalan
kitar semula.Amalan kitar semula ini dapat menjimatkan kos pelupusan
sampah.Contonya responden saya iaitu Ommietra A/P V.Ravi mengunakan botol untuk
dijadikan sebagai pasu bunga dan Encik Sukumaran A/L Abdul Gaffar Ramachandra
menggunakan air tadahan hujan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan.
Reka cipta pasu bunga daripada
botol mineral dan tadahan air
hujan untuk menyiram tumbuh-
tumbuhan
MASALAH DAN HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN NUSA
BESTARI
Berdasarkan maklumat responden melalui kajian soal selidik
secara googleform,terdapat beberapa masalah dan halangan
amalan kitar semula di Kawasan Taman Nusa Bestari,Johor
Bahru,Johor.
1. SIKAP PENDUDUK YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Berdasarkan pemerhatian saya,masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini
ketika amalan kitar semula ialah kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada
sesetengah penduduk.Ia disebabkan oleh sikap sesetengah penduduk yang
mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil peduli tentang amalan kitar
semula.Mereka membuang semua sisa pepejal seperti plastik,kertas,sisa makanan dan
sisa-sisa pepejal yang lain ke dalam satu tong sampah tanpa mengasingkannya
mengikut kategori.Sisa pepejal yang telah dikumpul, boleh digunakan semula untuk
mereka suatu bahan yang bermanfaat seperti pasu bunga dan baja kompos
2. KEKURANGAN PUSAT PENGUMPULAN
Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan,saya dapat megetahui bahawa kawasan
perumahan saya iaitu di Taman Nusa Bestari,Johor Bahru tidak debekalkan dengan
pusat pengumpulan.Penduduk kawasan ini menghadapi masalah dalam menjalankan
aktiviti kitar semula kerana mereka tidak dapat megumpul bahan kitar semula
mengikut kategorinya.Dengan mengamalkan kitar semula,bilangan sampah sarap dapat
dikurangkan kerana bahan-bahan itu boleh digunakan semula.
3. KURANG PENGETAHUAN
Berdasarkan soal selidik,segelintir penduduk kawasan di kawasan Taman Nusa
Bestari,Johor Bahru membuang semua sisa pepejal yang boleh dikitar semula kerana
mereka kekurangan pengetahuan tentang kebaikan amalan kitar semula.Segelintir
penduduk mempunyai corak pemikiran bahawa membuang semua jenis sisa pepejal ke
dalam tong sampah adalah lebih mudah daripada mengasingkannya mengikut kategori
.Contoh bahan-bahan yang boleh dikitar semula yang sering dibuang oleh segelintir
penduduk kawasan ini ialah botol plastic,bekas makanan,beg plastik dan juga tin-tin
aluminium.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM
AMALAN MELAKSANAKAN KITAR SEMULA DI TAMAN NUSA
BESTARI,JOHOR BAHRU
Berdasarkan maklumat responden melalui kajian soal selidik
secara googleform,terdapat beberapa langkah untuk mengatasi
masalah dalam melaksankan amalan kitar semula di Kawasan
Taman Nusa Bestari,Johor Bahru,Johor
1. MENGADAKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Melalui kaedah soal selidik yang telah saya jalankan,sebanyak 11 orang responden telah
memilih untuk aktiviti gotong-royong diadakan di kawsan kajian saya iaitu di Taman
Nusa Bestari,Johor Bahru.Aktiviti gotong-royong boleh diadakan sekurang-kurangnya
sebulan sekali untuk membersihkan persekitaran dan mengumpul sisa-sisa pepejal
mengikut kategori.Perkara ini adalah penting untuk memastikan setiap penduduk
kawasan ini dapat mengetahui dan memahami kepentingan menjalankan aktiviti kitar
semula.Selain itu,bahan-bahan kitar semula yang dikumpul boleh dijadikan sebagai
bahan hiasan yang kreatif di kawasan perumahan ini.
2. MENGADAKAN KEMPEN KITAR SEMULA
Sebanyak 9 orang respondan yang telah mengisi borang soal selidik telah memilih
untuk mengadakan kempen kitar semula.Pelbagai kempen tentang amalan kitar semula
perlu diadakan di kawasan perumahan ini.Contoh kempen yang boleh diadakan di
kawasan ini ialah “Kempen Pengumpulan Bahan Kitar Semula” dan “Kempen Kitar
Semula”.Kempen seperti ini perlu dilakukan untuk menyedarkan setiap penduduk di
kawasan ini tentang kepentingan amalan kitar semula.
