The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATURCARA JALINAN MESRA MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by michellenatellymarcellius, 2022-03-25 10:52:15

BUKU ATURCARA JALINAN MESRA MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2022

BUKU ATURCARA JALINAN MESRA MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2022

TENTATIF PROGRAM
Lagu Negaraku
Lagu Sabah Tanah Airku
Lagu Sekolah
Ucapan Alu-aluan Pengetua
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola
Tayangan Video Korporat
Visi / Misi KPM
Barisan Pendidik
Info Kurikulum
Info Hal Ehwal Murid
Info Kokurikulum

UCAPAN ALU-ALUAN TUAN

PENGETUA (CIK LILY WONG BITT LEE)

Selamat pagi, salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Lim Kiat Kong, Pengerusi
Pengelola Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (STKK), yang saya hormati Encik Tan Hock Siong, YDP PIBG
STKK, guru-guru penolong kanan yang saya hormati, iaitu Cikgu Prisca George (Penolong Kanan
Pentadbiran), Cikgu Neoh Lay Goh (Penolong Kanan HEM), Cikgu Chong Oi Yun (Penolong Kanan
KoKurikulum), semua guru-guru yang saya hormati, dan khasnya kepada ibu bapa dan anak murid
baharu, Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 Tahun 2022. Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan
kedatangan hadirin hadirat. Selamat datang ke STKK. Di sini ingin saya ambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Jalinan Mesra Murid Baru
atas usaha merancang, menyediakan dan melaksanakan majlis ini secara talian dengan berjaya. Tanpa
usaha dan pengorbanan mereka, majlis hari ini tidak akan terjadi.
Para ibu bapa dan anak murid yang saya kasihi, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit latar belakang
STKK.
STKK merupakan salah satu sekolah yang paling besar di negeri Sabah dengan bilangan murid yang
begitu ramai. Dari segi sejarah, STKK merupakan conforming school yang mana pada dahulunya ia
dibuka oleh sekumpulan masyarakat yang amat pentingkan Pendidikan Cina. Jadi sehinggalah sekarang,
kita masih lagi mempunyai Lembaga Pengelola yang cukup mantap dan sangat kuat dalam segi
membantu pihak sekolah dalam penyelenggaraan sekolah dan pembangunan sekolah. Selain itu, kita
juga mempunyai PIBG yang amat bertanggungjawab di mana PIBG STKK amat menyokong program-
program yang berkaitan tentang kebajikan murid-murid. STKK juga mempunyai Persatuan Alumni yang
cukup mantap dan selalu membantu kita. Dengan adanya tiga pihak yang sentiasa bekerja rapat dengan
pihak sekolah, usaha mereka telah membantu mencemerlangkan STKK.
Anak-anak murid yang saya kasihi, sekolah menengah merupakan satu persekitaran yang baharu kepada
anak semua, anda akan menghadapi cabaran yang lebih besar dan lebih sukar berbanding dengan
sekolah rendah. Di sekolah menengah, anda perlu belajar matapelajaran yang lebih banyak dan juga
lebih mendalam. Selain itu, anda juga perlu belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dan juga lebih
berdisiplin dalam persekitaran yang baru. Anda perlu lebih pandai dalam membawa diri serta tahu cara
bersosial dengan rakan-rakan anda. Anda pun perlu mengenali guru-guru anda terutamanya guru kelas
anda, tanamkan sifat suka bertanya supaya anda cepat menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.
Anggaplah sekolah ini sebagai rumah yang kedua, sayangilah sekolah anda seperti guru-guru anda
sayangi anda. Selain menghormati guru, anda pun perlu menghormati rakan-rakan dalam kelas dan
sekolah kerana sekolah ini mempunya berbilang kaum dan bangsa.
Anda juga perlu lebih berfokus dalam mengikuti pembelajaran walaupun pada permulaannya anda rasa
sukar. Tetapi dengan usaha yang gigih, sikap suka bertanya dan tidak cepat putus asa, anda akan dapat
mengikut langkah-langkah guru anda yang mengajar di kelas. Selain itu, bagi mereka yang lemah dalam
bahasa kebangsaan, haraplah anda boleh lebih berusaha sebab semua matapelajaran dikenalikan atau
diajar dalam bahasa kebangsaan selain subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina. Jadi
sekiranya anda telah menguasai bahasa kebangsaan, ia lebih senang untuk anda menguasai tahap
pembelajaran. Bila anda sudah naik ke tingkatan yang lebih tinggi, anda akan berasa lebih senang untuk
mengikuti pembelajaran.
Anak-anak murid yang dikasihi,
Selama ini, STKK telah menghasilkan ramai anak murid yang cemerlang samada dari segi akademik,
kokurikulum dan juga ramai murid yang bersahsiah baik, yang sangat berdisiplin dan juga sangat
bertanggungjawab. Mereka itu adalah kebanyakan pemimpin-pemimpin murid. Jadi haraplah anda pun
boleh mengikuti jejak langkah mereka. Harapan yang paling besar pihak sekolah kepada anda adalah
supaya anda boleh bersinar di mana-mana satu bidang di sekolah ini dan di mana-mana satu peringkat.

