The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 23072 e book ar-rahnu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qilanelly, 2022-06-04 12:40:08

AR-RAHNU

MPU 23072 e book ar-rahnu

MPU 23072

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

E-MAJALAH
SESI II: 2021/2022

TAJUK: KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU

Bil. Nama No. Matriks

1 Fatin Adryana binti Mohd Azani 26DRT21F1004
2 Nur Syafiqah binti Mohd Zaidi 26DRT21F1008
3 Nur Aqilah Naili binti Musa 26DRT21F1014
4 Nurin Ayu Asyiqeen binti Mohd 26DRT21F1015

Rizal 26DRT21F1022
5 Nur Ain Balqis binti Yusli

PENSYARAH:
PUAN DINA BINTI ABDUL KHALIK

ISI KANDUNGAN Muka
Surat
Bil. Perkara
01
1 Muka hadapan 02
2 Isi kandungan 03
3 Penghargaan 04
4 Objektif
5 Huraian 05
06
▪ Apa aitu Ar-Rahnu 07-08
▪ Konsep Ar-Rahnu
▪ Kelebihan menggunakan Ar- 09

Rahnu 11
▪ Perbezaan antara gadaian islam
12
dan gadaian bukan islam 13-15
▪ Kesan-kesan Ar-Rahnu
16
terhadapgolongan peniaga
islam
▪ Fungsi Ar-Rahnu
▪ Sebab kenapa perlu memilih
Ar-Rahnu
▪ Kesimpulan

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan berkumpulan ini dengan jayanya.
Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Hulu
Terengganu kerana memeberi peluang kepada kami menghasilkan kertas kerja
berkumpulan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan
capaian internet yang baik bagi memudahkan kami untuk mendapatkan bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan kepada kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Dina binti Abdul Khalik yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami
dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana
memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga
jayanya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-
lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar tukar idea dalam membantu
untuk menyiapkan tugasan berkumpulan ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal pelajar
yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu,
harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi siswa dan siswazah yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat
setempat khususnya.

OBJEKTIF

Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi iaitu untuk
mendapatkan wang tunai dengan cara mencagarkan emas. Jika peminjam tidak
dapat membayar cagaran itu, dia tidak akan merasa terlalu terbeban kerana telah
dicagarkan emas sebagai ganti kepada wang yang dipinjam.

APA ITU AR-RAHNU?

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang
berlandaskan syariah. Perkataan Ar-rahnu adalah berasal
daripada bahasa arab (Rahn) yang membawa maksud gadai .

Objektif Ar-rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi ,
iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan

mencagarkan emas . Peminjam tidak akan terbeban kerana
telah mencagarkan emas.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah
pencetus idea dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia
sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai Al-Rahn (KAR)

yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan
Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah

ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

KONSEP AR-RAHNU

❖ QARDHUL HASAN

-Pembiayaan yang tidak
mengenakan apa-apa caj selain

daripada pembiayaan yang
telah diberikan.

-Tiada keuntungan yang boleh
diambil oleh pembiaya terhadap

peminjam.

KONSEP
AR-RAHNU

❖ WADIAH YAD- ❖ AL-UJRAH
DHAMANAH
-Ujrah pembiaya dibenarkan
-Pembiayaan mengenakan sedikit caj sebagai upah
bertanggungjawab meniaga menjaga emas yang dicagarkan.

emas yang dipajakkan. -Ar-Rahnu Ujrah adalah upah simpan
yang digunakan untuk pelindungan
-Jika berlaku sebarang Takaful gaji pekerja, kos pentadbiran,
kehilangan pembiaya akan dan keuntungan kepada institusi.
bertanggungjawab untuk
menggantikan semula emas

itu.

KELEBIHAN
MENGGUNAKAN

AR-RAHNU

1)TIDAK MENGENAKAN KADAR FAEDAH (UNSUR
RIBA)

• Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan Pajak Gadai
Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan
dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.

2)NILAI GADAIAN TIDAK MEROSOT

• Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak
merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan.
Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti
rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek
sedikit sebelum digadai.

3)WANG LEBIH GADAIAN DIPULANGKAN

• Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar
balik hutang yang ditangguhnya apabila tamat tempoh
perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga
jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh
lebih rendah dari nilai barang gadaian.

4)BARANG KEMAS YANG DISIMPAN SELAMAT

• Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah
selamat. Di mana penerima gadaian akan menjamin pemelihara
dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh
pemberi gadaian.

5)CAJ PERKHIDMATAN YANG RENDAH

• Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah.

Semuapengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang
rendahjika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvisional.

