The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irahmohd1, 2021-11-18 07:20:52

E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BMMB1074

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH :
NAJWA BINTI NAZRI

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
sISTEM TULISAN PALLAWA
SISTEM TULISAN KAWI
SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM EJAAN ZA'BA
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
PERANAN ASAS 50
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN
EKONOMI
PENTADBIRAN KERAJAAN
KERACUNAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
PERCAMPURAN KOD
SLANGA

MDM Company June 1, 2021

SEJARAH PERKEMBANGAN 3 Sistem tulisan jawi
TULISAN BAHASA MELAYU

1 Sistem tulisan pallawa

2 Sistem tulisan kawi 4 Sistem ejaan Za’ba

5 Sistem ejaan rumi kongres

SISTEM TULISAN PALLAWA

Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan
di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di

Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit

Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran
dan ilmu pengetahuan.

Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad
di kalangangolongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan

asas untuk mengajar orangkebanyakan
membaca dan menulis.

Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan) atau prasasti
di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala,
sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong,
ibu kota Kabupaten Kutai Karta negara.

aksara Pallawa juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5.
dokumen2 inilah yang menjadi bukti penggunaan aksara Pallawa sebagai tanda aksara ini telah berkembang

di Nusantara.

Tugu(batu bersurat) juga turut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf
Pallava berbahasa Sanskrit.

Tujuh tugu tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan
tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga

 Sistem tulisan kawi 12 3

Click the More tab in the Select the Emoji or GIPHY Browse and click the Emoji
editor side panel. app. or GIF you want to use.

Aksara Kawi (Bahasa Sanskrit: कवि kavi, "pujangga") atau aksara Jawa Kuno adalah turunan
aksara Brahmi Pallava yang pernah digunakan secara bersejarahnya di wilayah lautan Asia

Tenggara termasuk Kepulauan Melayu sekitar abad ke-8 hingga abad ke-16.

Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa
ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia

Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu.

Sistem ini ialah sistem tulisan terawal di Nusantara dan merupakan pendahulu bagi aksara-
aksara yang lebih moden tercambah muncul, seperti aksara Jawa (Hanacaraka), aksara Bali,
aksara Rencong dan aksara Sunda (baik kuno mahupun standard) yang terus ditulis atas kulit

kayu, daun lontar, kepingan logam dan pada batu-batu bersurat sekitar Asia Tenggara

Aksara Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan. Tiap hurufnya
merepresentasikan sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan

tanda baca.Aksara ditulis tanpa ruang kosong.

Aksara Kawi adalah sebuah abugida di mana setiap hurufnya mewakili atau melambangkan
sebutan bunyi sebuah suku kata bervokal lalai /a/ yang dapat diubah dengan penggunaan

tanda baca tertentu.

Aksara ini tercatat pada prasasti-prasasti di Jawa, Bali, dan Sumatera di Indonesia, malah ada
juga ditemukan pula prasasti lempeng tembaga bertuliskan aksara ini sejauh Filipina pada
tahun 2010.

SISTEM TULISAN JAWI 12 3

Click the More tab in the Select the Emoji or GIPHY Browse and click the Emoji
editor side panel. app. or GIF you want to use.

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait
dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi.

Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis
dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya.

Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu
Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik

Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H)
dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera,[13] sementara penggunaan terawal

abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.

Selewat abad ke-13 kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya , sementara Kesultanan
Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh

kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu
mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali

sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini.

Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani,
Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga

kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka

Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka
dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan

Brunei semuanya ditulis dalam Jawi.

Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh
lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun
orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu.

Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi
sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa

Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri

antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera
dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan

abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Sistem Ejaan Za’ba 1
Copy a Copy a Copy a Copy a
sticky sticky sticky sticky
note, then note, then note, then note, then
write your write your write your write your
thoughts. thoughts. thoughts. thoughts.




Sistem Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh
orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan

Melayu Jawi – Rumi 1949

Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris) dan juga merupakan sistem ejaan rumi
yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu.

Sistem ejaan in juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam
beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu
Penggal I (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi – Rumi) (1949) dengan judul

“Petua – petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang sendiri oleh Za’ba.

Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah – sekolah
dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan
Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.

Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya hanya melambangkan bunyi –
bunyi bahasa Melayu melalui huruf – huruf rumiyang digunakan
dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.

Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi – bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Maka, grafem dan tanda – tanda baru telah digunakan untuk mencukupkannya. Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>,
<ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz>, dan tanda – tanda seperti < ‘>, <’> adalah untuk melambangkan bunyi –
bunyi yang dilambangkan oleh huruf – huruf Jawi seperti < a’ in> dan < hamzah >.

Dalam penggunaan partikel <pun> dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan.
Sebagai contoh, <ada pun>, dan <atau pun>.

Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi.
Dalam sistem ejaan ini jugamempunyai tiga bunyi diftong

yang telah diistilahkan sebagai huruf ‘bunyi berkait’ iaitu bunyi – bunyi <ai>, <au>, dan <oi>.

tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang banyak
sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja. Keempat, terdapat pembaharuan dari segi
perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja

berdasarkan sebutannya yang asal.

terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran
si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa

penggunaan sempang.

SISTisEtMemEJeAjAaNanRrUuMmI i
KOkNoGnRgrEeSs

Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan
dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956.

Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah
membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan
tentang tulisan Jawi.

Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik,
iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja

perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.

tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang banyak sekali
menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU

PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA

June 1, 2021

Peranan pejabat karang mengarang

Bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam
bahasa Melayu dan Inggeris bahan rujukan kepada semua golongan.

Membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang
diceburi dan ia dapat mengimarahkan budaya penulisan di dalam kalangan Universiti.

Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal, dan sebagainya.

PERANAN PAKATAN MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

Mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu agar pengetahuan Bahasa Melayu lebih mudah
disebarkan kepada orang ramai.

Memelihara,memperlengkap dan mempermodenkan Bahasa melayu.
Memelihara tulisan jawi

Menstandartkan ejaan dan perkataan
Mencipta perkataan baharu

Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan
Mengadakan perpustakaan

Memajukan Bahasa Melayu secara berkumpulan
Mengendalikan perbincangan tentang Bahasa Melayu

Memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu

PERANAN ASAS 50

-Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan melayu

-Melindungi hak ahli dan pengarang
-Melahirkan pembaharuan dalam karya sastera
-Ahli-ahli ASAS 50 bersepakat berjuang untuk meluaskan dan

meninggikan status kesusasteraan
-Mempelajari bidang karangan sastera seperti cerita,lakonan,buku,rencana

pengetahuan,kebudayaan dan peradaban Melayu.

BAHASA MELAYU DALAM

SISTEM PENDIDIKAN

LAPORAN BARNES (1951)

Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar

Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar,
maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua.

Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu
sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan

Boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kem
ahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan
komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam
masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu

yang merangkumi semua kaum.

Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang
pembubaran pendidikan vernakular Cina.

LAPORAN FENN-WU (1951)

Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu
berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes

Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan
menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak

bercorak perkauman.

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain
sebagai pilihan.

Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar
Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman

pergaulan seharian.
Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh

satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada
cadangan yang dikemukakan.

ORDINAN PELAJARAN (1952)

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan
British di Tanah Melayu atau Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu
Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.

Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku
darurat dan juga sebab kekurangan wang

Laporan Razak (1956)

Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956 yang bertujuan mewujudkan sistem
pelajaran yang sama bagi semua kaum.

Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak. Laporan Razak 1956 boleh dianggap
sebagai batu asas bagi perkembangan sistem Pendidikan kebangsaan

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia

Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah
menengah.

PENGENALAN BAHASA MELAYU
MODEN

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP) ditubuhkan secara rasminya pada 22 Jun
1956 di Johor Bharu.

Pada awalnya,DBP terletak di bukit timbalan,Johor Bharu.

DBP membuat perancangan dan men
guruskan perkara yang berkaitan

dengan Bahasa Melayu yang sekali gus menjadi bahasa rasmi negara.

Pada tahun 1957,DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk tujuan
memudahkan dan menlincinkan segala urusan dari segi pentadbiran.

Matlamat utama DBP ialah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di negara yang merdeka dan berdaulat.

