The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESS RULES 25 RAMD SECARA ONLINE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masterakj24, 2022-12-13 11:53:48

EBOOK MESS RULES 25 RAMD

MESS RULES 25 RAMD SECARA ONLINE

Keywords: EBOOK 25RAMD

TERHAD

AYAM
SABUNG

UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN WISMA BINTARA

25 RAMD

TERHAD

TERHAD

KANDUNGAN

Bil Tajuk Catatan

1. Sijil Pindaan
2. Prakata Penaung
3. Prakata YDP WBTD

SEKSYEN I - PENGENALAN

4. Am
5. Sejarah Penubuhan

SEKSYEN II - PERLEMBAGAAN

6. Perlembagaan

SEKSYEN III - PERATURAN-PERATURAN WISMA

7. Keahlian Wisma
8. Keistimewaan Sebagai Ahli
9. Pengurusan Wisma
10. Jawatankuasa Wisma
11. Serah Terima Tugas
12. Tugas dan Tanggungjawab
13. Pengendalian Bar Wisma
14. Tetamu dan Pelawat
15. Sajian
16. Yuran Wisma
17. Etika Wisma
18. Tatatertib/Disiplin
19. Majlis Keraian Hiburan
20. Majlis Sosial
21. Harta Wisma
22. Bilik Penginapan Wisma
23. Fasilitas/Kemudahan
24. Sumbangan dan Derma
25. Kemasukan Bintara Muda
26. Ikrar Ahli Baru (Bintara Muda)
27. Ikrar Taat Setia kepada WBTD

SEKSYEN IV - PELBAGAI

28. Serah Terima Tugas
29. Hutang Puitang Wisma
30. Cadangan dan Aduan
31. Pelaksanaan Majlis Makan Malam Rejimental
Kembaran:
a. Permohonan Menjadi Ahli Kehormat.
b. Sijil Serah Terima Tugas.

TERHAD

TERHAD
SIJIL PINDAAN
BUKU PERATURAN WISMA BINTARA 25 RAMD

1. Cadangan-cadangan untuk pindaan atau tambahan kepada peraturan Wisma Bintara ini
hendaklah dikemukakan kepada Yang DiPertua Wisma melalui Setiausaha Wisma secara bertulis.
Segala cadangan-cadangan yang dikemukakan akan dibawa ke Mesyuarat Agung atau Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa untuk diluluskan sebelum pindaan dicetak.

2. Adalah diakui bahawa pindaan berikut telah dibuat kepada peraturan Wisma adalah seperti
yang tercatat di dalam senarai pindaan di bawah ini:

Senarai Tajuk Yang Dipinda Rujukan Nama dan
Pindaan (c) Tandatangan
Dan Tarikh (Nombor muka surat & perenggan)
(b) (d)
(a)

i
TERHAD

TERHAD

PRAKATA DARI PEGAWAI MEMERINTAH SELAKU PENAUNG
WISMA BINTARA 25 RAMD

Salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada saudara saudari ke Wisma
Bintara 25 RAMD. Semua AJK Wisma dan Staf Wisma mengalu-alukan kedatangan tuan-
tuan dan puan-puan sebagai Ahli Tetap Wisma.

Saya berharap sepanjang menjadi ahli Wisma, anda dapat menggunakan kemudahan
sedia ada dengan cermat dan juga menjaga tatatertib Wisma sebilang masa. Wisma ini telah
dibuat pengubahsuaian dan juga senggaraan untuk keselesaan dan kemudahan semua ahli.
Diharap segala usaha ini dapat dijaga dengan sempurna sepanjang masa demi kebaikan ahli
dan juga Wisma ini.

Seperti yang semua sedia maklum, Wisma Bintara ini merupakan yang terdiri
daripada PTT Kanan yang merupakan Ahli Tetap Wisma. Dengan keahlian yang ramai, saya
percaya banyak aktiviti Wisma boleh dilaksanakan dengan jayanya. Tanggungjawab bagi
menyerikan suasana Wisma ini adalah tanggungjawab semua ahli dan juga sebarang
masalah perlu disalurkan dengan teratur demi kebaikan semua.

Semoga dengan adanya Wisma ini, ianya dapat digunakan sepenuhnya oleh semua
ahli bagi melaksanakan semua aktiviti di kalangan ahli Wisma dan juga keluarga mereka.

31 Jul 21

MD RAFIZIN BIN KAMARUDIN
Lt Kol
Pegawai Memerintah

ii
TERHAD

TERHAD

PRAKATA DARI YANG DIPERTUA WISMA BINTARA 25 RAMD
Selamat datang ke Wisma Bintara 25 RAMD. AJK dan Staf Wisma mengalu-alukan
kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sebagai ahli tetap. Sepanjang menjadi ahli Wisma,
ahli-ahli dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yangsedia ada di Wisma.
Semasa menggunakan segala kemudahan sedia ada, kami berharap segala kekurangan
dimaklumkan kepada AJK yang berkenaan agar ianya dapat diperbaiki demi kebaikan
bersama pada masa hadapan. Kami berharap semua ahli bergembira sepanjang menikmati
kemudahan Wisma dan juga mematuhi semua peraturan Wisma dengan sewajarnya. Bagi
menjaga imej Wisma, adalah diharapkan kepada semua ahli Wisma memberikan kerjasama
menghormati Peraturan Wisma (Mess Rules).
Pengurusan Wisma Bintara ini adalah tanggungjawab bersama semua AJK Wisma
dan juga ahli Wisma. Oleh itu semua Ahli Tetap Wisma perlu memberikan sokongan dan
kerjasama yang padu dalam menceriakan Wisma serta melibatkan diri dalam segala aktiviti
yang dianjurkan oleh Wisma. Semoga dengan ada Peraturan Wisma ini, ianya dapat
memberikan garis panduan kepada semua ahli Wisma menjaga keharmoniannya. Segala
pandangan dari semua ahli hendaklah dimaklumkan kepada AJK berkenaan agar segala
kelemahan dan kepincangan dapat diperbetulkan.
Sekiranya ada permasalahan atau cadangan boleh dikemukakan demi kebaikan
bersama. Teguran dan pandangan membina amat dihargai demi kebaikan semua ahli supaya
dapat menikmati segala kemudahan di Wisma ini.
31 Jul 21

ZUHAIRI BIN DZULKIFLI
PW II
Yang DiPertua

iii
TERHAD

TERHAD

WISMA BINTARA 25 RAMD

SEKSYEN I

PENGENALAN

AM

1. Peraturan Wisma ini bertujuan sebagai rujukan untuk mentadbir dan menguruskan
Wisma Bintara 25 RAMD.

2. Peraturan Wisma ini merupakan garis panduan dalam memenuhi semua aspek keperluan
pentadbiran dan pengurusan Wisma. Namun demikian, seseorang Pegawai Waran, PTT Kanan
dan setaraf itu sepatutnya mengetahui segala adat resam, tradisi dan peraturan sosial Tentera
Darat yang tidak tersenarai dalam peraturan ini.

3. Wisma ini adalah Wisma Pegawai Waran, PTT Kanan dan setaraf yang dikenali sebagai
Wisma Bintara 25 RAMD. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Waran,

PTT Kanan dan setaraf menjaga dan mengekalkan nama baik Wisma sebilang masa.

4. Setiap ahli hendaklah memahami bahawa Wisma ini ialah rumah bagi setiap anggota/ahli
yang 'tinggal di dalam' Wisma dan sebagai rumah kedua bagi ahli-ahli Wisma yang tinggal 'di
luar' Wisma. Bagaimanapun Wisma ini adalah hak bagi setiap ahli untuk sama-sama memikul
tanggungjawab serta penyelarasan dan menentukan perjalanannya. Kejayaan Wisma ini adalah
bergantung kepada komitmen, kerjasama dan keprihatinan semua ahlinya.

5. Semua ahli mempunyai hak yang sama di dalam Wisma ini. Ini tidak kira sama ada
mereka itu lama atau baru dalam perkhidmatan (senior/junior). Mereka berhak untuk mendapat
setiap kemudahan yang terdapat di Wisma ini. Berkenaan dengan ketinggian atau jawatan tidak
seharusnya wujud, walau bagaimanapun ahli baru (junior) janganlah pula melupai untuk
menghormati ahli yang lebih lama (senior) yang mana mempunyai pengalaman yang lebih
dalam perkhidmatan dan juga sebagai bintara.

6. Peraturan-peraturan ini dibentuk bersesuaian dengan perenggan 1325 hingga 1341 di
dalam Queen Regulation (For The Army) 1961 dan Perintah Angkatan Tentera Jilid 1 Bab 9
Seksyen 1. Di samping itu, tradisi Wisma ini dan juga dasar Pegawai Memerintah selaku
Penaung Wisma akan diambil kira.

7. Sebarang cadangan untuk meminda atau menambahbaik peraturan Wisma ini, cadangan
tersebut hendaklah dimajukan kepada YDP Wisma di mana cadangan tersebut akan
dipertimbangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung/AJK dan dibawa kepada Penaung
Wisma untuk kelulusan.

8. Peraturan Wisma ini telah disemak dan diperbaharui pada 31 Jul 21.

9. Alamat rasmi bagi tujuan persuratan adalah seperti berikut :

Wisma Bintara 1
Batalion Kedua Puluh Lima TERHAD
Rejimen Askar Melayu DiRaja
Kem Bentong
28700 BENTONG
Pahang Darul Makmur

TERHAD

SEJARAH PENUBUHAN WISMA BINTARA 25 RAMD
10. Bangunan ini dirasmikan pembukaan pada 1 Mac 1979 di Bentong, Pahang.

SEKSYEN II
PERLEMBAGAAN
11. Wisma ini akan diurus dan ditadbirkan mengikut peraturan-peraturan berikut:
a. Peraturan Wisma Bintara 25 RAMD.
b. Arahan dan Undang-undang terdiri daripada Wisma Bintara Tentera Darat.
c. Peraturan dan Undang-Undang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan
dari semasa ke semasa.
d. Arahan-arahanAkauntan Kanan Perbendaharaan dan Urusan Gaji Angkatan
Tentera yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
12. Peraturan Wisma boleh dipinda dari semasa ke semasa. Cadangan
pindaan/penambahbaikan hendaklah dimajukan kepada YDP Wisma untuk kelulusan, yang
mana cadangan tersebut akan dipertimbangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung/AJK
dan dibawa kepada Penaung Wisma untuk pengesahan/persetujuan.
13. Di dalam Peraturan Wisma, istilah-istilah berikut bermaksud:

a. Wisma - Wisma Bintara 25 RAMD.

b. Peraturan-Peraturan Wisma - Peraturan Wisma semasa yang dikuatkuasa dan
mana-mana bahagian yang dipinda dari semasa kesemasa.

c. Ahli Jawatankuasa Wisma - PW/PTT Kanan yang dilantik atau dipilih untuk
mengurus, mengawas, mentadbir kewangan, harta dan aktiviti Wisma dengan sempurna
dan teratur.

d. Penaung - Pegawai Memerintah yang bertanggungjawab untuk mengawal
tatatertib dan mengawasi pentadbiran Wisma melalui Ahli Jawatankuasa pada masa itu.

e. Ahli Tinggal Dalam - Ahli Tetap Wisma yang bujang ataupun berkahwin yang
membuat potongan rangsum bagi mendapatkan kemudahan penginapan dan sajian.

f. Ahli Transit - Ahli Tetap Wisma yang bujang ataupun berkahwin yang
memohon untuk menggunakan kemudahan bilik penginapan untuk tujuan menukar
pakaian.

