www.jhev.gov.my
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA • 2/2016 • PERCUMA
ONE STOP CENTRE
JRP UGAT
JABATANARAH URUSAN GAJI
REKOD DAN ANGKATAN
PENCEN TENTERA
MALAYSIA
LTAT
LEMBAGA
TABUNG
ANGKATAN
TENTERA
Mengurus Dan Menangani Isu-Isu Bakal Pesara Dan
Veteran Atm Dalam Soal Pembayaran Berhubung:
• Faedah-Faedah Persaraan
• Ganjaran
• Pencen
SUDUT MINDA
KETUA PENGARAH
Assalamualaikum PENAUNG
Warahmatullahiwabarakatuh.
Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Abdullah
S.W.T dengan limpah dan izin-Nya dapat
kita bertemu sekali lagi menerusi Buletin PENASIHAT
Veteran ATM keluaran kedua bagi tahun
2016. Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain
Tahun 2016 membuka lembaran KETUA EDITOR
baharu kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran
ATM (JHEV ATM) dan semua persatuan Zatul’ Itri Farizan binti Shamsudin
Veteran ATM di mana Akta Veteran 2012
(Akta 740) yang telah diluluskan pewartaannya pada 7 Oktober 2015 dan PEN. KETUA EDITOR
berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015 mula menampakkan perkembangan.
Melalui Akta ini, pendaftaran persatuan Veteran ATM dan Veteran ATM adalah di YM Haji Tengku Badli bin Tengku Zalli
bawah tanggungjawab JHEV ATM. Persatuan - persatuan yang telah mendaftar
dengan JHEV ATM sebanyak 378 buah persatuan yang terdiri daripada 91 EDITORIAL
buah persatuan induk dan 287 buah cawangan.
JHEV ATM tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan para Veteran Lt. Kol. Ahmad Kamar bin Abd Ghani,
ATM. Pelbagai program dan bantuan kebajikan telah dan sedang dilaksanakan Mej Abdul Rahim bin Musa, Mej Zurkefli
dengan matlamat untuk menambahbaik kehidupan Veteran ATM dan seterusnya bin Karim TUDM, Kapt Mohamadatul
membantu mereka keluar daripada keadaan yang memerlukan kepada keupayaan Shawalee bin Moin TUDM, Nor Azalina
membina ekonomi dan menjana pendapatan sendiri. Walau bagaimanapun, binti Md Jani, Shahrul Ikhwan Ridzuan,
Veteran ATM perlu mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada bantuan- Aziha binti Mohd Isa dan Mohd Faris bin
bantuan yang disediakan dan tidak berputus asa untuk meningkatkan taraf Jamaluddin.
hidup masing-masing.
Sepanjang tahun ini, pelbagai inisiatif telah berjaya dilaksanakan oleh JHEV ATM JURUFOTO DAN EDARAN
dalam mengendalikan permasalahan Veteran ATM. Di antaranya pemanjangan
sistem e-MASS kepada Veteran ATM, yang telah mempermudahkan Veteran Bahagian Khidmat Pengurusan
ATM mendapatkan bekalan ubat-ubatan tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri.
Veteran ATM boleh mendapatkan bekalan ubat-ubatan di 646 farmasi komuniti DITERBITKAN OLEH
dan 433 pembekal peralatan perubatan yang berdaftar dengan Oratis di seluruh
negara. Selain itu, penubuhan One Stop Centre di semua pejabat JHEV ATM JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM,
Cawangan Negeri yang berperanan sebagai medium perhubungan di antara KEMENTERIAN PERTAHANAN
bakal pesara dan Veteran ATM dengan Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP), 301, Medan Tuanku,
Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Jalan Tuanku Abdul Rahman,
(LTAT) juga berjaya dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkaitan pembayaran 50100 Kuala Lumpur
ganjaran, faedah-faedah persaraan dan pencen. TEL : 03-2050 8000
JHEV ATM sedar bahawa veteran sangat mengutamakan penyampaian FAKS : 03-2691 7564
perkhidmatan yang cekap, cemerlang serta menyeluruh dari jabatan ini. Kami
sentiasa mengambil berat dan bersedia mendengar permasalahan Veteran REKA LETAK & DICETAK
ATM, seterusnya bertindak dan berusaha menambahbaik aspek-aspek yang OLEH
mungkin menjadi kekangan dalam perkhidmatan kami sebelum ini. Sehubungan
dengan itu, sokongan padu daripada persatuan-persatuan Veteran ATM amat ULTIMATE PRINT SDN. BHD
diperlukan supaya usaha kami untuk membela kesejahteraan Veteran ATM Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran
mencapai matlamat. Saya percaya dengan berkat usaha dan bantuan semua, Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah
JHEV ATM akan terus komited dan kekal memberikan perkhidmatan terbaik. Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua warga Veteran ATM seluruh Malaysia dan
pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.
Semoga segala usaha JHEV ATM akan terus memberi manfaat kepada semua
Veteran ATM. Sekian.
MEJ JEN DATO’ MOHAMAD KHIR BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Kementerian Pertahanan Malaysia
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
2 www.jhev.gov.my
ONE STOP CENTRE
JHEV ATM
Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Tentera (JHEV ATM) Malaysia telah menubuhkan One Stop
Centre bagi menguruskan dan menangani isu-isu yang dihadapi bakal
pesara dan Veteran ATM termasuk dalam soal pembayaran berhubung dengan
ganjaran, faedah persaraan dan pencen.
One Stop Centre ini diwujudkan di semua pejabat JHEV ATM Cawangan
Negeri di seluruh negara ini berperanan sebagai medium perhubungan
diantara bakal pesara dan Veteran ATM dengan Jabatanarah Rekod dan
Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT).
Berkuatkuasa pada 6 September 2016 yang lalu, melalui langkah ini, bakal
pesara dan Veteran ATM tidak perlu lagi hadir ke JHEV ATM yang berpusat
di Kuala Lumpur sebaliknya boleh melakukan sebarang urusan dengan
pejabat-pejabat JHEV ATM yang berhampiran.
