The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuralyaamuazah, 2023-02-22 02:54:51

kesusasteraan dan kebudayaan

kesusasteraan dan kebudayaan

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN KONSEP KESUSASTERAAN, PUISI TRADISIONAL DAN DEFINISI SELOKA PENGHARGAAN BENTUK-BENTUK SELOKA JENIS-JENIS SELOKA FUNGSI SELOKA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA RUJUKAN


PENGHARGAAN PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Dengan kesempatan ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Roziah Binti Ramli, selaku pensyarah Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menyempurnakan tugasan ini terutama sekali kepada pensyarah saya Puan Roziah Binti Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya juga ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sekian terima kasih.


KONSEP KESUSASTERAAN KONSEP KESUSASTERAAN Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Jadi sastra bererti alat untuk mengajar. Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh, iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberi panduan, petunjuk dan pengajaran. ( Prof Dr Hashim Awang, Artikel akademik, hal 2).


• Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu dapat disimpulkan sebagai hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat. • Oleh itu, jenis dan bentuk kesusasteraan mempuyai pelbagai ragam kerana masing-masing memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi dan jenis bentuknya dapat dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. • Jadi dalam tugasan ini, kita akan membincangkan mengenai puisi tradisional dengan lebih mendalam.


Definisi Definisi • Pusi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarkat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epic yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabrata dan Ramayana. Keususasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam betuk puisi. Puisipuisi yang terbaik digantung di Ka’abah pada zaman jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi mereka yang dinamakan pantun. • Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam tradisional itu ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.


PUISI TRADISIONAL GURINDAM PUISI TRADISIONAL SYAIR SELOKA PANTUN Namun dalam slaid ini, kita akan membincangkan mengenai puisi tradisional seloka.


• Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai berkembang di alam Melayu semasa kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara. • Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. • Menurut Harun Mat Piah(1989), seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. • Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pak Pandir yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat. SELOKA APA ITU SELOKA?


BENTUK BENTUK--BENTUK SELOKA BENTUK SELOKA Merupakan puisi bebas atau tidak terikat Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan. Tidak mempunyai pembayang RANGKAP Bilangan baris dalam serangkap tidak tepat PERKATAAN Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tepat SUKU KATA Jumlah suku kata dalam sebaris juga tidak tetap RIMA Rima akhirnya juga dalam serangkap tidak tetap


JENIS-JENIS SELOKA JENIS SELOKA 1 2 3 4 6 Seloka 5 sindiran Seloka menemplak Seloka khayal Seloka mengejek Seloka nasihat Seloka pengajaran 7 Seloka gurau senda


Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. SELOKA PAK PANDIR SELOKA PAK PANDIR Maksud Seloka Pak Pandir Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinya juga bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semat-mata mendengar berta yang belum pasti. Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah. Sesuatu yang dihebohhebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.


SELOKA PAK PANDIR SELOKA PAK PANDIR Bentuk-bentuk seloka Pak Pandir • Terdiri daripada satu rangkap seloka yang mempunyai 17 baris. • 1 baris terdiri daripada 3 hingga 5 patah perkataan. • Contoh: baris 4 (3 patah perkataan) Mendengar gelagak dagang baris 16 (5 patah perkataan) Kilat memancar hujan tak jadi • 1 baris mempunyai 7 hingga 10 suku kata • Contoh: baris 10 ( 7 suku kata) Gun/ting/ ma/kan/ di/ hu/jung/ baris 1 (10 suku kata) A/nak/ di/pi/jak/ da/gang/ di/jin/jing/ • Rima akhir seloka ini bebas dan tidak terikat. • Contoh: a-b-c-a-a-d-e-a-f-a-a-a-e-b-gc-e • Seulruh baris merupakan kesatuan idea (berkait). • Seloka ini mempunyai jeda. • Seloka ini bernada sinis, iaitu nada menyindir, menemplak, ataupun mengejek.


HIBURAN • Keperluan untuk menghiburkan dan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. • Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. • Secara tidak langsung, kanak-kanak mahupun orang dewasa dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur. • Karya kesusasteraan sebenarnya padat dengan unsur pendidikan. • Membina insaniah dalam dunia Pendidikan. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal insan’ yang melahirkan pemimpin bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. • Hasil-hasil sastera ini terselit nasihat, pengajaran, teladan yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat. PENDIDIKAN