2
TERHAD

TERHAD

SEKSYEN III

PERATURAN-PERATURAN WISMA

KEAHLIAN WISMA

14. Ahli-ahli Wisma terdiri dari 3 golongan seperti berikut:

a. Ahli Tetap Wisma. Semua Pegawai Waran, Staf Sarjan, Sarjan dan setaraf yang
bertugas di 25 RAMD sama ada bujang atau yang telah berkahwin dengan secara
langsung adalah 'Ahli Tetap Wisma' Wisma Bintara 25 RAMD.

b. Ahli Sementara. Pegawai Waran, Staf Sarjan, Sarjan dan setaraf yang
ditumpangkan sementara untuk bertugas lebih dari 15 hari di 25 RAMD dan Pegawai
Waran, Staf Sarjan, Sarjan dan setaraf yang menghadiri kursus di 25 RAMD diterima
sebagai menjadi Ahli Sementara Wisma. Mereka juga adalah dikehendaki mematuhi
Peraturan Wisma. Keahlian sementara ini hanya berkuatkuasa disepanjang tempoh
bertugas dan kursus yang dihadiri.

c. Ahli Bersekutu. Setiap Pegawai Waran, Staf Sarjan, Sarjan dan setaraf dalam
Tentera Darat adalah secara langsung menjadi Ahli Bersekutu Wisma Bintara ini.

d. Ahli Kehormat. Orang-orang awam yang difikirkan layak dan dapat memberi
sumbangan kepada Wisma baik secara langsung atau tidak langsung. Borang
permohonan seperti di Kembaran A. Syarat-syarat sebagai Ahli Kehormat adalah seperti
berikut:

(1) Dicadangkan oleh Ahli Tetap Wisma dan disokong oleh sekurang-
kurangnya seorang Ahli Tetap Wisma yang lain.

(2) Mendapat persetujuan dari Ahli Tetap Wisma sekurang-kurangnya 2/3
dari jumlah Ahli Tetap Wisma.

(3) Diluluskan oleh Penaung Wisma.

(4) Tidak boleh mengundi di dalam sesuatu mesyuarat atau apa-apa
pelantikan tugas/jawatan kuasa Wisma.

(5) Ahli Kehormat mestilah mematuhi Peraturan Wisma apabila mengunjungi
Wisma. Buku Peraturan Wisma dikenakan bayaran.

(6) Ahli Kehormat akan dikenakan bayaran yuran senggaraan sekiranya
menggunakan kemudahan Wisma seperti ahli tetap yang lain.

(7) Jika Ahli Kehormat yang gagal menjelaskan mana-mana bil Wisma yang
sah, ahli pencadang dan penyokong keahlian Ahli Kehormat berkenaan
dikehendaki menjelaskan bil tersebut.

(8) Keanggotaan Ahli Kehormat akan disemak pada setiap tahun ataupun
jika diarahkan oleh Penaung Wisma. Sekiranya ahli pencadang bagi Ahli
Kehormat yang berkenaan bertukar keluar dan Ahli Kehormat tersebut tidak
disokong oleh mana-mana ahli lain, keahliannya akan ditarik balik mulai dari

3
TERHAD

TERHAD

tarikh pencadangnya ditukarkan keluar. Jika sekiranya Ahli Kehormat tidak dapat
mematuhi peraturan atau syarat-syarat Wisma yang diusulkan oleh ahli yang lain
dengan kenyataan-kenyataan yang sah sebagai bukti maka ia boleh digugurkan
dari menjadi Ahli Kehormat.

(9) Ahli Kehormat tidak dikenakan yuran bulanan tetapi digalakkan memberi
sumbangan kepada Wisma.

15. Permohonan Menjadi Ahli Tetap Wisma Bintara 25 RAMD.

a. PW/PTT Kanan Yang Bertukar Masuk ke Pasukan 25 RAMD. Seseorang
PTT Kanan yang bertukar masuk di pasukan ini diwajibkan memajukan permohonan
menjadi Ahli Tetap mulai tarikh Masuk Kekuatan Anggota (MKA). Pegawai Waran/PTT
Kanan Yang Terkanan (bagi PTT Kanan yang baru bertukar masuk) dikehendaki
menentukan PTT Kanan tersebut memajukan surat Permohonan Keahlian kepada YDP
Wisma.

b. PTT Rendah Yang Dinaikan Pangkat Sarjan di Pasukan. Seseorang PTT
Rendah yang bertugas di pasukan dinaikkan pangkat Sarjan diwajibkan memajukan
permohonan menjadi Ahli Tetap mulai tarikh Pemakaian Pangkat. Pegawai Waran/PTT
Kanan Yang Terkanan (bagi PTT Rendah yang baru dipakaikan pangkat) dikehendaki
menentukan PTT Kanan tersebut memajukan surat Permohonan Keahlian kepada YDP
Wisma.

c. PW/PTT Kanan Yang Bukan Dari Pasukan 25 RAMD. Pegawai Pemerintah
kepada PW/PTT Kanan pasukan tersebut memajukan permohonan kepada Penasihat
Wisma Bintara untuk dibawa ke pengetahuan Penaung Wisma Bintara 25 RAMD.
Pegawai Pemerintah perlulah menyatakan justifikasi untuk menyokong PW/PTT Kanan
menjadi Ahli Tetap Wisma Bintara 25 RAMD.

KEISTIMEWAAN SEBAGAI AHLI

16. Semua ahli Wisma berhak kepada keistimewaan dan kemudahanberikut:

a. Ahli Tetap Wisma sahaja yang berhak mengundi dan menyertai Mesyuarat
Wisma serta menjadi AJK Wisma.

b. Ahli Kehormat boleh menggunakan kemudahan Wisma seperti juga Ahli
Bersekutu.

c. Ahli Kehormat tidak dibenarkan menjemput mana-mana tetamu ke Wisma selain
dari pasangan mereka.

PENGURUSAN WISMA

17. AJK Wisma adalah bertanggungjawab untuk mengurus, mengawal serta mentadbir
dengan licin dan teratur perjalanan Wisma ini.

18. Ahli-ahli yang lain boleh membuat teguran/aduan dan cadangan melalui AJK Wisma.

4
TERHAD

TERHAD
JAWATANKUASA WISMA
19. Pengurusan Wisma adalah dikendalikan oleh AJK Wisma seperti berikut:

PENAUNG (PEG MEM)

PEGAWAI PENASIHAT

PEGAWAI PEMEGANG YANG DIPERTUA PENASIHAT WB
KIRA-KIRA NAIB YANG DIPERTUA SMR

AHLI TERKANAN SJN WISMA
1. KSMJ/PW I
2. KETUA KERANI
3. DRUM MEJOR
4. KMSR 1

BARMAN PELAYAN TUKANG
MASAK

SETIAUSAHA BENDAHARI AJK HIBURAN AJK PERUMAHAN

AJK KERAIAN AJK SUKAN AJK HIASAN AJK MULTIMEDIA

AJK MAKANAN AJK HARTA AJK TAMAN AJK MINUMAN AJK AGAMA

5
TERHAD

TERHAD

20. Perlantikan Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan Bendahari.

a. Yang DiPertua. Seorang Ahli Tetap Wisma yang dilantik oleh Penaung
Wisma atas cadangan SMR. Jawatan ini akan disandang oleh Ahli Tetap Wisma yang
berpangkat PW II. Ahli Tetap Wisma yang dikecualikan menjawat jawatan YDP
Wisma adalah seperti berikut:

(1) Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih (KSMJ).

(2) Ketua Kerani.

(3) Kuartermaster Sarjan Rejimen (KMSR).

(4) Ahli Sementara.

(5) Ahli Kehormat.

b. Timbalan Yang DiPertua (Timb YDP Wisma). Dilantik oleh YDP Wisma
atas cadangan SMR. Jawatan ini juga akan disandang oleh Ahli Tetap Wisma yang
berpangkat PW II dan SSjn.

c. Bendahari. Dilantik oleh Penaung Wisma atas cadangan Pegawai Pemegang
Kira-Kira dan YDP Wisma.

d. Perlantikan AJK dan Penolong AJK. AJK yang lain serta penolongnya
akan dilantik secara undian oleh Ahli Tetap Wisma semasa Mesyuarat Agung.

21. YDP Wisma dan AJK Wisma apabila dilantik/dipilih akan menjalankan tugas masing-
masing selama tidak kurang 6 bulan.

SERAH TERIMA TUGAS

22. Apabila seseorang AJK Wisma itu meninggalkan tugasnya oleh kerana terlibat kursus,
tugas luar, bercuti lebih dari 14 hari ke atas, maka YDP Wisma berhak melantik pengganti
sementara sehingga ahli yang sah dipilih dalam Mesyuarat Agung akan datang dan berhak
mewujudkan atau membubarkan AJK tambahan pada bila-bila masa tertakluk kepada
keperluan semasa melalui persetujuan AJK sedia ada. Sekiranya seseorang AJK tersebut atau
penolongnya bertukar keluar atas sebab-sebab tertentu.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

23. Pegawai Pemegang Kira-Kira. Pegawai Pemegang Kira-Kira adalah seorang
Pegawai Bertauliah yang dilantik oleh Penaung Wisma. Beliau adalah bertanggungjawab
sepenuhnya kepada Penaung Wisma mengenai pengurusan kewangan Wisma Bintara 25
RAMD dan menentukan perkara-perkara berikut dilaksanakan.

a. Semua transaksi dibuat ke dalam Buku Dana Akaun Perkhidmatan (BAT
E 43) pada ketika terjadinya transaksi dan bukannya kemudian.

b. Semua transaksi dalam akaun hendaklah dibuat dengan menggunakan pen
dakwat dan bukannya dengan pensel.

6

TERHAD

TERHAD

c. Jangan sekali-kali membuat transaksi di atas kertas yang berasingan dengan
tujuan hendaklah membuat transaksi yang betul ke dalam akaun kemudian.

d. Apabila penyerahan dibuat/dilakukan resit rasmi hendaklah diperoleh.

e. Serah menyerah tugas hendaklah dibuat dengan cara yang betul.

f. Jangan sekali-kali membenarkan orang lain memegang wang tunai dan buku
cek dan jangan sekali-kali menandatangani cek kosong.

g. Tentukan bil-bil dibayar dengan cek melainkan barang-barang runcit yang
dibeli dari wang runcit.

h. Jangan sekali-kali meminjam wang dari akaun atau memberi pinjaman wang
kepada orang lain.

i. Tidak dibenarkan menunaikan cek sendiri atau orang lain.

j. Sentiasa tentukan wang tunai, buku cek atau baucar disimpan dengan selamat.

k. Periksa wang tunai, harta dan stok sekerap yang mungkin.

l. Sebarang masalah mengenai akaun hendaklah berhubung dengan pegawai yang
lain yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman.

m. Jika berlakunya kepincangan akaun atau kehilangan wang, laporkan kepada
Pegawai Penasihat dan Penaung Wisma dengan segera.

n. Mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Penaung Wisma dan Pegawai
Penasihat dari semasa ke semasa.

o. Menutup akaun dan majukan kepada Pegawai Penasihat dan Penaung Wisma
selewat-lewatnya pada 5 hari bulan setiap bulan.

24. Penasihat. Bertanggungjawab sebagai penasihat rejimental kepada YDP Wisma dan
Penaung Wisma.

a. Pegawai Penasihat. Seorang Pegawai Bertauliah yang dilantik oleh Penaung
Wisma.

b. Penasihat. SMR adalah di pasukan 25 RAMD.

c. Ahli-Ahli Terkanan. Gelaran ini diberikan semua yang bertugas di pasukan
naugan Wisma Bintara 25 RAMD dan telah menjadi Ahli Tetap Wisma dan tidak
menjawat jawatan SMR di pasukan iaitu KSMJ, Ketua Kerani, Drum Mejor dan
Kuatermaster Rejimen 1. Mereka boleh memberi pandangan dan nasihat kepada YDP
Wisma untuk menambahbaik dan memperbetulkan sebarang kemusykilan berkaitan
hal wisma.