Langkah proaktif ini dilihat mampu memudahkan bakal pesara dan
Veteran ATM untuk melakukan sebarang urusan termasuk menyemak status
pembayaran mahupun membuat sebarang urusan. Ini kerana setiap maklumat pertanyaan daripada bakal pesara dan
Veteran ATM dapat terus disalurkan kepada setiap agensi terbabit dengan lebih cepat dan tepat.
Bagi Menyalurkan Aduan Sila Hubungi:
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM - 03-2050 8000
JABATAN REKOD DAN PENCEN (JRP) - 03-2071 2932
URUSAN GAJI ANGKATAN TENTERA (UGAT) - 03-2071 3592
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) - 03-2148 9777
Atau Hubungi Jhev Atm Cawangan Negeri Yang Berhampiran.
SELANGOR/ WPKL PERAK PAHANG
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Cawangan Selangor/ Wilayah Cawangan Negeri Perak Cawangan Negeri Pahang
Persekutuan Tel: 05-2435063/05-25532523 Tel: 09-5142235/295
Tel: 03-2050 8000 Faks: 05-2435124 Faks: 09-5142275
Faks: 03-2691 7564/ 7546
MELAKA/ NEGERI SEMBILAN SABAH
KELANTAN/TERENGGANU Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri Melaka dan Cawangan Negeri Sabah
Cawangan Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan Tel: 088-259120/088-267506
Terengganu Tel: 06-2345931/932 Faks: 088-5142275
Tel: 09-7470286/0395 Faks: 06-2345930
Faks: 09-7470499 SARAWAK
JOHOR Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
KEDAH/ PERLIS/ P.PINANG Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri Sarawak
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri Johor Tel: 082-230358/082-230357
Cawangan Negeri Kedah, Perlis Tel: 07-2226564/07-2267712 Faks: 082-231009
dan Pulau Pinang Faks: 07-2221148
Tel: 04-7332437/446
Faks: 04-7332592
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 3
www.jhev.gov.my
Persidangan Meja Bulat
BAJET KHAS 2017
Khas Tahun 2017 untuk Veteran ATM yang akan
diangkat bagi pertimbangan Pengurusan Tertinggi
Kementerian khasnya YB. Menteri Pertahanan dan
seterusnya YAB Perdana Menteri.
Seramai 81 orang ahli yang terdiri daripada 55
persatuan Induk Veteran ATM telah menghadiri
persidangan ini. Persatuan Induk Veteran ATM yang
telah berdaftar dengan JHEV ATM adalah sebanyak
91 buah persatuan dan turut hadir dalam persidangan
ini wakil daripada PERHEBAT dan Kementerian
Pertahanan.
24 Sept 2016 – Ketua Pengarah JHEV ATM,
Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah telah
mempengerusikan Persidangan Meja Bulat
Bajet Khas 2017 yang diadakan di Wisma
Perwira, Kementerian Pertahanan, Kuala
Lumpur.
Persidangan yang julung kali diadakan
diantara JHEV ATM bersama stakeholders
Veteran ATM bertujuan untuk mendapatkan
maklumbalas dan pandangan daripada semua
pihak yang berkepentingan berkenaan Bajet
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
4 www.jhev.gov.my
PERARAKAN KONTINJEN
VETERAN ATM
Hari Kebangsaan 2016
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2016 – Seramai 250
anggota Persatuan Veteran ATM Malaysia (PVATM)
telah menyertai perarakan sempena Sambutan Hari
Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
dengan diketuai oleh Mejar (B) Mohamad Rom bin
Ismail.
Sambutan Hari Kebangsaan 2016 yang bertemakan
#Sehati Sejiwa memupuk semangat bersatu padu
yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan
rakyat Malaysia.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 5
www.jhev.gov.my
LNarAiaSn SIoRloAMBerdBeAkaS
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2016 – Larian Solo
Merdeka oleh Encik Nasir Abbas, Veteran ATM dari
Kuala Kedah yang tiba di Dataran Merdeka telah
disambut oleh YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum,
Timbalan Menteri Pertahanan dan YM Jen Tan Sri
Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor,
Panglima Tentera Darat serta pegawai-pegawai kanan
tentera dan awam Kementerian Pertahanan di Dataran
Merdeka Kuala Lumpur.
Veteran ATM, Nasir Abbas, 61 tahun dari Taman Sri
Putra, Kuala Kedah telah memulakan Larian Merdeka
sejauh 500 kilometer dari Alor Setar ke Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos yang lalu.
Beliau yang merupakan imam Surau Al
Hijrah di Kuala Kedah yang telah bersara
dari tentera pada tahun 1998 selepas
berkhidmat selama 21 tahun. Berbekalkan
semangat patriotik, beliau melakukan larian
solo sejauh 500 kilometer dari Masjid Zahir,
Alor Setar, Kedah ke Dataran Merdeka di
Kuala Lumpur sempena sambutan Hari
Kebangsaan ke 59 tahun ini.
Nasir Abbas pernah mencatat nama
dalam The Malaysia Book of Records
selama dua tahun berturut-turut iaitu
pada tahun 2002 kerana berjaya berlari
sejauh 1,754 kilometer selama 30 hari
di seluruh Semenanjung bermula dari
Kelantan hingga Perlis dan pada tahun
2003 atas kejayaannya berlari sejauh
2,068 kilometer dari Tawau hingga
Kuching selama 53 hari.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
6 www.jhev.gov.my
Sekitar Lawatan Kebajikan
KETUA PENGARAH JHEV ATM
Lawatan YBhg. Dato’ Lawatan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah dan Datin ke atas
Ketua Pengarah dan Datin Veteran ATM Nik Zahari yang menghidap penyakit stroke
ke atas Balu Veteran di Kg Bechah Palas, Bunut Susu Pasir Mas, Kelantan.
ATM Mohd Noh yang
telah meninggal dunia
di Kampung Tendong,
Pasir Mas, Kelantan.
