Kerja Lapangan Geografi
Nama pelajar:Nur Alifah Ilyana Bt
Muhamad Suhaili
Kelas:1Ikhlas
Nama Guru:Mohamad Nizam Bin Ahmad
Sadali
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA
1. TAJUK KAJIAN
2. PERHARGAAN
3. PENDAHULUAN
4. OBJEKTIF KAJIAN
5. KAWASAN KAJIAN
6. KAEDAH KAJIAN
7. DAPATAN KAJIAN
MENYATAKAN JENIS DAH CONTOH SISA DOMESTIK YANG TERDAPAT DI KAWASAN KAJIAN YANG DIPILIH
2.MENJELASKAN TIGA KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK 3.MENGHURAIKAN TIGA LANGKAH MENGURANGKAN
SISA PEMBUANGAN SISA DOMESTIK SECARA BIJAKSANA
8. RUMUSAN
9. LAMPIRAN
KAJIAN LAPANGAN
KAJIAN TENTANG SISA
DOMESTIK DI KAMPUNG
ALOR BESAR,ALOR
SETAR,KEDAH DARUL
AMAN
1
1.PERHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur dipanjat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan kerja lapangan ini bagi memenuhi kritetia saya sebagai seorang pelajar
Tingkatan 1 bagi tahun 2021.
Saya Nur Alifah Ilyana Binti Muhamad Suhaili ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi saya,Cikgu Mohamad Nizam di atas tunjuk ajar kepada saya
tanpa putus asa untuk menyiapkan kajian lapangan ini.
Seterusnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan
adik-beradik saya kerana telah memberi dorongan kepada saya untuk memastikan
kajian dijalankan dengan sempurna.
2
2.PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi Tingkatan 1 yang bertajuk
kajian lapangan tentang””Sisa Domestik””di kawasan “”Kampung Alor Besar””.
Saya telah memilih Kampung Alor Besar sebagai kawasan kajian saya
Kerana ia merupakan lokasi yang strategik bagi saya.
Tempoh kajian saya adalah diantara 15 hingga 20 hari.Tempoh ini agak
lama disebabkan tugas untuk mencari maklumat.Jadi, saya dapat
menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan iaitu selama sebulan.
3
Antara objektif utama kajian ini
dijalankan adalah untuk:
1)Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik
di kawasan Kampung Alor Besar.
2)Menjelaska 3 kesan pembuangan sisa
domestik di kawasan Kampung Alor Besar.
3)Menghuraikan 3 langkah mengurangkan
kesan pembuangan sisa secara terancang
di kawasan Kampung Alor Besar
4
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Kampung Alor
Besar.Ia terletak di daerah Alor Setar dan
terletak di Negeri Kedah Darul Aman.
Jarak kawasan ini dari pusat bandaraya Alor Setar ialah sekitar 12-15km.
Masa perjalanan ke pusat bandaraya kira-kira 40 minit.Kawasan ini
merupakan kawasan perkampungan.Sawah padi antara sumber pendapatan
yang utama di kampung ini.Padi akan diambil kira-kira dua kali setahun.
Pandang darat fizikal yang ada disini termasuklah sungai,hutan dan
rumput.Pandang darat budaya yang terdapat di sini ialah sawah
padi,jambatan,dan sekolah.
5
6
Kaedah Kajian yang digunakan
dalam kajian ini ialah kaedah:
1)PEMERHATIAN 2)RUJUKAN
7
KAEDAH KAJIAN
Untuk kaedah kajian, saya mengggunakan dua kaedah iaitu :
1)pemerhatian
2)rujukan
1)PEMERHATIAN
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 2 September
sekitar jam 6 petang untuk mengumpulkan maklumat yang lebih banyak
berkenaan sisa domestik yang ada disekitarnya.
Tujuan saya mengumpulkan maklumat tentang sisa domestik adalah untuk
memperolehi lebih banyak maklumat tentang persekitaran kampung ini.
8
2)RUJUKAN
a)BUKU TEKS
Saya menjadikan Buku Teks Geografi Tingkatan 1 sebagai rujukan
sepanjangmenjalankan kerja lapangan ini . Saya dapat mencari lebih banyak maklumat
tentang kerja lapangan . Antara maklumat yanga saya jumpa ialah cara-cara melukis
peta lakar dan cara untuk menulis kerja lapangan .
