Edisi Mac 2022
Isi Kandungan
1.Mesyuarat Pengurusan Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum
2.Taklimat Ibu Bapa & Penjaga Murid Tahun 1
Sesi 2022/2023
3.Mesyuarat Panitia
4.Gotong-royong sekolah
5.Senamrobik guru
6.Bengkel GWFE
Barisan Pentadbir
SK Sementa
1.Mesyuarat Pengurusan Kurikulum,
HEM dan Kokurikulum
Pada 15 Mac 2022, Mesyuarat
Pengurusan Kurikulum, HEM,
Kokurikulum dan Guru telah dijalankan
melalui Google Meet bagi
membincangkan maklumat dan takwim
perancangan sekolah mengikut unit
masing-masing
2. Taklimat Ibu Bapa & Penjaga Murid
Tahun 1 Sesi 2022/2023
Satu taklimat ibu bapa & penjaga murid Tahun 1 telah diadakan pada
15 Mac 2022 bersamaan dengan hari Selasa. Taklimat ini telah
diadakan secara online melalui platform Google Meet dan bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga murid
tahun 1 berkaitan maklumat dan latar belakang sekolah. Pihak
sekolah berharap agar murid-murid Tahun 1 dapat belajar dalam
keadaan yang selesa dan mencapai objektif pembelajaran demi
kesejahteraan bersama.
3. Mesyuarat Panitia
Pada 16 Mac 2022 (Rabu), semua panitia
teras dan elektif SK Sementa telah
mengadakan mesyuarat pertama melalui
Google Meet. Mesyuarat ini bertujuan
untuk membincangkan hal-hal panitia dan
perancangan aktiviti tahunan sekolah.
4. Gotong-royong sekolah
Pada 17 dan 18 Mac 2022 bersamaan dengan
hari Khamis dan Jumaat, pihak sekolah telah
mengadakan gotong-royong sekolah bagi
membersihkan kelas dan menyusun atur
perabot sekolah dalam keadaan yang baik.
Guru-guru SK Sementa telah bekerjasama
membersihkan kelas dan menolong antara
satu sama lain bagi memastikan kelancaran
pembukaan sekolah pada minggu hadapan.
5. Senamrobik guru
Pada 17 Mac 2022 (Khamis),
panitia PJK telah membuat
senamrobik sebelum aktiviti
gotong-royong dijalankan.
Guru-guru berasa sangat
gembira dan aktif
melakukan pergerakan
senamrobik.
6. Bengkel GWFE
Unit ICT Sekolah Kebangsaan Sementa menganjurkan Bengkel “On-
Boarding Clinics On Google Workspace For Education (GWfE)” pada 26 Mac
2022 (Sabtu) untuk memantapkan lagi guru-guru dengan fitur-fitur
tambahan pelbagai aplikasi dan penggunaan Google serta potensinya
untuk memudahkan kerja seharian di sekolah.
csc
Terdapat 6 slot di dalam bengkel ini iaitu Google Meet,
Google Classroom, Google Form, Gmail, Google Chat dan ID
CM
Bengkel yang dirancang diharapkan dapat dijalankan mengikut
tarikh yang telah ditetapkan. Pelaksanaan bengkel ini dapat
meningkat pengetahuan dan kemahiran guru-guru serta
berkemampuan menggunakan pelbagai aplikasi dan
penggunaan Google yang terdapat dalam Google Workspace
For Education
EDITOR
Cassandra A/P Santhanasamy
AJK eBulletin & Dokumentasi
2022/2023