The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NWALIAS, 2021-04-25 01:17:25

Dato' Onn bin Jaafar

Tokoh Pemimpin Johor

DISEDIAKAN OLEH:
WAN NUR AWFIYAH HAKIMAH BINTI ABD AZIZ

SK BANDAR PENAWAR

Awfi
yah1
0

BIODATA PESERTA

Nama Peserta:
Wan Nur Awfiyah Hakimah Binti Abd Aziz

KELAS 5 USIM

Alamat email
oneawfiyah10@gmai,com

Nama sekolah
SK Bandar Penawar

Alamat sekolah
81930 Bandar Penawar,

Johor

Awfiyah10

Penghargaan

Syurkur Alhamdulillah kepada Allah SWT di
atas keizinanNya, saya telah dapat
menyiapkan buku teks digital ini dengan
jayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada Pentadbir sekolah dan guru
pembimbing saya iaitu Cikgu Nora binti
Ahmad yang sentiasa memberi bimbangan
dan tunjuk ajar dalam menyeapkan buku
skrap digital.

Saya juga mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa yang sentiasa memberi dorongan
dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan
buku skrap digital ini.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan buku skrap
digital ini.

Awfiyah10

Isi kandungan

Perkara Muka surat
5
1.0 Pendahuluan 6
7
2.0 Biodata Tokoh 8
2.1 Geleri Dato’Onn Jaafar 9

3.0 Pendidikan Tokoh 10 -12
13
3.1 Gambar Kolej Melayu Kuala 14 - 16
Kangsar Perak 17 - 18
4.0 Kerjaya Dato’ Onn Jaafar
4.1 Geleri Kerjaya Dato’ Onn 19 - 20

5.0 Sumbangan Tokoh
6.0 Nilai Kepimpinan Dato’ Onn Bin

Jaafar
7.0 Penutup

Rujukan

Awfiyah10

PENDAHULUAN

Dato’Onn Jaafar ialah legenda bangsa Melayu yang
berjaya meniup semangat nasionalisme orang Melayu.
Ianya tidak pernah luput dalam ingatan dan sentiasa segar
dalam sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar
Johor ini merupakan pengasas kepada penubuhan UMNO
, peneraju kepada penetangan Malayan Union dan tokok
kepada perpaduan kaum.

Walaupun, pemergiannya tidak meninggalkan harta
benda yang boleh dilihat dengan mata kasar namun idea
kepimpinannya terus menjadi ikutan kepada pemimimpin
masa kini.

“Hidup Melayu” merupakan cogan kata yang dilaungkan
oleh Dato’ Onn. Dengan cogan kata ini “ orang Melayu
akan memelihara semangat, maruah serta kesopangan
bangsa, kita berkehendak tanah air dan bangsa ini
terselamatkuat bagi menolak keaiban yang
menyebabkank kebinasaan dan terhapusnya bangsa”
Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar, Utusan
melayu, 25 Mac 1946.

Awfiyah10

BIODATA TOKOH

DATO’ ONN
BIN JAAFAR

Dato’ Onn bin Jaafar lahir
pada 12 Februari 1895 di
Bukit Gambir Johor Bahru.

Dato’ Onn telah meninggal
dunia pada 19 Januari 1962
pada usia 67 tahun akibat
lemah jantung. Jenazahnya
telah disemadikan di Tanah
Perkuburan Mahmudiah

Dato’Onn Jaafar Dato’ Onn Jaafar t elah
merupakan anak kepada dijadikan anak angkat
Dato’ Jaafar bin Haji oleh Sultan Johor iaitu
Muhamad Menteri Besar Sultan Ibrahim sejak
Johor Pertama dan berusia 6 tahun lagi.
mempunyai 15 orang Beliau diasuh oleh
adik beradik wanita Inggeris
sebelum melanjutkan
pelajaran ke England.

