SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Bil.2/2021
Tarikh : 4 Mei 2021 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : Google Meet
Pengerusi : Pn. Qaryanis Bt A.Aziz
Senarai Kehadiran: PK Kurikulum
1. Pn. Qaryanis Bt A. Aziz PK Petang
2. Pn. Jainah Binti Nasir GKMP Bahasa
3. Pn. Che Zaharah Binti Muhammad GKMP Teknik & Vokasional
4. Pn. Siti Dalilah Binti Pokari GKMP Sains & Matematik
5. Pn. Siti Mariam Binti Hamzah GKMP Kemanusiaan.
6. Pn. Ruhana Binti Mukhtar KP P.Islam
7. Pn. Zuriyana Binti Harun PKP Sejarah
8. Cik Nurul Nahdatul Hidayah Binti Azemi Penyelaras Ekonomi
9. Pn. Asmah Binti Hassan Bakri PKP RBT
10. Pn. Nur Ilyana Binti Edris PKP Matematik
11. Pn. Suhaila Binti Ahmad KP Matematik
12. Pn. Roshidah Binti Ismail KP Matematik Tambahan
13. En. Mohd Nazri Bin Mohd Yusof KP B.Melayu
14. Pn. Azira Binti Ismail KP Fizik
15. En. Mohd Faiszie Bin Jamil KP Kimia
16. Pn. Adibah Binti Mohd Isa Penyelaras B. Jepun
17. Pn. Nor Sahayu Binti Hamzah KP RBT
18. Pn. Norhayati Binti Johari KP Sains Sukan
19. Pn. Natasha Ezra Binti Abu Bakar Penyelaras GKT
20. Pn. Kashnani Binti Mat Nor KP P.Moral
21. Pn. Normiza Binti Azmi KP S.Komputer
22. Pn. Zuraida Binti Enda@Lod KP Perniagaan
23. Pn. Nuribtisam Binti Ibrahim KP Geografi
24. Pn. Razana Binti Ibrahim KP ASK
25. Pn, Arwina Binti Anuar KP Sains
26. Pn. Norhayati Binti Mohamad PKP B. Inggeris
27. Pn. Narayani A/P Kaivaliam KP B. Inggeris
28. Pn. Nur Khaireen Binti Kamaral Bahrim KP PSV
29. Pn. Rozila Binti Rahim Penyelaras Peperiksaan
30. Pn. Hasnora Binti Mohd Baharuddin PKP Bahasa
31. Pn. Tengku Norazuwa Binti Tengku Musa KP PJPK
32. En. Mohd Sharizam Bin Othman Penyelaras P.Sumber
33. Pn. Nurhuda Binti Abd. Rahman Kaunselor
34. Pn. Rosilawati Binti Salihan KP Biologi
35. Pn. Saliza Binti Khairedin Penyelaras Pusat Sumber
36. Pn. Nurulhuda Binti Abd Rahman Penyelaras P.Akaun
37. Pn. Sabarita Binti Ghazali
1
Tidak Hadir (Bersebab): Pengetua
1. Pn. Roslina Binti Ahmad (Sakit) PK PPKI
2. Pn. Nooraini Binti Ahmad (Mesyuarat) PKP P.Islam
3. Pn. Rosmiah Adura Binti Othman (Kelas) PKP PSV
4. Pn. Roslina Binti Azmi (Kelas) PKP Sains
5. Pn. Faizatulikma Binti Mohd Noor (Kelas) PKP PJPK
6. En. Abdul Fatah Bin Mohamed Nordin (Kelas) PKP Geografi
7. Pn. Mahanun Binti Che Omar (Kelas) PKP Moral
8. Pn. Rosmaliza Binti Megat Rasidin (Kelas)
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah dan ucapan terima kasih di
atas kehadiran AJK Kurikulum Sekolah ke mesyuarat kurikulum bil 2/2021.
Makluman
1.2 Pengerusi mengingatkan semua Ketua Panitia untuk menyebarkan kepada ahli-ahli
panitia segala maklumat yang dibincangkan dalam mesyuarat ini. Agenda mesyuarat
panitia yang akan dijalankan selepas ini mesti mengikut agenda Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah Bil 2/2021.
Tindakan: Ketua Panitia
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat JKS Bil 1/2021
2.1 Minit Mesyuarat JKS Bil.1/2021 diterima tanpa pindaan. Cadangan pengesahan minit
mesyuarat adalah sebulat suara.
Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Fail/Folder Panitia
4.1.1 Ketua Panitia diminta untuk memastikan Fail/folder panitia terdiri daripada 5
fail/folder iaitu:
a) Induk
b) DSKP
c) Program Kecemerlangan
d) Peperiksaan
e) Bank Soalan
Pengerusi juga mengingatkan agar mana-mana fail/folder yang telah di kemaskini
agar diletakkan di Bilik Mesyuarat Umum.
Tindakan : Ketua Panitia
4.2 Penghantaran Fail Rekod Mengajar
4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa, bermula minggu ke 15 semua penghantaran
fail rekod mengajar guru akan dibuat secara atas talian atau dikenali sebagai E-
rph. Penghantaran akan dibuat menggunakan pelantar Google Claasroom.
Makluman
2
4.2.2 Tapak eRPH akan disediakan oleh Pn Dayang, Semua guru mesti menggunakan
tapak tersebut bagi tujuan penulisan eRPH.