25. Yang DiPertua (YDP). Tugas-tugas dan tanggungjawab YDP Wisma adalah
seperti berikut:

7
TERHAD

TERHAD

a. Bertanggungjawab terhadap pengawasan umum dan pengurusan harian Wisma
menerusi AJK selaras dengan arahan Penaung Wisma, Pegawai Penasihat dan SMR
yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

b. Bertanggungjawab mengawasi dan menentukan pentadbiran Wisma dan
tatatertib ahli-ahli menerusi AJK Wisma.

c. Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat AJK serta menentukan
mesyuarat dijalankan dengan teratur.

d. Bertanggungjawab mengawal dan menasihati AJK dalam melaksanakan tugas
masing-masing berpandukan peraturan Wisma dengan sepenuhnya.

e. Mengesahkan dan menandatangani bil-bil Wisma dan Hutang Piutang terlebih
dahulu sebelum dimajukan kepada Pegawai Pemegang Kira-Kira untuk dibuat
bayaran.

f. Mengarahkan Bendahari dan AJK Harta memeriksa stok dan buku-buku stok
sebulan sekali dan menurunkan tandatangan setelah pemeriksaan dibuat.

g. Mengesahkan semua pesanan Wisma kecuali barang-barang makanan yang
dikendalikan oleh AJK Makanan terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada Pegawai
Pemegang Kira-Kira.

h. Memeriksa kira-kira yang disimpan oleh Bendahari dan lain-lain buku
subsidiari Wisma sekurang-kurangnya sebulan sekali.

i. Memeriksa dan menandatangani kira-kira sebelum dimajukan kepada Pegawai
Pemegang kira-kira untuk dihantar kepada Lembaga Audit.

j. Melapor kepada SMR semua aspek berkaitan dengan Wisma berhubung terus
dengan beliau sebilang masa.

k. Bertanggungjawab ke atas disiplin Ahli Tetap Wisma dan kakitangan awam
serta mengambil tindakan serta merta untuk memperbetulkan sebarang kepincangan.

l. Menentukan ahli-ahli Wisma menyelesaikan hutang piutang dalam tempoh
masa yang ditetapkan oleh Penaung Wisma atau pun arahan-arahan dari pihak atasan
yang berkenaan.

m. Berhak melantik AJK tambahan jika difikirkan perlu.

26. Timbalan Yang DiPertua (Timb YDP). Tugas-tugas dan tanggungjawab Timb
YDP Wisma adalah membantu YDP Wisma dalam pengurusan dan pentadbiran Wisma dan
memangku jawatan YDP Wisma semasa ketiadaannya.

27. Setiausaha. Tugas-tugas dan tanggungjawab Setiausaha adalah seperti berikut:

a. Menguruskan pentadbiran Wisma termasuk surat menyurat, jemputan dan
arahan yang terkini dari semasa ke semasa.

8
TERHAD

TERHAD

b. Menentukan persiapan untuk mesyuarat Wisma (bila perlu) dan menyimpan
rekod minit semua mesyuarat dengan cepat dan teratur.

c. Menentukan agenda mesyuarat diedarkan kepada ahli Wisma menerusi
Bahagian/Sel masing-masing dalam tempoh 24 jam sebelum sesuatu mesyuarat
diadakan kecuali mesyuarat tergempar.

d. Mencatatkan segala butir-butir yang dibincangkan/diluluskan dalam sesuatu
mesyuarat ke dalam buku minit mesyuarat rasmi dalam jangka masa 3 hari selepas
mesyuarat diadakan. Mengeluarkan dan mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh
72 jam selepas mesyuarat diadakan.

e. Menentukan tempat dan segala persiapan mesyuarat.

f. Mencatatkan kehadiran ahli dan tugas-tugas lain sebelum mesyuarat.

g. Menentukan semua ahli diberikan satu salinan peraturan Wisma mengikut
harga semasa.

h. Mengemaskini Senarai Ahli Tetap Wisma pada setiap bulan.

i. Mengkoordinasi dokumentasi semua aktiviti Wisma dan memberitahu ahli
berhubung dengan aktiviti Wisma dari semasa ke semasa.

j. Menyediakan draf arahan-arahan pentadbiran berkaitan aktiviti Wisma.

k. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

k. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

28. Bendahari. Tugas dan tanggungjawab Bendahari adalah seperti berikut:

a. Menyelenggarakan buku-buku berikut:

(1) Buku Ringkasan Bil Wisma.

(2) Buku Siberhutang.

(3) Buku Sipiutang.

(4) Buku R&C.

(5) Buku Simpanan Ahli.

b. Menentukan segala pembelian runcit keperluan Wisma selain dari pembelian
yang dibuat oleh Pegawai Pemegang Kiri-Kira mempunyai resit-resit yang disahkan.

c. Tidak memegang wang tunai selain dari yang dibenarkan untuk pembelian
keperluan harian Wisma.

9
TERHAD

TERHAD

d. Melapor senarai nama ahli yang gagal membayar hutang piutang kepada YDP
Wisma pada hari yang ditetapkan setelah bil Wisma dikeluarkan.

e. Bertanggungjawab mengambil wang dari Pegawai Pemegang Kira-Kira atas
segala perbelanjaan harian Wisma dan menyerahkan kepada AJK yang berkenaan.

f. Menentukan segala wang yang hendak diambil oleh Pegawai Pemegang Kira-
Kira mestilah diluluskan oleh Penaung Wisma melalui minit mesyuarat AJK.

g. Menentukan bayaran bil Astro dijelaskan setiap bulan.

h. Menentukan bil yuran bulanan Wisma dikemaskinikan dan ditandatangani
serta diedarkan kepada semua ahli selewat-lewatnya 7 hari bulan setiap bulan.

i. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

j. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti wisma.

29. AJK Perumahan. Tugas dan tanggungjawab AJK Perumahan adalah seperti
berikut:

a. Membantu Sjn Wisma menyemak BAT L 100/KEW PA 7 kepunyaan Wisma
dan disesuaikan dengan BAT L 100/ KEW PA 7 di Cawangan Kuartermaster.

b. Mengadakan buku daftar dan senarai barang-barang perumahan yang
dipinjamkan oleh ahli Wisma.

c. Memeriksa semua barang-barang kepunyaan Wisma sekurang-kurangnya
sebulan sekali dan melaporkan kepada YDP Wisma tentang kerosakan dan kehilangan
barang-barang tersebut.

d. Menyediakan senarai barang-barang yang hendak ditukar atau diperbaiki pada
tiap-tiap minggu dan diserahkan kepada YDP Wisma untuk ditandatangani seterusnya
dimajukan ke Cawangan Kuartermaster.

e. Mengawal dan menyelia Bilik Penginapan Ahli Tetap Wisma dan mengambil
tindakan di atas kerosakan dan kehilangan.

f. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

g. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

30. AJK Keraian. Tugas dan tanggungjawab AJK Keraian adalah seperti berikut:

a. Merancang kegiatan hiburan bagi ahli Wisma dengan mendapat persetujuan
dari YDP Wisma.

b. Bertanggungjawab atas persiapan untuk kegiatan hiburan.

10

TERHAD

TERHAD

c. Bertindak selaku juruacara dalam majlis/aktiviti yang diadakan di Wisma.

d. Dikehendaki hadir dalam semua majlis/perjumpaan yang telah dipersetujui
oleh Mesyuarat AJK.

e. Menentukan majalah dan surat khabar diperoleh sebagaimana yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat.

f. Menyediakan atur cara majlis di Wisma.

g. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

h. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

31. AJK Harta. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Harta adalah seperti berikut:

a. Menyelenggarakan buku-buku harta, harta tetap dan harta tidak bernilai
(hadiah, belian dan sewa).

b. Pemeriksaan harta mestilah dibuat sekali dalam setiap penggal dan sebarang
kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan kepada YDP Wisma dan Sjn Wisma
dengan seberapa segera.

c. Menyemak buku-buku harta untuk tujuan audit dan menentukan cadangan
lembaga audit yang lepas telah dilaksanakan.

d. Sentiasa berhubung dan menyemak dengan AJK lain yang terlibat dengan
belian harta Wisma untuk menentukan harta tersebut disimpan dengan baik.

e. Menentukan peralatan dapur, pinggan mangkuk dan lain-lain pegangan dibuat
pemeriksaan setiap bulan dan semua kerosakan hendaklah dilaporkan kepada YDP
Wisma dan Sjn Wisma dengan segera.

f. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

g. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

32. AJK Minuman. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Minuman adalah seperti
berikut:

a. Menentukan semua tempahan barang-barang Stok Bar termasuk jualan harian.
Beliau dikehendaki mengesahkan sendiri semua barang-barang tempahan.

b. Bertanggungjawab mengawasi sebilang masa stok dan dokumen seperti:

(1) Stok Bar.

(2) Syit Jualan Harian.

11
TERHAD

TERHAD

(3) Borang Jualan Bar.

c. Menentukan harga jualan barang-barang bar selaras dengan polisi Wisma.

d. Sentiasa mengawasi penjualan Stok Bar dan penyelenggaraan Buku Bekas.

e. Menentukan Penjaga Bar dan pelayan menjalankan tugas dengan bertatatertib.

f. Bertanggungjawab menyediakan Buku Stok Bar untuk diperiksa oleh lembaga
Audit apabila sampai masanya. Beliau juga dikehendaki menyediakan senarai lengkap
baki Stok Bar pada pemeriksaan audit tersebut.

g. Menyerahkan segala wang tunai yang dikutip daripada penjualan bar kepada
Pegawai Pemegang Kira-kira Wisma setiap hari.

h. Menentukan resit barang-barang yang dibeli selari dengan buku stok bar dan
direkodkan dengan betul sebilang masa.

i. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

j. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

33. AJK Makanan. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Makanan adalah seperti
berikut:

a. Menyedia dan menentukan menu harian serta memaklumkan kekuatan makan
kepada tukang masak pada setiap hari.

b. Menyedia dan menyelenggara buku sajian bagi ahli yang makan di Wisma.

c. Menentukan kebersihan dewan makan, ruang memasak dan peralatan dapur.

d. Menyelenggarakan buku cadangan makanan dan menyediakan menu harian
serta mengambil kira setiap cadangan yang dibuat oleh ahli Wisma.

e. Menentukan perbelanjaan tambahan makanan tidak melebihi kadar yang
dipersetujui kecuali dalam majlis tertentu.

f. Setiap bil pembelian hendaklah diserahkan kepada Bendahari pada minggu
pertama tiap bulan bagi perbelanjaan bulan lepas.

g. Memeriksa semua catuan yang diterima dan memaklumkan kepada Pegawai
Waran Bertugas jika catuan tidak memuaskan.

h. Menguruskan pembelian makanan tambahan (extra messing) mengikut menu
harian.

i. Menyediakan jadual menu setiap minggu untuk diedarkan kepada ahli-ahli.
Jadual ini hendaklah dilakukan selaras dengan jadual yang dikeluarkan oleh Sjn
Wisma.

