The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ini disediakan hasil daripada penelitian dan dapatan daripada siri-siri libat urus yang diadakan di bawah kelolaan Sekretariat Bangsa Malaysia ABIM.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pkpimedia, 2021-10-11 10:16:21

MODUL LITERASI BANGSA MALAYSIA TOLAK POLITIK PERKAUMAN

Modul ini disediakan hasil daripada penelitian dan dapatan daripada siri-siri libat urus yang diadakan di bawah kelolaan Sekretariat Bangsa Malaysia ABIM.

BANGSA MALAYSIA

Bangsa Malaysia merupakan satu prinsip yang mewujudkan identiti kebangsaan yang inklusif bagi
semua penduduk Malaysia. Konsep Bangsa Malaysia bukanlah dengan mewujudkan satu bangsa
baharu dan melenyapkan identiti bangsa tertentu, tetapi konsep ini menekankan perkongsian nilai
yang sama antara semua kaum dan etnik di Malaysia. Pembinaan Bangsa Malaysia merupakan suatu
proses yang memerlukan penekanan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan pengukuhan aspek integrasi nasional.

46

47

D3 - TRIVIA@RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia
yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara
diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian
dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Kendiri 3: Rukun Negara

Ikrar Rukun Negara :

KEPERCAYAAN KELUHURAN
KEPADA TUHAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN
UNDANG-
UNDANG

Perbincangan :
1. Adakah adik-adik mengetahui kesemua Rukun Negara?
2. Pernahkah adik-adik hayati prinsip Rukun Negara sebelum ini.
3. Adakah adik-adik memahami maksud Rukun Negara?
4. Apakah kepentingan Rukun Negara Malaysia?

48

D3 - AKTIVITI 6

BAHASA KITA
Kita akan lebih memahami dengan lebih mendalam budaya sesebuah etnik dan golongan. Bahasa
merupakan titik persamaan yang menjurus kepada kekuatan perpaduan di Malaysia. Kebolehan
bertutur dalam pelbagai Bahasa terutama bahasa etnik lain akan mendorong etnik yang lain untuk
menghargai bahasa serta kebudayaan sesuatu etnik. Ini secara tidak langsung akan membantu
menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian dan mendorong generasi baharu untuk saling
menghormati demi memupuk semangat muhibah.

Nak kenal orang lain, kenalilah bahasa pertuturan mereka, Jom belajar Bahasa kawan kita

BAHASA BAHASA BAHASA
MELAYU MANDARIN TAMIL

N

Good
Morning
Thank

you
How are

you?
Yes, I’m

well
Excuse

me

What is
your
name?

My name
is…

Where are
you from?

We are
Malaysian

See you
tomorrow

49

Perbincangan
1. Adakah adik-adik pernah belajar bahasa bangsa lain yang wujud di Malaysia sebelum ini?
2. Apakah perasaan adik-adik selepas belajar bahasa asas Tamil/Melayu/China ?
3. Apakah kepentingan mempelajari bahasa-bahasa yang wujud di Malaysia ?
4. Adakah bahasa penting dalam menyatukan rakyat Malaysia ?
5. Adakah adik-adik akan teruskan mempelajari dan mempraktikkan bahasa-bahasa lain
selepas ini?

50

D3 - AKTIVITI 7

#KITAMALAYSIA

1. Peserta membahagikan diri mereka kepada empat kumpulan mengikut bangsa; Melayu,
Cina, India dan Lain-Lain.

2. Setiap kumpulan berada di empat kotak yang berbeza. Di hadapan empat kotak tersebut
terdapat satu kotak yang tidak mewakili mana-mana kumpulan.

3. Sekiranya soalan-soalan yang ditanya oleh tutor ini berkaitan dengan diri peserta, peserta
terbabit hendaklah bergerak ke kotak di hadapan.

Tuliskan nama kawan-kawan anda yang mempunyai persamaan dalam aspek seperti yang
disebutkan oleh tutor anda dalam bulatan yang sama.

Siapakah disini suka makan nasi Siapakah disini suka bermain Siapa disini yang lahir bulan
lemak? badminton? Ogos?

Siapa disini yang pernah Siapa disini percaya Malaysia Siapa disini bangga jadi rakyat
mempunyai atau masih ada merupakan negara maju dan malaysia?
kawan baik selain bangsa anda
harmoni?
sendiri?

Siapa disini boleh menyanyikan
lagu Negaraku?

51

Nyanyikan lagu negaraku bersama kawan-kawan anda.

Lirik Lagu Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan
kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,
Rahmat bahagia Tuhan
kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta

LIRIK LAGU 1
MALAYSIA

Dunia kian berubah
Perubahan Melingkari
Melaksana Hasrat Hati

Kejayaan Terbukti

Negaraku yang Megah
Dengan Misi yang Gagah

Kerana Perpaduan
Kita Masih Bersama

Kita Satu Bangsa, Kita Satu
Negara

Kita Matu Matlamat, Negaraku
Kita Satu Bangsa, Satu Negara

Kita satu Malaysia

Bermulanya Sekarang
Perjalanan Dilaksana
Seia Sekata Sehati dan Sejiwa

Membina Masa Hadapan
Menuju Kejayaan

Kita Semua Rakyat Malaysia
Harmoni, Saling Menghormati

Kita Satu Bangsa, Kita Satu
Negara

Kita Satu Matlamat, Negaraku
Kita Satu Bangsa, Satu Negara

Kita Satu Malaysia

52

53

PANDUAN FASILITATOR

54

ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat
56
1. TENTATIF PROGRAM 57
2. LAGU PROGRAM 58
3. ETIKA FASILITATOR 60
4. MODUL:

55

A. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.30 pagi
9.00 pagi Pendaftaran dan Sarapan