Sumbangan pendahuluan
RM1,000 Bantuan
Mengurus Jenazah (BMJ)
dari JHEV ATM telah
diserahkan oleh YBhg.
Dato’ Ketua Pengarah
kepada balu allahyarham.
Lawatan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah dan Datin kepada Lawatan kebajikan Ketua Pengarah JHEV ATM kepada
keluarga Veteran ATM Tidak Berpencen, Shafie bin Mat Veteran ATM PW1 Mohd Rasidin bin Ramli (Bersara)
Ripin 59 tahun. Veteran ini menghidapi sakit gout dan yang menghidap penyakit kanser hati tahap 4 di Hospital
mempunyai tanggungan seramai enam orang anak dimana Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada 5 Sept 2016.
lima orang daripadanya masih bersekolah.
Lawatan kebajikan kepada
Veteran ATM di Hospital Tentera
Tuanku Mizan Kuala Lumpur pada
14 Oktober 2016.
Veteran ATM Encik Ujang bin
Mormin (Bersara)
Prebet Mohd Zaidi bin Mansil Lawatan Kebajikan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah dan Datin
(Bersara) Nab binti Mamat ke atas Veteran ATM Nor bin Deraman
(British Army) yang uzur di Kg Merbau Kota Bharu. Veteran
memerlukan alat bantu pendengaran dan tongkat.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 7
www.jhev.gov.my
Kuala Lumpur, 18 Nov 2016 – Jabatan Hal Ehwal JLKNTERIMA KASIH
Veteran ATM (JHEV), Kementerian Pertahanan
Malaysia telah mengadakan Majlis Penghargaan
kepada Staf Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
di Dewan Patriot, Tingkat 20, Menara TH Perdana.
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan memberi
penghargaan kepada seramai 80 orang kakitangan
JLKN yang dipinjamkan bagi Projek ‘Task Force
Mengekstrak Data Bagi Veteran Yang Tidak Berpencen
di Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP), Kementerian
Pertahanan Malaysia.
Projek ini telah bermula dari 1 Mac 2016 hingga
18 November 2016 dan telah berjaya mengekstrak
152,000 orang veteran tidak berpencen ke dalam
Sistem Pemurnian Data Veteran ATM, JHEV ATM.
Turut hadir bersama Timbalan Ketua Pengarah
JHEV ATM, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain,
Puan Faridah binti Habib, Pengarah Kanan Bahagian
Sumber Manusia JLKN, Pegawai-Pegawai Kanan
JHEV ATM, Jabatanarah Rekod dan Pencen dan
kakitangan JLKN.
KEMENTERIAN PERTAHANAN PRIHATIN
NASIB ANGGOTA TENTERA MILIKI RUMAH SENDIRI
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2016 – Kementerian 2,000 unit kediaman mampu milik merangkumi empat blok
Pertahanan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan pangsapuri 32 tingkat di atas tapak seluas 3.27 hektar pada
Tentera (LTAT) akan membina sebanyak 2,000 rumah di harga RM199,750 seunit yang dijangka siap pada tahun 2018.
Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Bukit Jalil bagi
membantu anggota tentera dan Veteran ATM memiliki Kementerian Pertahanan juga akan bekerjasama dengan
kediaman sendiri. kerajaan negeri menyediakan tanah bagi membina lebih
banyak rumah mampu milik untuk anggota dan Veteran ATM.
Projek Perumahan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Buat permulaan, kementerian menerusi LTAT akan membina
dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Parcel C, 303 rumah mampu milik untuk Veteran ATM di Segari, Perak.
Taman LTAT, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan membangunkan
Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohd
Johari Baharum, Pengerusi LTAT, Tan Sri Anwar Mohd Nor,
Panglima Tentera
Darat, Jen Tan Sri
Raja Mohamed
Affandi Raja
Mohamed Noor
dan Panglima
Tentera Udara,
Jen Tan Sri
Roslan Saad.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
8 www.jhev.gov.my
Presiden Persatuan Bekas Askar British Malaysia
HAJI CHE ONN NEAMAT
Presiden Persatuan Bekas Askar British Malaysia,
Haji Che Onn Neamat telah meninggal dunia
pada usia 75 tahun di Institut Jantung Negara,
Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2016 yang lalu.
Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara
pada 6 Oktober 2016 akibat kesukaran bernafas.
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan
Taman Sri Gombak.
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga Haji Che Onn
Neamat atas pemergian Allahyarham. Semoga roh
Allahyarham Haji Che Onn Neamat di cucuri rahmat.
AL-FATIHAH
Majlis Ramah Mesra
BERSAMA ANGGOTA
CEDERA
MELAKA, 11 Oktober 2016 – Panglima Tentera
Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor beramah mesra bersama anggota dan
bekas anggota tentera cedera yang diraikan semasa
Majlis Ramah Mesra Sempena Hari Angkatan Tentera
ke 83 di 3 Divisyen, Kem Terendak, Melaka.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen
Dato’ Seri Panglima Haji Hasbullah bin Haji Mohd
Nawawi, Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’
Sri Zulkiple bin Haji Kassim dan wakil Panglima-
Panglima Perkhidmatan ATM.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 9
www.jhev.gov.my
25-26 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Kementerian SEMINAR
Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM PEMANTAPAN
(JHEV ATM) telah mengadakan Seminar Pemantapan 1MALAYSIA
1Malaysia Veteran Recognition Programme bersama VETERAN
Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang telah RECOGNITION
diadakan di Hotel Silka Maytower, Jalan Munshi PROGRAMME DAN
Abdullah, Kuala Lumpur. PENGURUSAN
PERSATUAN
Program 1Malaysia Veteran Recognition Programme VETERAN ATM
(1MVRP) telah mula dilaksanakan pada tahun 2012
oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) Pelbagai penambahbaikan Skim Kebajikan dan Pendidikan
bantuan telah disalurkan kepada Veteran ATM yang yang dijalankan oleh JHEV kepada semua Pengerusi
layak menerusi 7 inisiatif di bawah 1MVRP. atau wakil Persatuan Veteran ATM yang berdaftar
dengan JHEV di bawah Akta Veteran 2012.