12
TERHAD

TERHAD

j. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

k. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

34. AJK Sukan. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Sukan adalah seperti berikut:

a. Merancang dan menentukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

b. Menyimpan semua peralatan sukan Wisma dan menentukan berada dalam
keadaan baik.

c. Menentukan ahli-ahli Wisma mematuhi peraturan-peraturan sukan yang
diadakan.

d. Menyediakan buku peralatan sukan sebagaimana yang diperuntukkan.

e. Memeriksa semua peralatan sukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan
melaporkan kepada YDP Wisma dan Sjn Wisma jika berlaku kerosakan atau
kehilangan.

f. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

g. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

35. AJK Taman. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Taman adalah seperti berikut:

a. Bertanggungjawab merancang dan mencantikkan landskap persekitaran
Wisma.

b. Mengawasi dan menentukan peralatan di bawah tanggungjawab yang dibeli
dengan wang Wisma dikeluarkan oleh Kuartermaster.

d. Mengemaskini rekod peralatan yang dibeli dengan wang Wisma atau
dikeluarkan oleh Kuartermaster.

e. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

f. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

36. AJK Agama. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Agama adalah seperti berikut:

a. Merancang aktiviti keagamaan Wisma seperti berikut:

(1) Agama Islam.

(2) Agama Kristian.

(3) Agama Hindu.

13
TERHAD

TERHAD

b. Bertanggungjawab dalam menasihati dalam semua aspek kegiatan Wisma yang
ada kaitan dengan hal-hal keagamaan.

c. Bertindak selaku pembaca doa di dalam satu-satu keraian yang diadakan di
Wisma (jika diperlukan mengikut jadual atur cara majlis).

d. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

e. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

37. AJK Multimedia. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Multimedia adalah seperti
berikut:

a. Memastikan rekod/gambar aktiviti atau majlis yang dilaksanakan di WBTD
untuk diedarkan di media sosial mestilah mendapat persetujuan dari YDP Wisma.

b. Memastikan dan bertanggungjawab di atas segala persiapan multimedia di
dalam Wisma.

c. Bertindak sebagai jurugambar bagi setiap aktiviti Wisma.

d. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

e. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

38. AJK Hiasan. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Hiasan adalah seperti berikut:

a. Merancang susun atur hiasan dalaman Wisma dengan mendapat persetujuan
daripada YDP Wisma.

b. Bertanggungjawab di atas segala persiapan hiasan dalaman Wisma dan apa-apa
aktiviti yang dilaksanakan di dalam atau di luar Wisma.

c. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

d. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

39. AJK Hiburan. Tugas-tugas dan tanggungjawab AJK Hiburan adalah seperti berikut:

a. Merancang susun atur alat audio visual dalam Wisma dengan mendapat
persetujuan daripada YDP Wisma.

b. Bertanggungjawab di atas segala persiapan alat audio visual dalam Wisma dan
apa-apa aktiviti yang dilaksanakan di dalam atau di luar Wisma.

c. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

14
TERHAD

TERHAD

d. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

40. Penasihat Sajian. Penasihat Sajian bertanggungjawab kepada YDP Wisma dan Sarjan
Wisma di atas semua aspek sajian di Wisma ini. Tugas-tugasnya termasuklah perkara-perkara
berikut :

a. Bertanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat perkhidmatan sajian dan
penyediaan makanan kepada YDP Wisma, AJK Makanan dan Pegawai Atasan.

b. Memantau dan mengkoordinasikan perjalanan majlis yang melibatkan Penaung
dan tetamu jemputan Wisma.

c. Mengkoordinasikan perkara melibatkan sajian bersama dengan Sjn Wisma.

d. Bertanggungjawab untuk memantau tatatertib dan kebersihan tukang masak,
pramusaji dan pelayan Wisma serta menentukan mereka sentiasa bertugas mengikut
tatacara dan prosedur yang ditetapkan.

e. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

41. Sarjan Wisma. Tugas-tugas dan tanggungjawab Sarjan Wisma adalah seperti berikut:

a. Sarjan Wisma adalah satu perjawatan dan bukanya dilantik dari kalangan ahli-
ahli Wisma. Jawatan ini hendaklah disandang oleh seorang yang berpangkat Sarjan.
Jangka masa beliau menjawat jawatan tersebut tertakluk kepada perintah pertukaran
jawatan yang akan ditetapkan oleh pihak atasan.

b. Bertanggungjawab terhadap segala harta Wisma kepunyaan Angkatan Tentera
dalam BAT L 100/KEW PA 7 diselaraskan dengan lejar pihak Kuartermaster.

c. Bertanggungjawab terhadap segala harta yang dibeli serta hadiah yang
disumbangkan kepada Wisma hendaklah diselaraskan di dalam buku harta.

d. Membeli barang-barang keperluan Wisma mengikut arahan.

e. Bertanggungjawab menyediakan tempat penginapan ahli tetap, pelawat dan
ahli sementara yang hadir memerlukan penginapan.

f. Bertanggungjawab mengatur, mengelola dan mengawasi semua pekerja
Wisma.

g. Melaporkan kepada YDP Wisma segala kejadian pelanggaran disiplin yang
berlaku di Wisma.

h. Menentukan kebersihan dan kekemasan Wisma pada sebilang masa.

i. Menyediakan dan merancang kos perbelanjaan jika berkaitan.

15
TERHAD

TERHAD

j. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

42. Barman. Barman adalah bertanggungjawab kepada AJK Minuman melalui Sjn
Wisma di atas semua perkara bersangkutan dengan ‘bar’. Tugas-tugas barman termasuk:

a. Menyimpan dan mengira dengan betul semua penerimaan dan pengeluaran
kepada bar dan dalam simpanan di peti sejuk.

b. Menyelenggarakan dengan betul penyata jualan harian pada tiap-tiap hari
termasuk mengemaskini jualan harian kepada ahli Wisma.

c. Menyelenggarakan simpanan di bar dengan betul.

d. Menentukan minuman tetamu yang dibawa oleh ahli Wisma dibiayai sendiri
oleh ahli tersebut.

f. Membantu Sjn Wisma dalam tugas pengurusan Wisma yang lainnya apabila
diperlukan.

g. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

43. Pelayan Wisma. Pelayan Wisma adalah bertanggungjawab kepada Sjn Wisma di
atas semua aspek pengurusan dan tatacara menghidang sajian. Tugas-tugasnya termasuklah
perkara-perkara berikut :

a. Melaksanakan tugas-tugas menghidang termasuk memastikan susun atur
peralatan crockery dan cutlery atas meja hidangan.

b. Menentukan peralatan crockery dan cutlery mencukupi.

c. Menentukan sajian yang dihidangkan panas.

d. Menentukan kebersihan makanan dan tempat sajian.

f. Menentukan setiap peralatan crockery dan cutlery yang telah digunakan dicuci
dengan bersih dan disusun semula di tempat yang sepatutnya.

g. Membantu Sjn Wisma dalam tugas pengurusan Wisma yang lainnya apabila
diperlukan.

h. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

44. Tukang Masak Wisma. Tukang Masak Wisma bertanggungjawab untuk membantu
Sjn Wisma dalam pentadbiran dan pengurusan Penyediaan Sajian Wisma.

a. Menyediakan makanan untuk ahli Wisma dan menentukan makanan dihidang
dengan sempurna.

16

TERHAD

TERHAD

b. Mengurus kira-kira sajian setiap hari dan mengeluarkan bil kepada Sjn Wisma.

c. Menyediakan menu dengan persetujuan AJK Makanan.

d. Menjaga dan menyimpan peralatan memasak, pinggan mangkuk dan peralatan
dapur yang lain.

e. Menentukan kebersihan dapur dan membuang sisa-sisa makanan di tempat
dikhaskan.

f. Mengadakan rekod kehilangan/pecah ke atas peralatan memasak, pinggan
mangkuk, gelas dan perkakas-perkakas kerajaan yang lain.

g. Menentukan peralatan alas meja, tuala tangan, sarung kusyen dan
sebagainya dalam keadaan bersih dan dihantar untuk dicuci apabilaperlu.

h. Menentukan peralatan makan malam diatur/disusun dengan betul di atas
meja dan makanan dihidang dengan sempurna semasa jamuan makan diadakan.

i. Bertanggungjawab kepada Sjn Wisma untuk kira-kira am dan menjaga semua
peralatan memasak yang diterima oleh Wisma.

j. Memeriksa dan membuat laporan terhadap semua kerosakkan dan kehilangan
peralatan yang dibekalkan oleh Wisma.

k. Membantu Sjn Wisma dalam tugas pengurusan Wisma yang lainnya apabila
diperlukan.

l. Melaksanakan arahan lisan daripada Pegawai Penasihat, SMR dan YDP
Wisma bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran aktiviti Wisma.

44. Semua AJK hendaklah bekerjasama di antara satu sama lain semasa menjalankan
tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tugas utama penolong bagi setiap AJK adalah
untuk membantu menjalankan tugas-tugas terperinci AJKberkaitan.

45. Ahli-ahli lain boleh dipelawa atau diarahkan untuk melaksanakan apa jua tugas dan
tanggungjawab bagi kepentingan Wisma terutama semasa menguruskan sesuatu Majlis
Keraian.

MESYUARAT WISMA

46. Mesyuarat-mesyuarat Wisma adalah seperti berikut:

a. Mesyuarat Agung. Mesyuarat tersebut diadakan sekurang-kurangnya sekali
dan sekurang-kurangnya 2 kali setahun selepas Lembaga Audit Penggal. Pegawai
Pemegang Kira-Kira dikehendaki hadir. Mesyuarat akan dibubarkan sekiranya
kehadiran Ahli Tetap Wisma tidak mencukupi 2/3 dari keahlian Wisma.

17
TERHAD

TERHAD

b. Mesyuarat Agung Tergempar. Mesyuarat ini boleh diadakan tertakluk
kepada keadaan berikut.

(1) Apabila diarahkan oleh Penaung Wisma.

(2) Atas permintaan majoriti 2/3 dari jumlah Ahli Tetap Wisma.

(3) Atas permohonan AJK untuk membincangkan perkara penting.

c. Mesyuarat AJK. YDP Wisma dikehendaki mengadakan Mesyuarat AJK pada
setiap 3 bulan (penggal) dan minit mesyuarat hendaklah dimajukan kepada Penaung
Wisma dan Pegawai Penasihat. YDP Wisma boleh mengeluarkan wang sebanyak RM
100.00 untuk perbelanjaan mesyuarat ini (tertakluk kepada kewangan Wisma).

47. Kehadiran. Semua Ahli Tetap Wisma dikehendaki hadir semasa Mesyuarat Agung
diadakan. Pengecualian kehadiran mesyuarat hanyalah dibenarkan setelah mendapat kelulusan
SMR dan YDP Wisma melalui permohonan bertulis.

48. Pengerusi Mesyuarat. YDP Wisma akan mempengerusikan mesyuarat tersebut dan
semasa ketiadaannya, YDP Wisma boleh melantik Timb YDP Wisma atau Setiausaha atau
AJK lain yang mewakili tempatnya.

49. Penyata Kira-Kira. Pegawai Pemegang Kira-Kira diminta hadir untuk
membentangkan Penyata Kira-Kira setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Bendahari
hendaklah berhubung rapat dengan Pegawai Pemegang Kira-Kira dan boleh memberi
penerangan mengenai kira-kira kewangan sekiranya ada mesyuarat yang lain.

50. Cadangan dan Usul Baru.

a. Setiausaha hendaklah memajukan borang usul baru kepada ahli selewat-
lewatnya 3 hari sebelum mesyuarat dijalankan. Ahli Tetap/Sementara Wisma boleh
membuat cadangan dengan menggunakan borang yang telah disediakan untuk
dibincangkan dalam mesyuarat dan dikehendaki sampai kepada Setiausaha pada tarikh
yang dikehendaki.

b. Sesuatu cadangan dan usul baru yang akan dibincangkan mestilah dipersetujui
oleh majoriti daripada Ahli Tetap Wisma yang hadir. Keputusan yang muktamad dari
Penaung Wisma.