10.30 pagi Pengenalan fasi, Taaruf, Ice Breaking dan Mind Setting

1.00 petang Domain 1: Pendidikan Kenegaraan
2.00 petang Aktiviti 1: Saya Bangga Anak Malaysia (15 minit)

3.30 petang Kendiri 1: Mewarnai Bendera (30 minit)
5.00 petang Aktiviti 2: Negara Kita (1 jam)
5.30 petang
Aktiviti 3: Filem Pendek ‘Buang’ (45 minit)

Makan Tengahari//Rehat

Domain 2: Ancaman Politik Perkauman
Aktiviti 4 : Survive (30 minit)

Kendiri 2: Kenal Pasti Agama dan Etnik (15 minit)
Aktiviti 5: Kita Memilih (45 minit)

Domain 3: Bangsa Malaysia Sebagai Penyelesaian
Kendiri 3: Rukun Negara (15 minit)
Aktiviti 6: Bahasa Kita (45 minit)
Aktiviti 7: #KitaMalaysia (15 minit)

Majlis Penutup

Bersurai

56

SATU MALAYSIA

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati

Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kita satu bangsa Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa Satu negara

Kita 1 Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata Sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan

Menuju kejayaan
Kita semua rakyat
Malaysia Harmoni saling menghormati
Kita satu bangsa Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa Satu negara

Kita 1 Malaysia

Pencipta Lagu : Universiti Lim Kwok Wing

57

PANDUAN FASILITATOR

ERTI DARI SEGI BAHASA
➢ Fasilitator bererti pemudahcara. DEFINISI/KONSEP FASILITATOR :

1. Seorang insan yang berakal (dipertanggungjawabkan)
2. Menggunakan sumber-sumber (bahan) yang ada di sekeliling
3. Untuk memudahkan penyampaian mesej (bagi mencapai objektif)
4. Menyuruh kepada kebaikan
5. Mencegah kemungkaran
PERANAN FASILITATOR
1. Memberikan motivasi kepada peserta.
2. Mewujudkan kemesraan dan memecah kebekuan dalam kalangan peserta.
3. Menyuburkan nilai murni dalam diri peserta.
4. Membina kepercayaan dan keyakinan antara individu peserta dan fasilitator.
5. Memberi jalan penyelesaian alternatif kepada peserta.
6. Menerima dan melayan peserta secara adil & seadanya.
7. Memupuk semangat kekitaan dan ukhuwwah.
8. Memperkenalkan & berkongsi lebih daripada apa yang ada.
ETIKA FASILITATOR
1. Mengamalkan konsep wala'.
2. Mempamerkan sahsiah yang cemerlang sebagai seorang Muslim.
3. Berpakaian sopan, berakhlak & berperwatakan mulia serta bertanggungjawab.
4. Memugar budaya ilmu dengan mencatat.
5. Sentiasa sedia berkhidmat tidak kira dalam apa jua keadaan yang memerlukan.

58

ADAB & PERWATAKAN TUTOR
1. Membuka majlis dengan Ummul Kitab al-Fatihah.
2. Mempunyai persedian yang rapi sebelum Tutorial Mahasiswa bermula.
3. Sentiasa bersedia menerima peserta seadanya & tidak prejudis (berprasangka buruk).
4. Mengawal segala pertuturan dan tingkah laku daripada peribadi yang tidak senonoh.
5. Bersikap mudah suai diri (flexible).
6. Menggunakan bahasa perantaraan yang bersesuaian iaitu abang, kakak, kamu, saya, siswa, siswi,
mahasiswa, dsb.
7. Membahasakan diri seperti aku, engkau, korang, dan diorang adalah kurang beretika.
8. Melazimi hubungan mata (eye-contact) yang berkesan sepanjang aktiviti berlangsung.
9. Memastikan peserta melibatkan diri dengan baik dalam setiap aktiviti.
10. Bersedia dengan aktiviti alternatif untuk keadaan luar jangkaan (mengikut kesesuaian,peserta dan
objektif program).
11. Sentiasa senyum dan tenang.
12. Bijak membuat provokasi terhadap pergerakan peserta agar lebih proaktif.
13. Gunakan pelbagai senaman ringan supaya peserta tidak cepat lesu.
14. Bijak menggunakan teknik escapism mengikut kesesuaian.
15. Sabar dan tegur dengan penuh hikmah & dengan cara yang baik [Q S16:125].
16. Kaitkan setiap perbincangan dengan al-Quran & as-Sunnah, serta disiplin ilmu dan pengetahuan
am yang lain yang telah dipelajari.
17. Sentiasa berdisiplin:
18. Menepati masa dalam semua aktiviti terutamanya pergerakan waktu solat.
19. Menjelaskan niat yang benar & dengan benar untuk hadir ke program.
20. Tidak menghisap rokok & dadah, minum arak, berjudi dan membuat maksiat.
21. Berpakaian kemas mengikut yang telah ditetapkan & menutup aurat sempurna.
22. Tidak memakai jeans atau baju tanpa kolar bagi lelaki.
23. Hanya berhias & memakai wangian secukupnya sahaja bagi wanita.
24. Tidak bercinta dan berpasang-pasangan sesama yang bukan mahram.
25. Tidak bergambar berdua-duaan antara lelaki & wanita (termasuk peserta).
26. Menyempurnakan aktiviti TM dengan bacaan Tasbih Kafarah & lafaz hamdalah.

59

PENGENALAN FASILITATOR & PEMBAHAGIAN KUMPULAN

• Fasilitator akan membahagikan peserta kepada kumpulan mengikut syarat-syarat berikut:
• Satu kumpulan 5-7 orang
• Bercampur kaum dalam kumpulan yang sama
• Fasilitator akan menggunakan gula-gula sebagai tanda untuk membentuk kumpulan.
• Peserta yang mendapat gula-gula yang sama jenis akan membentuk satu kumpulan.
• Setiap peserta diminta duduk di dalam kumpulan.
• Kemudian fasi akan memperkenalkan diri kepada para peserta.
• Fasi memastikan peserta bersedia sebelum Tutor memulakan T.I.M.

