The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinezatin97, 2021-03-11 08:39:45

FORMAT KERTAS 1 (KARANGAN B).

FORMAT KERTAS 1 (KARANGAN B).

FORMAT KERTAS 1 (1103/1) - 2 JAM

SOALAN BENTUK SOALAN FORMAT JUMLAH
BAHAGIAN MARKAH
• BIASA 30
KARANGAN (A) RESPON TERHAD • SURAT RASMI MARKAH
(1 SOALAN) • RESUME
• e-mel 70
KARANGAN (B) RESPON TERBUKA • TIDAK BERFORMAT MARKAH
PILIHAN (4 SOALAN) • BERFORMAT

KARANGAN B

BIL FORMAT 1 jam 30 minit

1. Masa (cadangan) 350 – 500 patah perkataan SAHAJA
2. Perkataan
3. Bahan Bantuan sumber (isi / pendahuluan)
4. Jumlah soalan
4 soalan pilihan; PILIH SATU soalan
5. Format Karangan 1)Domain Peribadi
2)Domain Awam
3)Domain Pendidikan
4)Domain Kerjaya
Bergantung kepada arahan soalan;
• TIDAK BERFORMAT
• BERFORMAT;

i) Rencana
ii) Laporan
iii) Syarahan / pidato / ceramah / ucapan

KARANGAN B

BIL FORMAT

6. Jumlah Perenggan 5 / 6 perenggan;

• 1 Pendahuluan

• 3 isi @ 4 isi

• 1 Penutup

7. Jumlah patah Setiap perenggan seharusnya seragam dari segi

perkataan setiap jumlah patah perkataan

perenggan • 5 perenggan – 100 pp

• 6 perenggan – 83 pp

8. Jumlah markah 70 MARKAH

• 60 – 70 Cemerlang

• 50 – 59 Kepujian

• 40 – 49 Baik

• 30 – 39 Memuaskan

• 20 – 29 Kurang memuaskan (keluar tajuk

• 10 – 19 Pencapaian minimum

• 0 – 09 Karangan tidak difahami

KRITERIA KARANGAN B

BIL Kriteria Huraian perenggan
isi
1. Berperenggan 5 / 6 perenggan yang seragam
2. Perenggan ISI yang
• Ayat isi – ayat pertama
LENGKAP • Ayat huraian 1 – ayat kedua
• Ayat huraian 2 – ayat ketiga
3. AYAT ISI yang • Ayat huraian 3 – ayat keempat
gramatis • Ayat penegas – ayat kelima

4. Wajib mempunyai Wajib ada subjek dalam ayat.
AYAT PENEGAS
Ditentukan dengan penanda wacana;
• Jelaslah bahawa,
• Oleh itu,
• Sudah terang lagi bersuluh,
• Bulan semakin terang, bayang kian jelas,
• Tegasnya,

KRITERIA KARANGAN B

BIL Kriteria Huraian

5. Kosa kata berdarjat • Banyak contoh2 – rujuk pelbagai sumber

tinggi / menarik • Sekurang-kurangnya 5. lebih lagi baik.

6. Ada peribahasa / • Mestilah sesuai dengan ayat anda.
kata-kata hikmat • Sebolehnya 1 perenggan 1 peribahasa yang

7. Struktur dan sesuai.
kepelbagaian ayat • Gramatis / lengkap

8. Tatabahasa tepat • Kemahiran bahasa
9. Tulisan kemas • Besar dan jelas
• Langkau baris untuk bezakan setiap
10. Jawapan menepati
kehendak soalan perenggan

Sekiranya pelajar menulis karangan menepati semua
kriteria di atas TETAPI TIDAK MENEPATI
KEHENDAK SOALAN – markah KURANG
MEMUASKAN (20 -29) akan diberikan

DOMAIN

MAKSUD Bidang / kumpulan / SKOP

JENIS 1) Peribadi

DOMAIN

(KARANGAN B) 2) Awam

3) Pendidikan

4) Kerjaya

DOMAIN DOMAIN

Huraian

1) Peribadi  melibatkan diri anda.
2) Awam  Berinteraksi dengan keluarga, kawan, jiran dan
3) Pendidikan
masyarakat sekeliling.

