The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Katia Mapaas, 2020-05-03 05:58:46

Flip book Cerita Ayam dan Helang

Flip book Cerita Ayam dan Helang

MENGAPA AYAM MENGAIS

Ada seekor ayam betina yang sedang
mencari makan dengan

mematuk-matuk makanan
di atas tanah. Ia tidak
mencari makanan di tempat

lain kerana tidak sanggup
berjalan jauh.

Pada suatu hari, seekor
helang hinggap di sebatang

pokok. “Tidakkah kamu jemu
mencari makanan di sini sahaja?
Marilah ikut aku ke tempat lain.
Di sana ada makanan yang sedap,”
kata helang

“Aku tak boleh terbang, macam mana aku nak ikut
kamu,” kata ayam.
“Oh, baru aku tahu rupa-rupanya kau tak boleh
terbang,” kata helang.
“Macam mana kau boleh terbang? Tanya ayam

Burung helang memberitahu bahawa dahulu ia tidak
pandai terbang. Selepas kepaknya dijahit dengan
jarum emas, baharulah helang dapat terbang.
“Bolehkah aku pinjam jarum emas kau? Aku nak jahit
kepak ku supaya dapat terbang,” kata ayam.

Helang diam saja. Ia hanya ada sebilah jarum emas. Ia
bimbang jarum emasnya akan hilang jika dipinjamkan
kepada haiwan lain.
“Aku akan menjaganya dengan baik,” kata ayam.
Akhirnya helang pun meminjamkan jarum emasnya
kepada ayam. Tempoh yang diberi hanya satu hari.
Petang esoknya helang akan datang mengambil semula
jarum emasnya.

Ayam sangat gembira. Ia pun mula menjahit kepaknya.
Tiba-tiba jarum emas terlepas dari paruhnya. Ayam
betina segera mencari jarum emas itu. Ia
mengais-ngais daun kering yang ada di situ. Namun, ia
tidak menemui jarum emas itu. Ia terus mengais-ngais
tanah.

Akhirnya hari malam. Keadaan gelap. Ayam tidak dapat
mencari jarum emas. Ia sangat susah hati.

Esoknya, ia terus mengais-ngais tanah untuk mencari jarum
emas itu. Sehingga petang ayam tidak menemui jarum emas
itu. Ayam berasa cemas. Sebentar lagi helang akan sampai
untuk mengambil jarum emas itu.

“ Kembalikan jarum emas ku,” kata helang dengan marah.
“Maafkan aku, helang. Jarum emas itu terlepas jatuh dari
paruhku. Aku sudah berusaha sedaya ku mencarinya tetapi
tidak jumpa,” kata ayam ketakutan.

“Kau mesti cari jarum itu sampai dapat. Kalau tidak, aku
akan makan kau dan semua keturunan kau!” kata helang.

Sehingga hari ini, ayam dan keturunannya asyik mengais
tanah. Mereka hendak mencari jarum emas itu. Mereka juga
segera bersembunyi apabila ternampak helang. Mereka
takut dimakan oleh helang. Sifat lalai telah menyusahkan
ayam dan keturunannya.

UJI MINDA
1. Haiwan apakah yang sedang mencari makan di atas tanah?
2. Kenapa ayam tidak mahu mencari makanan di tempat

yang jauh?
3. Sebutkan benda berharga yang dimiliki oleh helang?
4. Berjayakah ayam menyiapkan kepaknya?
5. Nyatakan sifat ayam yang menyebabkan dia berada

dalam kesusahan hingga hari ini?


Click to View FlipBook Version