TAARUF, ICE BREAKING, MIND SETTING (T.I.M)

• Menyesuaikan peserta pada program.
• Memecahkan bendungan antara peserta.
• Membuat peraturan dan harapan program untuk dipatuhi dan menjadi penetapan minda

peserta.

AKTIVITI 1: TAARUF

NAMA AKTIVITI Gempur Gerila
OBJEKTIF Menyesuaikan peserta pada program
JENIS AKTIVITI Mass
RADAS Tiada
MASA 15 minit

Perlaksanaan :
• Tutor memperkenalkan program, diri dan fasilitator di setiap stesen masing-masing.
• Setelah itu, peserta diminta dengar dan ikut arahan tutor dan melakukan demonstrasi.
• Melekat pada dinding
• Berkumpul lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan
• Tunduk di bawah kerusi
• Membuat bulatan lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan
• Berkumpul semula seperti sedia kala
• Apabila semua arahan sudah jelas, tutor boleh bertukar-tukar urutan bagi menyukarkan
pergerakan peserta.

Rasional :
• Program ini program yang istimewa kerana melibatkan pelbagai sekolah serta pelbagai
kaum seperti melayu, cina dan India.
• Permulaan di pagi hari dengan aktiviti pergerakan supaya peserta cergas, tidak mengantuk
dan sentiasa bersemangat

60

AKTIVITI 2: ICE BREAKING

NAMA AKTIVITI BINGO

OBJEKTIF Memecahkan bendungan antara peserta.
JENIS AKTIVITI Mass
RADAS Kertas A4, Pen
MASA 30 minit

Pelaksanaan :
• Tutor meminta para peserta merujuk buku kerja yang mempunyai kotak kosong..

Contoh:

• Peserta diminta untuk mengisi nombor 1 hingga 25 pada setiap kotak-kota tersebut secara
rawak. Contoh:

1 16 13 68
20 24 3 19 5
23 21 14 21 17
10 4 25 7 22
15 9 18 2 11

• Peserta diminta untuk mendapatkan tandatangan peserta lain pada petak mengikut
nombor jika fakta yang terdapat pada slaid yang papar oleh tutor.

61

Slaid tutor:

1. Kasut Saiz 8 6. Suka 11. Pandai 16. Ada IPhone 21. Tinggal di
Bermain Berbahasa Asrama
Badminton Tamil

2. Baju saiz M 7. Pernah Wakil 12. Mempunyai 17. Mempunyai 22. Mempunyai
Sekolah dalam akaun TikTok PlayStation di 4 orang adik-
acara sukan rumah beradik

3. Anak Bongsu 8. Bermain ML 13. Berhijab 18. Rumah 23. Ibu atau
Teres bapanya

seorang guru

4. Minat 9. Minat BTS 14. Membela 19. Suka 24. Pernah di
bermain bola kucing membaca buku kuarintin sebab
sepak kontak rapat

5. Sekolah 10. Pandai 15. Tinggi 20. Pandai 25. Pernah

Harian berbahasa dibawah 150 menari makan Roti
Mandarin cm Nan Cheese

• Syarat setiap kali meminta tandatangan kepada peserta lain:
- Bertanyakan nama sesama sendiri
- Bertanya sekolah

- Peserta yang dapat tandatangan terbanyak dan berjaya melengkapkan BINGO paling
awal dikira sebagai pemenang.

- Tempoh permainan selama 20 minit.

Rasional :
• Anda semua hadir di program ini dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Sekolah,
kaum, jantina dan banyak lagi yang berbeza.
• Kita perlu kenal-mengenal antara satu sama lain. Bukan sesama jantina sahaja atau sesame
kaum sahaja.
• Masyarakat orang Islam percaya pada ayat Al-Quran:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya

orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Surah Al-Hujurat 13

• Setiap agama juga pasti percaya bahawa kenal antara satu sama lain adalah perkara yang
baik dan harus di amalkan. Bukan hanya hidup sendirian tanpa memerlukan bantuan orang
lain.

62

AKTIVITI 3: MIND SETTING

NAMA AKTIVITI Harapan dan Peraturan

OBJEKTIF Membuat peraturan dan harapan program untuk dipatuhi dan
menjadi penetapan minda peserta.
JENIS AKTIVITI Mass
RADAS Mahjong, Sticky Note
MASA 15 minit

Perlaksanaan :

• Fasilitator memberikan 2 sticky note kepada setiap kumpulan.

• Tutor meminta setiap peserta mencipta satu peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh
pihak penganjur dan satu harapan kepada program.

• Setelah semua selesai menulis peraturan dan harapan pada sticky notes tersebut, mereka
diminta tampal pada mahjong yang telah ditampal oleh fasilitator di dinding setiap stesen
masing2.

• Tutor akan membuat penerangan tentang peraturan tersebut, dimana peraturan tersebut di
guna pakai sepanjang program berlangsung.

63

DOMAIN 1: PENDIDIKAN KENEGARAAN

• Memberi semangat kebanggaan terhadap Malaysia kepada peserta.
• Memberi pengetahuan am berkenaan Malaysia kepada peserta.
• Memperkenalkan struktur dan sistem pengasingan kuasa di Malaysia.
• Mengetahui peranan dan fungsi utama sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin

yang berkualiti.

AKTIVITI 4

NAMA AKTIVITI Saya Bangga Anak Malaysia
OBJEKTIF Memberi semangat kebanggaan terhadap Malaysia kepada peserta
JENIS AKTIVITI Mass
RADAS Laptop dan slide bergambar
MASA 15 minit

Pelaksanaan:
• Peserta akan ditunjukkan beberapa keping gambar berkenaan Malaysia di hadapan dewan.
• Gambar yang ditayangkan merupakan gambar yang sama seperti dalam buku kerja.
• Peserta diminta untuk memberikan fakta ringkas berkenaan gambar yang ditayangkan.

