The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Anis Faqihah Binti Mohd Rofidi (SK Bandar T6)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by piasofearfd, 2021-04-26 13:04:07

Buku Skrap Digital

Nur Anis Faqihah Binti Mohd Rofidi (SK Bandar T6)

BAPA
PERPADUAN

NEGARA

Disediakan oleh :
Nur Anis Faqihah binti Mohd

Rofidi

NUR ANIS FAQIHAH
BINTI

MOHD ROFIDI

6 MUSYTARI

[email protected]

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR T6

Taman Sri Lambak, 86000 Kluang,
Johor Darul Takzim.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi rasa
syukur kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan buku skrap digital ini

dengan sempurna pada waktu yang ditetapkan.

Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa yang banyak membantu
saya memberi sokongan tanpa jemu sepanjang menyiapkan buku skrap digital ini. Tidak
lupa juga kepada guru-guru yang sentiasa komited serta banyak membantu saya memberi
tunjuk ajar dan bimbingan dalam memastikan buku skrap ini siap pada masanya.

Di samping itu, semasa mengkaji sejarah Tokoh Pemimpin Johor yang menjadi pilihan
iaitu Tun Hussein Onn, pelbagai cabaran yang saya lalui membuatkan saya lebih matang

berfikir.

Akhir kata, nilai-nilai yang saya peroleh daripada tokoh ini dapat dipraktikkan dalam
kehidupan seharian untuk menjadi generasi pelapis yang berwawasan
pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1
BIODATA 2

PENDIDIKAN 3
KERJAYA
4
SUMBANGAN
NILAI KEPIMPINAN 5
8
KESIMPULAN 13
SUMBER RUJUKAN
14

15

PENDAHULUAN

“Di mana sahaja wujudnya ketidakadilan,
di situ akan terdapat kekacauan,

perasaan bermusuhan dan berpecah belah,”

Kata-kata yang memberi seribu satu makna daripada Tun Hussein Onn ini telah membuka mata
seluruh pemimpin di Malaysia untuk sentiasa mengutamakan keadilan bagi mengekalkan keamanan

dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh Tun Hussein Onn sebagai Bapa Perpaduan Negara ketika
beliau memimpin negara dan menjadi tonggak utama dalam pembentukan masyarakat yang bersatu

padu pada suatu masa dahulu sehingga menjadi salah satu tokoh pemimpin yang disegani
sehingga hari ini.

BIODATA

TUN HUSSEIN ONN

NAMA HUSSEIN BIN DATO’ ONN

NAMA GELARAN TUN HUSSEIN
TARIKH LAHIR 12 FEBRUARI 1922

TARIKH MENINGGAL DUNIA 29 MEI 1990
TEMPAT LAHIR JOHOR BAHRU, MALAYSIA
NAMA IBU DATIN HALIMAH HUSSEIN
NAMA BAPA
DATO’ ONN JAAFAR

Tun Hussein Onn’ sedang
bergurau bersama isterinya

Tun Suhailah.

Keluarga Tun Hussein Onn yang
terdiri daripada lima orang adik

beradik.

• Tun Hussein Onn menerima • Mendapat pendidikan
pendidikan awalnya di Telok Kurau Menengah di English
School Singapura, kini Telok Kurau College, Johor Bahru.

Primary School (Sekolah Rendah
Telok Kurau).

PENDIDIKAN

• Setahun kemudian, beliau dihantar ke • Selepas persekolahannya,
Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, Tun Hussein Onn menyertai Pasukan
Tentera Johor sebagai kadet pada tahun
India. Selepas ditauliahkan, beliau
menyertai Regimen Hyder abad ke-19 1940.
(Tentera India) dan berkhidmat di Timur

Tengah sewaktu peperangan.

GARIS MASA
KERJAYA
TOKOH

1946

Memasuki Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
UMNO bersama ayahnya.
1949

Menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama.
1950

Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Selain itu, beliau menjadi Ahli Majlis Undangan
negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.

1951
Keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent

of Malaya Party (IMP) bersama bapanya.