• melibatkan masyarakat / pelbagai pihak.
• Berurusan dengan aktiviti sosial, perkhidmatan awam,

badan pentadbiran dan budaya dalam masyarakat .

 berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
khusus.

4) Kerjaya • berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan persediaan
menyertai alam kerjaya.

ISTILAH SOALAN
(Karangan Tidak Berformat)

ISTILAH SOALAN MAKNA

Berikan pendapat anda, • memberikan maklumat yang spesifik / khas / khusus

apakah / Pada pendapat

anda, apakah?

Huraikan  memperlihatkan / menceritakan sesuatu dengan
Bincangkan panjang lebar / terperinci
Jelaskan  memberi penerangan / pandangan daripada
pelbagai aspek
 memberi penerangan tentang sesuatu dengan
sokongan supaya mudah difahami

Ulaskan / ulas • memberi pandangan / pendapat / komen / Selalunya
Sejauh manakah
Berikan komen anda menyokong pernyataan soalan.
• Boleh mengkritik / tidak sokong (sejauh manakah)
• atau kedua-duanya (sejauh manakah)

SOALAN CONTOH SPM

SOALAN CONTOH SPM

Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda, tentang faedah-faedah menyertai program motivasi. (SPM 2012)

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut. (SPM 2018)

Sikap segelintir masyarakat yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih berlaku di negara kita.
Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini. (SPM 2019)

Produk-produk makanan keluaran Malaysia seperti makanan ringan, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku beroperasi
untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Jelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk ini secara meluas ke peringkat antarabangsa. (SPM 2019)

SOALAN CONTOH SPM

SOALAN CONTOH SPM

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Ulas penyataan di atas. (SPM 2019)

Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu,
namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.
Sejauh manakah anda bersetuju tentang penyataan ini. (penggunaan kata kunci ‘Sejauh manakah’ belum pernah keluar)

Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
Berikan komen anda. (SPM 2017)

ISTILAH SOALAN
(Karangan Berformat)

ISTILAH SOALAN FORMAT
Tulis sebuah rencana selengkapnya • FORMAT RENCANA
• FORMAT CERAMAH
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya • FORMAT UCAPAN
• FORMAT SYARAHAN / PIDATO
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya
• FORMAT LAPORAN
Sediakan teks syarahan / pidato anda
selengkapnya

Tulis laporan itu

ADA FORMAT TERTENTU – pelajar kena mengetahui setiap format karangan

SOALAN CONTOH SPM

SOALAN CONTOH SPM

Kelab Bimbingan dan Kerjaya sekolah anda telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019
yang diadakan di sebuah universiti tempatan.
Sebagai setiausaha kelab, anda diminta untuk menulis laporan berkaitan lawatan tersebut.
Tuliskan laporan itu selengkapnya. (SPM 2019)

Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah
‘Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa’.
Tulis rencana itu selengkapnya. (SPM 2017)

SOALAN CONTOH SPM

Sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya peringkat sekolah, anda selaku pengerusi kelab telah diminta untuk memberi ceramah dala m
perhimpunan sekolah. Tulis ceramah ialah ‘Cara-cara Mengurangkan Risiko Kemalangan Jalan Raya dalam Kalangan Murid’.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. (Teks ceramah belum pernah keluar)

Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah ‘Pengurusan Masa Berkesan Melahirkan Individu
Cemerlang’.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya. (SPM 2014)

Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah ‘Sukan Mengukuhkan Perpaduan’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya. (SPM 2018)

Anda sebagai ketua pelajar sekolah diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru.
Sediakan teks ucapan yang lengkap. (Teks ucapan belum pernah keluar)

KATA KUNCI POPULAR

Kata kunci yang POPULAR ditanya dalam soalan
karangan B (Respon Terbuka)

