The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by batrisyia_nai, 2021-10-04 01:04:10

laporan kajian kes tingkatan 2 (1)

laporan kajian kes tingkatan 2 (1)

MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

NAMA : Nurain Batrisyia binti Nor Anuar

KAD PENGENALAN : 070404-01-0250

TINGKATAN : 2 Sheffield

PENYATAAN MASALAH : Institusi beraja di Malaysia merupakan sebuah sistem yang memerintah
kerajaan pada zaman dahulu. Jelaskan.

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil krja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan
gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :

TANDATANGAN :………………………………………….

TANDATANGAN : …………………………………….

TARIKH : / / 2021 TARIKH :

…………………………………….

PENGHARGAAN
Untuk ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membantu saya dalam
penghasilan laporan kajian kes ini. Antaranya adalah Cikgu Mohd Fauzi kerana telah memberikan
taklimat mengenai kajian kes ini sekaligus membantu saya bagi menjayakan penyiapan laporan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling saya yang membantu tidak kira
sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi melaporkan kajian kes ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Institusi beraja telah memerintah Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah
Melayu sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pemerintahan Monarki ini bagaimanapun
telah diubah dalam Perjanjian London 1956 telah mengubah system perlembagaan sekaligus sistem
pemerintahan di Malaysia.

Jadi, dengan menggunakan laporan kes kajian ini, kita akan mempelajari lebih lagi mengenai
institusi beraja di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah kajian melayari laman web kerana di zaman teknologi dan pandemic ini, ini
hanyalah sumber yang saya boleh gunakan untuk mendapatkan maklumat.

Selain itu, saya mendapatkan maklumat saya di laporan kes kajian pakar sejarah yang lain bagi
membantu sedikit sebanyak dalam penghasilan kes kajian ini.

SUMBER KAJIAN

Sumber internet

1. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=adat
2. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=istiadat
3. https://brainly.co.id/tugas/18062551
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahkotaan_Sultan_Ibrahim_Ismail
5. https://www.academia.edu/6390803/Adat_Melayu_Yang_Pupus_dan_Masih_Diamalkan_Hari_In

i_Di_Malaysia
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-lambang-

maruah-negara
7. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/04/274146/istiadat-pertabalan-agong-

julang-sistem-raja-berpelembagaan

TAJUK TUGASAN: Kesultanan Melayu Johor

PENGENALAN

1. Jelaskan maksud adat istiadat diraja.

Menurut Kamus Dewan, adat membawa maksud peraturan yang telah diamalkan secara turun-

temurun di dalam sesebuah masyarakat manakala bagi istiadat pula adalah peraturan atau cara-

cara yang sudah menjadi kebiasaan atau adat kebiasaan. ____

Jadi, kita dapat simpulkan yang adat istiadat diraja ialah peraturan-peraturan dan cara-cara

yang digunakan dan dipraktikkan oleh keluarga diraja dalam pelbagai aspek, termasuk hari

pertabalan, majlis perkahwinan, majlis berendoi dan lain-lain lagi sejak azali lagi.__________

2. Senaraikan adat istiadat yang masih diamalkan pada hari ini.
1. Majlis perkahwinan Diraja
2. Istiadat Meletak Kerja
3. Istiadat Siram Tabal
4. Majlis Santapan Diraja
5. Istiadat Kemahkotaan
6. Majlis Santapan Diraja

PERKEMBANGAN IDEA

1. Huraikan faktor pertabalan seorang raja
Seorang raja yang ditabalkan perlulah memenuhi syarat-syarat yang tertentu untuk menjadikan
dirinya layak memerintah sesebuah negara. Seorang raja yang ditabalkan mestilah tidak terlampau
muda, sihat tubuh badan dan boleh memerintah. Dalam aspek pemerintahan Malaysia, seorang
raja itu perlu memerintah jika baginda berminat untuk memerintah.________________________
Selain itu, antara factor lain yang membolehkan seorang raja ditabalkan adalah kerana
adat istiadat dan undang-undang perlembagaan. Rakyat yang sudah terbiasa dengan kehidupan
diperintah oleh monarki juga merupakan antara factor mengapa seorang raja perlu ditabalkan.