1953

Keluar dari IMP dan menyertai Parti Negara.

1958
Meninggalkan politik dan melanjutkan pelajaran

di Lincoln‘s Inn England.
1964

Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya,
Tun Abdul Razak,Yang DiPertua UMNO.
1969

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini
Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada Jun.
1970

Menjadi Menteri Pelajaran pada September.

1972
Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO.

1973
Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh

Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.

Pada tahun 1973 ini juga, beliau telah dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri

Perdagangan dan Perindustrian.

1976
Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan

kematian Tun Abdul Razak.
Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15

Januari.

1978

Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.

1981

Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan
jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri

dari kepimpinan negara.

Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara
pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih

oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

PERANAN DAN
SUMBANGAN

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran
oleh Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyarham Tun

Hussein bin Dato' Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyarham Tun Hussein bin Dato 'Onn
maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada
tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, Allahyarham
Tun Hussein bin Dato' Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila

Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana
Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyarham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu
dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Allahyarham Tun Hussein bin Dato'Onn telah
disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyarham Tun Hussein bin

Dato' Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi

Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah
digariskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi
Baru'. Sebagai seorang perwira, Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di
bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau
Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita

'Teori Domino' komunis.

PERANAN DAN
SUMBANGAN

Semasa pentadbirannya, beliau berusaha membanteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar
semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan Pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyarham Tun
Hussein bin Dato' Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti
arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program
yang diketengahkan oleh beliau tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.

Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyarham
Tun Hussein bin Dato' Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari

segi ekonomi dan sosial. Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn pernah menjalani rawatan
jantung pada awal 1981. Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn berjaya melancarkan Rancangan

Malaysia yang ke-4 pada bulan April 1981.

PERANAN DAN
SUMBANGAN

Seperti bapanya iaitu Dato’ Onn Jaafar, Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn sentiasa mencuba
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-
kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyarham Tun Hussein

bin Dato' Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan
negara yang diperkukuhkan oleh beliau telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara

yang stabil politik dan ekonominya.

Sumbangan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan
yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn

menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundur
diri dari kepimpinan negara. Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr
Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan

kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.

SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONN
SECARA RINGKAS

Memajukan Kementerian Pelajaran Menekankan konsep
(semasa menjadi Menteri Pelajaran). Rukun Tetangga.
1974
1970

Mempermoden dan memperbesar Menubuhkan PEMADAM.
Angkatan bersenjata Malaysia. 1976
1975

Meneruskan agenda pembangunan
Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru).

1978

Melancarkan Rancangan
Malaysia Keempat.
1981

Melancarkan Skim Amanah
Saham Nasional (ASN).
1981

Menjadi pengerusi Institut Kajian Strategik
dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat Petronas.

1983

Menubuhkan Hospital Mata
Tun Hussein Onn.
1986

Tegas dan Berdisiplin dan
berpegang teguh menghargai masa.
kepada prinsip

hidup.

NILAI
KEPIMPINAN
YANG BOLEH
DICONTOHI

Bersikap terbuka Merendah diri dan
menerima pendapat dan jujur.
pandangan orang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tun Hussein Onn merupakan tokoh yang perlu dicontohi oleh
seluruh rakyat Malaysia terutamanya bakal pemimpin dan para pelajar kerana beliau

mempunyai pelbagai perwatakan yang hebat sebagai seorang pemimpin negara.
Bukan itu sahaja, beliau juga mempamerkan sifat kewibawaan dalam menjaga
keharmonian negara yang sememangnya wajar diikuti oleh rakyat Malaysia.

Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia terutamanya generasi muda perlu
menjadikan Tun Hussein Onn sebagai suri teladan dalam kehidupan seharian supaya

negara dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara.

SUMBER RUJUKAN

1) https://www.slideshare.net/Dhass97/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tun-hussein-bin-dato-onn
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
3) http://monsterdrug.50webs.com/HUSIN%20ONN.HTML
4) http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-hussein-onn.html
5) https://umno-online.my/presiden/tunhussein/
6) http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-onn.html


Click to View FlipBook Version