Awfiyah10

GELERI DATO’ ONN
JAAFAR

Awfiyah10

3.0 PENDIDIKAN TOKOH

DATO’ ONN BIN JAAFAR

Dato’ Onn mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu
Johor Bahru sebelum Sultan Ibrahim menghantarnya
belajar di Aldeburgh Lodge Sufflok, England. Beliau di
sana selama enam tahun bersama putera-putera sultan .
Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dalam
Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.
Apabila pulang ke Tanah Air , bapanya telah menghantar
beliau pula ke Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk
mendalami pengajian Bahasa Melayu.. Selepas
menamatkan pengajian nya , beliau mula bekerja
sebagai kerani di Jabatan Setiausaha Negeri Johor ketika
berusia 16 tahun.

Awfiyah10

Gambar Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala kangsar, Perak tempat Dato’
Onn meneruskan pengajian Bahasa melayu selepas
pulang dari England.

Awfiyah10

KERJAYA DATO’ ONN BIN JAAFAR

Dato’ Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun
1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934,
menjadi pengarang Lembaga Melaya dan Harian
Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor . Semasa zaman
Pendudukan Jepun, Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat
Kawalan Makanan Negeri Johor.

Beliau mula terlibat dalam bidang politik perjuangan
bangsa Melayu. Antaranya, penglibatan beliau ketika
memegang jawatan sebagai pengarang Warta Ahad dan
ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, beliau telah
membuat dua sumbangan yang besar kepada rakyat
Johor, iaitu menubuhkan biasiswa Sultan Ibrahim dan
memberi tiket penerbangan percuma kepada pegawai-
pegawai kerajaan negeri Johor yang beragama Islam
untuk mengerjakan haji.

Dato’ Onn juga pernah bertugas sebagai Pegawai
Daerah dalam pentadbiran Penjajahan British, tetapi
beliau telah berhenti kerana membantah dasar-dasar
jajahan. Pada 1 oktober 1946 Dato’ Onn telah dilantik
sebagai Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau telah meletak jawatan untuk menupukan sepenuh
masa terhadap UMNO.

Awfiyah10

KERJAYA DATO’ ONN BIN JAAFAR

Beliau dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama
setelah UMNO ditubuhkan secara rasminya pada 11 Mei
1946. Di bawah kepimpinannya, beliau berjaya memaksa
Kerajaan British membubarkan Malayan Union dan
diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948. Persekutuan Tanah Melayu telah mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan, serta memberi hak istemewa Melayu..

Sejurus kemudian, beliau telah membuat satu cadangan
untuk membuka keahlian UMNO kepada bangsa Malaya
yang lain bagi menyelesaikan isu perkauman dalam
politik. Cadangan beliau ditolak, dan, Dato’ Onn telah
keluar daripada pertubuhan yang diasaskannya itu. Hasrat
Dato’ Onn ingin menjadikan UMNO sebagai pertubuhan
politik yang tiada perkauman dan terbuka kepada semua
kaum, tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin UMNO
malah ditentang habis-habisan

Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato’ Onn secara
sukarela meletakkan jawatan secara rasami sebagai
Presiden UMNO pada 27 Ogos 1951 setelah persidangan
Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan
26 Ogos 1951. Perletakan jawatan Dato’ Onn ini
merupakan satu kehilangan besar kepada kepimpinan
UMNO pada saat itu kerana orang Melayu masih berada
di tahap ketinggalan dalam semua bidang,

Awfiyah10

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan

KERJAYA DATO’ ONN BIN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar kemudiam menubuhkan Parti
Kemerdekaan Melaya ( IMP ) pada 26 Ogos 1951.
Malangnya , parti tersebut tidak mendapat sokongan
daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau
meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara
bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umim yng
pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan
dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan
kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan
dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan
yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu
sendiri" - Dato' Onn Jaafar

Awfiyah10

GELERI KERJAYA TOKOH

Awfiyah10

SUMBANGAN TOKOH

BANTAHAN TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN
UNION

Dato’ Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu
dengan menyeru orang melayu supaya bersatu padu menentang
Malayan Union. Beliau banyak menulis rencana untuk
menyedarkan rakyat bahawa misi sebenar Melayan Union
tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau
menggunakan akhbar sebagai wardah untuk menyampaikan
maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan
menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara
terbuka. “ Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang
menyertai Malayan Union tiada diakui Melayu” petikan
daripada ucapan Dato’ Onn dalam akhbar Majlis. (Ramlah
Adnan, Abdul Halam Samsuri, MusliminFadzil – Buku teks
Tingkatan 3)

