GO
GREEN
MPU 23012
PENGAJIAN ISLAM
MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN
AMALAN GO GREEN DALAM KALANGAN
PELAJAR
NAMA AHLI KUMPULAN
SITI NUR BALQIS BINTI ZANAI ABIDIN
WAN NUR NAGIHAH BINTI WAN AHMAD
NUR SHAHIDAH BINTI ZAINAL
NURRAHMATUL WAHIDAH BINTI MOHD AZLIANA
KONSEP "GO GREEN'
Sorotan Kajian
Amalan hijau didefinisikan sebagai aktiviti dan
amalan mesra alam sekitar melibatkan
pengurangan pencemaran dan penggunaan
bahan mesra alam semula jadi (Friend, 2009).
Menurut definisi lain, amalan hijau ialah amalan
yang menggunakan bahan dan sumber bahan asli
yang minima, serta menggunakan pendekatan
daripada gabungan lestari dan mesra alam.
(Morebusiness, 2009).
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) mendefinisikan amalan hijau sebagai
amalan mesra alam yang menuju ke arah
pembentukan individu yang mengekalkan sumber
semula jadi untuk generasi masa kini dan akan
datang.
Walaubagaimanapun, dapatan kajian lalu
mendapati tahap kesedaran amalan hijau
masyarakat masih di tahap yang rendah.Kajian
Hanifah dan Muhamad Suhaily (2016) mendapati
amalan kelestarian murid pra sekolah berada pada
tahap yang tidak memuaskan. Ia berkemungkinan
kerana pengetahuan dan amalan murid yang tidak
seiring dengan adanya pengetahuan yang lebih
tinggi terhadap kelestarian alam sekitar tetapi
masih kurang dalam mengamalkannya.
Kesedaran menjaga alam sekitar melalui
pendidikan merupakan suatu usaha yang mampu
mempertingkatkan pembangunan dan
menggalakkan masyarakat dalam pengamalan
amalan hijau (Hanifah et. al (2015); Noraziah &
Latipah (2010)). Peringkat yang bermula daripada
zaman kanak-kanak adalah penting kerana
pendidikan melalui guru dan ibubapa mampu
mendidik kanak-kanak untuk sentiasa menghargai
dan mencintai alam, serta mempunyai pandangan
yang positif berkaitan alam sekitar. (NAAEE,
2010).
ISI KANDUNGAN
OBJEKTIF
- SOROTAN KAJIAN
- PENGENALAN
- TUJUAN AMALAN 'GO GREEN' PERLU
DILAKSANAKAN
- CARA PELAJAR MELAKSANAKAN
AMALAN 'GO GREEN'
- ISU - ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR
- KESAN APABILA 'GO GREEN'
DILAKSANAKAN
- RUJUKAN
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran kepada setiap manusia
2. terhadap kepentingan menjaga alam
sekitar.
Memelihara dan melindungi bumi daripada
bahaya "GLOBAL WARMING"
3. Memupuk sifat keprihatinan dan
tanggungjawab manusia terhadap
kebersihan bumi.
4. Untuk mengekalkan persekitaran yang
bersih dan sihat kepada generasi yang akan
datang.
5. Untuk memastikan GO GREEN selari
dengan hasrat pembangunan yang
mampan dan dapat memelihara alam
sekitar dan alam semulajadi untuk generasi
yang akan datang.
PENGENALAN
'GO GREEN' adalah satu kempen kesedaran
kepada setiap individu bertujuan untuk memelihara
dan melindungi bumi daripada bahaya 'Global
Warming' yang semakin hari semakin
membimbangkan disebabkan tindakan manusia
yang tak terkawal.
"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan
daripada perbuatan manusia, demikian (supaya
Allah) merasakan kepada mereka terhadap
(kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka
kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)
Dalam Islam telah menyatakan bahawa setiap
manusia di muka bumi ini perlu memelihara
dan melindungi bumi kerana bumi ini adalah
milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada
manusia untuk berkongsi hidup dengan
mahluk-mahluk yang lain yang dituntutkan
untuk menjalankan segala perintah Allah
SWT.
TUJUAN GO GREEN
DILAKSANAKAN
Tujuan dari Go Green mungkin semua sudah tahu bahawa betapa
pentingnya tujuan GO GREEN ini. Jadi bagi mereka yang belum
tahu tentang tujuan Go Green ini mari kita mengetahui tujuannya.