51. Perbelanjaan Mesyuarat. Dalam Mesyuarat Agung, perbelanjaan ini akan
ditanggung sepenuhnya oleh Wisma (tertakluk kepada kewangan Wisma).

PENGENDALIAN BAR WISMA

52. Waktu Bar Dibuka. Masa buka dan tutup Bar adalah ditetapkan seperti berikut:

a. Hari Bekerja. 0700 – 1500

(1) Isnin hingga Jumaat -
Rehat

18
TERHAD

(2) Waktu Kedua TERHAD
- 1830 – 2300

b. Hari Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Umum. Tidak beroperasi (tertakluk kepada
arahan semasa).

c. Bayaran Lebih Masa Penjaga Bar. Selain dari masa tersebut di atas ahli
dibenarkan menggunakan bar tersebut dengan syarat ahli yang berkenaan membayar
upah kerja lebih masa kepada Penjaga Bar yang bertugas mengikut kiraan jam seperti
berikut:

(1) Jam Pertama - RM 5.00 (seorang).

(2) Jam Kedua dan seterusnya - RM 10.00/jam (seorang).

(3) Had penggunaan masa - Jam 2300 hingga jam 0300.

d. Bayaran Lebih Masa Pekerja Awam/Tentera. Semua ahli Wisma boleh
mendapatkan bantuan khidmat lebih masa Pekerja Awam/Tentera tertakluk kepada
persetujuan kedua-dua pihak. Bayaran kepada Sjn Wisma boleh dibuat sehari sebelum
keperluan atau diselesaikan selewat-lewatnya setelah selesai tamat majlis tersebut.
Bayaran dikenakan mulai jam 2100 hingga selesai sesuatu majlis mengikut kiraan jam
seperti berikut:

(1) Jam Pertama.RM 5.00 (seorang).

(2) Jam Kedua dan Seterusnya.RM 10.00/jam (seorang).

(3) Had Penggunaan Masa. Jam 2100 hingga majlis selesai.

53. Harga Barang-Barang. Semua harga barangan yang dijual di Bar seperti minuman,
rokok dan lain-lain hendaklah ditentukan oleh AJK Wisma serta dibincangkan bersama YDP
Wisma. Senarai harga barang hendaklah dibawa ke dalam Mesyuarat Agung untuk diluluskan.
Keuntungan jualan mestilah tidak melebihi 8% ke 12%.

54. Bayaran Minuman. Minuman yang diberi kepada ahli-ahli adalah atas bayaran
sendiri melainkan semasa majlis khas yang dipersetujui oleh YDP Wisma.

55. Bar Chit. Hanya Ahli Tetap Wisma sahaja yang dibenarkan menandatangani
Bar Chit.

56. Penyata Jualan Harian. Semua ahli hendaklah memeriksa Penyata Jualan Harian
masing-masing dari semasa ke semasa untuk menentukan pembelian harian mereka.

57. Bayaran Tunai. Semua pegawai pelawat dikehendaki membayar secara tunai semua
pembelian sebelum meninggalkan Wisma.

58. Minuman Keras. Minuman keras tidak dibenarkan di dalam Wisma.

19
TERHAD

TERHAD

TETAMU DAN PELAWAT

59. Tetamu Rasmi Wisma. Tetamu Rasmi Wisma hanya akan ditentukan oleh Penaung
Wisma.

60. Tetamu Persendirian. YDP Wisma boleh membuat perbelanjaan sebanyak RM
50.00 sebulan (tertakluk kepada kewangan Wisma) daripada Tabung Keraian untuk Tetamu
Rasmi yang berkunjung ke Wisma Bintara 25 RAMD. Tetamu Rasmi yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:

a. Mana-mana pegawai yang dijemput ke WBTD.

b. Mana-mana PW I membuat tugas rasmi di sekitar kawasan Bentong dan PTT
Kanan yang dijemput ke Wisma Bintara 25 RAMD.

c. Veteran ATM. Mana-mana PW/PTT Kanan yang setaraf dan telah
menamatkan perkhidmatan, mereka boleh mengunjungi Wisma ini dan mereka
diwajibkan memaklumkan kedatangan dan tujuan keberadaan mereka di Wisma ini
terlebih dahulu kepada YDP Wisma.

61. Keluarga. Isteri/suami dan anak-anak Ahli Tetap Wisma ini adalah dibenarkan
berkunjung ke Wisma Bintara 25 RAMD dengan ditemani oleh Ahli Tetap Wisma
(isteri/suami) masing- masing. Ahli Tetap Wisma yang terlibat dalam perkara ini dikehendaki
bertanggungjawab menentukan tatatertib/disiplin ahli keluarga mereka semasa berada di
Wisma Bintara, walau bagaimanapun tempoh had masa keluarga mereka dibenarkan berada di
dalam Wisma Binta adalah ditetapkan seperti berikut:

a. Di luar Waktu Majlis Rasmi Wisma. Dibenarkan berada di Wisma pada
waktu-waktu berikut:

(1) Hari Berkerja. Mulai jam 1700 hingga jam 2230.

(2) Cuti Umum. Mulai jam 0800 sehingga jam 2300.

b. Semasa Majlis Rasmi Wisma. Dibenarkan berada di Wisma bagi masa-masa
yang telah ditetapkan sahaja oleh pihak AJK Wisma.

62. Teman. Ahli Tetap Wisma dibenarkan membawa teman lelaki/wanita dengan
mematuhi syarat-syarat kepada Peraturan 2 BAHAGIAN III.

SAJIAN

63. Keperluan Sajian. Keperluan sajian akan disediakan kepada Ahli Tetap Wisma yang
membuat potongan rangsum iaitu bujang dan kahwin tinggal bujang. Permohonan bagi Ahli
Tetap Wisma yang bujang dan kahwin tinggal bujang akan dikawal selia oleh Sjn Wisma.
Manakala bagi Ahli Sementara (penuntut) akan dikawal selia oleh Penyelia Kursus (Div
Pengajian).

64. Casual Rate. Ahli Tetap Wisma yang tinggal di luar Wisma yang ingin makan di
Wisma hendaklah memaklumkan kepada Sjn Wisma pada 24 jam sebelum hari yang
berkenaan. Casual Rate yang ditetapkan adalah seperti berikut:

20

TERHAD

TERHAD

a. Minum Pagi - RM 1.00.

b. Makan Tengah Hari - RM 3.00.

c. Minum Petang - RM 1.00.

d. Makan Malam - RM 3.00.

65. Bayaran Makanan Tambahan (Extra Messing). Semua Ahli Tetap Wisma termasuk
akan dikenakan bayaran makanan tambahan dengan kadar RM 1.00 sehari. Kadar
bayaran ini boleh dibuat penyesuaian penyediaan menu oleh AJK Makanan dan Sjn
Wisma setelah mendapat persetujuan YDP Wisma.

66. Waktu Makan dan Minum.

a. Hari Isnin hingga Jumaat.

(1) Sarapan Pagi - Jam 0630 hingga jam 0800.

(mengikut kesesuaian aktiviti semasa dan juga pengisytiharan dalam Perintah
Harian Pasukan).

(2) Break NAAFI - Jam 1030 hingga jam 1100.

(3) Makan Tengah Hari - Jam 1330 hingga jam 1500.
(Hari Jumaat) - Jam 1400 hingga jam 1500.

(4) Minum Petang - Jam 1530 hingga jam 1700.

(5) Makan Malam - Jam 1830 hingga jam 2030.
(Hari Khamis) - Jam 1700 hingga jam 1800.

b. Hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan.

(1) Sarapan pagi - Jam 0700 hingga jam 0830.

(2) Makan Tengah Hari - Jam 1230 hingga jam 1400.

(3) Makan Malam - Jam 1800 hingga jam 2000.

c. Membawa Makanan ke Bilik Penginapan. Ahli Tetap Wisma yang tinggal
di Penginapan Wisma Bintara termasuk anggota tumpangan adalah dilarang untuk
membawa makanan sama ada minuman pagi, makan tengah hari, minum petang atau
makan malam ke bilik penginapan masing-masing, melainkan ahli tersebut telah
mendapat cuti sakit (Attend C) dan dengan kelulusan YDP Wisma.

67. Bahagian Dapur Wisma adalah kawasan larangan bagi semua ahli Wisma. Hanya AJK
dan Staf Wisma sahaja dibenarkan masuk ke bahagian dapur bagi menjalankan tugas mereka.

21
TERHAD

TERHAD

68. Namun selain daripada sajian di atas, Wisma juga menyediakan sajian atas keperluan
dan permohonan dari mana-mana pihak mengikut keperluan semasa. Ini termasuk sajian
semasa bulan puasa atau permintaan dari pegawai penaja mesyuarat. Masa sarapan pagi boleh
dilanjutkan sehingga 0900 pada hari Latihan Jasmani dan atas arahan semasa YDP Wisma.

69. Bayaran balik bagi rangsum untuk ahli-ahli yang menginap di Wisma akan dipotong
melalui gaji bulanan mengikut kadar potongan rangsum semasa. Bagi bayaran bagi sajian
tambahan (extra messing) dikenakan pada setiap ahli yang makan di Wisma mengikut kadar
bayaran yang dikenakan akan ditentukan dari semasa kesemasa.

70. Sekiranya terdapat ahli yang tidak memerlukan sajian pada hari-hari tertentu
disebabkan penugasan luar, ahli tersebut hendaklah memaklumkan kepada AJK Sajian/Sjn
Wisma sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari tersebut. Ahli juga hendaklah mencatatkan
perkara itu di Buku Catatan Sajian/Buku Tugas Luar yang telah disediakan. Sekiranya ahli
gagal mematuhi keperluan ini bayaran penuh akan dikenakan kepada ahli tersebut.

71. Tindakan yang sama juga diperlukan sekiranya seseorang ahli itu memerlukan sajian
dari Wisma pada sesuatu tempoh masa yang tertentu. Bayaran penuh casual rate akan
dikenakan kepada ahli yang memerlukan keperluan ini.

72. Sekiranya ada ahli yang memerlukan sajian dihidangkan di luar masa tersebut, mereka
hendaklah menulis di dalam buku yang disediakan oleh Wisma. Semua cadangan atau aduan
bersabit dengan sajian akan dikaji dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh AJK Sajian
dengan pertimbangan oleh YDPWisma.

YURAN WISMA

73. Yuran Bulanan. Yuran bulanan (Mess bill) yang dikenakan terhadap Ahli Tetap
Wisma adalah seperti berikut:

a. Yuran Bagi Ahli Tetap Wisma.

(1) Am - RM 3.00.

(2) Senggaraan - RM 3.00.

(3) Hiburan - RM 5.00.

(4) Sukan - RM 1.00.

(5) R&C - Sekiranya ada.

(6) Simpanan Ahli - RM 10.00 (setiap bulan).

74. Wang simpanan ahli dikutip pada setiap bulan selama mana PW/PTT Kanan tersebut
menjadi Ahli Tetap Wisma. Wang simpanan ahli ini juga boleh dipinjam oleh Ahli Tetap
Wisma. Permohonan hendaklah dimajukan kepada Pegawai Pemegang Kira-Kira Wisma
Bintara 25 RAMD dengan kelulusan dari Penaung Wisma. Had minimum baki wang
simpanan ahli dalam akaun bagi setiap Ahli Tetap Wisma adalah sebanyak RM 200.00.

