PENTERNAKAN BURUNG WALET
Oleh
NOREZUAN BIN ABDUL GANI
MARLINA BINTI MANSOR
1.1 Pendahuluan
Pada masa kini, sarang Burung Walet digunakan secara meluas
sebagai makanan kesihatan disebabkan oleh nilai pemakanan dan
manfaat terapeutiknya. Sarang burung walit dihasilkan daripada
rembesan air liur oleh beberapa spesies burung walet yang dihasilkan
ketika musim mengawan. Rembesan air liur sarang Burung Walit
adalah rembesan melekit yang dibawa oleh burung itu setelah
makanan ditelan. Air liur tersebut akan dimuntahkan dalam bentuk
gumpalan. Kemudiannya gumpalan ini akan mengeras sekiranya
terdedah kepada udara.
https://www.kinohimitsu.com https://goldennest.com/products/white-bird-s-nest-c-227-
/my/index.php/health/kinohi grams-8-oz
mitsu-bird-nest
Penghasilan sarang Burung Walet bagi jantan dan betina berlaku ketika
musim mengawan iaitu semasa penyediaan sarang untuk bertelur. Burung
jantan lebih banyak membina sarang berbanding betina. Burung Walet
mengambil masa selama 30-35 hari untuk menyiapkan sarang dan hanya
dapat membina 3 sarang dalam masa setahun dengan berat 7-20g.
Bahan utama sarang terdiri daripada air liur yang dirembeskan dari dua
kelenjar air liur oleh beberapa ekor burung walit (Goh et.al, 2001).
Sejak turun-temurun lagi masyarakat Cina percaya bahawa sarang
Burung Walet mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan jika diminum
(biasanya dalam bentuk sup), akan memanjangkan hidup serta menambah
kecantikan seseorang. Tambahan pula, aktiviti pengumpulan sarang
Burung Walet merupakan satu pekerjaan traditional dalam komuniti
masyarakat di negara Asia Tenggara sejak 400 tahun yang lalu. Sarang
Burung Walet mengandungi protein yang tinggi (50% - 60%) serta
terdapat glikoprotein terlarut di dalamnya yang berfungsi untuk
menggalakkan pembahagian sel dalam sistem imun manusia (Sodhi & Er,
2000).
https://www.flickr.com/photos
/mikeprince/13970524219
Sarang Burung Walet yang berkualiti tinggi dijual dengan harga https://www.flickr.com/photos/maholyoa
US$ 2500 hingga US$ 4000/kg. Penternakan Burung Walet untuk k/5846832188
mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang
mendatangkan hasil yang lumayan. Indonesia merupakan pembekal
sarang burung walet yang terbesar. Indonesia merupakan negara
pengasas penternakan Burung Walet. Beberapa ladang penternakan
Burung Walet yang terawal berasal dari Timur Jawa sejak tahun
1880. Namun, akibat daripada kebakaran hutan yang berlaku di
Indonesia pada tahun 1990an, berjuta burung ini, terutamanya
species Aerodramus fuciphagus terpaksa mencari tempat
perlindungan di Malaysia disebabkan pencemaran jerebu (Lim,
2007).
Negara-negara lain yang turut mengeksport sarang Burung
Walet termasuklah Thailand, Vietnam, Singapura, Myanmar, Malaysia,
India dan Sri Lanka. Penggunaan dan pengeluaran sarang burung
telah bertambah semenjak 30 tahun yang lepas. Pengeluarannya
telah meningkat secara mendadak bermula pada awal tahun 1990an
sebagai penyelesaian untuk memenuhi permintaan sarang burung ini
yang semakin bertambah (Sodhi & Er, 2000).
1.2 Perkembangan Ladang Penternakan Burung Walet
di Malaysia
Industri sarang Burung Walet telah bermula sejak seabad
yang lalu, ia telah dijalankan secara komersial di gua seluruh
negara dengan penuaian pertama dilakukan di Gua Niah, Sarawak
pada tahun 1878. Malaysia merupakan negara pengeskport
ketiga terbesar di dunia dengan nilai pembekalan kasar sebanyak
7% selepas Indonesia (60%) dan Thailand (20%). Perak
merupakan pusat penternakan Burung Walet terbesar diikuti
Kelantan. Pada akhir tahun 2003, jumlah rumah Burung Walet
telah meningkat sehingga hampir 36,000 buah di seluruh Negara
dengan anggaran peningkatan setiap tahun sebanyak 35%
(Merican, 2007). Sarang Burung Walet yang dihasilkan dijual
dengan harga antara RM4,300 hingga RM4,500 sekilogram
manakala sarang burung walit gua mencecah RM1,300 hingga
RM 1,500 sekilogram.
http://swiftletfarmer.blogspot.com/2013/03
/successful-swiftlet-farm-or-just-bird.html
Laporan pada tahun 2011, menunjukkan terdapat hampir http://www.swiftletfarming.com.my/contents.php?