3. MENYEDIAKAN TONG KITAR SEMULA MENGIKUT KATEGORI
Melalui borang soal selidik,langkah ini mendapat undian sebanyak 8 orang.Kawasan
kajian ini iaitu Taman Nusa Bestari,Johor Bahru tidak disediakan dengan tong kitar
semula.Tong kitar semula ini perlu disediakan supaya penduduk kawasan ini tidak
mengalami kesukaran dalam mengitar semula bahan mengikut kategori.Langkah ini
dapat membantu untuk memudahkan proses pengurusan sisa pepejal dan dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.Langkah ini juga dapat membantu penduduk
untuk memilih bahan yang sesuai untuk digunakan semula
RUMUSAN
Kesimpulannya,melalui kajian yang dijalankan,saya dapat memahami dan mengetahui
kepentingan amalan kitar semula di Kawasan Taman Nusa Bestari,Johor
Bahru,Johor.penduduk kawasan ini telah melaksanakan amalan 3R iaitu
Reduce(Kurangkan),Reuse(Guna Semula) dan Recycle(Kitar Semula).Dengan
pengamalan kitar semula ,kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
kawasan di sekeliling kita.Pencemaran alam sekitar berlaku yang berpunca daripada
sisa pepejal yang dibuang tanpa diurus.Seterusnya,amalan kitar semula dapat
mewujudkan persekitaran yang bersih serta selesa di kawasan kajian ini.Selain
itu,amalan kitar semula juga dapat mengurangkan kos pelupusan sampah.
Dalam menjalankan amalan kitar semula,pelbagai masalah yang telah dihadapi oleh
penduduk kawasan Taman Nusa Bestari,Johor Bahru,Johor.Antaranya ialah sikap
penduduk yang mementingkan diri sendiri dengan memandang remeh tentang amalan
kitar semula.Selain itu,kekurangan pusat pengumpulan.Ia menyebabkan penduduk di
kawasan ini mengalami kesukaran dalam mengumpul bahan kitar semula mengikut
kategori.Seterusnya,kurang pengetahuan tentang amalan kitar semula.Sebahgian
penduduk menganggap bahawa membuang semua jenis sisa pepejal ke dalam tong
sampah adalah lebih mudah daripada mengasingkannya mengikut kategori.
Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasai masalah dalam melaksanakan
amalan kitar semula.Antaranya ialah mengadakan aktiviti gotong-royong.Ia harus
dilakukan supaya kawasan persekitaraan dalam dibersihkankan dan dapat mengumpul
sisa-sisa pepejal yang boleh dikitar semula.Kemudian,mengadakan kempen kitar
semula untuk menyedarkan setiap penduduk di kawasan di kawasan ini tentang
kepentingan amalan kitar semula.Seterusnya,menyediakan tong kitar semula mengikut
kategori.Ia dapat memudahkan setiap penduduk kawasan ini untuk mengumpul dan
mengitar semula bahan buangan dengan bermanfaat.
Akhirnya,amalan kitar semula ini haruslah dipraktikkan dalam diri setiap
individu,terutamanya amalan kitar semula ini perlu disemai dalam sanubari anak-anak.
SUMBER RUJUKAN
BUKU
• Abd Rahim MdNor.(2004).Geografi Tingkatan 3.Shah Alam:Cerdik Publications Sdn.Bhd.
• Aw Soon Woon.Chong Yoon Choi,Kang Chai Yoeng& Nik Idris Nik Muhamed,2017,Focus
PT3 Geografi Tingkatan 1,2,3.Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
ORANG SUMBER
• Ommietra V.Ravi, 17 tahun, NO 7, JALAN BESTARI 6/1 TAMAN NUSA BESTARI 81300 JOHOR
BAHRU
• Ooi Yin Mein , 37 tahun, NO 9, JALAN BESTARI 6/1 TAMAN NUSA BESTARI 81300 JOHOR
BAHRU
• Punitha A/P Muniandy , 36 tahun , 7 , Jalan Bestari 10/1 , Taman Nusa Bestari,81300, Skudai Johor ,
Johor Bahru
• Sumathi A/P Naranan, 47 tahun, No.5,Jalan Bestari 6/1,Taman Nusa Bestari,81200 Johor Bahru,
Johor
• Maggie Chong, 58 tahun , 3 jalan bestari 6/1 taman nusa bestari 81200 skudai johor
• Tevendran , 17 tahun, No 24 jln nusa bestari 1/1 taman nusa bestari 81300Skudai Johor
• Muhd Syahir Zharfan Bin Kamarudin , 20 tahun, No 10 Jalan Bestari 1/1 Taman Nusa Bestari
• Sukumaran, 49 tahun , no5. Tmn Bestari, jln nusa bestari 6/1,
• Nurul Yatina Salman, 31 tahun , No 34, Jalan Bestari 3/1 Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru
• Logeswary , 47 tahun, No 9 jalan bestari 4/1 Taman Nusa bestari
• Indu Matthi , 50 tahun, No.32,Jalan Bestari,8/1,Taman Nusa Bestari 81300,Johor Bahru,Johor
• Sai Wen Hao, 50 tahun , 11,Tmn Nusa Bestari,Jln bestari,10/1,81300,johor
• Ancilma , 42tahun, NO 28,JALAN BESTARI, 8/1 TAMAN NUSA BESTARI, 81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR
INTERNET
• GOOGLE MAPS
https://www.google.com.my/maps/place/5,+Jalan+Bestari+6
%2F1,+Taman+Nusa+Bestari,+81200+Johor+Bahru,+Johor/@1
.4783659,103.6761577,17z/data=!4m5!3m4!1s0x31da73333d734
901:0x7038e753a0fb0d23!8m2!3d1.4789523!4d103.6671843?hl
=en
• CONTOH KAJIAN LAPANGAN
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI T2-Flip eBook Pages 1 - 17|
AnyFlip | AnyFlip
• CARA MEMBINA GRAF
https://youtu.be/oTuaBqqkO0E
TAMAT