Dato’ Onn juga telah menubuhkan sebuah parti politik yang
menggabungkan seluruh parti politik di Tanah Melayu yang
boleh menjadi wardah perjuangan orang Melayu bagi
memperkasakan kemajuan Melayu yang dikenali sebagai
UMNO. UMNO berjaya menyatukan orang Melayu daripada
seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Ianya juga bertujuan
bagi mewujudkan sebuah organisasi Nasional yang boleh
menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. UMNO
telah membuka minda bangsa Melayu tentang pentingnya
pendidikan dalam meningkatkan dan memajukan jati diri orang
Melayu.

Awfiyah10

SUMBANGAN TOKOH

Dato’ Onn Jaafar juga telah menjadi pengerusi Kongres
Melayu yang pertama. Kongres Melayu yang pertama telah
diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan
Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur. Kongres bersetuju
menubuhkan United Malaya Nasional Organization (
UMNO ) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Berkembar untuk menentang Malayan Union. Dato’ Onn
Jaafar yang menjadi ketua orang Melayu telah mengadakan
demontrasi secara aman bagi membantah cara Sir Harold
Mac Michael memperoleh tandatangan Raja-raja Melayu
dan membantah tindakan Malayan Union yang akan
menghapuskan kedaulatan negeri- negeri Melayu dan
kedudukan orang-orang Melayu.” Tanah Malayu hak
Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki” antara slogan
dalam penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga
menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.

Awfiyah10

SUMBANGAN TOKOH

MEMBELA NASIB ORANG MELAYU

Semasa Dato’ Onn menjadi presiden UMNO, beliau sentiasa
membela nasib masyarakat Malayu yang mundur berbanding
masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan
Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis
Amanah Rakyat ( MARA ) pada pertengahan tahun1950 di Kuala
Lumpur yang dipengurusikan oleh beliau sendiri. RIDA
ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malayu
menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada
masyarakat Malayu yang tinggal di kampung supaya
menghasilkan produk yang bernilai komersial dan RIDA akan
memasarkan produk tersebut di pasaran domestik sehinggalah
mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih
perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Malayu
mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah
nasib mererka pada masa hadapan. “ Nasib Bangsa kita
hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di
antara kita juga dan Kesatuan Kebangsaan kita itu hanyalah akan
dapat dipelihara dengan berpegang teguh kepada suatu
kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu

sendiri” – Dato’ Onn Jaafar.

Awfiyah10

NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN JAAFAR

Kejayaan Dato’ Onn Jaafar dalan usaha membebaskan
negara dari penjajah dan menyatupadukan rakyat
menunjukkkan bahawa beliau merupakan seorang
pemimpin yang berkaliber. Antara nilai kepimpinan
Dato’ Onnn Jaafar yang boleh diterapkan dalam diri
generasi sekarang ialah nilai bertanggungjawab. Nilai
bertanggungjawab merupakan sifat yang perlu
diterapkan dan diamalkan oleh seseorang pemimpin.
Tanpa nilai tersebut seseorang pemimpin tidak dapat
melaksanakan tugas yang diberikan dengan amanah dan
betul, sebagai contoh Dato’Onn bertanggungjawab
terhadap keluarga dan negaranya. Beliau sanggup
mengahwini balu adiknya dan beliu turut
bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk
menuntut kemerdekaan.

Selain itu, Dato’ Onn Jaafar mengamalkan nilai
muafakat bagi menyatupadukan rakyat. Contohnya
Dato’ Onn telah mengaturkan pertemuan dengan
pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi
menuntut kemerdekaan. Sebagai seorang pemimpin,
nilai muafakat perlu sentiasa diamalkan semasa
membuat sesuatu keputusan kerana negara kita terdiri
dari pada berbilang bangsa dan kaum. Ini kerana
permuafakatan dalam masyarakat penting bagi
memastikan perpaduan sentiasa kukuh supaya
keharmonian hidup rakyat berbilang kaum sentiasa
kukuh.