50,000 rumah Burung Walet di seluruh negara dengan kadar id=100003
purata pertumbuhan sebanyak 35 peratus setahun, dengan
pengeluaran 375 tan dan nilai runcit melepasi RM1.5 billion.
Pada 1 April 2015, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani di Seminar Industri Sarang
Burung Walet Bumiputra telah memaklumkan peningkatan
jumlah rumah burung walit telah meningkat sehingga 75,000
buah pada tahun 2014. Mengikut data Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Malaysia, pada tahun 2015 jumlah rumah Burung
Walet semakin meningkat menjadi 90,000 buah di seluruh
negara.
Kerajaan juga telah merangka satu rancangan untuk
membangunkan industri ini dengan cara yang bersistematik. Di
bawah Rancangan Malaysia ke 10, disasarkan sejumlah 100
ribu rumah Burung Walet dibina menjelang tahun 2015.
Disasarkan menjelang tahun 2020 jumlah pengeluaran sarang
burung ini mencecah RM5 billion iaitu satu peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (Kamarudin dan Aziz,
2011).
Sarang Burung Walet mampu memberi pendapatan lumayan dengan permintaan https://m.facebook.com/
yang tinggi di luar negara. Permintaan terhadap sarang Burung Walet sangat photo.php?fbid=7854252
tinggi terutamanya daripada negara China, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. 98221803&id=151273178
Hong Kong merupakan negara pembeli sarang burung terbesar iaitu sebanyak 303688&set=a.785168944
50% manakala China 8%, Taiwan 4% dan Macau 3%, dengan jumlah dagangan 914105&source=48&refid
kira-kira 160 tan pada tahun 2006 (Merican, 2007; Syamsudin, 2009). Jumlah =13&__tn__=%2B%3E
dagangan juga semakin meningkat disebabkan lebih banyak produk berasaskan
sarang burung dihasilkan dalam pasaran. Bukan setakat sebagai makanan
tambahan, ubat tradisional Cina dan produk kesihatan juga merangkumi
barangan kecantikan dan penjagaan kulit.
Semakin lama industri penternakan Burung Walet bertapak, semakin banyak
ciptaan teknologi wujud dalam industri ini. Reka bentuk rumah Burung Walet juga
mengalami peningkatan dalam memenuhi karakter tingkah laku Burung Walet
bagi menghasilkan lebih banyak sarang burung. Teknologi yang telah dicipta
ialah seperti sistem audio untuk mengenal pasti bunyi kicauan serta hormon
mengawan serta laluan Burung Walet terbang dalam rekabentuk rumah burung
dan rekabentuk pembesar suara. Kajian saintifik untuk meningkatkan jumlah
pengeluaran sarang burung juga dijalankan antaranya adalah untuk menarik
perhatian Burung Walet masuk ke dalam rumah burung ini jika mempunyai rumah
burung lain yang agak berdekatan dalam jarak 5km dengan pengusaha lain
(Merican, 2007).
1.3 Persediaan persekitaran untuk ternakan
Dalam usaha untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
pembiakan Burung Walet iaitu persekitaran yang menyerupai hampir sama
dengan habitat asal, beberapa faktor harus diambil kira sebelum membina
rumah Burung Walet. Antara faktor tersebut adalah kelembapan relatif,
suhu dan cahaya. Menurut Kuan dan Lee (2005) dan Ibrahim et al. (2009)
suhu dalaman yang sesuai untuk pembiakan sarang Burung Walet adalah
antara 25ºC hingga 30ºC. Jika terlalu sejuk di bawah suhu 25ºC akan
menyebabkan sarang tidak mengeras dan menyukarkan pembiakan
sarang. Kelembapan relatif yang sesuai untuk pembiakan Burung Walet
adalah antara 80-90%.