Bermula November 2015, JHEV ATM telah mula
berperanan sebagai pendaftar pertubuhan veteran Selain itu ianya juga menjadi platform perbincangan
di bawah Akta Veteran 2012. Sehingga Oktober dua hala antara Persatuan Veteran ATM dengan
2016, sebanyak 91 persatuan induk telah berdaftar Ketua Pengarah JHEV selaku Pendaftar Pertubuhan
dengan JHEV ATM. untuk membincangkan penambahbaikan bantuan
yang boleh dilaksanakan bagi memastikan tiada
Seminar yang julung-julung kali diadakan ini veteran yang merasa tersisih dan kebajikan veteran
bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan program terpelihara.
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
serta penerangan Seminar telah dihadiri seramai 92 orang Veteran
ATM yang mewakili 72 persatuan induk yang berdaftar
di bawah JHEV ATM.
Seminar yang berlangsung dua hari ini telah
dirasmikan oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad
Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal
Veteran (JHEV ATM).
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
10 www.jhev.gov.my
TETAMU
ALLAH
Buat pertama dan julung kalinya Kementerian kasih kepada pihak KAGAT yang dipimpin oleh
Pertahanan Malaysia telah memperuntukkan Mej Jen Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat
sebanyak 87 kuota haji kepada Veteran ATM selaku Ketua Pengarah KAGAT, bersama pegawai
melalui kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab dan kakitangan yang telah berkerja keras daripada
Saudi bagi musim haji 1437 Hijrah. Jabatan Hal Ehwal mula sehinggalah tarikh penerbangan. Permasalahan
Veteran ATM (JHEV ATM) telah diberi tanggungjawab setiap calon jemaah dapat diselesaikan dengan baik
untuk mengelolakan 87 kuota tersebut. Dengan dan lancar. Penghargaan harus diberikan kepada
kerjasama Markas ATM, Kor Agama Angkatan Tentera Mejar Ustaz Mohd Nizar bin Mansor berserta pasukan
(KAGAT), Lembaga Urusan Tabung Haji dan Pejabat beliau yang telah menyelaras proses pendaftaran
YB Menteri Pertahanan, seramai 87 orang Veteran sehingga keberangkatan jemaah ke tanah suci.
ATM serta pasangan berjaya menjadi tetamu Allah
bagi tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada YBhg.
Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua
Bermula dengan taklimat dan penyediaan dokumen Pengarah JHEV ATM yang telah memberi sokongan
yang diadakan di Masjid Khalid Al Walid KEMENTAH moral dan keprihatinan yang tidak berbelah bahagi
pada 28 Ogos 2016, bakal jemaah diberi penerangan kepada setiap permasalahan jemaah Veteran ATM
tentang pelaksanaan dan pentadbiran haji dan diikuti sepanjang pengurusan pentadbiran ibadah haji
dengan Kursus Khas Haji yang diadakan pada tersebut.
31 Ogos 2016 di masjid yang sama. Bagi tujuan
penerbangan, para jemaah dibahagikan kepada dua Setelah hampir 41 hari berada di tanah suci, semua
kumpulan. Seramai 47 orang dalam kumpulan pertama jemaah haji Veteran ATM telah selamat kembali
dengan daftar penerbangan KT48B berlepas pada 5 ke tanah air pada 14 dan 15 Oktober 2016 yang
September 2016. Kumpulan kedua pula seramai 40 lalu. Syukur kepada Allah S.W.T, semoga mereka
orang, dengan daftar penerbangan KT49B berlepas dikurniakan haji mabrur.
pada 6 September 2016.
Pihak sekretariat JHEV ATM mengucapkan tahniah
JHEV ATM merakamkan ucapan terima kepada jemaah yang berjaya melepasi segala
dugaan dan rintangan bermula daripada proses
pendaftaran sehingga sampai ke Tanah Suci Mekah
bagi menunaikan ibadah Rukun Islam Kelima.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 11
www.jhev.gov.my
DIADRIAIRJHI JEHVEV
31 Julai 2016 – Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu 31 Julai 2016 - Istiadat Perbarisan melibatkan
Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja 28 pegawai dan 775 anggota Lain-Lain
Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Sambutan Hari Pangkat (LLP) terdiri dari Tentera Darat
Pahlawan Tahun 2016 bertempat di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya. Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Persatuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)
dan Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia
diketuai oleh Ketua Perbarisan Lt Kol Mohd
Radzi Othman.
07 Ogos 2016 – Majlis Penganugerahan Pingat 15 Ogos 2016 – Ketua Pengarah JHEV ATM
Jasa Malaysia (PJM) yang disempurnakan oleh telah menerima kunjungan hormat daripada
YBhg. Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Bin Abdullah, Persatuan Kelab Komando Utara Malaysia di
Ketua Pengarah JHEV ATM kepada 100 orang
Veteran ATM di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Ibu Pejabat JHEV ATM, Kuala Lumpur.
Kelantan. Veteran ATM yang menerima PJM terdiri
20 Julai 2016 - Majlis Perjumpaan YB Menteri daripada pelbagai Kor seperti RAMD, TLDM,
Pertahanan Bersama Warga Kementerian
Pertahanan sempena sambutan Hari Raya KOD, RAJD dan sebagainya.
Aidilfitri di Dewan Seroja, Kementerian
Pertahanan, Kuala Lumpur.