DAKWAH • Dakwah merupakan usaha yang dilakukan untuk menggalakkan manusia melakukan kebaikan, memberi petunjuk, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. • Secara umumnya, dakwah wujud dalam bentuk lisan, tulisan dan contoh teladan serta akhlak yang ditunjukkan oleh seseorang. • Karya-karya bertemakan ketuhanan banyak menyelitkan unsur-unsur nilai,moral, tatatusila dan ketaatan kepada Tuhan. • Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketigatiga entiti ini saling berkaitan. • Hal ini menyebabkan karya sastera dapat membantu untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej dalam kalangan masyarakat. • Tindakan kritik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja , termasuk sasterawan sekalipun kerana kritikan sosial merupakan suatu perkara yang penting dalam memelihara sistem sosial yang ada. KRITIKAN SOSIAL


FUNGSI SELOKA FUNGSI SELOKA Seloka dapat mengambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasuilaan. Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menemplak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.


Fungsi seloka Pak Pandir Mengkritik individu atau masyarakat yang lebih mengutamakan orang luar atau dikenali sebagai dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila mereka lebih mengutamakan orang lain dan sanggup menabur budi atau berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya. 1 Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela 2 Menyidindir individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya. Hal ini dapat dilihat apabila mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata untuk mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang


Fungsi seloka Pak Pandir Mengkritik masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada. Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu tercapai, mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional, iaitu mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka miliki. 3 Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan 4 Mengkritik individu atau masyarakat luar yang sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri. Golongan ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan dari kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain. Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak


Fungsi seloka Pak Pandir Mengkritik individu atau masyarakat yang malas bekerja dan ingin bersenang-lenang. Hal ini dapat dilihat setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. 5 Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan 6 Unsur hiburan yang boleh dilihat dalam karya sastera rakyat iaitu cerita jenaka. Pak pandir antara cerita jenaka untuk menonjolkan unsur hiburan ini. Hal ini dapat dilihat apabila cerita jenaka Pak Pandir diletakkan dalam kelompok pintar bodoh dalam kategori cerita-cerita jenaka. Sebagai contoh, kerana sikap Pak Pandir yang bodoh, kurang akal dan sering mendapat bencana dan kerugian seperti anaknya mati dicelur, majlis kendurinya huru-hara oleh ‘jemputan’ , garam yang dibeli hancur di dalam air dan sebagainya. Namun, cerita ini bukan sahaja menghibur tetapi sarat dengan mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL • Elemen penting bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. • Cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa. BUDI • Mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. • Hal ini dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa dan gaya hidup. MASYARAKAT • Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki bin Miskon menjelaskan masyarakat merupakan kelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM EMPAT ASPEK 1) Pemikiran 2) Pertuturan 3) Perlakuan 4) Gaya Hidup


PERLAKUAN PEMIKIRAN Proses menggunakan minda untuk memahami sesuatu dengan meneroka pelbagai kemungkinan idea bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta membuat refleksi terhadap proses yang dilalui. Dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Menurut Kamus Dewan (1984), perlakuan ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu ini kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. PERTUTURAN Dari aspek pertuturan, ia dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut Awang Sariyan (2007), selaku tokoh bahasa terkenal membuat takrifan kesantunan dengan menggunakan bahasa yang baik, sopan dan beradab serta menunjukkan hormat. GAYA HIDUP Menurut Kamus Dewan (1984), gaya hidup bermaksud cara seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah, sedehana dan miskin. Dalam Konteks gaya hidup dapat dilihat daripada kehidupan seharian seperti agama.


Manifestasi Akal Budi dalam seloka Pak Pandir Mengkritik individu atau masyarakat yang lebih mengutamakan orang luar berbanding diri sendiri. Frasa ‘anak dipijak’ melambangkan sikap Pak Pandir yang bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya. Manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya ataupun orang luar diberi layan yang sangat baik sebagaimana dalam frasa ‘dagang dijinjing’. Menurut Kamus Dewan Bahasa perkataan dagang dalam seloka ini sendiri merujuk kepada orang asing. Oleh itu, sikap negatif ini perlu ditinggalkan dan dijauhi kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya dilakukan adalah dengan mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri kerana tiada talian darah. 1 Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela


Manifestasi Akal Budi dalam seloka Pak Pandir Sikap masyarakat yang tidak pandai menjaga harta. Contoh baris di atas dalam seloka Pak Pandir, menunjukkan gambaran bahawa Pak Pandir tidak pandai untuk menguruskan hartanya. Hal ini kerana masyarakat Melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya. Pertaruhan dalam berjudi melibatkan harta. Oleh itu, jikalau kalah berjudi semua harta yang telah dipetaruhkan akan terjual atau diberikan kepada pihak yang menang. Kesimpulannya, kita perlulah pandai untuk mentadbir dan mengurus harta. Jika tidak kita akan jadi seperti apa ditulis dalam seloka Pak Pandir seperti contoh di atas yang menyebabkan segala harta hilang dan menanggung segala beban dan hutang yang ditinggalkan. 2 Hartanya habis badan tergadai