Contohnya: Gambar Bangunan Berkembar Petronas
Fakta ringkas - dibina pada tahun 1993.
Gambar Nicol Ann David
Fakta ringkas - dinobatkan sebagai atlet terunggul sepanjang zaman.
• Aktiviti akan diulang sebanyak 10 kali yang merangkumi 10 keping gambar.

Perbincangan:
• Apakah yang adik-adik dapat daripada aktiviti ini?
• Adakah adik-adik berasa bangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Malaysia
setakat ini? Mengapa?
• Adakah adik-adik rasa Malaysia mampu memacu kemajuan dan mencapai pelbagai kejayaan
di masa hadapan?

Rasional:
• Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita sepatutnya mempunyai perasaan
bangga dan cinta terhadap negara kita.
• Kejayaan yang dikecapi Malaysia setakat ini merupakan usaha dan kolaborasi bersama.
• Sekiranya setiap komponen rakyat Malaysia tidak menjalankan tugas dan peranan masing-
masing, pasti Malaysia tidak akan dapat mencapai kejayaan pada masa kini.
• Namun, kejayaan yang dikecapi bukanlah bermakna kita perlu berhenti dan tidak berusaha
bagi mencapai kejayaan yang lain.
• Tetapi, dengan kejayaan sedia ada, kita sepatutnya lebih bersemangat dan berusaha untuk
mencipta pelbagai kejayaan yang lain.

64

KENDIRI 1

NAMA AKTIVITI Kenali Malaysia
OBJEKTIF Memberi pengetahuan am berkenaan Malaysia kepada peserta
JENIS AKTIVITI Individu
RADAS Buku kerja
MASA 30 minit

Pelaksanaan:
• Peserta diminta untuk merujuk buku kerja yang telah dibekalkan untuk melaksanakan
kendiri 1.
• Pada bahagian kendiri 1, terdapat 10 perkara yang perlu diselesaikan oleh peserta sekiranya
sempat.
• Mewarna bendera Malaysia (wajib dilaksanakan)
• Menulis maksud setiap komponen bendera (wajib dilaksanakan)
• Menulis maksud setiap komponen jata negara (wajib dilaksanakan)
• Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
• Apakah binatang kebangsaan Malaysia?
• Apakah nama bendera Malaysia?
• Apakah nama lagu kebangsaan Malaysia?
• Apakah bahasa kebangsaan Malaysia?
• Di manakah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia?
• Apakah nama ibu kota Malaysia?
• Apakah 3 wilayah yang diuruskan secara langsung di bawah kerajaan persekutuan?
• Bilakah Malaysia ditubuhkan?

Perbincangan:
• Apakah perkara yang adik-adik baru ketahui daripada aktiviti ini?
• Apakah kepentingan untuk kita mengenali negara kita?

Rasional:
• Pengetahuan asas yang perlu dikuasai oleh semua orang adalah berkenaan sejarah atau
pengetahuan am Malaysia.
• Hal ini demikian kerana, sekiranya kita tidak mengambil tahu berkenaan Malaysia, sudah
pasti perasaan cinta kita akan negara tidak dapat dipupuk.
• Analoginya, seperti kita mencintai seseorang. Sudah pasti, kita akan mengambil tahu semua
hal-hal terperinci berkenaan orang yang kita cintai tersebut.

65

AKTIVITI 4

NAMA AKTIVITI Negara Kita
OBJEKTIF Memperkenalkan struktur dan sistem pengasingan kuasa di Malaysia.
JENIS AKTIVITI Kumpulan
RADAS Kertas Mahjong, plasticine, belon, kertas
MASA 1 jam

Pelaksanaan:
• Fasilitator perlu membahagikan peserta kepada 2 kumpulan.
• Satu kumpulan dalam lingkungan 10 orang.
• Setiap kumpulan mendapat 15 belon yang belum ditiup.
• Di dalam belon tersebut mengandungi kertas yang tertulis organisasi kerajaan.
• Setiap kumpulan perlu meniup belon sehingga pecah dan menggunakan kertas tersebut
bagi melengkapkan carta perlembagaan organisasi kerajaan yang telah ditampal oleh
fasiliator di dinding.

Yang di-Pertuan
Agong

Majlis Raja-raja
Melayu

Legislatif Eksekutif Judisiari

Dewan Negara Dewan Rakyat Perdana Ketua Hakim
Menteri

Jemaah Mahkamah
Menteri Atasan

Kementerian Mahkamah
Bawahan

Perbincangan:
• Pernahkah tidak adik-adik mengetahui organisasi kerajaan Malaysia?
• Siapakah yang paling tertinggi dalam organisasi kerajaan Malaysia?
• Adakah penting organisasi negara?

66

Rasional:
• Negara boleh didefinisikan sebagai sebuah kawasan yang didiami oleh sekumpulan
penduduk dengan sempadan yang jelas.
• Tujuan negara adalah untuk memberikan kebahagiaan kepada warganya, baik duniawi
mahupun ukhrawi.
• Negara mempunyai pelbagai jenis kerajaan. Malaysia adalah negara yang mengamalkan
demokrasi berparlimen dan raja berlembagaan.
• Negara adalah sebuah keperluan, tanpa negara, konsep might is right bakal digunakan kerana
ketiadaan badan undang-undang untuk meregulasi manusia.
• Hal ini menyebabkan orang yang lemah dan perlu dibantu terus ditindas, dan hanya yang
kuat dan berkuasa sahaja yang boleh terus hidup.