6)TIADA UNSUR PENIPUAN SEMASA MEMBUAT
TIMBANGAN

• Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-

penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini
kerana, dalam Ar-Rahn nilai timbangan akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.

7)TEMPOH BAYARAN BALIK YANG MUNASABAH

• Ar-Rahn merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh
bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan dengan tempoh
membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh
membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh
diterima pakai oleh semua pihak.

PERBEZAAN ANTARA
GADAIAN ISLAM DAN
GADAIAN BUKAN ISLAM

PERKARA GADAIAN GADAIAN BUKAN
ISLAM ISLAM
CARA
Barang gadaian tetap Barang gadaian akan lupus
CARA menjadi hak milik sekiranya tidak ditebus
BAYARAN penggadai dalam tempoh gadaian
Nilai barang termasuk
KESAN Nilai barang dan upah faedah
Membebankan kerana
Membantu meringankan membayar faedah dan
beban / kesusahan terdapaat unsur riba /
gharar



KESAN-KESAN AR-

RAHNU TERHADAP

GOLONGAN PENIAGA

MUSLIM

▪ Mengelakkan daripada terjebak mengikut skim yang
berunsurkan penipuan.

▪ Dapat memberi jaminan kepada orang yang memberi
hutang.

▪ Dapat memudahkan peniaga muslim mendapatkan
hutang modal bagi memulakan perniagaan.

▪ Dapat memberi kemudahan kepada peniaga muslim yang
memerlukan bantuan.

▪ Memberi kemudahan untuk peniaga muslim menghindari
riba.

FUNGSI AR-RAHNU

❖ Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim
Ar-Rahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum
iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai
pajak konversional iaitu 24 peratus.

❖ Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka
terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila
mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai
konversional.

❖ Menyediakan kemudahan kredit macro kepada ummah
khususnya kepada mereka yang memerlukan wang
segera untuk pelbagai tujuan.

❖ Menggalakkan umat islam melakukan gadaian
mengikut syari’ah islam dan membebaskan mereka
daripada berurusan dengan system yang mengandungi
unsur-unsur riba gharar dan terjamin dari segi kebajikan
sosial penggadai.

❖ Merupakan pembiayaan yang melandaskan Syariah
Islam.

4 SEBAB KENAPA KITA
PERLU MEMILIH

AR-RAHNU

• PROSES YANG • KADAR UPAH SIMPAN
MUDAH DAN CEPAT YANG MINIMUM

• KURANG RISIKO • PEMBAYARAN YANG

‘NON PERFORMING LOAN’ FLEKSIBEL

1.

PROSES YANG MUDAH DAN CEPAT

Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan.

Wang tunai boleh diberikan segera dan amat sesuai jika
berlakunya kecemasan.

2.

KURANG RISIKO

‘NON PERFORMING LOAN’

Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus
Kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam
boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3 ke 6 bulan. Jika masih
tidak mampu, pembiaya akan milelong emas tersebut. Itupun
selepas diberi tiga kali notis. Pembiaya akan mengambil jumlah
pinjaman – upah simpanan daripada hasil lelongan tersebut.
Sebarang lebihan , akan dikembalikan kepada peminjam. Ini
mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula tiada

berisiko berdepan tindakan saman atau bankrap jika tiada
kemampuan membayar.

3.

PEMBAYARAN YANG FLEKSIBEL

Apa yang menariknya tentang Ar-rahnu ini ialah pinjaman boleh
dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan
bayaran dilunaskan sehingga tempoh penebusan. Ini memberikan
kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil yang memperolehi

keuntungan sexara harian.

4.

KADAR UPAH SIMPAN YANG SANGAT
MINIMUM

Jika anda masih ragu ragu, anda boleh membuat perundingan dwngan
pajak gadai konvensional. Sebagai contoh, Ar-rahnu Bank Rakyat
menawarkan RM0.65 bagi setiap RM100 nilai marhun (emas)
sebulan.

KESIMPULAN

❖ Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia
lebih bersifat adil berbanding konvensional. Oleh itu
kami menyarankan konsep Ar-Rahnu dalam islam
diperluaskan kerana konsep Ar-Rahnu mengalakkan
pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang
memerlukan, ia bagi membantu masyarakat kita tanpa
mengira agama dan keturunan. Konsep ini dapat
membantu meringankan beban seseorang yang dalam
kesusahan mahupun dalam keadaan terdesak. Sistem ini
adalah dihalalkan dan tidak akan berlaku sebarang
masalah penipuan. Hal ini kerana ,setiap pelangan yang
urusan akan diberikan penjelasan yang terang dan nyata
melalui dokumen perjanjian yang akan persetujui
bersama.


Click to View FlipBook Version