7 Ogos 2016 – Ketua Pengarah JHEV ATM Kuala Lumpur – Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Kuala Lumpur – PERHEBAT dengan
mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Raja (SKT) telah berlangsung selama 2 hari pada kerjasama JHEV ATM, LTAT dan PVATM
27 dan 28 Julai bertempat di Bilik Mesyuarat telah menganjurkan Konvesyen Kebangsaan
Perempuan Zainab 2, Kelantan bagi melawat Usahawan Veteran ATM 2016 pada 16
Veteran ATM, Mat Daud Bin Jusoh yang telah Pahlawan JHEV ATM. Ketua Pengarah JHEV ATM dan 17 Ogos 2016 bertempat di PWTC.
telah mengetuai bengkel tersebut yang dihadiri Tema konvesyen kali ini ialah “Memperkasa
disahkan menghidap Barah Lidah tahap 3. oleh semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Usahawan Veteran ATM”dan telah dirasmikan
Cawangan Negeri. oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan. Seramai
200 usahawan terdiri daripada Veteran ATM
menyertai konvensyen ini. Sebanyak 50 booth
usahawan Veteran ATM, 10 booth agensi
kerajaan dan 10 booth syarikat korporat
telah dibuka. Turut berlangsung, pelancaran
Dokumentari Usahawan Veteran ATM siaran
RTM dan pelancaran Alumni PERHEBAT.
BULETIN VETERAN ATM 21//22001166
12 www.jhev.gov.my
29 Ogos 2016 – Seramai 86 orang Veteran ATM Kuala Lumpur, 30 Ogos 2016 – Larian Solo Kuala Lumpur, 31 Ogos 2016 – Seramai 250
telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun Merdeka oleh Encik Nasir Abbas, Veteran ATM anggota Persatuan Veteran ATM Malaysia telah
ini hasil kerjasama Lembaga Tabung Haji, JHEV dari Kuala Kedah yang tiba di Dataran Merdeka menyertai perarakan sempena Sambutan Hari
ATM dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia telah disambut oleh YB Dato’ Sri Mohd Johari Kemerdekaan 2016 di Dataran Merdeka dengan
(KAGAT). Sesi mengemaskini maklumat bagi diketuai oleh Mejar (B) Mohamad Rom bin Ismail.
Veteran ATM yang terpilih sebagai peserta haji bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan
telah diadakan di Masjid Khalid Al Walid, Jalan dan YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin
Padang Tembak, Kuala Lumpur. Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat
serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam
Kementerian Pertahanan.
Kuala Lumpur, 23 September 2016 – Pembentangan Cadangan Bajet Khas 2017 Kuala Lumpur, 29 September 2016 - Staf JHEV ATM ibupejabat Kuala
Veteran ATM yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM bersama wakil Lumpur turut sama meneliti sisipan akhbar PEJUANG Kementerian
Pertahanan keluaran pertama terbitan Utusan Malaysia.
Persatuan-Persatuan Induk Veteran ATM.
Kuala Lumpur - 29 September 2016, YBhg. 19 Sept 2016 – Tuan Haji Abd Karim bin Haji 8 Oktober 2016 - Penglibatan kakitangan JHEV
Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Ketua Husin, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM ATM dalam Sambutan Hari Sukan Negara 2016
Pengarah JHEV ATM sedang melihat sisipan menyerahkan Sijil Pendaftaran Persatuan Veteran Peringkat MinDef di Padang Kawat MinDef, Kuala
akhbar PEJUANG terbitan Utusan Malaysia di Kaum Cina Tentera Darat (MACVA) kepada Brig
Jen (B) Dr. Leong Weng Foon dan disaksikan Lumpur.
pejabatnya. oleh Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja
Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.
BBUULLEETTIINN VVEETTEERRAANN AATTMM 21/2016 13
www.jhev.gov.my
JHEV Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan
KEDAH, PERLIS & Pulau Pinang
268, Komplek Shahab Perdana, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah
PULAU PINANG
Tel: 04-7332437/446 Faks: 04-7332592
LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYERAHAN
SUMBANGAN KEPADA VETERAN
Kedah, 27 Ogos 2016 - JHEV Kedah, Perlis dan Pengarah JHEV ATM Kedah,Perlis dan Pulau Pinang,
Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Mejar Norhaizi binti Khaidir TUDM beramah mesra
Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) 21 degan isteri Veteran ATM.
Bentong-Tawau Zon, Utara, telah mengadakan
lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan
kepada Veteran ATM Ishak bin Kasim dan keluarga
bertempat di Kg Malau, Kulim. Majlis ini telah dihadiri
oleh Pengarah JHEV Kedah, Perlis dan Pulau Pinang
iaitu Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM bersama-
sama dengan 46 ahli persatuan.
Penyerahan sumbangan kepada ahli keluarga Veteran ATM.
MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA
MALAYSIA (PJM) PERINGKAT NEGERI KEDAH
30 Oktober 2016 – Panglima Tentera Darat, iv) Bantuan Yayasan Veteran ATM – 1 penerima
Angkatan Tentera Malaysia, YM Jeneral Tan Sri v) Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam – 10
Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat penerima
Jasa Malaysia (PJM) di Hotel Park Avenue, Sungai Turut hadir ialah YBhg. Mej Jen Dato’ Mohamad
Petani, Kedah. Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej
Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima Divisyen
Sempena majlis tersebut, YM Tan Sri Panglima Kedua Infantri Malaysia, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain
Tentera Darat telah menganugerahkan Pingat Jasa bin Ahmad, Panglima 6 Bridged Infantri Malaysia
Malaysia (PJM) kepada 163 Veteran ATM yang terdiri dan ahli-ahli Persatuan Veteran ATM.
daripada pelbagai Kor seperti RAMD, JLJ, KOD,
RAD dan sebagainya.