可以把亚庇中学当成自己的第二个家。谢谢。 欢迎新生们就读亚庇中学,希望你们很快就能适应中学的生涯,很快就Akhir kata, selamat datang ke STKK sekali lagi.

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

(EN. TAN HOCK SIONG)

Salam Sejahtera!

Selamat Datang ke Sekolah Tinggi Kota Kinabalu! Pendaftaran anak anda ke sekolah
ini menjadikan Tuan-tuan dan Puan-puan ahli baharu kepada Persatuan Ibubapa dan
Guru sekolah. Sebagai Pengerusi, saya amat mengalu-alukan kehadiran anda semua ke
program Jalinan Mesra pagi ini. Saya berharap kita akan sama-sama memainkan
peranan yang aktif demi kebaikan anak-anak kita.

Peranan Ibubapa adalah amat penting dalam pembelajaran anak. Atas gangguan dari
ancaman Covid 19, peranan ini menjadi lebih ketara kerana pelajar terpaksa
menghabiskan kebanyakan masa pembelajaran di rumah. Masa dan peluang
perjumpaan bersemuka antara guru dan pelajar adalah amat terhad. Jadi, saya
memohon agar Tuan-tuan dan Puan-puan boleh teruskan usaha-usaha memantau
pembelajaran anak di rumah. Pastikanlah anak mengikuti semua sesi pembelajaran
dalam rumah, dan sentiasa memeriksa agar kerja rumah dan tugasan telah disiapkan.
Ini dapat membantu dan memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran
mereka.

Dalam usaha memantau pembelajaran anak-anak, saya juga berharap kita boleh
perhatikan jangka masa penggunaan alat-alat eletronik. Pastikan anak-anak tidak
menghabiskan masa yang terlebih dalam permainan computer dan gadget elektronik.
Kita boleh galakkan anak-anak mengambil bahagian yang aktif dalam segala aktiviti
ko-kurikulum, samada semasa pembelajaran di rumah ataupun apabila pelajar
dibenarkan balik ke sekolah. Masa berlatih yang diperlukan dan peralihan fokus ke
aktiviti dan tanggung jawab baru mungkin dapat mengurangkan masalah “gaming
disorder” atau “internet addiction”. Atas usaha gigih dari Lembaga Pengelola Sekolah,
kita mempunyai infrastruktur yang amat baik. Saya berharap anak-anak boleh guna-
pakai semua kemudahan ini dengan baik dalam segala latihan dan persediaan
pertandingan. Terima kasih kepada pihak Lembaga atas penyediaan kelengkapan ini.