1. Kebaikan = Kepentingan = Faedah = Manfaat = Kemaslahatan
2. Langkah = Cara = Usaha = Kaedah = Inisiatif
3. Peranan = Tugas = Tanggungjawab = Fungsi = Sumbangan

ADA FORMAT TERTENTU – pelajar kena mengetahui setiap format karangan

SOALAN CONTOH
DOMAIN PERIBADI

SOALAN CONTOH
DOMAIN PERIBADI

DAPATAN DARI • Aktiviti pelancongan.
ARAHAN SOALAN
TEMA / TAJUK • Ciri – ciri (pelancong yang bijak) – merujuk kepada
KATA KUNCI diri anda.
• Huraikan - memperlihatkan / menceritakan sesuatu
ISTILAH SOALAN dengan panjang lebar / terperinci.
• Biasa – TIDAK BERFORMAT
FORMAT

ISI Ayat ISI
1 Pelancong yang bijak mestilah merancang perbelanjaan sebelum memilih destinasi pelancongan.

2 Pelancong yang bijak haruslah mencari maklumat dan latar belakang lokasi pelancongan yang ingin dilawati.

3 Pelancong yang bijak seharusnya menitikberatkan aspek keselamatan diri dan keluarga.

SOALAN CONTOH
DOMAIN AWAM

SOALAN CONTOH
DOMAIN AWAM

DAPATAN DARI • Malaysia menjalinkan hubungan serantau
ARAHAN SOALAN
TEMA / TAJUK

KATA KUNCI • Kebaikan-kebaikan

ISTILAH SOALAN • Tulis rencana selengkapnya

FORMAT • RENCANA

ISI Ayat ISI
1 Hubungan serantau membolehkan Malaysia menjaga ekonomi dengan baik.
2 Hubungan serantau membolehkan Malaysia menjaga keamanan negara.
3 Hubungan serantau membolehkan Malaysia memajukan dan meningkatkan taraf pendidikan negara.
4 Hubungan serantau membolehkan Malaysia dapat memudahkan penyaluran bantuan.

SOALAN CONTOH
DOMAIN PENDIDIKAN

SOALAN CONTOH
DOMAIN PENDIDIKAN

DAPATAN DARI • Mempelajari Sejarah
ARAHAN SOALAN
TEMA / TAJUK

KATA KUNCI • Faedah-faedah

ISTILAH SOALAN • Sediakan teks ceramah anda selengkapnya

FORMAT • CERAMAH

ISI Ayat ISI
1 Sejarah dapat memupuk semangat patriotik dalam diri generasi muda.
2 Sejarah dapat menyemai perpaduan antara kaum terutamanya dalam kalangan generasi muda.
3 Sejarah dapat membantu generasi muda dalam mengambil iktibar atau pengajaran daripada peristiwa

masa lalu.
4 Seseorang yang mempelajari sejarah dapat menghargai budaya, warisan, dan tradisi yang dimiliki tanah

air.

SOALAN CONTOH
DOMAIN KERJAYA

SOALAN CONTOH
DOMAIN KERJAYA

DAPATAN DARI • Kerjaya / pekerjaan – majikan mengambil anda
ARAHAN SOALAN untuk bekerja
TEMA / TAJUK
• Usaha-usaha
KATA KUNCI

ISTILAH SOALAN • Huraikan - memperlihatkan / menceritakan
sesuatu dengan panjang lebar / terperinci.

FORMAT • Biasa – TIDAK BERFORMAT

ISI Ayat ISI
1 Saya meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan di khalayak ramai.
2 Saya seharusnya menjaga penampilan diri.
3 Saya seharusnya mengkaji pasaran kerja semasa sebelum menyambung pelajaran di Institusi Pengajian

Tinggi (IPT)
4 Saya perlulah mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi menghadapi alam pekerjaan.

FORMAT KARANGAN BIASA

____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________ (pendahuluan)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________(perenggan isi 1)

________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 2)

____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 3)

____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 4)

_______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(kesimpulan)

(350 - 500 patah perkataan)

KARANGAN CONTOH (BIASA)

Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020 dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Hampir
seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara formal, malah ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Perkara yang menghairankan kita semua ialah masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini
berpendidikan tinggi. Masalah vandalisme bermaksud perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah dalam tubuh
manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon awam,
mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk
membaikinya. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung masalah tersebut.

Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah pihak kerajaan hendaklahmengubah strategi atau sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini. Hal ini demikian kerana sistem
pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut menekankan
subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Dengan itu, guru-guru wajar memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta
mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat membasmi gejala vandalisme.

Jika ditelusuri secara lebih mendalam peranan media massa juga memainkan peranan penting dalam usaha membendung masalah vandalisme. Media elektronik seperti televisyen
umpamanya, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat terutama remaja. Oleh itu, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih banyak rancangan yang memberi maklumat dan
kesedaran terhadap buruk dan hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada rancangan yang membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat. Contohnya, rancangan berbentuk rencana, wawancara dengan tokoh yang berkenaan, drama yang memaparkan pengajaran tentang vandalisme perlu diperbanyak. Begitu juga dengan media
cetak seperti surat khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana atau artikel tentang vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini dalam
sanubari segenap lapisan masyarakat, sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung.

Jika dilihat dari sudut yang lain, peranan ibu bapa dalam memberikan didikan yang secukuonya juga sangat penting dalam menangani masalah ini daripada semakin berakar umbi
dalam generasi kita pada hari ini. Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi kejora. Begitulah
peribahasa Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu
dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya. Sudah terang
lagi bersuluh, ibu bapa perlu menunjukkan ‘role model’ kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi ”.

Memang tidak dapat disangkal lagi, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang drastik iaitu menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal tindak-tanduk anggota
masyarakat. Hal ini jelas bahawa undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”. Kerajaan patut mengenakan denda yang
tinggi kepada mereka yang bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar
dilaksanakan. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang
didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan.
Tegasnya, peranan pihak kerajaan dalam menangani masalah ini sangat diperlukan bagi memberi pengajaran dan kesedaran kepada seluruh rakyat di negara kita.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan peranan masyarakat sebagai mata dan telinga dalam menyampaikan maklumat tentang vandalism yang belaku di persekitaran mereka
kepada pihak berkuasa. Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Setiap anggota masyarakat juga tidak harus besikap
lepas tangan dan hanya mengharapkan pihak berkuasa sahaja. Amalan hanya menjaga tepi kain sendiri, dan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain mungkin tidak lagi relevan bagi permasalahan vandalisme
ini. Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa yang
anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain itu anggota masyarakat perlu prihatin dan melaporkan gejala vandalisme
kepada pihak berkuasa jika gejala ini bertambah serius di kawasan perumahan masing-masing. Sesungguhnya, jika masyarakat sentiasa peka dan prihatin tentang gejala vandalisme ini, nescaya jalan
keluar dapat ditemui untuk menangani gejala yang melibatkan golongan remaja sebagai aset negara tercinta.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat serta bersama-sama melangkah sederap untuk memerangi gejala vandalisme ini. Akibat nila setitik rosak susu
sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang termaju di rantau Asia Tenggara tidak tercalar begitu sahaja.
Kita perlu berhati-hati dan berwaspada. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan mencipta jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian malah imej negara
di mata para pelancong asing turut tercalar. Maka, langkah memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi muda dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara. Marilah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.

(500 patah perkataan)

FORMAT KARANGAN RENCANA

_____________TAJUK___________________
Oleh;______nama penulis________

________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________ (pendahuluan)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________(perenggan isi 1)

________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 2)

____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 3)

____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 4)

_______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(kesimpulan)

(350 - 500 patah perkataan)

KARANGAN CONTOH (RENCANA)

Cara-cara untuk mengatasi masalah kemudahan awam
yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Ali bin Abu

Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020 dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Hampir
seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara formal, malah ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Perkara yang menghairankan kita semua ialah masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan
tinggi. Masalah vandalisme bermaksud perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah dalam tubuh manusia.
Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon awam, mengguris dan
merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang
demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung masalah tersebut.

Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah pihak kerajaan hendaklahmengubah strategi atau sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini. Hal ini demikian kerana sistem
pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut menekankan
subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Dengan itu, guru-guru wajar memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta
mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat membasmi gejala vandalisme.

Jika ditelusuri secara lebih mendalam peranan media massa juga memainkan peranan penting dalam usaha membendung masalah vandalisme. Media elektronik seperti televisyen
umpamanya, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat terutama remaja. Oleh itu, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih banyak rancangan yang memberi maklumat dan kesedaran
terhadap buruk dan hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada rancangan yang membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Contohnya, rancangan berbentuk rencana, wawancara dengan tokoh yang berkenaan, drama yang memaparkan pengajaran tentang vandalisme perlu diperbanyak. Begitu juga dengan media cetak seperti surat
khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana atau artikel tentang vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini dalam sanubari segenap
lapisan masyarakat, sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung.

Jika dilihat dari sudut yang lain, peranan ibu bapa dalam memberikan didikan yang secukuonya juga sangat penting dalam menangani masalah ini daripada semakin berakar umbi
dalam generasi kita pada hari ini. Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi kejora. Begitulah peribahasa
Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertimbang rasa
dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu dicorakkan peribadinya
oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa
perlu menunjukkan ‘role model’ kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ”.

Memang tidak dapat disangkal lagi, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang drastik iaitu menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal tindak-tanduk anggota
masyarakat. Hal ini jelas bahawa undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”. Kerajaan patut mengenakan denda yang
tinggi kepada mereka yang bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar
dilaksanakan. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati
bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Tegasnya,
peranan pihak kerajaan dalam menangani masalah ini sangat diperlukan bagi memberi pengajaran dan kesedaran kepada seluruh rakyat di negara kita.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan peranan masyarakat sebagai mata dan telinga dalam menyampaikan maklumat tentang vandalism yang belaku di persekitaran mereka
kepada pihak berkuasa. Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Setiap anggota masyarakat juga tidak harus besikap lepas
tangan dan hanya mengharapkan pihak berkuasa sahaja. Amalan hanya menjaga tepi kain sendiri, dan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain mungkin tidak lagi relevan bagi permasalahan vandalisme ini.
Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa yang anaknya terlibat
dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain itu anggota masyarakat perlu prihatin dan melaporkan gejala vandalisme kepada pihak
berkuasa jika gejala ini bertambah serius di kawasan perumahan masing-masing. Sesungguhnya, jika masyarakat sentiasa peka dan prihatin tentang gejala vandalisme ini, nescaya jalan keluar dapat
ditemui untuk menangani gejala yang melibatkan golongan remaja sebagai aset negara tercinta.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat serta bersama-sama melangkah sederap untuk memerangi gejala vandalisme ini. Akibat nila setitik rosak susu
sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang termaju di rantau Asia Tenggara tidak tercalar begitu sahaja. Kita
perlu berhati-hati dan berwaspada. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan mencipta jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian malah imej negara di mata
para pelancong asing turut tercalar. Maka, langkah memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi muda dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Marilah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.

(500 patah perkataan)

FORMAT KARANGAN LAPORAN

_____________TAJUK___________________
________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________ (pendahuluan)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________(perenggan isi 1)

________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 2)

____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 3)

____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________(perenggan isi 4)

_______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(kesimpulan)

Disediakan oleh;
___________________(tandatangan)
( ) nama penuh – huruf besar
.................................... (jawatan)
...................................(tarikh)

(350 - 500 patah perkataan)

KARANGAN CONTOH (LAPORAN)

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2019 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang
guru penasihat. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba
pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar
pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh
Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi
taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis
buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan
Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila
timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku
tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir
dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi
potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari
perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu
keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di
hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap
berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.
Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak
pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh; (500 patah perkataan)

……………………………..............…
(HASNUL HAFIZ HASSAN)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.
12 Februari 2019