AKTIVITI 5

NAMA AKTIVITI Kuasa Saya
Mengetahui peranan dan fungsi utama sebagai rakyat Malaysia untuk
OBJEKTIF memilih pemimpin yang berkualiti
Mass
JENIS AKTIVITI Laptop dan Filem Pendek ‘Buang’
RADAS 45 minit
MASA

Pelaksanaan:
• Peserta akan ditayangkan dengan sebuah video pendek yang bertajuk ‘Buang’.
• Peserta akan ditanya berkenaan perkara yang mereka dapat rumuskan daripada video
pendek tersebut.

Perbincangan:
• Siapa pernah dapat ketua kelas macam Haikal.
• Siapa pernah berada ditempat kawan-kawan yang tak mahu mengundi.
• Apa perasaan adik-adik dengan sikap dua orang pengawas itu.
• Adakah adik-adik setuju dengan pendapat lawan Haikal.
• Apakah yang adik-adik fahami daripada video yang ditayangkan.
• Rasional:
• Selaku rakyat Malaysia, perkara paling mudah tetapi berkesan dan berjasa terhadap negara
adalah dengan melaksanakan tanggungjawab mengundi.
• Hal ini demikian kerana, masa hadapan negara terletak kepada semua pihak yang layak
mengundi.
• Sekiranya kita tidak melaksanakan tanggungjawab mengundi, kita diibaratkan sudah
selangkah mengadaikan negara ke lembah kerugian.

67

RUMUSAN DOMAIN 1
• Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita sepatutnya bangga dengan pencapaian negara. Ini
kerana, kejayaan kerana satu kejayaan secara bersama.
• Apabila kita bangga dengan negara kita, kita akan berusaha sehabis baik untuk
menyumbang tenaga bagi membangunkan atau memajukan negara kita.
• Memberi pendidikan jelas tentang jenis kerajaan di Malaysia.
• Menerapkan nilai murni dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.
• Hak untuk bersuara ditamsilkan melalui hak untuk mengundi ketika pilihan raya umum,
kecil atau negeri.
• Memberi gambaran tentang cara hidup bernegara dan kesan jika masyarakat Malaysia hidup
tanpa konsep bernegara yang jelas.
• Memperkenalkan carta perlembagaan organisasi kerajaan Malaysia.
• Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen. Sistem ini
menjamin hak asasi rakyat malaysia seperti hak untuk bersuara dan hak untuk berpersatuan.
Perkara ini selaras perlembagaan persekutuan.

68

DOMAIN 2: ANCAMAN POLITIK PERKAUMAN

• Memfokuskan konsep sterotaip, prejudis dan diskriminasi.
• Memberi pendedahan berkenaan kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia.
• Memberi pilihan kepada peserta untuk memilih pemimpin berdasarkan prinsip yang

dipegang.

AKTIVTI 6

NAMA AKTIVITI Ikhtiar Hidup
OBJEKTIF Memfokuskan konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi.
JENIS AKTIVITI Mass dan Kumpulan
RADAS Video dan slaid
MASA 30 minit

Pelaksanaan:
• Tutor memutarkan video dan slaid sambil menceritakan kisah ini.

Video ini menggambarkan kemusnahan bumi yang dahsyat sehingga tiada
siapa yang terselamat. Kehidupan di darat seperti haiwan, pokok-pokok dan
manusia semuanya musnah binasa. Kehidupan di laut yang disangka selamat
juga tidak terkecuali akibat bencana yang berlaku amat dahsyat.

Terdapat sekumpulan ahli National Aeronautics and Space Administration
(NASA) yang berpeluang untuk menyelamatkan diri berpindah dari bumi
untuk meneruskan hidup. Berdasarkan kajian meraka, terdapat sebuah
planet bernama Planet Namek yang mempunyai sumber air, oksigen dan lain-
lain yang sesuai untuk penduduk bumi menetap di situ. Jadi, planet tersebut
merupakan destinasi mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

NASA mempunyai sebuah kapal angkasa yang sangat hebat bernama Kapal
Sampah A80. Kelajuan kapal angkasa ini mampu sampai ke planet Namek
hanya mengambil masa seminggu tetapi kapasiti muatan kapal tersebut boleh
muat seramai 6 orang sahaja. Ahli NASA tersebut seramai 10 watak yang
istimewa, jadi mereka terpaksa meninggalkan selebihnya di bumi dan
membawa 6 watak sahaja.

10 watak tersebut adalah Adudu, Usop, Jarjit, Sakura, Yaya, Ejen Bakar,
Layla, Keluang Man, Patrick dan Mail.

• Anda diminta untuk memilih 6 watak yang paling layak untuk menaiki kapal tersebut serta
SEBAB kenapa anda memilih mereka dan meninggalkan 4 watak yang lain.

• Fasilitator memberi kertas A4 yang mempunyai semua watak tersebut serta ruang sebab di
setiap watak kepada setiap kumpulan.

69

• Setiap kumpulan diminta untuk membuat pilihan dan bersedia untuk memberi penjelasan
atas pilihan tersebut.

• Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan pilihan watak yang dipilih beserta
sebab-sebabnya.

• Fasilitator mencatat watak yang dipilih oleh setiap kumpulan (kenapa tinggal 4).
• Kemudian tutor menyambung perjalanan cerita nasib 6 watak dipilih oleh setiap kumpulan

tersebut.

6 watak tersebut meninggalkan bumi untuk menuju ke planet Namek menaiki
kapal angkasa Sampah A80. Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang
diimpikan bagi meneruskan hidup mereka, mereka melalui pelbagai cabaran
yang menyekat perjalanan mereka. Antara cabaran yang menghalang mereka
ialah banyak asteroid yang menghalang laluan kapal angkasa mereka dan
alien-alien yang menyerang mereka kerana melintasi planet mereka yang
dianggap ia sebagai ancaman kepada mereka.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut, anda diminta untuk memilih
4 watak yang paling layak untuk memusnahkan asteroid yang menghalang
kapal angkasa dan melawan alien-alien yang menyerang mereka. Maka
tinggal lagi 2 watak selebihnya untuk memandu kapal angkasa dan berada di
tempat selamat.