22
TERHAD

TERHAD

75. Wang simpanan ahli akan dikembalikan kepada Ahli Tetap Wisma yang bertukar
keluar, berhenti atau bersara. Sekiranya terdapat Ahli Tetap Wisma yang masih berhutang
dengan pihak Wisma Bintara 25 RAMD, wang simpanan ahli tersebut akan digunakan bagi
menjelaskan segala jumlah hutang piutang tersebut (jika ada).

76. Semakan Kadar Yuran.

a. Semakan Kadar Yuran. Kadar bayaran bulanan boleh disemak dari semasa
ke semasa jika perlu mengikut kesesuaian serta dibentangkan dalam Mesyuarat AJK.
Sebarang semakan/perubahan mengenai jumlah kutipan yuran bulanan perlu juga
diperbincangkan dan dimaklumkan kepada semua ahli tetap sebelum dikuatkuasakan
setelah diluluskan oleh Penaung Wisma.

b. Penyediaan Bil Yuran Bulanan. Yuran bulanan hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan diedarkan kepada semua ahli pada minggu pertama setiap bulan (mulai
tarikh 7 hingga 21 haribulan) tanpa gagal.

77. Bayaran Yuran Bulanan.

a. Ahli Tetap Wisma. Bayaran yuran bulanan hendaklah dibayar kepada
Bendahari. Ahli Wisma juga dikehendaki menjelaskan yuran mereka dalam tempoh
14 hari selepas bil diterima setiap bulan (sebelum 21 haribulan) tanpa gagal.
Penguatkuasaan bayaran yuran bulanan akan dikenakan mengikut situasi berikut:

(1) Situasi 1. Seseorang PTT Kanan yang bertukar masuk di pasukan
akan dikenakan bayaran bulanan mulai tarikh Masuk Kekuatan Anggota
(MKA). Pegawai Waran/ PTT Kanan Yang Terkanan (bagi PTT Kanan
yang baru bertukar masuk) dikehendaki menentukan PTT Kanan
tersebut memajukan surat Permohonan Keahlian Wisma kepada YDP
Wisma Bintara 25 RAMD.

(2) Situasi 2. Seseorang PTT Rendah yang bertugas di pasukan dinaikan
pangkat Sarjan akan dikenakan bayaran bulanan mulai tarikh Pemakaian
Pangkat. Pegawai Waran/ PTT Kanan Yang Terkanan (bagi PTT Rendah
yang baru dipakaikan pangkat) dikehendaki menentukan PTT Kanan
tersebut memajukan surat Permohonan Keahlian Wisma kepada YDP
Wisma Bintara 25 RAMD.

ETIKA WISMA

78. Etika Wisma ini berdasarkan etika biasa harian. Ini boleh didapati di mana-mana kelab
juga yang dikunjungi oleh orang-orang yang bersopan santun (gentlemen). Etika dan budi
bahasa yang tinggi adalah satu asas penting untuk membentuk satu keperibadian yang terpuji.
Sayugia diingatkan bahawa Malaysia terkenal dengan ketinggian budi bahasa, ramah mesra
dan sopan santun rakyatnya.

79. Semua ahli Wisma diwajibkan menjaga tatatertib dan mempamerkan disiplin yang
tinggi sesuai dengan etika Wisma yang diamalkan. Di sini ada beberapa petunjuk berhubung
dengan etika Wisma ini. Di antaranya adalah seperti berikut:

23

TERHAD

TERHAD

a. Tidak mengundang seseorang tetamu (pegawai tentera) ke Wisma untuk
makan atau majlis Wisma tanpa kebenaran YDP Wisma kecuali atas sebab lawatan
atau kunjungan.

b. Memperkenalkan tetamu anda kepada SMR, YDP Wisma, Timb YDP Wisma
atau Ahli Terkanan sebaik sahaja mereka tiba di Wisma.

c. Tidak membincangkan perkara-perkara berikut di Wisma.

(1) Perkara yang berhubung kait dengan pegawai yang tidak baik/negatif.

(2) Perkara yang berhubung kait dengan hal politik.

(3) Perkara yang berhubung kait dengan hal agama dan bangsa.

(4) Perkara yang berhubung kait dengan sesuatu hal keburukan sehingga
menimbulkan pergaduhan.

d. Semua ahli Wisma dikehendaki memberi penghormatan seperti berikut:

(1) Bangun dan memberi salam hormat kepada YDP Wisma dan SMR
apabila masuk ke Wisma.

(2) Memberi salam hormat apabila memasuki Wisma, tidak kira siapa yang
ada di dalam dan ahli yang berada di dalam hendaklah menjawab salam hormat
yang diberi.

(3) Hendaklah meminta kebenaran apabila hendak keluar dari Wisma.

(4) Memberi layanan kepada tetamu Wisma dengan baik sama ada lelaki
atau perempuan.

(5) Tidak dibenarkan meninggalkan majlis selagi ada ahli yang terkanan.
Sekiranya ada tugas penting, minta kebenaran untuk beredar secara sopan.

(6) Ahli yang membawa tetamu hendaklah memperkenalkan tetamu
tersebut kepada ahli yang ada. Ahli yang ada hendaklah bangun untuk
menghormati tetamu.

(7) Mengiringi tetamu keluar sehingga ke pintu Wisma.

(8) Sekiranya ahli melakukan kesalahan dan melanggar tatatertib Wisma,
tindakan akan dikenakan kepada ahli tersebut.

80. Semua ahli Wisma diingatkan menjaga tutur kata sesama ahli Wisma dan tetamu dan
sentiasa menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam Wisma dan Bahasa
Inggeris adalah bahasa kedua.

24
TERHAD

TERHAD

TATATERTIB/DISIPLIN

81. YDP Wisma adalah bertanggungjawab kepada Penaung terhadap tatatertib di dalam
Wisma keseluruhannya. YDP Wisma dibantu oleh Pegawai Penasihat, SMR dan Timb YDP
Wisma demi kebaikan dan peraturan di Wisma, sungguh pun begitu adalah menjadi tugas
setiap ahli Wisma untuk mematuhi setiap peraturan Wisma ini.

82. Lembaga Tatatertib Wisma. Ahli Lembaga Tatatertib Wisma terdiri daripada:

a. Pegawai Penasihat - Pengerusi.

b. SMR.

c. YDP Wisma.

d. Ahli Terkanan.

e. Timb YDP Wisma.

83. Setiap perbuatan atau sebagainya yang boleh dianggap sebagai melanggar atau
mengetepikan peraturan Wisma ini akan diambil tindakan oleh Lembaga Tatatertib Wisma
dengan cara menasihati Pegawai Memerintah ke atas hukuman yang diberi kepada ahli Wisma
yang terlibat. Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib Wisma adalah muktamad.
Contoh kesalahan adalah seperti penganiayaan/dera, mabuk, judi, bersekedudukan, dadah,
tidak menyelesaikan bayaran bulanan wisma, penyelewengan wang dan kesalahan yang
tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan yang dilakukan atau ianya berhubung kait
dengan Wisma ini.

a. Perkara-perkara Larangan. Semua ahli Wisma adalah dilarang membuat
perkara-perkara berikut:

(1) Mabuk.

(2) Menyebar dakwah songsang.

(3) Mengumpat, perbualan lucah dan mengeluarkan kata-kata kurang
sopan.

(4) Penyalahgunaan dadah dan racun.

(5) Bersikap sombong kepada ahli dan tetamu.

(6) Permainan bagi tujuan pertaruhan (judi).

(7) Memainkan peralatan audio visual pada waktu kerja.

(8) Menayangkan filem lucah.

(9) Ahli lelaki/wanita dilarang sama sekali berkunjung ke bilik penginapan
ahli yang berlainan jantina.

25
TERHAD

TERHAD
(10) Dilarang menjual atau minum minuman keras di dalam Wisma dan
tempat penginapan.

(11) Semua ahli tidak dibenarkan memelihara dan membawa masuk
binatang peliharaan ke dalam Wisma dan tempat penginapan.
b. Kawasan Larangan di Wisma. Tempat-tempat berikut adalah kawasan
larangan bagi semua ahli Wisma dan tetamu Wisma bagi setiap masa melainkan
melaksanakan tugasan di kawasan tersebut.

(1) Kawasan dapur Wisma.

(2) Semua bilik stor.

(3) Pejabat Sjn Wisma.

84. Tatacara Pakaian.

a. Pakaian Waktu Siang.

(1) Berpakaian kemas, berbaju lengan pendek berkolar, kasut bertumit dan
bersarung kaki. Dibenarkan juga berbaju batik berlengan pendek dan baju
korporat.

(2) Jika berpakaian sukan, mestilah berkasut dan bersarung kaki.

(3) Jika berpakaian seragam, hendaklah menanggalkan Songkok
TD/beret/peak cap, Selendang Merah, benet serta tali pinggang putih (kain),
belt pattern 2000 kecuali tali pinggang putih logo TD dan songkok hitam
(diletakkan di tempat yang disediakan). Manakala SMR atau Ahli Terkanan
yang berpakaian Sam Browne dibenarkan memakainya.

(4) Sandal dan selipar adalah dilarang sama sekali.

b. Pakaian Waktu Malam.

(1) Berpakaian kemas (casual smart), berbaju lengan panjang warna bebas,
seluar slack berwarna gelap, kasut bertumit dan bersarung kaki warna gelap
pada hari bekerja.

(2) Pada hari cuti dan kelepasan am, ahli hendaklah berpakaian kemas
(casual), berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar slack.

(3) Bagi ahli wanita, pakaian baju kurung atau blouse, kasut bertutup dan
bertumit serta berstokin gelap pada setiap hari.

(4) Ahli yang memasuki Wisma dengan pakaian kerja (seragam) hendaklah
menanggalkan Songkok TD/beret/peak cap, Selendang Merah, benet serta tali
pinggang putih (kain), belt pattern 2000 kecuali tali pinggang putih logo TD
dan songkok hitam (diletakkan di tempat yang disediakan). Manakala SMR
atau Ahli Terkanan yang berpakaian Sam Browne dibenarkan memakainya.

26
TERHAD

TERHAD

c. Lain-lain Pakaian.

(1) Sebagai ahli Wisma, setiap ahli dikehendaki menyediakan pakaian-
pakaian berikut:

(a) Baju batik.

(b) Pakaian kebangsaan lengkap berwarna hitam.

(c) Kemeja berlengan panjang warna cerah dan seluar slack
(planters orders) serta tali leher.

(d) Pakaian Mess Kit lengkap.

(e) Lounge Suit.

85. Selain dari peraturan pemakaian yang tertera di perenggan 84, setiap ahli Wisma
dikehendaki mematuhi segala peraturan pemakaian yang ditetapkan oleh Pegawai
Memerintah atau pun pihak atasan yang berkenaan. Segala perubahan tentang tatacara
pemakaian pakaian akan dibuat oleh YDP Wisma dari semasa ke semasa.

86. Tempat Parkir Kenderaan. Semua ahli Wisma dikehendaki parkir kenderaan di
tempat yang telah disediakan. Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di koridor dan di
bawah bangunan pada sebilang masa. Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di atas rumput
di kawasan Wisma dan penginapan Wisma.

87. Perkongsian di Laman Media Sosial. Ahli Wisma tidak dibenarkan memuat turun
atau berkongsi gambar aktiviti Wisma (sebelum, semasa dan selepas) atau petikan/karangan di
laman media sosial sehingga mendapat tanggapan negatif atau menarik perhatian pihak
atasan. Semua ahli Wisma dinasihatkan agar bijak membuat keputusan sebelum memuat turun
gambar di laman media sosial.