Tujuan Go Green ini adalah untuk menyedarkan kita semua iaitu
masyarakat yang tinggal di bumi ini sama-sama untuk menjaga dan
melestarikan alam ini bukan untuk merosakkannya. Dengan cara ini
ia dapat menjadikan bumi kita ini lebih indah, sihat dan bersih,
kehijauan dan dapat meggelakkan daripada berlakunya kesan
"Global Warming". Tambahan pula, jika amalan Go Green ini dapat
diteruskan dapatlah rakyat Malaysia melihat bumi yang kekal hijau
selama-lamanya. Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh amalan
GO GREEN ini dapat memberikan kesedaran dalam kalangan
manusia bahawa pentingnya tumbuhan hijau ini kepada
bumi sejagat.
BERTANGGUNGJAWAB
KEPADA
AMALAN GO GREEN
AGAR BUMI KEKAL HIJAU
ISU - ISU PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
1. PENCEMARAN AIR
Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku
kepada air dari segi kandungan air atau warna
air serta sifat - sifat kimia yang terdapat dalam
air.
Pencemaran air berlaku kebanyakannnya disebabkan
pembuangan bahan toksik dan pembuangan air
kumbahan ke dalam sungai. Pencemaran air boleh
menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik dan
juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera
tumbuhan dan organisma yang hidup di dalam jasad
air tersebut, serta organisma dan tumbuhan yang
mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh
merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu,
tetapi juga kepada komuniti biologi semula jadi.
ISU - ISU PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
2. PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara merujuk kepada perubahan
dalam kandungan bahan kimia, jirim zarahan
atau wujudnya bahan pencemar dalam udara
atau atmosfera yang berbahaya kepada
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap
kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap
kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,
pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi. Anatara
kesan terhadap kesihatan manusia, haiwan dan juga
tumbuhan.
ISU - ISU PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
3. PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran
warna,kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar terdiri
daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan
pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah.
Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan
tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi
layu.
Pencemaran ini biasanya disebabkan oleh: kebocoran limpah air
atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial;penggunaan
pestisida ; masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam
lapisan sub-permukaan;kecelakaan kenderaan pengangkutan
minyak,zat kimia atau limbah;air limbah dari tepat penimbunan
sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah
secara tidak memenuhi syarat. Ia akan memberi kesan kepada
haiwan yang hidup di bawah tanah, kesuburan tanah dan juga
kesihatan tumbuhan.
KESAN APABILA GO
GREEN DILAKSANAKAN
Pihak sekolah perlu
memainkan peranan untuk
mengadakan kempen di
sekolah. Ini dapat
meningkatkan kesedaran
menjaga alam sekitar
dalam kalangan pelajar
agar pelajar dapat
mempratikkan amalan
hijau ini. Amalan GO
GREEN dapat memberikan
kesan positif kepada
pelajar. Dengan itu, ibu
bapa
KESAN APABILA GO
GREEN DILAKSANAKAN
Dengan itu, ibu bapa atau guru-guru perlu
memberi galakkan kepada pelajar agar
menyayangi dan memelihara alam sekitar.
Selain itu, aktiviti menghijaukan bumi boleh
dilakukan dengan menanam pokok-pokok.
Pemanasan global dapat dikurangkan dan dapat
menghirup udara yang segar.
Pelajar dapat
menanamkan sifat
menanam pokok agar
dapat melindungi alam
daripada pencemaran
alam sekitar.
Rujukan
MEMPERKASAKAN PERLAKSANAAN AMALAN GO GREEN
DALAM KALANGAN PELAJAR - Membalik Buku Halaman 1-13 |
FlipHTML5
https://eksazonmrsipoh.blogspot.com/p/go-green.html
https://prezi.com/p/r9skzgdsm39y/go-green/
https://mpu23012pengajianislam.blogspot.com/
7_JUNAINAH_IDRIS.pdf (kuis.edu.my)
https://www.studocu.com/my/document/politeknik-mukah-
sarawak/diploma-sains-kesetiausahaan/e-folio-pengajian-islam-
pelaksanaan-go-green-dalam-kalangan-pelajar/25832851
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
http://www.relaksminda.com/2014/09/menjaga-dan-memelihara-
alam-sekitar.html
https://4gersbloggie.blogspot.com/2020/03/memperkasakan-
perlaksanaan-go-green.html