• Daripada 6 watak pilihan kumpulan masing-masing, mereka diminta untuk berbincang dan
memilih 4 watak bagi selesaikan masalah tersebut.

• Kemudian mereka diminta memberitahu pilihan mereka dengan alasan yang munasabah.
• Fasi mencatat setiap pilihan mereka sebagai bukti.
• Tutor menyambung lagi cerita yang bakal terjadi pada watak-watak tersebut.

Maka 4 watak yang keluar dari kapal angkasa itu menggunakan segala kuasanya untuk
memecahkan asteroid dan melawan alien-alien. Pertempuran yang sengit itu menyebabkan
semua watak yang tersebut terkorban diserang alien yang lebih kuat. Semasa pertempuran itu,
watak yang memandu kapal angkasa sempat melarikan diri dan menuju ke planet Namek
dan berjaya sampai.

Akhirnya mereka dapat meneruskan kehidupan di tempat baru itu. Persoalannya, boleh ke 2
watak yang tinggal ini hidup dan berkembang di planet itu?

Perbincangan :
• Dapatkah 2 watak yang adik-adik pilih hidup lama dan berkembang di planet itu?
• Kenapa adik rasa dia boleh/tidak boleh hidup lama dan berkembang di planet itu?
• Kenapa adik lebih memilih watak ini berbanding watak yang tidak dipilih ini? Adakah adik
tidak suka watak ini?
• Jadi, lepas tahu kisah apa yang berlaku, watak mana yang sepatutnya dipilih?

70

Rasional :

• Setiap watak mempunyai perbezaan identiti di mana jelas mempunyai kelemahan dan
kelebihan masing-masing tetapi kebiasaan watak yang lemah atau kita anggap dia lemah,
kita akan berlaku tidak adil terhadapnya sebagai contoh tidak memilihnya.

• Tanggapan watak yang disangka/stereotaip lemah itu, di beritahu kepada kawan-kawan lain
untuk meyakinkan watak tersebut lemah dan tiada manfaat jika dipilih. Sedangkan, ada
kawan yang tidak kenal watak tersebut tetapi buah mulut tersebut melahirkan prejudis
terhadap watak itu.

• Setelah ramai berprejudis kepada watak itu, maka kumpulan tersebut cenderung untuk
diskriminasi dengan tidak memilih watak itu.

Stereotaip Prejudis Diskriminas
i

Stereotaip • Kogntif atau biasa sahaja
Prejudis sebagaimana yang sering kali
kedapatan/kedengaran

• Perasaan atau pendapat yang tidak
berasas terhadap sesuatu.

Diskriminasi • Perlakuan membeza-bezakan
sesuatu hal (kerana keturunan,
warna kulit dan lain-lain)

Sebagai contoh, Ahmad yang sering kedengaran bahawa kenalan kelasnya Amri suka berbohong.
Daripada kepercayaan yang terbawa-bawa itu, Ahmad berprasangka buruk terhadap Amri tanpa
selidik terlebih dahulu. Kemudian dia terus mengambil keputusan untuk tidak berkawan dengannya
dan menghasut kawan yang lain untuk berwaspada dengannya. Sedangkan Amri seseorang yang
jujur dan tidak suka bohong.

Jadi, kita tidak boleh prejudis terhadap sesuatu golongan yang boleh menjurus kepada diskriminasi.

71

KENDIRI 2

NAMA KENDIRI Kenali Agama & Etnik
Memberi pendedahan berkenaan kepelbagaian agama dan etnik di
OBJEKTIF Malaysia.
Nyatakan & Crossword
JENIS AKTIVITI Buku Kerja (m/s … )
RADAS 15 minit
MASA

Perlaksanaan:
• Peserta diarah untuk merujuk Buku Kerja yang telah dibekalkan untuk melaksanakan
Kendiri 2.
• Peserta perlu buat tugasan nyatakan nama rumah ibadat berdasarkan gambar yang diberi
serta crossword bagi nama etnik-etnik minoriti dan majoriti.
• Peserta diberi masa beberapa minit untuk menyiapkan tugas yang diberi.

Perbincangan:
• Apakah adik-adik pernah mengenali rumah ibadat daripada agama lain sebelum ini.
• Apakah adik-adik pernah mengenali etnik-etnik minoriti di Malaysia.
• Apakah adik-adik pernah juga mengenali etnik-etnik majoriti di Malaysia.
• Adakah adik-adik mengetahui perbezaan antara etnik.
• Adakah adik-adik mahu mengenali agama dan etnik yang berlainan.

Rasional:
• Kita perlu mengenali antara kaum dan agama untuk memastikan kesatuan dalam bingkai
kepelbagaian dapat dicapai.
• Kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik harus saling
mengenalinya.

72

AKTIVITI 7

NAMA AKTIVITI Kita Memilih
OBJEKTIF
JENIS AKTIVITI Memberi pilihan kepada peserta untuk memilih pimpinan
RADAS berdasarkan prinsip yang dipegang.
MASA
Mass

Video Calon Pemimpin, Kertas Undi, Kotak Undi,Pensel,
Score Sheet

45 minit

Pelaksanaan :
• Fasilitator meminta para peserta untuk duduk dalam bulatan yang besar.
• Tutor akan menceritakan satu situasi;

Adik-adik merupakan sekumpulan rakyat yang harus memilih seorang daripada
3 orang calon sebagai Ketua bagi kumpulan ini. Calon-calon pemimpin hanya
akan menyatakan jawatan dan manifesto (janji) sahaja. Calon-calon pemimpin
akan memakai penutup muka sepenuhnya. Adik-adik dikehendaki untuk menilai
berdasarkan apa yang telah dinyatakan. Kertas undian hendaklah dimasukkan
dalam kotak yang telah disediakan.