88. Had-Had Tetamu. Ahli Tetap Wisma dibenarkan membawa tetamu ke dalam Wisma
dengan syarat tetamu mereka hendaklah:

a. Orang yang berbudi bahasa dan bersesuaian.

b. Berpakaian yang bersesuaian.

c. Pandai menyesuaikan diri.

d. Tetamu Tidak Dibenarkan.

(1) Merayau-rayau tanpa tujuan.

(2) Memasuki bilik penginapan.

(3) Masuk ke Wisma secara bersendirian tanpa diiringi oleh ahli.

(4) Memberi arahan kepada penjaga bar atau pekerja Wisma yang lain.

(5) Masa yang dibenarkan adalah tidak melebihi jam 2330.
27

TERHAD

TERHAD

(6) Dibenarkan membeli barangan di bar dengan syarat segala pembelian
secara tunai atau dimasukkan ke dalam Bar Chit ahli yang membawanya
(setelah mendapat persetujuan dari ahli wisma yang berkenaan).

89. Isteri/suami/anak-anak ahli Wisma dibenarkan memasuki kawasan Wisma dengan
mematuhi peraturan diatas.

90. Ahli Tetap Wisma yang berkenaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas tingkah
laku tetamu/teman wanita/isteri/suami dan anak masing-masing sepanjang mereka berada di
Wisma.

MAJLIS KERAIAN HIBURAN

91. Majlis-majlis keraian akan diadakan di Wisma dengan persetujuan:

a. Mesyuarat Agung Wisma.

b. Mesyuarat AJK Wisma.

c. Mesyuarat Khas Wisma.

d. Atas arahan Penaung Wisma.

MAJLIS SOSIAL

92. Majlis-majlis sosial yang boleh diadakan oleh Wisma adalah seperti berikut:

a. Majlis Perjumpaan Tahunan. Majlis ini boleh diadakan sekali setahun
sempena menyambut hari-hari perayaan atau awal/akhir tahun. Majlis ini diadakan
bersama isteri dan anak-anak sahaja dan sebahagian besar perbelanjaan ditanggung
oleh wisma (tertakluk kepada kelulusan Penaung Wisma.

b. Majlis Makan Malam Rejimental. Majlis ini boleh diadakan pada bila-bila
masa jika diarahkan dan perbelanjaan boleh ditanggung oleh Wisma (tertakluk kepada
kelulusan Penaung Wisma atau dibayar secara R&C. Arahan terperinci dikeluarkan
secara berasingan mengikut keadaan semasa.

c. Dining In/Out. Majlis akan diadakan apabila berlaku pertukaran Penaung
Wisma dan SMR atau keluar/masuk ahli terkanan.

d. Majlis Kemasukan Bintara Muda. Majlis ini diadakan apabila ada anggota
yang baru dinaikkan pangkat Pemangku Sarjan. Arahan Pentadbiran yang khusus akan
dikeluarkan dan diedarkan.

e. Majlis Perjumpaan Keluarga. Perjumpaan ini boleh diadakan pada bila- bila
masa dan segala perbelanjaan akan ditanggung secara sama rata oleh ahli Wisma.

f. Majlis Keagamaan dan Sukan. YDP Wisma boleh mengadakan majlis ini
apabila difikirkan perlu dan sebahagian perbelanjaan boleh dikeluarkan dari tabung
yang berkenaan (tertakluk kepada kelulusan Penaung Wisma.

28
TERHAD

TERHAD

g. Majlis Persendirian (Private Party). Ahli yang ingin menganjurkan satu-satu
perjumpaan boleh memohon kelulusan melalui YDP Wisma dan mendapat kelulusan
dari Penaung Wisma. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ahli yang
menganjurkan majlis tersebut.

93. Sekiranya ahli diarahkan menghadiri/mewakili Wisma dalam aktiviti rejimental di luar
pasukan, kos perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh Wisma dan R&C kepada semua ahli
dari jumlah perbelanjaan aktiviti tersebut.

HARTA WISMA

94. Harta Wisma. Ianya berbentuk pembelian atau sumbangan yang direkodkan di
dalam buku dan akaun Wisma. Semua ahli hendaklah mematuhi arahan seperti berikut:

a. Semua harta milik Wisma hendaklah dijaga bersama oleh semua ahli.

b. Tidak dibenarkan membawa keluar harta Wisma kecuali mendapat kebenaran
dari YDP Wisma dan AJK Harta.

c. Permohonan pinjaman harta Wisma boleh dilakukan oleh semua ahli melalui
AJK Harta dan Sjn Wisma. Pengambilan hanya dibenarkan setelah mendapat
kelulusan YDP Wisma.

d. AJK Harta dan Sjn Wisma bertanggungjawab terhadap rekod pinjaman melalui
BAT L 5 atau direkodkan dalam Buku Pinjaman Harta.

95. Kerosakan dan Kehilangan. Seseorang ahli yang didapati merosakkan harta Wisma
dikehendaki membayar nilai barang yang berkenaan. Mereka juga bertanggungjawab terhadap
kerosakan yang dilakukan oleh tetamu mereka. Harga sepenuhnya peralatan yang rosak,
pecah atau hilang akan dikenakan kepada ahli berkenaan. Jika didapati yang
bertanggungjawab itu lebih dari seorang, jumlah harga barang atau alatan yang dirosakkan
akan dikenakan sama rata.

96. Alatan Tersedia. Alatan tersedia (fittings/fixtures) di Wisma atau di bilik penginapan
tidak dibenarkan diubah atau dipindah dari tempat asal. Jika didapati sebarang kerosakan, ahli
Wisma yang berkenaan adalah bertanggungjawab dan dikehendaki membayar nilai
kerosakan/kehilangan setelah dinilai oleh pihak yang berkenaan.

97. Pencegahan Kebakaran. Semua ahli Wisma dan tetamu Wisma hendaklah
memahami dengan arahan-arahan kebakaran. Adalah sentiasa menjadi risiko terhadap nyawa
dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran. Langkah pencegahan yang wajib diamalkan
adalah seperti berikut:

a. Menentukan alat penghawa dingin, alat elektrik hendaklah dimatikan (swicth
off) selepas tidak digunakan.

b. Ahli Wisma yang merokok menggunakan bekas/tempat habuk rokok dan tidak
membuang puntung rokok merata-rata.

29

TERHAD

TERHAD

BILIK PENGINAPAN WISMA

98. Blok Bujang Wisma. Bangunan setingkat dan terdapat 15 bilik. Bangunan ini
menempatkan Ahli Tetap Wisma (Lelaki/Wanita) yang masih bujang dan juga Ahli Tetap
Wisma (wanita) yang Kahwin Tinggal Bujang. Penghuni adalah bertugas di pasukan dan
bilik-bilik ini dikawal selia oleh AJK Perumahan dan Sjn Wisma.

99. Permohonan Bilik Penginapan. Permohonan perlulah dimajukan kepada YDP
Wisma dan AJK Perumahan. Sekiranya berlaku kerosakan/kecuaian adalah tanggungjawab
penghuni bilik tersebut, barrack damage akan dikenakan. Keseluruhan Blok Penginapan ini
adalah di bawah seliaan AJK Perumahan dan Sjn Wisma.

FASILITAS/KEMUDAHAN

100. Ruang Makan Ahli Tetap Wisma. Ruang ini disediakan bagi kegunaan Ahli Tetap
Wisma dan dikawal selia oleh Sjn Wisma.

101. Bilik Sukan Dalaman Wisma. Bilik ini disediakan bagi kegunaan Ahli Tetap Wisma
dan dikawal selia oleh AJK Sukan dan Sjn Wisma.

102. Bilik Rehat Wisma (Bilik Astro). Bilik ini disediakan bagi kegunaan Ahli Tetap
Wisma dan dikawal selia oleh Sjn Wisma.

103. Ruang Bar Wisma. Ruang ini disediakan bagi kegunaan Ahli Tetap Wisma dan Ahli
Sementara (Penuntut) dan dikawal selia oleh Barman dan Sjn Wisma.

104. Peralatan Wisma. Semua peralatan yang terdapat di dalam Wisma boleh digunakan
Ahli Tetap Wisma dan dikawal selia oleh AJK Harta dan Sjn Wisma.

105. Bilik VIP. Bilik ini boleh digunakan oleh mana-mana PW/PTT Kanan, Pegawai dan
Ahli Kehormat. Permohonan hendaklah dimajukan kepada YDP Wisma dan akan diluluskan
oleh Penaung Wisma. Pengurusan bilik tetamu ini akan dikawal selia oleh AJK Perumahan
dan Sjn Wisma.

106. Bilik YDP Wisma. Bilik ini adalah dikhaskan untuk YDP Wisma. Bilik ini akan
dikawal selia oleh AJK Perumahan dan Sjn Wisma.

107. Bilik SMR. Bilik ini adalah dikhaskan untuk SMR. Bilik ini akan dikawal selia oleh
AJK Perumahan dan Sjn Wisma.

SUMBANGAN DAN DERMA

108. Masuk Hospital. Ahli Tetap Wisma yang sakit dan dimasukkan ke wad hospital
awam lebih dari 3 hari, pihak Wisma akan membuat derma kilat setiap ahli wisma wajib
memberi sekurang-kurang RM 5.00. Kaedah kutipan bayaran adalah oleh Bendahari Wisma.

109. Pertukaran Ahli Tetap Wisma.

a. Ahli Tetap Wisma yang bertukar keluar atau bersara berhak menerima
cenderahati daripada pihak Wisma. Perkara ini adalah atas kelulusan Penaung Wisma.

30
TERHAD

TERHAD

b. Bagi jawatan SMR pasukan dan YDP Wisma yang bersara atau pun bertukar
keluar pemberian cenderahati tertakluk kepada keputusan Mesyuarat AJK. Perkara ini
adalah atas kelulusan Penaung Wisma.

KEMASUKAN BINTARA MUDA

110. Bagi Bintara Muda yang baru memohon menjadi Ahli Tetap Wisma atas dasar
kenaikan pangkat Pemangku Sjn dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan berikut:

a. Mematuhi segala peraturan Wisma yang telah ditetapkan.

b. Tidak dibenarkan mengeluarkan usul/cadangan dalam apa jua mesyuarat
Wisma dan tidak boleh dilantik menjawat apa jua jawatan dalam AJK Wisma sebelum
ianya menjadi Ahli Tetap Wisma sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.

c. Bintara Muda akan diiringi oleh Bintara Muda siri sebelumnya sebagai
pembimbing sepanjang program orientasi berlangsung.

d. Acara kemasukan Bintara Muda boleh dilakukan pada waktu siang ataupun
malam tertakluk kepada kelulusan Penaung Wisma. Bintara Muda akan diarak dari
Kelab Petanda oleh ahli Kelab Petanda dan YDP Kelab Petanda dikehendaki
menyerahkan Bintara Muda kepada YDP Wisma WBTD.

e. Semasa majlis kemasukan Bintara Muda, acara berikut boleh diadakan:

(1) Bintara Muda perlu memohon kebenaran masuk ke Wisma.

(2) Bintara Muda boleh diuji bagi tujuan ketahanan mental dan fizikal.

(3) Diuji untuk hormat-menghormati semasa memohon kebenaran menjadi
ahli.

(4) Diuji kepatuhan dengan acara makan dan minum. AJK akan
menentukan hidangan yang diberikan kepada Bintara Muda adalah makanan
yang halal dan tidak memudaratkan kesihatan.

(5) Arahan Pentadbiran Majlis Kemasukan dan Orientasi Bintara Muda
akan dikeluarkan secara berasingan 2 minggu sebelum majlis dilaksanakan.

(6) Semua ahli tidak dibenarkan mendera atau menganiaya Bintara Muda
dengan apa cara sekalipun.

