PERIBAHASA OLEH: SAIDAH NUR SYAFIQAH BINTI SAHARUDIN Bahasa melayu Tingkatan Empat
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar akan dapat: ❑ Menjelaskan definisi peribahasa ❑ Mengenal pasti lima jenis peribahasa dalam bahasa Melayu ❑ Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga jenis peribahasa dalam bahasa Melayu
DEFINISI PERIBAHASA ❑ Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). ❑ Peribahasa merupakan bahasa sesuatu bangsa yang mula-mula digunakan untuk menjadi penanda tatatertib pergaulan dan hubungan sesama manusia (Abdullah Hassan, 2005). ❑ Peribahasa merupakan percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah dan benar pada perasaan dan fikiran (Keris Mas, 1988). ❑ Peribahasa merupakan susunan kata pendek yang biasa disebut orang ramai sejak zaman silam serta mempunyai makna luas dan bijak (Za;ba, 1965). ❑ Peribahasa merupakan bahasa kiasan yang digunakan oleh orang-orang terdahulu.
BAHASA KIASAN ❑ Ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskan dengan perkara lain ❑ Tujuannya adalah untuk memaniskan kata ketika menyebut perkara yang tidak digemari oleh pendengar atau pembaca
jenis PERIBAHASA PERIBAHASA BUKAN PERIBAHASA BAHASA KIASAN o Simpulan bahasa o Bidalan o Pepatah o Kata hikmah o Perumpamaan o Personafikasi o Hiperbola o Metafora
SIMPULAN BAHASA Ciri-ciri Simpulan Bahasa ❑ Kata ringkas atau rangkaian kata yang telah mantap serta membawa maksud tertentu. ❑ Erti simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna harfiah perkataan tersebut. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif Terbentuk daripada penggunaan kata kerja Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas Terbentuk daripada nilai kepercayaan
Kata nama am • Anak buah • Buah tangan • Lipas kudung • Ada angin • Muka tembok • Mulut murai Kata nama khas Kata kerja Kata adjektif Nilai kepercayaan • Abu Jahal • Pak Kaduk • Mat Jenin • Ajak-ajak ayam • Buat bodoh • Pasang telinga • Langkah kanan • Ikat perut • Besar kepala • Panjang tangan • Kecil hati • Berat tulang • Berat sebelah • Lembut hati • Air pinang • Batu buyung • Makan bulan CONTOH SIMPULAN BAHASA
BIDALAN ❑ Susunan kata yang digunakan secara umum oleh masyarakat Melayu. ❑ Mempunyai maksud dua lapis; ❑ Pengertian yang mempunyai maksud berlainan daripada sesuatu yang dilihat pada zahirnya. Maksud bidalan adalah berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia Mengandungi kata nasihat yang dijadikan pengajaran dan mengandungi perbandingan dengan benda lain Boleh digunakan sebagai bahan sindiran yang bertujuan untuk memberi peringatan Ciri-ciri bidalan
CONTOH BIDALAN Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Biar genting, jangan putus Belum duduk, sudah berlunjur Biar putih tulang, jangan putih mata Cicir dipungut, hilang dicari Daripada cempedak baiklah nangka BIDALAN MAKSUD BIDALAN Jika ingin hidup mewah, mesti berusaha Biar rugi sedikit daripada rugi banyak Belum peroleh sesuatu tetapi sudah berasa gembira Sanggup mati daripada menyerah kalah Jangan melakukan pembaziran Lebih baik ada daripada tiada langsung
❑ Pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. ❑ Mengandungi unsur pengajaran. ❑ Berbeza dengan bidalan kerana ada pepatah yang tidak mengandungi pengajaran. pepatah CIRI-CIRI Erti selapis Ayat singkat dan ringkas Bertujuan menyindir atau mengkritik Tidak terikat dengan syarat khas seperti jumlah baris
CONTOH pepatah Ditelan mati emak, diluah mati bapa ❑ Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting Guruh tak berbunyi, malang tak berbau ❑ Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu Harapkan pagar, pagar makan padi ❑ Percaya akan orang yang mengkhianati kita Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain ❑ Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ❑ Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya Berani kerana benar, takut kerana salah ❑ Berasa berani jika benar dan sebaliknya takut jika bersalah Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi ❑ Mendapat sesuatu yang diingini Buang yang keruh, ambil yang jernih ❑ Buang yang jahat, ambil yang baik
KATA HIKMAH ❑ Kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai ❑ Dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum ❑ Mempunyai pengertian tahap tinggi Bentuk ringkas Makna yang benar dan mendalam Perkataan yang bijak, pendek, sedap, benar dan berisi Ciri-ciri kata hikmah ▪ Bahasa menunjukkan bangsa ▪ Bersatu teguh, bercerai roboh ▪ Maju bangsa maju negara ▪ Bahasa jiwa bangsa ▪ Kita mesti menanti waktu, waktu tidak menanti kita ▪ Jangan pandang orang yang berkata, lihat apa yang dikata ▪ Hidup tak selalunya indah Contoh kata hikmah
Bentuk -bentuk perumpamaan: ❑ Menyatakan perbandingan secara terang dan jelas. ❑ Tidak menyatakan perbandingan secara terang -terangan PERUMPAMAAN ❑Susunan kata yang indah dan ringkas serta mempunyai maksud yang tersirat. SECARA TERANG Menggunakan kata perbandingan ; seperti, umpama, laksana, bagai Bagai bulan jatuh ke riba TIDAK SECARA TERANG Tidak menggunakan kata perbandingan Genggam bara api biar sampai jadi arang
Bagai aur dengan tebing ❑ Tolong-menolong antara satu sama lain Bagai bunyi cempedak jatuh ❑ Bunyi jatuh yang kuat Bagai bulan dipagari bintang ❑ Kecantikan gadis yang tiada bandingannya Bagai dihiris dengan sembilu ❑ Perasaan yang sangat pedih Bagai duri dalam daging ❑ Sesuatu hal yang tidak menyenangkan Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ❑ Hanya mementingkan diri sendiri Bagai itik pulang petang ❑ Berjalan dengan sangat lambat Bagai isi dengan kuku ❑ Persahabatan yang sangat erat CONTOH perumpamaan
Sekian, terima kasih Oleh: Saidah Nur Syafiqah binti Saharudin PERIBAHASA MELAYU