Jika kelembapan dalaman rumah kurang daripada 80%, bentuk
sarang Burung Walet akan terganggu, iaitu sarang akan menjadi kering
dan kurang melekit. Sarang burung juga akan menjadi nipis dan mudah
rosak. Jika kelembapan terlalu tinggi, sarang burung akan menjadi kuning
serta akan mempengaruhi harganya (Kuan dan Lee, 2005). Faktor cahaya
juga memainkan peranan yang penting dalam pembinaan rumah Burung
Walit. Kadar pencahayaan dalam rumah Burung Walit juga tidak boleh https://m.facebook.com/photo.php?fbid=78516868
melebihi 1 lux serta tidak boleh terlalu terang kerana Burung Walet suka 4914131&id=151273178303688&set=a.7851689449
tinggal dalam kawasan yang gelap (Onn, 2008). 14105&source=48&refid=13&__tn__=%2B%3E
1.4 Pembinaan Rumah Burung Walit
i) Pemilihan Lokasi
Burung Walet telah beralih habitat iaitu daripada gua kepada bangunan atau rumah yang dibina khas.
Ibrahim et al., (2009) melaporkan Burung Walet mudah berhijrah ke kawasan bandar mendiami bangunan batu
lama yang menyerupai gua batu habitat asalnya. Oleh itu, penternak Burung Walet akan mengubahsuai
bangunan lama yang mempunyai ciri persamaan dengan gua batu. Cara memanggil burung ini ke habitat yang
baharu ini adalah dengan memainkan cakera padat atau pita rakaman bunyi burung tersebut (Zaini et al.,
2013). Apabila Burung Walet mendengar bunyi berkenaan burung akan datang berlegar dan masuk ke dalam
bangunan untuk membuat sarang. Perkara ini kerana Burung Walet bersarang secara berkawan. Oleh itu
apabila mendengar bunyi yang dimainkan menyerupai bunyi yang dihasilkan, burung ini akan datang ke
bangunan tersebut untuk bersarang kerana menyangka banyak rakannya bersarang disitu. Spesies Burung
Walet yang diternak dengan kaedah ini adalah Aerodramus fuciphagus (Lim, 2011).
Lokasi pembinaan rumah Burung Walet adalah dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari
aras laut serta terletak di kawasan luar bandar atau pendalaman yang jauh daripada gangguan manusia dan
haiwan liar seperti burung pemakan daging. Ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan dengan meletakkan alat
pengesan khas. Burung Walet akan mendekati alat pengesan ini jika bilanganya banyak. Ujian kesesuaian
dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran Burung Walet yang banyak menunjukkan kawasan
tersebut berpotensi untuk dibina rumah Burung Walet (Setiawan, 2013).
ii) Keluasan Rumah
Rumah Burung Walet yang dibina seharusnya berkeluasan minima 4m x 10m. Model rumah Burung Walet
adalah seperti dewan atau model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil. Rumah Burung Walet dibina dengan
binaan dua lapisan bata. Binaan dua lapisan bata dengan adanya ruang jarak adalah sangat sesuai untuk
memenuhi kriteria habitat Burung Walet. Rumah Burung Walet dibina dengan orientasi timur-barat untuk
mengurangkan kesan radiasi solar secara langsung (Ibrahim et al., 2009). Rumah burung walit bertingkat adalah
lebih ekonomik. Ketinggian dari lantai ke bumbung adalah antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan
ditampal dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja (Lim,
2011).
iii) Pintu Rumah
Pintu masuk adalah ruangan utama Burung Walet masuk dan keluar. Pintu masuk pekerja ke dalam rumah Burung
Walet adalah dengan melalui ruangan bilik maklumat. Pintu antara lantai hendaklah dibina untuk ruang burung
terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1 seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.1. Pintu atau bahagian hadapan
rumah Burung Walet mestilah dibina dengan orentasi selatan-utara untuk mengelakkan pendedahan cahaya
matahari secara langsung. Pemasangan kain net pertanian pada permukaan dinding rumah Burung Walet juga
dapat mengurangkan suhu permukaan. Alat pelembap juga perlu dipasang untuk memastikan mendapat
kelembapan yang sesuai. Lubang pengudaraan juga perlu dibina kerana ia membekalkan peredaran udara di
dalam rumah. Pemasangan paip sesiku L juga digalakkan untuk membantu pengaliran udara (Ibrahim et al., 2009).
