BUKU SKRAP DIGITAL BOLA JARING KUMPULAN 2
BIL NAMA AHLI KELAS
1 LORITA GIBIN 6 RAJIN 2
2 SAHZIANIE ROSE JOS 6 RAJIN 2
3 CAROLYN JAINE 6 CEKAL 2
4 GWENVERLY ALBERT 6 CEKAL 2
5 ANNIE YONG KANG FUI 6 CEKAL 2
6 ANGEL YONG KANG TONG 6 CEKAL 2
BIL ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN BOLA JARING
2. GAMBAR PERALATAN BOLA JARING
3. SENARAI KEDUDUKAN PEMAIN BOLA JARING
4. PENERANGAN RINGKAS TUGAS SETIAP PEMAIN
5. KESALAHAN YANG SERING BERLAKU SEMASA PERLAWANAN
Bola Jaring ialah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang
berasal daripada Amerika Syarikat dan berasal daripada
bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer,
seorang peneraju dalam sukan wanita. Bola jaring kini
dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan
sukan wanita di Australia dan New Zealand yang popular di
Indian Barat, Sri Lanka dan United Kingdom. Lebih 20 juta
penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70
buah negara.
Clara Gregory Baer
GAMBAR PERALATAN BOLA JARING
TIANG GOL
PENERANGAN:
✓Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan
tiang gol setinggi 3.05m(10 kaki).
✓Tiang gol diperbuat daripada besi.
✓Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di
bahagian atas tiang ialah 38sm.
✓Tiang gol dicacakkan dengan teguh di Kawasan
jaringan supaya tidak condong.
Bola Jaring
PENERANGAN:
✓Bola jaring bersaiz 5 seperti saiz bola keranjang.
✓Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm
✓Berat Bola Jaring dianggarkan
seberat 6.35kg – 7.26 kg
✓Bola jarring diperbuat daripada kulit atau getah.
✓Bola jaring perlu disimpan dan diletakkan
di tempat yang kering stelah digunakan.
Gelanggang
PENERANGAN:
✓Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata.
✓Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi
✓Manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol.
✓Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama.
✓1 bulatan tengah dengan diameter 0.9m
✓Dua separa bulatan yang dipanggil Kawasan menjaring dengan jejari 4.9m.
Pakaian
PENERANGAN:
✓Pemain dikehendaki berpakaian seragam(T-shirt,skirt,seluar pendek atau Panjang, stoking dan
kasut kanvas.
✓Pemain dikehendaki memakai pakaian
seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’(mesti ditulis
dengan terang di bahagian depan dan belakang.)
✓Pemain Bersama ‘Bibis’ yang di pakai mestilah
didaftar serta dipakai sepanjang pertandingan.
✓Barang kemas dan eksesori badan tidak boleh
di pakai semasa pertandingan.
✓Kuku dipotong pendek.
✓Kasut berpaku(spike) tidak dibenarkan.
KEDUDUKAN PEMAIN BOLA JARING
Berikut merupakan tujuh orang pemain utama dalam permainan bola jaring
iaitu yang terdiri daripada penjaga gol (GK), pertahanan gol (GD),
Pertahanan sayap (WD), pemain tengah (C), penyerang sayap (WA),
penyerang gol (GA) dan penjaring gol (GS).
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan yang diberikan kedudukan yang ditetapkan. Setiap
pemain perlu memakai “bib” menunjukkan satu dari kedudukan di bawah menunjukan kedudukan
pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang.
Nama Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan
kedudukan GS Goal keeper Attacking third, including goal circle.
Goal Shooter
Goal Attack GA Goal Attacking and center thirds, but not the goal circle.
Wing Attack WA Defence
Attacking and center, and defending thirds, but not the goal
Wing circles.
Defence
Center C Center Attacking, center, and defending thirds, but not the goal
Wing Attack circles
Wing Defence WD
Centre and defending thirds, but not the goal circle.
Goal Defence GD Goal Attack Centre and defending thirds, including the goal circle
Goal Keeper GK Goal Shooter Defending third, including the goal circle.
PENERANGAN RINGKAS TUGAS
SETIAP PEMAIN
PENJAGA GOL / GOAL KEEPER (GK)
Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan
mahupun di luar kawasan jaringan.Penjaga gol boleh keluar masuk
kawasan gol.Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan
menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan.GK juga perlu
bekerjasama dengan penahan gol (GD).
PENAHAN GOL/ GOAL DEFENCE (GD)
Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di
dalam kawasan tengah,kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan.GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau
kawasan gol,tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat
jaringan.GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.
PENAHAN SAYAP/ WING DEFENCE (WD)
• Merupakan pemain pertahanan.Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan
hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam
bulatan jaringan.WD juga boleh bertindak sebagai penyerang. Ini berlaku semasa
bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.Apabila pemain lawan
membuat jaringan WD akan mengawal WA.
PEMAIN TENGAH / CENTER (C)
Memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai
penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di
awal permainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola
jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
PENYERANG SAYAP/ WING ATTACK (WA)
Penyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan
tengah ke kawasan jaringan.WA selalunya akan menghantar
bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama
pemain tengah.
PENYERANG GOL/ GOAL ATTACK (GA)
• Ditugaskan sebagai penjaring.GA akan bekerjasama dengan pemain tengah,
penyerang sayap dan penjaring gol.GA juga selalu menerima hantaran tengah
dan bertindak sebagai penyerang.
PENJARING GOL/ GOAL SHOOTER (GS)
Bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.
JENIS-JENIS KESALAHAN DALAM BOLA JARING
MINOR MAJOR
KESALAHAN YANG KESALAHAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN MERUGIKAN PEMAIN
UNDANG-UNDANG LAIN
➢ Sentuhan
PERMAINAN ➢ Halangan
➢ Memainkan bola (Replay) ➢ Intimidation
➢ Gerak kaki
➢ Hantaran melebihi Kawasan (Ugutan)
➢ Keluar Kawasan
➢ ‘Held ball’
SEKIAN TERIMA KASIH