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)

Membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk bidang sains dan teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam
bahasa kebangsaan

Mencetak,menerbitkan,membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah, dan lain-lain bentuk

persuratan dalam bahasa kebangsaan

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dengan bahasa kebangsaan

KERJASAMA SERANTAU

1. Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM)
pada tahun 1972 bagi memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan
peringkat serantau

2. Pada tahun 1985 Brunei Darussalam menyertai penubuhan pakatan ini
sekaligus MBIM diperluas menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-

Malaysia(MABBIM)
3 MBIM dan MABBIM ditubuhkan untuk merancang dan memantau

perkembangan Bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini.
4. Kerjasama ini telah menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan,
penyeragaman pedoman pembentukan istilah, dan penyeragaman istilah-istilah

ilmu tinggi peringkat profesional

PENGANTARABAHASAAN

Peranan kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui buku
serta sastera temptan, kerajaan perlu menghasilkan serta mengetengahkan

koleksi besar yang mampu menarik minat penerbit luar untuk
menterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia

Peranan sektor swasta iaitu memberi sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah.
Sebagai contoh, pihak swasta telah membiayai kos perbelanjaan Pengajian Bahasa

Melayu di Universiti Australia

Peranan kita sebagai rakyat Malaysia ialah kita perlu mendaulatkan bahasa kerana ''
Bahasa Jiwa Bangsa''

PENGANTARABAHASAAN

Peranan media massa iaitu media massa menjadi alat atau medium penyampaian
maklumat yang pantas dan tidak dapat dipertikaikan. Jadi dengan itu, proses-proses

kempen memertabatkan bahasa Melayu dapat dilakukan dan disebarkan

Peranan golongan elit dan akademik iaitu dengan sanggup membuktikkan
kebolehan mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan penulisan

secara global

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

EKONOMI
PENDIDIKAN
PENTADBIRAN KERAJAAN
KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

PENDIDIKAN

Kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran tidak berkesan, oleh itu terlahirlah generasi yang tidak
fasih berbahasa melayu

EKONOMI

Bahasa Inggeris menjadi bahasa dominan menjadikan isu
graduan dalam bidang bahasa melayu tidak laku di pasaran

pekerjaan

PENTADBIRAN KERAJAAN

Bahasa Melayu digunakan dalam pentadbiran awam iaitu
dalam urusan rasmi negara, pengiklanan kekosongan jawatan dan perkhidmatan

kaunter.

KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

Bahasa rojak yang sering digunakan di media social telah

mencabar bahasa melayu yang tepat dan benar.

PERCAMPURAN KOD

Percampuran kod merupakan satu perkara biasa dalam kalangan mereka
yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila
seorang bertutur mencampuradukkn bahasa atau dialek dengan bahasa atau
dialek yang lain atau antara satu dialek -dialek lain.Perkara ni amat berleluasa
di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti
bahasa Melayu,Cina,Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya.

BAHASA SLANGA

Bahasa Slanga merupakan penggunaan bahasa yang tidak rasmi
dan ungkapannya tidak dianggap sebagai standard dalam dialek
atau bahasa

pengaruh akibat Untuk menimbulkan Bertujuan untuk
kelaziman dalam keakraban dan gurauan, slogan, identiti
persekitaran keluarga kemesraan dalam kumpulan dan
dan masyarakat sesebuah kelompok melahirkan perasaan
masyarakat

SUMBER RUJUKAN

Hashim Musa. (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan rumi baharu. Jurnal Bahasa

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Keong Seouk, ( 1990 ). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Hussien Baharuddin (2007). Bahasa Melayu Klasik, UPM, Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Pelajar

Laporan Fenn-Wu 1951. (t.t). Dlm. Wikipedia. Diperoleh pada Ogos 29, 2015,
daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Fenn-Wu_1951



Nasir, N. (2009). Mengantarabangsakan bahasa Melayu. Diperoleh daripada
http://fiqalbu.blogspot.com/2009/02/mengantarabangsakan-
bahasa-melayu.html


Ramly, I. (2005). Inilah kurikulum sekolah. PTS.



Sidek, N. (2019). 3 jenis tulisan orang Melayu lama : rencong, pallawa dan
kawi. Diperoleh daripada https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-
orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-kawi.html

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version