FORMAT KARANGAN SYARAHAN / PIDATO/ CERAMAH/
UCAPAN

________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________ (KATA ALU-ALUAN – ikut jawatan)

______________________________, (kata panggilan hormat 1)
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________(pendahuluan)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________(perenggan isi 1)

______________________________, (kata panggilan hormat 2)
___________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________(perenggan isi 2)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________(perenggan isi 3)

______________________________, (kata panggilan hormat 3)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________(perenggan isi 4)

________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________(kesimpulan)

(350 - 500 patah perkataan)

KARANGAN CONTOH (syarahan/pidato/ceramah)



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Cemerlang SMK
Tawau Datin Fitriani Binti Wahid, Penolong Kanan Pentadbiran Puan Syarifah Anisah Binti Syed Ariffin, Penolong Kanan HEM Encik Zakaria Bin Omar,
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Sarimah Binti Said, barisan guru-guru dan para pelajar sekalian. Saya selaku Guru Nilam ingin memberi sedikit
ceramah tentang peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja pada hari ini.
Hadirin yang dihormati,

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh
tentulah amalan membaca ialah suatu kewajipan yang penting. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya
menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan
nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian,
amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah
mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan matlamat membangunkan insan berminda kelas pertama melalui amalan membaca, nescaya seluruh adiwangsa memainkan
peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca khususnya dalam kalangan remaja. Terdapat beberapa peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan remaja.

Antaranya, kelompok sasar yang pertama untuk merancakkan budaya membaca ialah ibu bapa. Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan
mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa, segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa akan menjadi turutan anak-anak. Hal ini demikian kerana sikap yang
positif daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada
diri anak-anak juga. Tanamlah sifat positif dalam kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat baru dengan cara membaca. Amalan
membaca juga dapat dijadikan sebagai suatu aktiviti penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka. Sindrom ‘mabuk’
gajet yang tidak boleh lekang dengan budaya ‘Whatsapp’, ‘Facebook’, ‘Twiter’ dan ‘Instagram’ yang mula menyerap ke dalam gaya hidup ibu bapa haruslah
dikurangkan. Sesungguhnya, inilah virus yang sedang bergerak aktif untuk meletakkan manusia pascamilenium terperap dalam kepompong kebodohan ciptaan
sendiri.
Hadirin yang dimuliakan,

Selain itu, institusi alma mater merupakan pusat kemenjadian manusia yang telah terserlah fungsinya sejak zaman-berzaman. Di sinilah insan mula
membina sahsiah, ilmu dan akal budi. Oleh sebab itu, sekolah berperanan penting untuk melahirkan warga pelajar yang cinta akan ilmu melalui kalam membaca. Ejen
terpenting yang berfungsi menggerakkan insan pelajar yang gemar membaca ialah para guru. Guru seharusnya membudayakan alma mater dengan menyuburkan
minat membaca dalam kalangan murid-murid. Cetusan daya berfikir seperti mencari maklumat dan meneroka gaya berfikir seperti orang-orang bijaksana sewajarnya
digalakkan sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Dalam usaha mengaktifkan minat membaca, semua medium maklumat hendaklah dimanfaatkan. Pihak
sekolah haruslah menganjak paradigma agar bijak memanfaatkan peranti elektronik sebagai sumber baharu bahan bacaan. Tegasnya, dalam wacana ilmu moden
yang semakin berkembang, para guru seharusnya tidak terperap dalam gaya lama, sebaliknya berani keluar daripada kepompong katak di bawah tempurung.

