Minit Mesyuarat Bil 2 2021
TEMPAT : Dewan Omega
TARIKH : 5 Mei 2021 ( Rabu)
MASA : 8.45 Pagi
KEHADIRAN : 10/12
TIDAK HADIR : 1. ROSLAILY YUSOFF (BERSEBAB)
2. NORSYAMIMI ABDULLAH (BERSEBAB)
AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah alfatihah.
1.2. Pn.Siti Khalijah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia
kerana dapat hadir ke mesyuarat pertama.
1.3. Pn.Siti Khalijah berharap semua ahli panitia dapat mengisi borang skor
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan (PBPPP) mengikut format terkini
dan berharap PDPR berjalan lancar
(Makluman)
AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat Bahasa Inggeris Bil. 1 disahkan.
Pencadang : Pn.Tan Eng Timb
Disokong : Pn.Koh Lian See
AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT
- TIADA
AGENDA 4: PELAPORAN/ PERBENTANGAN/PERBINCANGAN
4.1.1 Modul Pelaksanaan PDPR 2.0 secara terancang
- Pn. Siti Khalijah meminta agar guru menyediakan modul PDPR kepada
pelajar mengikut tingkatan bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan
dalam PDPR
- Pn. Siti Khalijah memberi penerangan tentang cara penulisan refleksi dan
mengingatkan guru untuk menghantar RPH setiap minggu
(Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris)
4.4.2 Perlaksanaan, Pengurusan,dan Perekodan PBD
- Pn. Siti Khalijah mengingatkan guru- guru untuk menyediakan evidens PBD
dan borang transit bagi tujuan perekodan tahap pencapaian pelajar
- Pn. Siti Khalijah mengingatkan guru-guru untuk mengisi tahap pencapaian
pelajar berdasarkan rekod PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) bermula bulan Julai
(Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris)
4.4.3 Pendedahan format instrumen Pentaksiran SPM 2021 (yang belum dilakukan)
- Pn. Tan Eng Timb memberi cadangan untuk memberi pendedahan tentang
format instrumen kepada pelajar mengikut kelas masing-masing
(Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 5)
AGENDA 5: Hal- hal lain
5.1.1 Pn. Siti Khalijah mengingatkan semua guru untuk menghantar borang
SKPMG2 dan borang skor Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
(PBPPP) pada 16 Mei 2021 sehingga 20 Mei 2021
(Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris)
Mesyuarat ditangguhkan pada 11.30 tengah hari. Disahkan oleh,
Disediakan oleh,
......................................... UDA
(SITI AMEERA ATHIRAH BT ABDULLAH) .......................................
S/U Panitia BI (NURULHUDA MOHD ZAIN)
KP Panitia BI