Pada majlis tersebut juga, YM Tan Sri Panglima
Tentera Darat telah menyampaikan sumbangan
Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV
ATM kepada Veteran ATM seperti berikut:
i) Bantuan Sara Hidup – 7 penerima
ii) Bantuan Peralatan Pesakit – 1 penerima
iii) Bantuan Persekolahan – 1 Penerima
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
14 www.jhev.gov.my
Lt Kol Haji Yusof bin Saidi JHEV
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak
Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak PERAK
Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124
PROGRAM SEHARI KURSUS JANGKA PENDEK
VETERAN BERSAMA ANJURAN JHEV ATM
JHEV ATM CAWANGAN NEGERI PERAK DI
PENGKALAN HULU, 17 Okt 2016 - JHEV ATM KKOLEJ KOMUNITI, KAMUNTING
Cawangan Negeri Perak dengan kerjasama AMUNTING – JHEV ATM Cawangan Negeri
Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Perak telah melaksanakan Kursus Pendek
Pengkalan Hulu telah berjaya melaksanakan Program di Kolej Komuniti Taiping pada 25 dan 26
Sehari Veteran ATM Bersama JHEV ATM. Seramai 180 Okt 2016. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah
Veteran ATM dan balu telah hadir dalam program ini. memberi pengenalan dan pendedahan secara teori
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Peranan dan praktikal kepada Veteran ATM/balu dalam teknik
JHEV ATM, Kaunter Khidmat Nasihat, Kaunter Kad penghasilan produk Surimi Ikan, Pembuatan Cheese
Veteran ATM dan kaunter e-mass oleh syarikat ORATIS. Tart, Coklat dan Apam Polkadot serta cara pengiraan
Sambutan yang amat menggalakkan ini menunjukkan kos, penilaian, pembungkusan, hiasan serta cara
pihak JHEV ATM sentiasa bersama-sama Veteran ATM. pemasaran produk.
Objektif kursus ini diadakan ialah bagi
mensiapsiagakan Usahawan Veteran ATM/balu
Negeri Perak dalam Industri Kecil dan Sederhana
(IKS). Kumpulan sasaran bagi pelaksanaan kursus
ini terdiri daripada Veteran ATM seperti berikut:
a. Veteran ATM yang baru memulakan perniagaan
dalam Produk Makanan Sejuk Beku dan
pembuatan kek serta coklat.
b. Penerima - penerima bagi Skim Bantuan
Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM – Sara
Hidup/Persekolahan.
c. Balu – balu yang hilang tempat bergantung dan
punca pendapatan.
Seramai 25 orang peserta terdiri daripada Veteran
ATM, Isteri dan Balu telah menjayakan kursus ini.
TAKLIMAT PERANAN JHEV ATM KEPADA WARGA
KEM REJIMEN 503 AW
JHEV ATM Cawangan Negeri Perak telah
mengadakan taklimat di Kem Rejimen 503
AW Ipoh pada 8 Nov 2016. Seramai 61 orang
Pegawai dan Anggota telah hadir ke taklimat ini.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
www.jhev.gov.my 15
JHEV Kdr Mohammad Rodzi bin Dandan TLDM
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Selangor dan
SELANGOR & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
W. PERSEKUTUAN 301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur
Tel: 03-20508000/03-20508060 Faks: 03-26917564/03-26917546
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ATM
Kuala Lumpur, 8 Nov 2016 - Menteri Pertahanan,
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
menyampaikan anugerah kepada anak-anak
Veteran ATM yang terpilih sempena Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) ke-26. Penyampaian Skim Bantuan
Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi kepada 20
orang anak Veteran ATM telah diadakan di Auditorium
Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM
bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan
insentif kepada anak-anak ATM yang mencapai
tahap kecemerlangan dalam bidang akademik di
peringkat PT3, SPM serta yang berjaya melanjutkan orang telah menerima anugerah berkenaan.
pelajaran ke IPTA tahun 2015. Hasrat ini adalah Turut serta ialah Panglima-Panglima Perkhidmatan,
sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan Pegawai-pegawai kanan ATM dan awam Kementerian
‘the caring and closely-knit society’. Seramai 653 Pertahanan.
KUNJUNGAN AUDIT MAJLIS PENGANUGERAHAN
BADSA PROGRAM PINGAT JASA MALAYSIA
1MVRP JHEV ATM
SELANGOR DAN WILAYAH KUALA LUMPUR, 28 Okt 2016 – Jabatan Hal
PERSEKUTUAN Ehwal Veteran (JHEV ATM) Cawangan Negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan
Kuala Lumpur, 19 Sept 2016 – Jabatan Hal kerjasama Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama
Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Cawangan Rejimen Askar Melayu Diraja telah menganjurkan Majlis
Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Wisma
telah dikunjungi Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Am (BADSA) atas tujuan Kajian Audit Terhadap
Projek Pembinaan Rumah Veteran ATM. Tim seramai Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mohd
4 orang diketuai Puan Siti Noras Dayani telah Johari bin Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan.
melawat 4 buah rumah Veteran ATM di kawasan Seramai 70 orang ahli persatuan terdiri dari Veteran
Selangor dan Wilayah Persekutuan. Turut hadir ATM dan balu mewakili Veteran ATM telah dianugerahkan
Pengarah JHEV Cawangan Selangor dan Wilayah pingat PJM. Penganugerahan tersebut adalah sebagai
Persekutuan, Kdr Mohamad Rodzi bin Dandan TLDM pengikhtirafan daripada kerajaan terhadap jasa mereka
dan Pen Pengarah Bahagian Kerjaya, Sosioekonomi semasa bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan
dan NBOS, Lt Kol Ahmad Kamar bin Abd Ghani. negara ini semasa Darurat Pertama dan Darurat Kedua.
Turut hadir ialah YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat dan
Mej Jen Dato Mohd Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah
16 www.jhev.gov.my JHEV ATM.
Mejar Zulfadlee bin Zamri JHEV
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan
Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka MELAKA &
Tel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930
NEGERI SEMBILAN
KURSUS JAHITAN
VETERAN ATM
PERINGKAT
NEGERI MELAKA
TAHUN 2016
JHEV ATM Cawangan Melaka dan
Negeri Sembilan telah menganjurkan
kursus Jahitan Veteran ATM Peringkat
Negeri Melaka Tahun 2016 dengan
kerjasama Kolej komuniti Bukit Beruang,
Melaka. Seramai 15 orang peserta
telah mengikuti kursus ini. Kursus telah
dilaksanakan selama 4 hari iaitu pada 2-3
Nov dan 9-10 Nov 2016.
Para peserta didedahkan dengan kemahiran asas
menjahit penggunaan mesin jahit, dan seterusnya
jahitan pelbagai langsir.