Di samping itu, masyarakat massa termasuk rakan sebaya hendaklah menjadi rakan penggalak agar budaya membaca terus diperkasakan. Belakangan
ini kita amat kecewa apabila pelbagai pegaruh negatif begitu aktif menguasai minda dan sikap anak-anak muda. Gejala membuang masa seperti berhibur,
bergelandangan dan merempit yang menjadi kegilaan anak-anak muda hari ini akan membawa kecelakaan kepada negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu,
masyarakat hendaklah menggempur habis-habisan gejala pagan ini daripada terus menular. Sebarang bentuk tindakan sama ada melalui nasihat dan kaunseling
mahupun penguatkuasaan undang-undang perlulah dilakukan dengan segera. Sementara itu, anak-anak muda yang sedang memenuhi ujana ilmu hendaklah kembali
kepada matlamat asal yakni untuk membentuk insan kamil yang berbudaya dan berilmu. Carilah rakan sebaya yang sealiran dan saling menyokong sebagai usaha
melahirkan generasi cendekia. Jelaslah bahawa, rakan yang baik itu ibarat cahaya sepanjang kehidupan.
Para hadirin dan hadirat sekalian,

Akhir sekali, agensi kerajaan dan swasta merupakan institusi masyarakat yang terpenting berperanan untuk menyemarakkan budaya membaca sebagai
suatu tingkah laku positif. Apabila agensi-agensi berpengaruh ini mula menggerakkan inisiatif perdana amalan membaca, justeru masyarakat massa dengan sendirinya
akan membentuk jati diri membaca. Sudah tiba masanya agensi seperti Jabatan Penerangan, Imigresen, hospital dan jabatan-jabatan lain menyediakan brosur dan
bahan bacaan berkala yang menarik untuk dibaca oleh pengunjung pada setiap kali menanti giliran ketika berurusan dengan agensi berkenaan. Sementara itu, agensi
swasta terutama gedung-gedung perniagaan utama berpada-padalah menyajikan pengunjung dengan sumber-sumber hiburan yang bermula daripada awal pagi
hingga lewat malam. Jelaslah bahawa, langkah mundur ke belakang seumpama itu hanya mengumpan masyarakat untuk menjadi warga hedonistik yang pada
akhirnya kokok berderai ekor bergelumang tahi.

Kesimpulannya, insan yang membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Amalan membaca umpama kita sedang
berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui aksara dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, masyarakat yang sentiasa
membaca dapat diibaratkan sebagai masyarakat yang sedang mengembara ke seluruh pelosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli masyarakat
dengan amalan membaca kerana membaca jambatan ilmu dan bangsa membaca bangsa yang berjaya.

(500 patah perkataan)

SOALAN CONTOH SPM

SOALAN CONTOH SPM
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda, tentang faedah-faedah menyertai program motivasi. (SPM 2012)

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut. (SPM 2018)

Sikap segelintir masyarakat yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih berlaku di negara kita.
Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini. (SPM 2019)

Produk-produk makanan keluaran Malaysia seperti makanan ringan, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku beroperasi
untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Jelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk ini secara meluas ke peringkat antarabangsa. (SPM 2019)

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Ulas penyataan di atas. (SPM 2019)

Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu,
namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.
Sejauh manakah anda bersetuju tentang penyataan ini. (penggunaan kata kunci ‘Sejauh manakah’ belum pernah keluar)

Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
Berikan komen anda. (SPM 2017)

Kelab Bimbingan dan Kerjaya sekolah anda telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019
yang diadakan di sebuah universiti tempatan.
Sebagai setiausaha kelab, anda diminta untuk menulis laporan berkaitan lawatan tersebut.
Tuliskan laporan itu selengkapnya. (SPM 2019)

Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah
‘Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa’.
Tulis rencana itu selengkapnya. (SPM 2017)

SOALAN CONTOH SPM

Sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya peringkat sekolah, anda selaku pengerusi kelab telah diminta untuk memberi ceramah dala m
perhimpunan sekolah. Tulis ceramah ialah ‘Cara-cara Mengurangkan Risiko Kemalangan Jalan Raya dalam Kalangan Murid’.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. (Teks ceramah belum pernah keluar)

Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah ‘Pengurusan Masa Berkesan Melahirkan Individu
Cemerlang’.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya. (SPM 2014)

Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah ‘Sukan Mengukuhkan Perpaduan’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya. (SPM 2018)

Anda sebagai ketua pelajar sekolah diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru.
Sediakan teks ucapan yang lengkap. (Teks ucapan belum pernah keluar)




Click to View FlipBook Version