• Fasilitator membuka Video Calon Pemimpin yang telah dirakam kepada peserta. Rakaman
video tersebut memaparkan 3 orang calon yang bertopeng dan seorang narator akan
membacakan jawatan dan manifesto setiap calon. 3 calon tersebut akan ditag dengan abjad
huruf A,B, dan C.

• Fasilitator akan meminta peserta menilai dan membuat pilihan mengundi dengan memberi
masa selama 5 minit.

• Peserta diminta untuk menulis abjad huruf yang mewakili calon tersebut beserta alasan
kerana memilih atas kertas kemudian memasukkan dalam kotak mengundi.

• Pilihan Raya akan dijalankan dengan ketetapan berikut;
• Tempoh kempen - 3 minit per calon (keseluruhan 15 minit)
• Tempoh pengundian - 10 minit
• Perbincangan akan dijalankan secara mass oleh fasilitator dan diteruskan dengan video

‘Buang’.

Perbincangan :
• Adakah adik-adik kecewa apabila calon yang adik-adik undi tidak menang?
• Adakah adik-adik seronok apabila calon yang adik-adik undi menang?
• Adakah perlu untuk patuh kepada pemimpin yang adik tidak undi?
• Adakah penting pilihan raya itu diadakan?
• Adakah penting untuk kita mengundi?

73

Rasional :
• Daripada aspek bahasa, pilihan raya bermaksud pilihan umum.
• Sekiranya dilihat dari sudut konsep di Malaysia, pilihan raya adalah pemilihan yang diadakan
untuk memilih wakil di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
• Pilihan raya merupakan salah sebuah alat di dalam sistem demokrasi.
• Secara definisi, demokrasi merujuk kepada sistem pemerintahan yang mana pemimpinnya
dipilih oleh rakyat.
• Setiap orang mempunyai hak masing-masing, termasuklah hak untuk memilih pemimpin.
Dengan menjadi rakyat Malaysia, kita telah meletakkan hak untuk memilih pemimpin
kepada institusi demokrasi.
• Pilihan raya adalah penentu masa depan. Pemimpin bertanggungjawab untuk memimpin
negara ke arah kebahagiaan. Kadangkala, ada yang tidak turun mengundi, menyebabkan
mereka yang bobrok berjaya ke tampuk kuasa. Untuk mengelakkan pemimpin yang rosak
inilah, kita perlu untuk turun mengundi

74

RUMUSAN DOMAIN 2
Sesuatu yang namanya sterotaip, prejudis dan diskriminasi merupakan realiti ancaman kehidupan
bermasyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Kita perlu bendung masalah ini dari dalam diri kita
terlebih dahulu sebelum kita mempromosikan pada orang lain. Seringkali ancaman ini terbawa
dalam bentuk perkauman dimana tanpa menyelidik atau mengkaji kebenaran sesuatu berita akan
terus dipercayai tanpa ragu. Secara tidak langsung juga, ia akan memukul rata sekumpulan atau
sekelompok masyarakat dengan kenyataan yang belum diselidiki, belum diketahui sama ada betul
atau salah berita tersebut. Bahayanya ancaman ini apabila terus dibudayakan sterotaip, prejudis akan
terbawa kepada perbuatan iaitu diskriminasi. Sifat setia dengan kebenaran dan keadilan perlu
ditanam lagi subur dalam jiwa kita sebagai batas diri dan mencari kebenaran itu supaya sikap saling
memahami akan wujud.

75

DOMAIN 3: BANGSA MALAYSIA
Masa : 03.30 pm - 05.00 pm
KENDIRI 3

NAMA AKTIVITI Rukun Negara
OBJEKTIF Menerapkan pengetahuan tentang Rukun Negara Malaysia
JENIS AKTIVITI Kumpulan
RADAS Buku Kerja (m/s ….
MASA 15 minit

Pelaksanaan:
• Adik-adik diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing.
• Fasilitator akan bertanya adakah adik-adik memahami dan telah hafal kesemua Rukun
Negara kita.
• Adik-adik kemudian diminta untuk mengisi kesemua Rukun Negara kita di dalam Buku
Kerja yang disediakan.

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Perbincangan :
• Adakah adik-adik mengetahui kesemua Rukun Negara?
• Pernahkah adik-adik hayati prinsip Rukun Negara sebelum ini.
• Adakah adik-adik memahami maksud Rukun Negara?
• Apakah kepentingan Rukun Negara Malaysia?

76

Rasional :
• Jika sebelum ini adik-adik hafal prinsip rukun negara, maka kali ini adik-adik perlu
menghayati prinsip rukun negara. Setiap orang di negara ini mempunyai kepercayaan
agama tersendiri. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ia tidak menghalang masyarakat
yang berbilang kaum untuk mempraktikkan agama masing-masing dalam negara ini. Malah
meraikan juga perayaan agama-agama dengan saksama. Kita boleh lihat pada setiap kali
menjelang hari perayaan Raya Puasa, Thaipusam, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan
sebagainya dijadikan sebagai hari cuti umum untuk semua kaum.
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara merujuk kepada Negara Malaysia yang mengamalkan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Apabila menyebut tentang
Perlembagaan Persekutuan (selepas ini PP), ia termasuk dalam prinsip rukun negara yang
kedua iaitu Keluhuran Perlembagaan. Bermaksud hendaklah mematuhi, menerima dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan. Perlembagaan telah digubal
mengikut kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
• Kedaulatan Undang-Undang adalah kesinambungan daripada PP, undang-undang di
negeri seperti enakmen dan ordinan. Setiap orang adalah sama di sisi undang-undang, yang
bersalah berhak dihukum, yang benar berhak mendapat haknya diadili.
• Kesopanan dan kesusilaan adalah rukun yang terakhir yang menjadi akar paling kuat untuk
mencapai empat rukun negara di atas. Tanpa kesopanan, masyarakat tidak aman, tanpa
kesusilaan atau membenci perbuatan buruk ini, masyarakat bebas melakukan kejahatan.
Suka membuat perkara yang baik dan benci membuat perkara yang buruk adalah dua
perkara yang ditekankan dalam rukun ini.
• Oleh yang demikian, kelima-lima rukun negara akan menjadi sia-sia seandainya diamalkan
oleh sebilangan kecil masyarakat. Ia memerlukan kerjasama semua orang melaksanakan
rukun negara barulah ia tertegak dengan jayanya. Dengan rukun negara ini terbukti kita
adalah Bangsa Malaysia yang mempunyai nilai bersama dan bersatu melalui prinsip rukun
negara.