Perasmian penutup kursus telah dilaksanakan
Timbalan Ketua Pengarah, Tuan Hj Abd Karim bin
Hj Hussain pada 10 Nov 2016. TKP turut dibawa
melihat Bengkel Bakeri dan melihat peserta kursus
menyiapkan jahitan langsir.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 17
www.jhev.gov.my
JHEV Mejar Abdul Aziz bin Haji Kasmuri
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Johor
JOHOR Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Datuk Dalam, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2226564/07-2267712 Faks: 07-2221148
PENYERAHAN BANTUAN KEBAJIKAN DAN
PENDIDIKAN KEPADA VETERAN ATM
KLUANG, 30 Julai 2016 – YB Menteri Pertahanan Kluang, 24 Mei 2016 – Penyerahan kerusi
telah menyempurnakan penyerahan cek roda dan katil pesakit Skim Bantuan Peralatan
Bantuan Kemasukan Ke IPTA kepada 10 orang Pesakit oleh Mejar Aziz Kasmuri, Pengarah
anak Veteran ATM dan cek Bantuan Bencana Alam JHEV ATM Cawangan Negeri Johor kepada balu
kepada seorang Veteran ATM yang rumahnya telah Veteran ATM, Puan Nariah binti Husin di rumah
ditimpa ribut. YB Menteri Pertahanan juga dengan beliau. Turut hadir Ketua Cawangan PVATM Kahang
seikhlas hati telah sudi memberi sumbangan hari dan Ketua Cawangan PVATM Sembrong dan ahli-
raya kepada 10 orang Veteran ATM warga emas di ahli PVATM untuk memberi semangat dan sokongan
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen moral kepada balu sekeluarga. Balu yang terlantar
Sembrong tersebut. YB Menteri Pertahanan sangat sakit akibat lumpuh ternyata gembira dengan
optimis dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dan kehadiran pihak JHEV ATM dan PVATM yang
keluarga mereka, demi menghargai jasa bakti dan sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi
pengorbanan mereka kepada negara. Veteran ATM dan balu veteran.
KURSUS HASILAN KACANG SOYA DAN CINCAU
Ayer Hitam, 14 Nov 2016 – Kursus Hasilan
Kacang Soya dan Cincau anjuran JHEV Johor. Kursus yang diadakan di Pusat Pertanian
ATM Negeri Johor dengan kerjasama Pusat Ayer Hitam selama dua hari itu telah mendapat
sambutan yang baik dari peserta-peserta yang
Pertanian Ayer Hitam telah mendapat sambutan hadir. Kursus yang diadakan ini diharap dapat
menggalakkan dari Veteran ATM dimana 20 peserta menambahkan ilmu dan meningkatkan tahap
dari Negeri Johor dan 10 peserta dari luar Negeri sosioekonomi Veteran ATM.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
18 www.jhev.gov.my
Lt Kol Adzhar bin Hamdan TUDM JHEV
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Pahang
Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut , 25000 Kuantan , Pahang PAHANG
Tel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275
BENGKEL SEMINAR ‘PECUTAN
E-MARKETING (BIZ AKHIR’ SPM DAN PT 3
ONLINE) VETERAN ANAK-ANAK VETERAN
ATM NEGERI ATM NEGERI PAHANG
PAHANG
JANDA BAIK – Pada 24 dan 25 September 2016
KUANTAN – Pada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM)
22 November Cawangan Negeri Pahang telah mengadakan
2016, Jabatan Seminar “Pecutan Akhir” SPM dan PT 3 kepada
Hal Ehwal Veteran ATM anak-anak Veteran ATM Negeri Pahang. Seramai
Negeri Pahang telah 40 orang anak-anak veteran telah terlibat dalam
menganjurkan Bengkel sseminar yang dianjurkan ini. Melalui seminar ini anak-
E-Marketing (Biz online). anak veteran didedahkan dengan kemahiran dan
Bengkel ini diadakan kaedah menjawab soalan peperiksaan sebenar yang
di Pengkalan Tentera dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman dalam
Udara DiRaja Malaysia menyedia dan memeriksa kertas soalan peperiksaan
(TUDM) Kuantan dengan SPM dan PT 3. Seminar ini diadakan selama 2 hari
kehadiran peserta bengkel 1 malam dan penginapan turut disediakan kepada
seramai 80 orang Veteran peserta seminar. Selain itu, motivasi untuk keyakinan
ATM dari seluruh Negeri diri turut dibekalkan kepada peserta seminar bagi
Pahang. Melalui bengkel bekalan menuju peperiksaan sebenar. Majlis Penutup
ini, peserta didedahkan seminar telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul
dengan ilmu pemasaran Karim bin Haji Hussain, Timbalan Ketua Pengarah
secara offline dan online. JHEV ATM.
Melalui bengkel ini juga
peserta diberi tunjuk ajar dan berpeluang untuk
membuat pemasaran secara online kepada produk
yang telah mereka ada. Bengkel ini diadakan selama
sehari dan secara keseluruhan telah memberi suatu
peluang pemasaran kepada Veteran ATM sekaligus
membuka minda untuk meluaskan pemasaran produk
yang sedia ada dan yang akan dikeluarkan oleh
peserta. Penutup bengkel ini telah disempurnakan
oleh wakil Komander Pengkalan Tentera Udara
DiRaja Malaysia Kuantan.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
www.jhev.gov.my 19
JHEV Mejar Mohd Aman Shah bin Alias
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu
KELANTAN & Tingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Perak, Semerak , 15000 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7470286/0395 Faks: 09-7470499
TERENGGANU
LAWATAN KEBAJIKAN Lawatan kebajikan
KE ATAS VETERAN YANG ke atas anak Veteran
SAKIT ATMawatan kebajikan keatas anak Veteran ATM
Lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM Encik Encik Ripin di Kg Jambu Bongkok Marang,
Rahim bin Ali di Hospital Raja Perempuan
Zainab, Kota Bahru Kelantan. Veteran ini telah LTerengganu oleh Penolong Pengarah JHEV
mengalami penyakit hati bengkak. Lawatan dibuat
oleh Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Kelantan dan Terengganu. Veteran ATM ini
Terengganu pada 14 November 2016 bersama- memerlukan bantuan susu, katil dan tilam untuk 2
sama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen orang anak beliau yang OKU. Lawatan turut disertai
Kelantan (PVTTB). oleh Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen
Marang (PVTTB). Lawatan dibuat pada 5 Ogos
2016.