Awfiyah10

NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN JAAFAR

Selain itu, nilai kepimpinan yang dapat dicontohi dari
Dato’ Onn Jaafar ialah nilai taat kepada kedua ibu
bapa. Ianya dapat dilihat, apabila ikatan perkahwinan
antara Dato’ Onn dengan Cik Jamaliah tidak bertahan
lama disebabkan tidak mendapat restu daripada
keluarga. Sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa
menghormati dan taat kepada ibu bapa. Hal ini kerana
setiap apa yang kita dilakukan perlu sentiasa
mendapat restu daripada kedua ibu bapa untuk terus
berjaya.

Akhir sekali, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi
ialah nilai bersatupadu. Contohnya Dato’ Onn
mencegah perbalahan dalam kalangan rakyat. Nilai ini
perlu diterapkan bagi menjaga keharmonian dan
perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Di
dalam melakukukan tugasnya terdapat banyak
kepimpina yang boleh dicontohi dari Dato’ Onn Jaafar
untuk diterapkan ke dalam diri generasi sekarang bagi
menjadi pemimpin berkaliber, baik dan cemerlang
kepada generasi akan datang.

Awfiyah10

PENUTUP/KESIMPULAN

Jasa Dato’ Onn Jafafar tidak akan dilupai zaman.
Laungan perjuangan “ HIDUP MELAYU, yang
dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar tidak sebagai
slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan Bangsa
Melayu, membela kedudukan Raja-raja. Agama,
bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan
hak-hak istimewa orang Melayu. Walaupun dalam
sejarah politiknya belau keluar dari UMNO,
pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi
pembangkang dalam dewan perwakilan tetapi
jangan dilupa warisan perjuangannya menjadi teras
sebagai paksi yang menentukan arah serta hala tuju
perjuangan bangsa Melayu.

Selain tu, Dato’ Onn telah menaja RIDA ( MARA)
untuk membuka peluang perdagangan dan
perusahaan orang Melayu yang tertutup semasa
Tanah Melayu dikuasai oleh Penjajah. Beliau
menyedari kelemahan orang Melayu dalam bidang
ekonomi, tetapi beliau tetap yakin sepenuhnya
bahawa orang Melayu boleh bangkit dan berjaya
dalam bidang ekonomi. Ini kerana , ekonomi
memainkan peranan penting dalam sesebuah
negara merdeka yang moden.

Awfiyah10

PENUTUP/KESIMPULAN

Seterusnya Dato’ Onn Jaafar berjaya menjadikan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
Kebangsaan. Ini merupakan merupakan salah satu
sumbangan yang paling besar beliau berikan
kepada negara.

Akhir sekali dapat dirumuskan bahawa banyak
sumbangan yang telah beliau berikan dan
korbankan bagi membebaskan negara kita dari
kuasa penjajah. Selain itu, beliau turut berjaya
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa
dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan membantu orang Melayu
untuk bangkit dalam bidang ekonomi dengan
memperkenalkan RIDA. Oleh itu, kita sebagai
generasi kini dan perwaris akan datang haruslah
sentiasa menghargai pengornbanan dan jasa yang
telah diberikan oleh para pemimpin kita dengan
cara sentiasa sematkan semangat patriotik dan
cinta akan negara dalam diri kita,

Awfiyah10

SUMBER RUJUKAN

Siri Tokoh Sejarah Dato’Onn Jaafar (2004). Associated
Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Kelahiran Dato’ Onn Jaafar (2018) . Diperoleh pada April 19
2021 daripada https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-
jaafar/.

Pergerakan Melayu ( 1946. Mei 25 ) Utusan Melayu Online.
Diperoleh pada April 19 2021, daripada
https://Upnih.pmn.gov.my/myrepo-
public/welcome/content/browse-content/full-
metadata.33964.

Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, & Muslimin Fadzil
(2018). Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 Kementerian
Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awfiyah10


Click to View FlipBook Version