Tindakan: Penyelaras ICT
4.2.3 Penghantaran eRPH hendaklah dibuat secara memuatnaik bahan secara
mingguan iaitu pada hari Jumaat atau Sabtu di dua Laman iaitu Laman eRPH
rasmi guru pagi atau petang dan Laman Peribadi Guru sendiri.
Makluman
4.3 Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.3.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi semua tingkatan akan bermula seperti
ketetapan berikut:
Tingkatan 1 & 2 – (15 Jun – 28 Jun)
Tingkatan 3 – (15 Jun – 24 Jun)
Tingkatan 4 & 5 – (15 Jun – 30 Jun)
Makluman
4.3.2 90% dari kertas soalan yang telah digubal oleh guru-guru telah dihantar kepada
Penolong Kanan. Cuma ada beberapa lagi matapelajaran Tingkatan 1 dan 2 yang
belum dihantar. Pengerusi mengingatkan agar guru yang terlibat untuk
menghantar kertas soalan berkenaan dengan kadar segera.
Tindakan: GKMP dan PK
Petang
4.4 Semakan Buku Latihan
4.4.1 Penghantaran Buku Latihan murid untuk semakan bermula dari April hingga Julai
mengikut bidang masing-masing. Pengerusi mencadangkan supaya setiap guru
menghantar 9 buah buku yang terdiri daripada 3 kategori iaitu 3 lemah, 3
sederhana dan 3 cemerlang. Juga diingatkan agar mengisi borang semakan
sebanyak 3 salinan.
Tindakan: Ketua Panitia
4.4.2 Guru matapelajaran dikehendaki menghantar buku latihan untuk semakan kepada
Ketua Panitia manakala Ketua Panitia menghantar buku latihan kepada Guru
Kanan Matapelajaran (GKMP) masing-masing.
Tindakan: Ketua Panitia
4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.5.1 Semua guru matapelajaran perlu mengisi skor Tahap Pencapaian (TP) PBD murid
sebelum 20 Mei 2021. Pautan untuk pengisian skor TP akan diberi oleh Pn.
Hasnora selaku Setiausaha PBD.
Tindakan: SU PBD
4.6 Pencerapan PdPc
4.6.1 Pencerapan akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Jan – Mac
(Kendiri), April – Julai (Pencerapan Kali 1) dan Ogos – November (Pencerapan
Kali 2). Senarai pencerapan boleh dirujuk di dalam Buku Panduan Pengurusan
Sekolah 2021.
Tindakan: GKMP dan KP
3
4.7 Pelaksanaan e Prestasi PBPPP
4.7.1 Guru boleh mula mengisi borang keberhasilan yang boleh dimuaturun dari laman
web PBPPP. Contoh pengisian juga boleh dirujuk dari laman yang sama.
Makluman
4.8 Program Kecemerlangan
4.8.1 Setiap panitia telah merancang program untuk kecemerlangan panitia masing-
masing. Pengerusi mengingatkan agar semua program yang telah dirancang
dijalankan sebaik mungkin. Setiap program yang dijalankan perlu
didokumentasikan sebagai bukti.
Tindakan: Ketua Panitia
4.8.2 Senarai Program Kecemerlangan bagi setiap panitia telah dihantar kepada
Penolong Kanan melalui GKMP masing-masing untuk rujukan dan perbincangan.
Makluman
4.9 Penetapan Target dan Aku Janji SPM
4.9.1 Penetapan Target dan Aku Janji SPM akan dibuat selepas Peperiksaan
Pertengahan Tahun dilaksanakan dengan mengambilkira keputusan
peperiksaan murid.
Tindakan: P. Kanan
4.10 Karnival Ko Akademik
4.10.1 Karnival Ko Akademik akan dijalankan selepas Hari Raya Haji. Ketua Panitia
boleh berbincang dengan ahli-ahli panitia untuk tujuan merancang aktiviti yang
akan dijalankan.
Tindakan: GKMP dan KP
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Pn. Nur Khaireen memaklumkan tentang Program HIP. Iaitu Program untuk
menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian. Beberapa
Pertandingan akan dibuat antaranya ialah Instagram HIP, Pertandingan Tik Tok dan Let’s
Rise. Guru dan murid boleh menyertai pertandiingan ini.
Tindakan: KP B.Inggeris
5.2 Pn. Zuriyana memaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam telah membeli Modul
Gemilang dari JPN untuk murid Tingkatan 3 dan SPM 2021. Buku tersebut akan dibayar
oleh murid. Walaupun PT3 telah dibatalkan, buku tersebut akan digunakan sebagai
Latihan untuk persediaan Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan: KP Pendidikan
Islam
5.3 Pn, Siti Dalilah memaklumkan bahawa matapelajaran Sains Sukan berada di bawah
Bidang Kemanusiaan dan bukan lagi di bawah bidang Teknik dan Vokasional.
Tindakan: GKMP
Kemanusiaan
4
5.4 Guru-guru diminta untuk berjumpa dengan Pegawai Penilai masing-masing bagi
mengadakan perbincangan berkaitan program dan aktiviti yang telah dijalankan serta
membuat penambahbaikan pengisian borang keberhasilan.
Makluman
6.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Beliau turut menyeru
agar semua guru di dalam panitia masing-masing agar tidak berputus asa di dalam mendidik
anak-anak murid ke arah kecemerlangan SMK Seksyen 9.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.
Urusetia Mesyuarat:
Pn. Sabarita Binti Ghazali
SU Kurikulum.
5