PENYERAHAN BANTUAN Penyerahan bantuan
SUSU kerusi roda
Penyerahan bantuan susu kepada Veteran Encik
Nik Zahari yang mengalami strok di Pasir Mas
Kelantan. Beliau hanya bergantung hidup
dengan susu sahaja disebabkan oleh penyakit ini.
Beliau turut memohon bantuan katil dan tilam hospital
bagi memudahkan keluarga beliau menguruskan
dirinya yang tidak mampu bergerak. Penyampaian
bantuan dilaksanakan oleh Pengarah JHEV ATM
Cawangan Kelantan dan Terengganu pada 21
Oktober 2016. YBhg Mej Jen Dato Mohamad Khir
bin Abdullah turut melawat veteran ini pada 12
November 2016.
Penyerahan bantuan kerusi roda kepada isteri
veteran ATM di Kuala Krai Kelantan. Kedua
– dua kaki isteri veteran ini telah dipotong
akibat kencing manis. Beliau amat memerlukan
bantuan kerusi roda untuk bergerak. Penyampaian
disempurnakan oleh Penolong Pengarah JHEV
Cawangan Kelantan dan Terengganu pada 3 Ogos
2016. Turut hadir adalah Persatuan Veteran ATM
(PVATM) Cawangan Kuala Krai Kelantan.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016
20 www.jhev.gov.my
Lt Kol Adnan bin Arifin JHEV
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Sabah
Pintu C7-3, Tingkat 7, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah SABAH
Tel: 088-259120/088-267506 Faks: 088-5142275
KURSUS SOSIOEKONOMI JHEV SABAH
Beaufort, 23 Oktober 2016 – JHEV ATM
Cawangan Sabah telah mengadakan kursus
membuat Kek Ikan/Bebola Ikan dan Keropok
Lekor yang telah diadakan di Dewan Kulinari Kolej
Komuniti Beaufort, Sabah. Seramai 50 peserta dari
Veteran ATM dan balu daripada PVATM Sipitang
dan Beaufort telah menghadiri kursus ini. Kurusus
ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abd. Karim bin
Hj. Husain, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM.
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 21
www.jhev.gov.my
JHEV Lt Kol Dunging Anak Serit
Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Sarawak
SARAWAK Tingkat 1, Lot 331, 332 & 333, Seksyen 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: 082-230358/082-230357 Faks: 082-231009
PENERIMA BANTUAN LAWATAN SIASATAN
SARA HIDUP
Lawatan siasatan ke atas Veteran Buda Anak Kapit, 14 Oktober 2016 – Siasatan bantuan
Ubam oleh Lt Kol Dunging Anak Serit, Pengarah sara hidup hampir genap 3 tahun di pejabat
JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak bagi sewaan Persatuan Veteran ATM (PVATM)
penerima Bantuan Sara Hidup yang hampir genap Cawangan Kapit di Dewan Gelanggang Kenyalang,
3 tahun di rumah kediaman Veteran ATM di Daerah Kapit. Lawatan ke daerah Kapit oleh Pengarah
Pakan, Sarawak. JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak bersama
kakitangan JHEV Sarawak.
LAWATAN RUMAH BINA
BARU (1MVHRP) Serian, 11 Okt 2016 - Pengarah dan staf JHEV
ATM cawangan Negeri Sarawak ke rumah
Tinjauan proses bina baru rumah Veteran ATM penjaga kepada anak mendiang William Kisan
T.1106961 Peter Anak Lagan, Lans Koperal anak Samun di Kg Tangga Mawang, Serian yang
bersara yang berkhidmat selama 15 tahun mana anak mendiang Christina Vivana anak William
dalam tentera darat oleh Lt Kol Dunging Anak Serit, Kisan 15 tahun dan adiknya Desserina Ellyyana anak
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak William Kisan 11 tahun telah ditinggalkan oleh ibu
di Kampung Menyang, Balai Ringin yang terletak kandungnya tanpa khabar berita. Tujuan lawatan
di daerah Serian. Siap sepenuhnya pada bulan adalah bagi membantu bapa saudaranya Wilfred
September 2016. anak Samun (penjaga) bagi memohon skim bantuan
yang sesuai bagi meringankan beban bapa saudara
BULETIN VETERAN ATM 2/2016 yang hanya bekerja sebagai pembantu am di sebuah
kilang di kawasan Serian. Dengan hanya bergaji
22 www.jhev.gov.my sekitar RM1,000-RM1,300 bapa saudaranya tidak
mampu untuk menyara keluarganya termasuk anak-
anak, isteri, ibu bapa yang uzur serta anak mendiang.
BAYARAN INSENTIF KHAS INSURGENSI
UNTUK VETERAN ATM
Semasa pengumuman Bajet 2017 pada 28 Okt 2016 kerajaan telah memperuntukan
sebanyak RM55 juta bagi membayar insentif ini. Pembayaran ini melibatkan semua Veteran
ATM yang hilangupaya kekal sebelum 1 Jan 2001 di mana kecederaan kekal mereka ini
adalah disebabkan atau diperkaitkan dengan tugas perkhidmatan semasa perkhidmatan.
Bayaran Insentif Khas Insurgensi merupakan insentif tambahan kepada Faedah Hilang
Upaya yang dibayar sekarang.
Insentif Khas Insurgensi ini
membolehkan kelompok Veteran ATM
yang mengalami bencana kerja sebelum
tahun 2001 mendapat faedah lebih
baik atau setara sepertimana formula
pengiraan Ex-Gratia Bencana Kerja di
bawah PP 7/2001 dan tarikh kuatkuasa
bayaran adalah mulai Januari 2017.
Manafaat insentif ini akan dinikmati oleh
1,635 orang veteran kurang upaya dan
1,400 balu Veteran ATM.