The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HASNIZA SULAN, 2021-11-01 23:38:31

BACA DAN SALIN

BACA DAN SALIN

BACA
DAN
SALIN

ARAHAN

1.Baca ayat/petikan yang diberi
dengan bimbingan ibu bapa.

2.Setelah lancar membaca, murid salin
semula dengan betul dan kemas.

3.Murid perlu menyalin ayat/petikan
dengan tanda baca yang betul.

4.Latihan murid perlu dibuat di dalam
buku yang telah dibekalkan.

5.Murid perlu menyelesaikan tugasan
sepanjang PDPR kendiri berlangsung.

6.Kerjasama dari ibu bapa penjaga
diucapkan ribuan terima kasih.

bEjaapad. aKnembaucdaiandesnagliann sbeimmublian.gan ibu

Gerudi.
Ini gerudi.
Ini gerudi tangan.
Delima.
Ini delima.
Malini suka makan
delima.
Kemeja.
Ini kemeja.
Ini baju kemeja.
Ini baju kemeja
baharu.

Baca petikan mudah yang diberi
dengan bimbingan ibu bapa.

Ros
Ros mama.
Ini ros mama.
Ini ros mama Sari.
Mama suka ros ini.

Ini beg.
Ini beg saya.
Bapa beri beg ini.
Bapa beli beg di kota.
Saya suka beg ini.

Baca dan salin petikan yang diberi.

Sayur
Ini sayur.
Saya suka makan sayur.
Saya suka sayur sawi.
Saya juga suka sayur petola.
Ayah suka sayur labu.
Ibu suka sayur lobak.
Ibu masak sup sayur di dapur.
Ibu juga masak kari ikan.

Baca dan salin semula petikan di bawah.

Basikal Baharu

Pada hari Rabu yang lalu, ayah
Jamilah beli basikal. Basikal Jamilah
warna hitam. Jamilah gembira dapat
bawa basikal baharu ke sekolah.

Karipap

Ini karipap sardin. Saripah suka
makan karipap sardin. Saripah beli
karipap di kantin. Saripah makan
karipap di bawah pokok bersama
rakan. Saripah rasa suka hati.

Baca dan salin semula petikan di bawah.

Cempedak

Cempedak. Ini cempedak. Ini
cempedak madu. Cempedak ini
rasanya manis. Ibu beli cempedak
ini pada hari Rabu. Saya suka
makan cempedak ini. Lain kali ibu
boleh beli cempedak lagi.

Pisang Emas

Ini pisang emas. Opah beli
pisang emas. Opah beli pisang
emas ini di pasar. Pisang emas ini
warna kuning. Pisang emas ini
manis dan sedap.

Baca dan salin semula petikan di bawah.

Sotong

Taufiq borong sotong daripada
Pak Alang. Taufiq potong sotong
untuk di bakar. Taufiq bakar sotong
itu guna arang. Ujang tolong Taufiq
bakar sotong itu. Mereka berasa
sangat gembira.

Manggis

Ini manggis. Ibu beli manggis ini.
di pasar. Isi manggis ini berwarna
putih. Isi manggis rasanya manis. Di
kampung, datuk tanam pokok
manggis di dalam kebun. Saya
gembira bila dapat ke kebun datuk.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Ibu beri wang kepada adik.
2. Abang beli tong sampah baharu.
3. Sang Kancil binatang yang bijak.
4. Gong itu besar dan berat.
5. Butang baju adik telah rosak.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Malam ini banyak bintang.
2. Kambing itu sedang makan

rumput.
3. Burung helang itu terbang tinggi.
4. Abang suka makan mangga.
5. Ayah panjat bumbung guna

tangga.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Sudin beli bawang dan kacang.
2. Adik suka makan jagung.
3. Kakak sedang rebus kerang.
4. Payung itu sangat cantik.
5. Kucing itu berwarna coklat.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Datuk asah parang di dapur.
2. Ibu masak sambal sotong.
3. Kakak sedang tunggu bas

sekolah.
4. Emak beli satu kilo langsat.
5. Petani itu bawa cangkul ke

kebun.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Itu sangkar burung merpati.
2. Itu tongkat datuk saya.
3. Emak masak ikan singgang.
4. Abang beli bola pingpong.
5. Datuk tanam sayur kangkung.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Datuk makan ubat kerana sakit
jantung.

2. Banglo itu berwarna kelabu.

3. Tangki itu besar dan tinggi.

4. Ayah beli lima ketul ayam
goreng.

5. Langsir itu berwarna kuning.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Longkang itu besar dan dalam.
2. Pinggang ayah sakit kerana

terjatuh.
3. Adik suka makan kambing

panggang.
4. Kakak sedang goreng sayur

kangkung.
5. Kala jengking itu bahaya.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Pepatung itu serangga yang
cantik.

2. Telekung ibu bersih dan cantik.
3. Teropong itu mahal.
4. Kakak jahit baju kebarung.
5. Memerang itu boleh berenang.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Belimbing besi rasanya manis.
2. Selendang baharu ibu berwarna

putih.
3. Ayah beli pelampung untuk adik.

4. Kakak saya suka makan
kedondong.

5. Kepompong itu akan menjadi
rama-rama yang cantik.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Itu tempurung kelapa.
2. Abang sedang mendukung adik.
3. Pencawang itu besar dan tinggi.
4. Di dalam bungkusan ada baju

kebaya kakak.
5. Ibu sedang menggoreng ikan

sembilang.

Baca dan salin semula ayat di bawah.

1. Abang tangkap cengkerik itu.
2. Musim tengkujuh telah tiba.
3. Saya makan semangkuk sup.
4. Bayi itu sudah boleh merangkak.
5. Selonggok langsat berharga

sepuluh ringgit.


Click to View FlipBook Version