(7) Sekiranya acara kemasukkan dilaksanakan pada waktu malam, waktu
tamat acara tidak melebihi jam 2359. Walau bagaimanapun YDP Wisma dan
SMR boleh melanjutkan masa tamat acara kemasukkan mengikut kesesuaian
atas kelulusan Penaung Wisma.

(8) Acara kemasukan mestilah dirancang dan dikawal selia oleh PW
Penyelasas, AJK Keraian dan dibantu oleh AJK lain. Pelantikan PW
Penyelas akan dilaksanakan semasa Mesyuarat AJK.

31
TERHAD

TERHAD
(9) Ahli/Staf Pengiring yang gagal menjalankan tugas membimbing
Bintara Muda, anda akan dirujuk kepada AJK. Tindakan menurunkan skuad
Ahli/Staf Pengiring akan dikenakan.
(10) Bintara Muda yang mempunyai masalah kesihatan, hendaklah sertakan
bersama Surat Pengesahan Kesihatan yang sah.
f. Bintara Muda akan dikenakan sumbangan sebanyak RM 50.00 seorang.
Sumbangan ini akan digunakan untuk membuat sesuatu projek di Wisma bagi sesi
kemasukan Bintara Muda tersebut dan projek ini akan dijadikan kenangan daripada
mereka kepada Wisma ini.
CONTOH AYAT PERMULAAN SESEBUAH PERCAKAPAN/NOTA YANG PERLU
DI GUNAPAKAI DALAM MANA-MANA WISMA BINTARA
ʽBISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM.. YANG DIHORMATI (NO, PKT DAN NAMA
(SMR)), SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION KEDUA PULUH LIMA REJIMEN
ASKAR MELAYU DIRAJA, YANG BERUSAHA (NO, PKT DAN NAMA (YDP)),
YANG DIPERTUA WISMA BINTARA BATALION KEDUA PULUH LIMA
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, AHLI TERKANAN, AHLI
JAWATANKUASA-AHLI JAWATANKUASA YANG DILANTIK, ENCIK-ENCIK,
STAF-STAF DAN SEMUA AHLI WISMA BINTARA BATALION KEDUA PULUH
LIMA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA YANG SAYA KASIHI SEKALIANʼ.

32
TERHAD

TERHAD

IKRAR AHLI BARU (BINTARA MUDA)

111. Saya (No, Pangkat dan Nama) dari Komp/Jawatan berikrar

a. Saya akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Wisma serta
memahami segala adat resam dan tradisi Wisma kepada saya sebagai ahli di Wisma
Bintara Tentera Darat.

b. Saya akan menghormati ahli Wisma Bintara Tentera Darat yang terdahulu dan
terkanan dari saya.

c. Saya berjanji tidak akan menceritakan hal-hal Wisma kepada anggota peringkat
bawahan segala apa yang berlaku ke atas diri saya di dalam Wisma Bintara Tentera Darat
ini.

d. Saya berjanji akan mengutamakan serta memberi kerjasama segala aktiviti-
aktiviti Wisma Bintara Tentera Darat daripada segala urusan peribadi.

e. Saya akan menyumbangkan satu cenderahati yang berharga tidak kurang dari RM
50.00 bagi mengindahkan Wisma ini sempena kemasukan saya sebagai ahli Wisma
Bintara Tentera Darat selewat-lewatnya 7 hari dari sekarang.

f. Saya akan menghormati dan melayan tetamu yang menumpang di Wisma ini
sepanjang tempoh berada di Wisma Bintara Tentera Darat.

g. Saya berjanji tidak akan menangguhkan pembayaran bil Wisma pada tarikh yang
ditetapkan.

h. Saya sedia menerima segala teguran dan tunjuk ajar dari AJK dan semua ahli
Wisma demi kebaikan bagi melengkapkan diri saya sebagai ahli Wisma Bintara Tentera
Darat.

i. Saya akan melaksanakan penugasan Ketua Pengawal dan Sarjan Bertugas
(belajar) selama 7 hari.

j. Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan Wisma semasa saya dalam tempoh
pembelajaran selama satu bulan dan sekiranya ahli-ahli tidak berpuas hati saya rela
ditambah tempoh pembelajaran oleh Yang DiPertua Wisma Bintara Tentera Darat kepada
saya.

33
TERHAD

TERHAD
IKRAR TAAT SETIA KEPADA WISMA BINTARA TENTERA DARAT
112. Bahawa kami berikrar akan taat setia kepada Wisma Bintara ini, yang mana kami sebagai
ahli tetap Wisma ini akan mengikut peraturan-peraturan Wisma ini.

a. Akan patuh dan menghormati peraturan Wisma sebilang masa walaupun di mana
sahaja kami berada/melaksanakan tugas dan menumpang di Wisma pasukan lain.
b. Berjanji akan menjaga nama baik Wisma Bintara ini dan menghormati semua Ahli
Terkanan Wisma ini.
c. Menjaga tatatertib, etika dan sikap tanggungjawab sebilang masa.
d. Memberi khidmat dan kerjasama yang terbaik kepada Wisma Bintara ini selagi
menjadi Ahli Tetap Wisma ini.
e. Menggunakan Wisma Bintara ini sepenuhnya sebagai rumah kedua untuk aktiviti
Wisma.
f. Sekiranya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Wisma, akan melaksanakan tugas
dan tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Wisma dengan penuh tanggungjawab.
g. Tidak akan memberitahu apa-apa yang berlaku di Wisma Bintara ini kepada
orang-orang yang tidak berhak melainkan Ahli Tetap Wisma ini.

34
TERHAD

TERHAD

SEKSYEN IV

PELBAGAI

113. Serah Terima Tugas.

a. Semua AJK hendaklah mengisi Sijil Serah Terima Tugas jika berlaku pertukaran
AJK seperti yang terdapat dalam Kembaran B kepada peraturan ini.

b. Semua peralatan yang diserah hendaklah disenaraikan dan dilampirkan dengan
semua Sijil Serah Terima Tugas.

c. Sijil dan Nota Serah Terima Tugas hendaklah dimajukan satu salinan kepada YDP
Wisma dan Pegawai Penasihat.

d. Tempoh Serah Terima Tugas AJK perlu dilaksanakan tidak melebihi 14 hari
selepas perlantikan jawatan yang baru.

e. Semua AJK dikehendaki menentukan dan memeriksa semua buku, rekod, penyata,
peralatan, kedudukan peralatan dan apa juga berkaitan dengan kawalan AJK sebelum
melaksanakan Serah Terima Tugas.

f. AJK yang lama dikehendaki melaksanakan Serah Terima Tugas secara lisan dan
penyerahan fizikal kepada AJK yang baru dilantik.

114. Hutang Piutang Wisma.

a. Sebelum seorang ahli pergi berkursus luar pasukan, bertukar keluar dan bersara
hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan hutang piutang masing-masing.

b. Semua hutang piutang hendaklah dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya terdapat ahli yang berhutang, Bendahari bertanggungjawab untuk
memaklumkan kepada YDP Wisma supaya tindakan dapat diambil.

c. Sekiranya terdapat ahli Wisma yang gagal mematuhi ketetapan ini, ianya boleh
diambil tindakan dalam Lembaga Tatatertib Wisma sekiranya bersara/bertukar keluar
sebelum temuduga Pegawai Memerintah masing-masing.

CADANGAN DAN ADUAN

115. Sebarang cadangan ataupun aduan yang ingin disampaikan oleh ahli Wisma mengenai
pengurusan Wisma hendaklah dibuat dengan secara bertulis dalam Buku Cadangan/Aduan yang
disediakan. Cadangan dan aduan hendaklah secara membina untuk kepentingan bersama.
Penggunaan bahasa kasar ataupun sindiran hendaklah dielakkan.

35
TERHAD

MEJA AHLITERHAD
MEJA AHLIMAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL
MEJA AHLI116. Majlis-majlis rasmi seperti Makan Malam Rejimental, 'Dinning In', 'Dinning Out', dan
'Guest Night’ akan diadakan di Wisma Bintara atau di hotel dari semasa ke semasa. Pakaian
untuk acara ini ialah 'Mess Kit’ ataupun mengikut yang diarahkan.
117. Semua Ahli Wisma Tetap dikehendaki untuk menghadiri majlis-majlis rasmi ini.
118. YDP Majlis dan Naib YDP Majlis bagi majlis ini akan dilantik oleh Pegawai
Penasihat, Penasihat dan diluluskan oleh Penaung Wisma.
119. Pelaksanaan Majlis Makan Rejimental mestilah mematuhi arahan dan prosedur telah
dikeluarkan oleh MKTD - CSM (Sel Rejimental) dari semasa ke semasa.
CONTOH TEMPAT MAKAN DALAM WISMA

RQ DM YDP SMR KSMJ CC
1

HIGH TABLE
STAND

AHLI
TERKA

NAN

36
TERHAD

TERHAD

KEMBARAN A

BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI KEHORMAT
WISMA BINTARA 25 RAMD

Nama:……………………………………......................No KP:……………………………….
Alamat Pejabat:………………………………………………………………………...…..........

Alamat Rumah:…………………………………………………………...................….............

Pekerjaan /Profesion:………………………………………………………………..…............. No
Telefon:……………………………………………………………………………..…...........

Nama Jabatan:……………………………………………………………………….……..........

Kahwin/Bujang:…………………………………Bangsa:………………….….........................

.
Ahli Kelab Lain/Pertubuhan:……………………………………………………….…...............

Hobi/Sukan:………………………………………………………………………….…...............
Nama Pencadang:……………………………...............T/tangan:………………………….…

Nama Penyokong:……………………………................T/tangan:……………………..…….

Tarikh:……………………...........T/Tangan Pemohon:…………….…................................

UNTUK KEGUNAAN WISMA

Permohonan disokong/tidak disokong T/Tangan Yang Dipertua:……………………
Tarikh:…………………….......

KEPUTUSAN PENAUNG Penaung:……………………………....
Permohonan disokong/tidak disokong
Tarikh:……………………….... T/Tangan

A-1
TERHAD

TERHAD

KEMBARAN B

SIJIL SERAH TERIMA TUGAS

1. Jawatan : ..........................................................................................

2. Penyerah Tugas :

a. No Tentera : ..........................................................................................
..........................................................................................
b. Pangkat : ..........................................................................................

c. Nama :

3. Penerima Tugas :

a. No Tentera : ..........................................................................................
..........................................................................................
b. Pangkat : ..........................................................................................

c. Nama :

4. Saya seperti nama yang tersebut di atas dengan ini telah menyerahkan tugas dan
tanggungjawab saya kepada ................................................................................................ dengan
betul dan teratur. Segala tugas dan tanggungjawab jawatan .................................. telah saya
terangkan secara lisan dan bertulis seperti mana yang tercatat dalam nota serah terima tugas yang
disertakan bersama.

Tarikh: ............................... ..........................................................
(Tandatangan Penyerah Tugas)

5. Saya dengan ini secara rasminya telah mengambil alih tugas jawatan
................................................ daripada .....................................................................
Segala tugas dan tanggungjawab yang telah diterangkan secara lisan dan bertulis seperti dalam
Nota Serah Terima Tugas telah saya fahami dengan penuh terperinci.

Tarikh: ............................... ..........................................................
(Tandatangan Pengambil Tugas)

ULASAN PENAUNG ATAU YANG DIPERTUA

6. Saya telah meneliti Nota Serah Terima Tugas jawatan
................................................. dan segala serah terima tugas telah dibuat dengan betul dan mengikut
peraturan yang ditetapkan.

Tarikh: ............................... ..........................................................
(Tandatangan Saksi)

B-1
TERHAD


Click to View FlipBook Version