Buku teks ini mempunyai dua pengarang iaitu Encik Hisyam Azman bin Ibrahim
dan Encik Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. Tahun pengeluaran buku ini ialah pada
tahun 2016 . Bandar terbitnya buku ini ialah di Bandar Permaisuri , 56000 Cheras ,
Kuala Lumpur . Buku teks Geografi Tingkatan 1 ini diterbitkan oleh ERA VISI SDN.BHD
9
b)INTERNET
Selain menggunakan buku teks , saya juga mendapatkan sebahagian
maklumat
internet. Antara laman sesawang yang saya rujuki ialah laman sesawang
seperti
Wikipedia dan juga Google .
Ini membolehkan saya mendapatkan banyak maklumat dengan mudah
sekali . Antara maklumat yang saya dapatkan daripada Wikipedia ialah
tentang
kesan dan juga contoh bahan buangan domestik . Laman Sesawang seperti
ini
membolehkan kita mendapatkan setiap maklumat dengan mudah
10
DAPATAN
KAJIAN
11
1.Jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di Kawasan Kampung Alor Besar.
Menurut Wikipedia , sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang
dari Kawasan perumahan . Sisa domestik mempunyai dua jenis iaitu sisa pepejal dan
sisa cecair .
Menurut hasil pemerhatian saya ,antara sisa domestik yang terdapat di kampung saya
ini terdapat dua jenis iaitu :
1. Bahan organik
contoh : sisa makanan dan juga sisa kebun
2. Bahan bukan organik
contoh : beg plastik baja dan botol racun serangga
Antara sisa cecair yang dijumpai di kampung ini adalah cecair racun serangga.
Antara sisa pepejal yang dijumpai juga ialah guni baja
12
2)Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan Kampung Alor
Besar.
Antara kesan pembuangan sisa domestik Kampung Alor Besar ialah :
1.Pencemaran
Pembuangan sisa domestik secara tidak terancang akan menyebabkan
(a) pencemaran air
(b) pencemaran udara
(c) pencemaran bau
2.Wabak Penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak virus yang disebarkan oleh haiwan yang boleh menyebabkan penyakit
taun,zika dan rotavirus.
3.Banjir
Sikap tidak bertanggungjawab sebahagian penduduk yang membuang sisa
domestik ke dalam longkang akan menyebabkan longkang tersumbat dan akan
terjadinya banjir
13
3)Menjelaskan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secra terancang
di Kawasan Kampung Alor Besar.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik secara bijaksana di kampung ini ialah:
1.Mengamalkan Amalan 3R
Penerapan amalan 3R dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada penduduk
kampung . Konsep ini boleh mengurangkan pembuangan sisa domestik .
3R > Reduce boleh mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah
seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistirena .
Reuse menggunakan semula bekas minuman , surat khabar , majalah
atau mendermakan buku-buku dan pakaian.
Recycle menghasilkan barangan baharu daripada barangan terbuang 14
seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos
2.Menguatkuasakan Undang-undang 15
Tindakan ini harus diambil supaya penduduk kampung lebih mengambil
berat tentang kesan pembuangan sisa domestik . Pihak yang melakukan
kesalahan melibatkan pembuangan sisa domestik akan didakwa diatas (akta 672)
dan akta (673) akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
3.Kempen
Kempen kesedaran harus dijalankan untuk menyedarkan penduduk kampung
tentang kepentingan mengurangkan sisa domestik di kampung mahupun bandar.
Antara kempen yang sering diadakan ialah kempen kesedaran alam sekitar ,
kempen 3R dan kempen cintai sungai kita
Rumusan
Setelah menjalankan kerja lapangan , saya telah menemui sisa domestik yang
dijumpai di Kawasan Kampung Alor Besar ialah guni baja dan juga botol serangga
beracun.
Saya juga mengetahui kesan pembuangan yang berlaku termasuk
pencemaran , bawak penyakit dan banjir . Langkah-langkah pengurusan sisa
domestik secara bijaksana ialah mengamalkan amalan 3R , menguatkuasakan
undang-undang dan mengadakan kempen .
Dengan ini , saya berharap kesan pembuangan sisa domestik dapat 16
dikurangkan di Kawasan Kampung Alor Besar
Lampiran
Antara sikap tidak bertanggungjawab penduduk
Keadaan sisa kebun Pembuangan sampah ditepi sungai
selepas dibakar
17
SEKIAN
TERIMA KASIH