77

AKTIVITI 8

NAMA AKTIVITI Bahasa Kita
OBJEKTIF Memperkenalkan 3 bahasa utama di Malaysia kepada peserta.
JENIS AKTIVITI Mass
RADAS Buku kerja m/s …...
MASA 45 minit

Pelaksanaan
• Adik-adik diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing.
• Adik adik diberikan senarai yang mengandungi 10 perbualan asas harian.

Good Morning What is your name?
Thank you My name is…
How are you?
Yes, I’m fine Where are you from?
Excuse me We are Malaysian
See you tomorrow!

• Adik- adik perlu menterjemahkan 10 perbualan asas kepada 3 bahasa utama di Malaysia
iaitu bahasa Melayu (dialek negeri), bahasa Tamil dan bahasa Mandarin.

• Adik-adik perlu mengajar rakan-rakan sekumpulan kesemua bahasa mengikut kepakaran
bahasa ibunda masing-masing.

• Adik-adik perlu memastikan kesemua ahli kumpulan mengetahui dan boleh menyebut 10
perbualan asas yang diberikan dengan jelas.

Perbincangan
• Adakah adik-adik pernah belajar bahasa bangsa lain yang wujud di Malaysia sebelum ini?
• Apakah perasaan adik-adik selepas belajar bahasa asas Tamil/Melayu/China ?
• Apakah kepentingan mempelajari bahasa-bahasa yang wujud di Malaysia ?
• Adakah bahasa penting dalam menyatukan rakyat Malaysia ?
• Adakah adik-adik akan teruskan mempelajari dan mempraktikkan bahasa-bahasa lain
selepas ini?

Rasional

• Apabila adik-adik mengetahui bahasa bangsa-bangsa lain di Malaysia, secara tidak
langsungnya adik-adik telah menerapkan semangat perpaduan dan patriotisme (semangat
cintakan negara) dalam kalangan adik-adik.

• Berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia menggunakan bahasa mereka dapat
mengeratkan silaturahim serta dapat mewujudkan persefahaman sesama kita. Apabila
wujudnya persefahaman yang baik, rakyat Malaysia akan dapat menjalani kehidupan harian
dengan aman dan harmoni tanpa berlakunya persengketaan yang tidak mampu mencapai
kata sepakat.

• Selain itu, jika adik-adik berpengetahuan dalam bahasa bangsa lain, ia akan memudahkan
adik-adik untuk faham budaya mereka kerana komunikasi antara satu sama lain akan
menjadi lebih efektif dan berkesan.

78

AKTIVITI 9

NAMA AKTIVITI #KitaMalaysia
OBJEKTIF Memperkenalkan konsep Bangsa Malaysia kepada peserta.
JENIS AKTIVITI Mass
RADAS 4 kotak pakai Masking tape, buku kerja m/s
MASA 30 minit

Pelaksanaan (Tutor @ central) :

• Tutor memberikan arahan kepada peserta untuk membahagikan diri mereka kepada tiga
kumpulan mengikut kaum; Melayu, Cina dan India.

• Tutor kemudiannya mengarahkan setiap kumpulan untuk berada di empat kotak yang
berbeza. Di hadapan tiga kotak tersebut terdapat satu kotak yang tidak mewakili mana-
mana kumpulan.

• Tutor kemudiannya akan memberikan soalan-soalan sekiranya soalan ini berkaitan dengan
diri peserta, peserta terbabit hendaklah bergerak ke kotak di hadapan.

Siapakah disini suka makan nasi lemak? Siapa disini percaya Malaysia merupakan negara
Siapakah disini suka bermain badminton? maju dan harmoni?
Siapa disini yang lahir bulan Ogos? Siapa disini bangga jadi rakyat Malaysia?
Siapa disini yang pernah mempunyai atau masih ada Siapa disini boleh menyanyikan lagu Kebangsaan
kawan baik selain kaum anda sendiri? Negaraku?

§ Fasilitator meminta peserta untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Perbincangan (fasilitator @ station) :
• Adakah adik-adik bangga menjadi bangsa Malaysia?
• Semua hafalkan lagu Negaraku?
• Adakah banyak persamaan atau banyak perbezaan antara kita?

Rasional :
§ Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang tidak diasimilasikan tetapi diintegrasikan.
§ Setiap kamu dibenarkan mengamalkan budaya dan agama masing-masing selagi mana tidak
menimbulkan apa-apa perkara yang menjejaskan kesejahteraan awam mahupun yang
bercanggah dengan undang-undang.
§ Tetapi, walaupun setiap kaum mempunyai perbezaan dari segi budaya dan agama, kita
mempunyai persamaan yang ketara dari segi minat, fikiran dan sebagainya.
§ Sepatutnya, rakyat Malaysia meneliti persamaan antara kita dan walaupun mempunyai
perbezaan mahupun kepelbagaian, perlulah diletakkan dalam bingkai kesatuan.
§ Perbezaan budaya dan agama tidak pernah menghalang manusia untuk bersatu padu dalam
mendukung tanggungjawab untuk negara.
§ Rukun negara perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia kerana rukun negara adalah asas
kepada pembentukan negara bangsa Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=HqUb7M4gx64

79

80

LAMPIRAN

81

82

83

84

85

86

87

88

89




Click to View FlipBook Version