2. Jelaskan kronologi Istiadat Kemahkotaan Sultan di Johor.

Di Johor, Istiadat Kemahkotaan ini dilakukan dengan teliti. Sebelum Istiadat pertabalan
dilakukan, Istiadat Meletak Kerja Kemahkotaan dilakukan sebagai simbolik bermulanya
sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. Istiadat ini dihadiri oleh dif-dif jemputan yang
dijemput oleh Sultan Johor sahaja. Seterusnya, Majlis Bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa yang
diketuai oleh Tunku Mahkota Johor diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar.______________

Selepas itu, Istiadat Siram Tabal akan dilakukan oleh bakal pemerintah dan isterinya.
Istiadat ini telah dilakukan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan dilakukan oleh
kebanyakan raja-raja melayu. Istiadat ini menjadi simbolik pembersihan diri dan menjauhkan bala
bencana. Seterusnya merupakan acara kemuncak, Iaitu Istiadat Kemahkotaan.____________

Istiadat ini diadakan di singgahsana Istana Besar Johor. Istiadat ini dihadiri oleh dif-dif
yang dijemput, Menteri Besar Johor, Kerabat Diraja Johor, Tunku Mahkota Johor, Perdana
Menteri Republik Singapura, Perdana Menteri Malaysia, Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan negeri,
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja
Permaisuri, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.___________________________________________________________

Selepas itu, Majlis Santapan Diraja diadakan pada malam Istiadat Kemahkotaan bagi
memberi peluang kepada Baginda untuk memperluaskan hubungan diplomasi antara negara dan
negeri-negeri sekitar. Seminggu selepas Istiadat Kemahkotaan, Darjah dan Pingat Kebesaran
negeri Johor diberikan kepada sesiapa yang dirasakan layak di Istana Besar negeri Johor.____

Yang terakhir sekali adalah Majlis Santapan Negeri. Majlis Santapan Negeri dihadiri oleh
para pembesar negeri Johor, penerima darjat kebesaran dan tokoh-tokoh yang menaikkan negeri
johor dan diadakan di PERSADA.

3. Berikan kesan peristiwa pertabalan itu kepada diri, masyarakat dan negara.

Dengan adanya Istiadat Kemahkotaan ini, kita dapat menyemarakkan rasa patriotic kepada
negara.Selain itu, kita dapat mengangkat maruah negara atau negeri dengan Istiadat ini. Dengan
Istiadat Kemahkotaan ini juga rakyat mampu menyemarakkan rasa perpadua dan Bersatu hati
dalam diri mereka. Selain itu, kita juga boleh mengelakkan masalah berkaitan dengan
perkembangan akhlak yang buruk di media sosial.

4. Nyatakan sebab alat kebesaran diraja perlu dipertahankan.

Antaranya adalah untuk memelihara warisan negara bagi generasi akan datang. Selain itu, kita
perlu memelihara tradisi yang telah diamalkan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang
menggunakan system monarki bagi memastikan warisan tersebut tidak hilang ditelan arus
kemodenan.

5. Nyatakan Langkah-langkah dan cabaran yang perlu dihadapi untuk mempertahankan institusi
diraja.

Cabaran yang kita hadapi dalam memperthankan institusi diraja adalah kekurangan minat dalam
kalangan remaja dan generasi muda zaman sekarang. Selain itu, ketidak pekaan dan sikap tidak
mengambil tahu mengenai institusi diraja telah membuatkan topik ini mula tenggelam di mata
masyarakat.__________________________________________________________________

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertahankan institusi diraja adalah
dengan menerap kesetian kepada raja dalam hati masyarakat dan mengekalkan system
pemerintahan di Malaysia yang menggunakan system pemerintahan Monarki berparlimen. Kita
juga boleh memperkasakan Rukun Negara kepada rakyat kerana nilai-nilai yang terdapat dalam
rukun negara tidak lagi dipraktikkan di negara ini.

KESIMPULAN
Dengan penghasilan laporan kes kajian ini, saya dapat menjana pengetahuan baru seperti pengetahuan
tentang institusi beraja dan kronologi Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor dengan lebih mendalam lagi.
Selain itu, saya dapat memahami system pemerintahan monarki berparlimen dan menghargai institusi
beraja dinegara Malaysia. Akhir sekali, saya mengharapkan supaya lebih banyak remaja dan golongan
muda mempelajari lebih lagi mengenai system beraja negara Malaysia dan menghargainya serta
menghormati kerabat diraja.

RUJUKAN

1. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=adat
2. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=istiadat
3. https://www.academia.edu/6390803/Adat_Melayu_Yang_Pupus_dan_Masih_Diamalkan_Hari_In

i_Di_Malaysia
4. https://brainly.co.id/tugas/18062551
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahkotaan_Sultan_Ibrahim_Ismail
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-lambang-

maruah-negara
7. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/04/274146/istiadat-pertabalan-agong-

julang-sistem-raja-berpelembagaan
8. Biodata | Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor


Click to View FlipBook Version