Manifestasi Akal Budi dalam seloka Pak Pandir Sikap masyarakat yang tidak sedar diri. Jikalau dibincangkan baris di atas merupakan kritikan halus tentang sikap yang tidak sedar kelemahan diri. Hal ini demikian kerana mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang terdapat pada dirinya. Kesimpulannya, beliau tidak mampu untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada dirinya. 3 Tak sedar bertelanjang 4 Sikap individu yang selalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh. Baris seloka di atas ialah peribahasa yang mempunyai maksud sikap seseorang yang mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu dimiliki, namun keuntungan yang kecil yang sudah pasti dimiliki dilepaskan. Hal ini demikian kerana sebahagian masyarakat malas untuk berfikir dan sering mengharapkan bantuan daripada semua pihak dalam melakukan tugasan seharian. Mendengar guruh di langit Air tempayan dicurahkan


Manifestasi Akal Budi dalam seloka Pak Pandir Hidup terikat dan tersiksa disebabkan orang lain. Jikalau dibincangkan baris di atas dikaitkan dengan peribahasa Melayu, ‘Mulut disuap pisang, buntut dikait onak’ yang bermaksud apabila berhadapan sentiasa bercakap manis dan asyik memuji, tetapi apabila di belakang, asyik mengeji dan mengumpat. Peribahasa ini walaupun agak keras dan kurang manis untuk diucap, namun ia cukup sinonim dengan kehidupan masyarkat kita pada masa kini. Ramai daripada masyarakat kita gemar berpura-pura berlagak baik di hadapan tetapi sebenarnya penuh dengan tipu muslihat. Oleh itu, akibat terlalu mendengar kata pihak lain hidup mereka terikat. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Perkara ini seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari. Akhirnya, kita akan menangung derita tanpa ada kesudahan kerana masalah timbul disebabkan kelemahan diri sendiri. 5 Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak Awak juga berkecundangan


Manifestasi Akal Budi dalam seloka Pak Pandir Pengarang mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang lain. Petikan yang diambil daripada seloka Pak Pandir di atas merupakan peribahasa. Baris ‘Gelagak rambutan jantan’ menunjukkan sikap masyarakat yang suka bercakap besar. Hal ini dapat dikaitkan dengan perlakuan pokok rambutan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak pernah menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarkat. Hal ini demikian kerana masyarakat biasanya ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan yang singkat. Perkara ini sering terjadi dalam kalangan masyarakat kita yang rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa. Kesimpulannya, kita mestilah melakukan dahulu sesuatu perkara sehingga berjaya sebelum memberitahu orang lain. 6 Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram


Manifestasi Akal Budi dalam seloka Pak Pandir Pengarang mengkritik sikap masyarakat yang melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh. Baris dalam seloka Pak Pandir ini mengambarkan sikap masyarakat yang malas. Hal ini dapat dilihat apabila mereka melakukan sesuatu perkara, mereka hanya melakukan secara tidak bersungguh-sungguh dan segala kerja yang dilakukan yang dibuat setengah jalan sahaja. Keseluruhan isi seloka Pak Pandir ini menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Kita dapat lihat terdapat banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan seharian mereka. Watak Pak Pandir dalam Cerita Jenaka Rakyat hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. 7 Kilat memancar hujan tak jadi


PENGAJARAN SELOKA PENGAJARAN SELOKA PAK PANDIR PAK PANDIR 1 Kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita supaya kita dapat memperbaikinya menjadi lebih baik. 2 3 Kita perlulah mengelakkan diri daripada mempercayai orang yang baru dikenali dengan mudah supaya hidup kita tidak akan rugi. Kita perlulah mengutamakan diri dan keluarga daripada orang lain supaya tidak mengguris hati mereka.


RUJUKAN 1 2 3 Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, & Hasnah Awang. (2002). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. Nordiana Ab Jabar, & Mohd Faradi Mohamed Ghazali. (2021). Sarcasm language communication in seloka pandir and pak kaduk [Komunikasi bahasa sindiran dalam seloka pak pandir dan pak kaduk]. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 3(7), 364-378. http://myscholar.umk.edu.my/handle/123456789/2008 Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InJET), 1(2), 1-10. http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi%20dan% 20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusasteraan%20Melayu.pdf


Click to View FlipBook Version