iv) Struktur Rumah
Struktur fizikal rumah mestilah dilukis oleh arkitek dan jurutera yang bertauliah. Lantai dibina dengan
bahan yang kalis air untuk memudahkan pencucian. Tandas perlu disediakan kepada pekerja untuk mandi
dan mencuci diri setelah memasuki rumah burung walit. Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakkan pada
bahagian bumbung serta bahagian dalam bangunan. Paip ini berfungsi bagi menjamin suhu bangunan
sentiasa rendah serta kelembapan adalah tinggi. Rumah Burung Walet mestilah memenuhi kriteria
kelembapan iaitu 80%-95% serta suhu di dalamnya 25ºC hingga 30ºC. Rumah Burung Walet juga
memerlukan lubang pengudaraan (Lim, 2007).
https://www.facebook.com/QYANSWIFTLET/photos/
vi) Pemasangan Sistem Audio
Sistem audio dipasang bagi memainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan memanggil burung masuk
ke dalam bangunan untuk membuat sarang. Cakera padat dengan suara Burung Walet berlainan digunakan untuk
memanggil burung masuk ke dalam bangunan. Pada pintu masuk dipasang sekurang-kurangnya 2 buah pembesar
suara yang dimainkan. Audio sistem dipasang berfungsi untuk pada awal pagi dan petang untuk memanggil burung
masuk untuk menghasilkan sarangmenarik perhatian Burung Walet menuju ke arah sumber suara (Zaini et al., 2013).
Berikut merupakan perkara yang penting dalam pembinaan rumah Burung Walet :
a. Kebersihan Am dan Rawatan Sisa Najis - Bangunan Burung Walet hendaklah dibina terasing daripada aktiviti
manusia. Najis burung perlu dibuang serta dibersihkan untuk menjaga kebersihan bangunan. Pastikan di dalam
bangunan tiada serangga perosak. Saluran tangki septik adalah diperlukan untuk mengalurkan bahan buangan
semasa aktiviti pembersihan dilaksanakan.
b. Pengurangan gangguan - Bangunan Burung Walet mestilah mempunyai persekitaran yang sunyi. Pembesar suara
mestilah dihalakan ke arah langit dan bukannya ke arah rumah burung. Rumah Burung Walet mestilah dibina jauh
dari kawasan kediaman manusia.
c. Takungan air - Elakkan berlakunya takungan air di dalam rumah. Perkara ini bertujuan untuk mencegah daripada
berlakunya pusat pembiakan nyamuk dan serangga perosak.
d. Langkah penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit - Pekerja yang terlibat secara langsung dengan burung
walit perlu dipastikan bebas daripada sebarang penyakit dan berada dalam keadaan bersih. Pengusaha dan
pekerja mestilah selalu menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pakaian yang bersesuaian diperlukan
semasa bekerja seperti kasut but, topeng muka, topi dan sebagainya.
Lim (2007)
Utusan 14 Januari 2022
Rujukan
Goh, D.I., Chua, K.Y., Chew, F.T., Seow, T.K., Ou, K.L. dan Yi, F.C. 2001. Immunochemical characterization of edible bird’s nest
allergen. The Journal of Allergy and Clinical Immunology, 107(6), 1082-1088.
Ibrahim, S.H., Teo, W.C., Baharun, A., 2009. A study on Suitable Habitat for Swiflets Farming. UNIMAS E-Journal of Civil
Engineering, 1: .
Kuan H. and Lee J. 2005. Swiftlet Farming The Complete Introductory Guide to Swiftlet Farming, Penang : Struan Inc.Sdn. Bhd.
Lim, C., 2007. Make Millions From Swiftlet Farming: A Definitive Guide. Kuala Lumpur:True Wealth Publishing. ISBN: 978-983-
3364-25-1
Merican, H. 2007. The 2007 Malaysian Swiftlet Farming Industry Report.
http://www.smipenang.com/2006SwiftletFarmingReport.html.
Onn, T. W., 2008. Construction and Management of Swiftlet farm, Technology 6:39-44.
Setiawan, T.H., 2013. Studi Penelitian Pembangunan Rumah Walet Studi Kasus Ruma Walet Rawaluku Propinsi Bandar Lampung.
12 : 86-97.
Sodhi, N. S. dan Er, K. B.H. (2000). Conservation meets consumption. , Trend In Ecology and Evolution 15(10) : 431
Zaini, S.N., Sunardi, Kamarul, H., and Saiful, N.T., 2013. Attraction Sound in the Swiflets House. Institute of Research Engineers
and Doctor.