Saya berharap masa 5 tahun yang akan datang ini akan menjadi satu pengalaman yang
amat baik kepada anak-anak kita sebagai pelajar STKK, dan juga, kita sebagai ibubapa
pelajar. Datanglah ke sekolah untuk berbincang jika menghadapi sebarang masalah.
Saya yakin semua hasil perbincangan ini akan dapat menambah-baik dan mendorong
kemajuan pembelajaran anak. Saya ucapkan selamat maju jaya dalam STKK.

UCAPAN PENGERUSI LEMBAGA
PENGELOLA (EN. LIM KIAT KONG)

Ibu bapa dan pelajar sekalian,

Selamat datang ke keluarga Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
Saya berharap agar semua pelajar baru dapat memacu ke arah
kecemerlangan dengan:

(a) Belajar dengan gembira
(b) Giatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
(c) Bergaul dengan rakan-rakan yang bersikap positif
(d) Memupuk dan mengekalkan semangat ingin tahu

Belajar dengan bersungguh-sungguh, terutamanya subjek tiga
bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
Kita berada dalam era Internet, senang untuk kita mencapai
kecemerlangan dalam setiap bidang. Asalkan anda dapat
mencari hala tuju atau pekerjaan mengikut kegemaran anda,
dengan menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut, anda pasti akan
berjaya.

Pada zaman kesukaran ini disebabkan pandemic Covid, lembaga
pengelola STKK masih memberi dana dalam perkembangan
sekolah. Kami akan siap membina trek larian getah 400 meter
yang mempunyai 8 garisan pada tahun 2022. Kami juga tidak lupa
penyelenggaraan bangunan dan kemudahan sekolah, serta
memastikan keindahan kampus. Untuk makluman semua, kami
juga memasang TV pintar di setiap bilik darjah.

Saya berharap agar semua pelajar dapat belajar dengan gembira di
dalam kampus STKK yang amat indah ini. Semoga cita-cita yang
diimpikan selama ini akan terlaksana pada masa depan.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN PENGERUSI LEMBAGA

PENGELOLA (EN. LIM KIAT KONG)

董事长致辞:

各位家长,各位同学,

我欢迎希望大同家进学入们亚在庇亚庇中学中这学能个大;家庭。

- 多快保多持结乐参一的交加正个学健能好习康学的量的好课外同奇心活学的和动朋精神友。
-
-
-

大们家生把活在书一念个好,互尤联网其时是代马,来文行,行出华状文和元英,文只三要语你找言科到目自。己喜现在爱的我
方向/工作,有一定的语言能力,你一定会做的很好很成功。

装道2在0了。这2保一2困年养架难我智维时们能修刻将学电,建校视亚好机建庇一。筑中个物学有和董水设事准施会的,还八美是条化继线校续四园帮百。助M并学E在校T每R的E一发的间展橡课。胶室在跑安

一个我快们乐希满望意同的学人们生在。亚庇中学的校园快乐的生活学习,将来有

谢谢!

VISI / MISI KPM

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

BARISAN PENDIDIK

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO KURIKULUM

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO PENTADBIRAN SEKOLAH

INFO HAL EHWAL MURID (SPBT)

INFO HAL EHWAL MURID (SPBT)

INFO HAL EHWAL MURID (SPBT)

INFO HAL EHWAL MURID
(KEHADIRAN)

INFO HAL EHWAL MURID
(KEHADIRAN)

INFO HAL EHWAL MURID
(KEHADIRAN)

INFO HAL EHWAL MURID
(KEHADIRAN)

INFO HAL EHWAL MURID
(DISIPLIN)

INFO HAL EHWAL MURID
(DISIPLIN)

INFO HAL EHWAL MURID
(DISIPLIN)

INFO HAL EHWAL MURID
(DISIPLIN)

INFO HAL EHWAL MURID
(DISIPLIN)

INFO HAL EHWAL MURID
(DISIPLIN)

INFO HAL EHWAL MURID


Click to View FlipBook Version